Paparan

Search This Blog

Saturday, November 20, 2010

Dunia kini sama rata

Blog saya yang tidak seberapa ini rupanya telah mendapat perhatian bloggers lain di seluruh dunia dalam jumlah yang bagi bloggers cilik macam saya sangat besar iaitu 700 000. Betul la kata Thomas L. Friedman dalam bukunya "The World Is Flat" bahawa dunia ini telah menjadi rata kepada semua orang. Saya membaca buku ini lebih mendalam lagi apabila Institut Terjemahan Negara telah menerbitkan edisi terjemahan pada tahun 2010, setelah empat tahun buku ini di pasaran. ITNM sepatutnya lebih proaktif menterjemahkan lebih banyak buku dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipasarkan. ITNM mungkin boleh menyumberluarkan terjemahan mereka kepada pelajar universiti atau sesiapa sahaja yang berkeupayaan menjadi penterjemah yang baik.
Hari ini, dunia keilmuan, kewartawanan dan pemikiran manusia telah menjelajah secara bebas ke seluruh dunia tanpa sekatan. Berita kecil yang ditulis oleh anak-anak kita di FB, MYSPACE, Twitter, ataupun blogger dapat di baca oleh rakan maya mereka di seluruh dunia.
Dari sudut ekonomi, penyumber luaran mula semakin ghairah dan menjadi mekanisme yang harus kepada organisasi bagi meningkatkan kecekapan produktiviti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
Pendidikan hari ini harus melihat ke hadapan agar menghakupayakan anak-anak kita dengan kemahiran abad ke 21 supaya mereka dapat menyumbang idea, kepakaran dan yang penting menempatkan diri dalam pasaran kerja.
Pasaran kerja hari ini juga telah menjadi sama rata. Anak-anak perlu berfikiran luas bahawa dunia pekerjaan bukan hanya ditawarkan oleh kerajaan atau organisasi dalam negara sahaja. Anak-anak pastinya akan bekerja dengan organisasi yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Bersedialah dengan segala kemahiran berbahasa, membuat keputusan, literasi komputer, sentiasa mencari sumber ilmu, dan esq yang tinggi; agar anak-anak dapat memasuki apa jua bidang pasaran kerja yang diminati.

Wednesday, October 20, 2010

Pemikiran Ke hadapan

Ramai yang berfikir hanya mengenai hari ini, Jarang-jarang yang berkira-kira tentang hari esok dan kadang-kadang pula yang melonjakkan pemikiran melihat lebih dari esok.

Namun, ramai yang sudah lupa ajaran agama syumul yang telah di bawa lebih dari 1400 tahun yang lalu. Kalimah-kalimah suci Allah jelas membawa pemikiran manusia melepasi lebih dari dunia kehidupan ini dan sentiasa relevan tanpa batasan masa.

Hari ini, jika anda menjadi pemikir kepada negara, pencetus perubahan kepada pendidikan negara atau pun pemangkin kepada reformasi politik negara...anda mungkin melonjakkan pemikiran jauh ke hadapan merentasi masa kini dengan penuh harapan.

Pemikir barat senantiasa menjual ide-ide baru yang menyebabkan kita menjadi pengguna ide yang taksub dan lupa kepada asas pegangan.

Walau apa pun peranan dan bidang kuasa yang kita bawa dan diamanahkan .....

jangan lupa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung...

Tuesday, October 5, 2010

Majistret Muda di Bicara Kes Rasuah

Harapkan pagar...pagar makan padi. Begitulah hancurnya harapan masyarakat bagai kaca terhempas ke batu....nama institusi kehakiman negara tercemar kredibilitinya akibat daripada sikap sesetengah individu yang tamak menyebabkan semua lumpur terpalit kepada pengamal undang-undang.



Semenjak kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan rakan kongsinya bertukar menjadi siasatan pembunuhan kejam bersiri yang melibatkan suspek seorang peguam, lebih banyak kes-kes jenayah yang melibatkan pengamal undang-undang di bongkar.



GTP turut meletakkan jenayah sebagai salah satu aspek yang diambil perhatian untuk ditangani. Kebanyakan agensi termasuk KPM melancarkan kempen memerangi rasuah dan menjelaskan Pelan Integriti Nasional secara lebih agresif melalui seminar dan CPD yang diadakan di peringkat daerah, negeri atau pun bahagian.



Jenayah yang melibatkan warga asing khususnya indonesia rupanya selama ini didalangi oleh pegawai imigresen yang rasuah di pintu masuk laut negara. Apabila duit jadi taruhan, maruah negara akan tercalar...orang yang menggadaikan maruah negara demi memenuhkan kocek sendiri harus dihukum lebih berat melebihi pembunuh sosilawati.



Cabaran kepada PDRM dan pihak berkuasa mencegah rasuah untuk meneruskan usaha mengesan penjenayah dan perasuah yang merosakkan bangsa dan negara.



Sekalung tahniah dan penghargaan kepada anggota polis, imigresen, peguam, dan ramai lagi penjawat awam yang menjalankan tugas dengan amanah dan penuh integriti.



Syabas SPRM...teruskan usaha membanteras gunting dalam lipatan, api dalam sekam...pegawai yang rasuah ini lah sebenarnya pengkhianat negara...

Wednesday, September 29, 2010

Pelajar ditahan khayal pil kuda

Anak-anak hari ini menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan kawalan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kes dua pelajar antara yang ditangkap di Trengganu bukanlah satu kes yang terpencil. Hal ini adalah kerana ada terdapat lebih ramai lagi murid yang menjadi mangsa. Dadah sintetik ini telah menjadi pembunuh anak-anak bangsa secara senyap dan sedikit demi sedikit.

Sebenarnya lebih ramai murid yang tidak dilaporkan, disembunyikan oleh ibu bapa dan tidak kurang juga tidak diambil peduli lagi oleh ibu bapa. Lebih teruk lagi ada yang membekalkan dadah kepada anak kerana tidak mahu anak memberontak atau mendatangkan umpat keji jiran dan taulan apabila anak masuk ke pusat pemulihan.

Kes-kes ini berlaku bukan hanya di bandar-bandar besar, tetapi lebih ramai lagi di kampung-kampung dan juga luar bandar.

Semua pihak yang berkaitan seperti KPM, KDN, ahli politik, pemimpin peringkat kampung, JKM dan Antidadah harus bergabung membenteras gejala yang merosakkan negara ini.

Nak pegang watak apa?


Dalam kehidupan ini manusia umpama pelakon. Ada pelbagai watak yang mereka bawa dan lakonkan. Ada yang jadi pelawak, ahli politik, jadi pendidik, berlagak sebagai hero dan pelbagai ragam. Malahan ramai juga yang bertopengkan syaitan.


Ramai juga golongan manusia yang tersepit, ikut turut sama mengheret orang lain supaya tersepit. Agenda baling bola memang kegemaran pemain-pemain bola handalan di dalam satu-satu situasi. Tambahan pula kalau mereka jadi ahli diplomatik, pemidato dan mempunyai hujah yang kukuh tengkok mereka akan dapat diselamatkan. Sementara bagi yang silent workers akan diheret untuk dipancung...


Betul la kata orang...menjadi ahli politik tu bagus...ada kroni dan berkroni juga selamat...pandai main silap mata juga aman...


apa2 pun....Allah maha melihat dan mendengar....

Saturday, September 25, 2010

Globalisasi dan Pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu agenda penting pembangunan sesebuah negara. Negara Finland sebagai contohnya merancang pembangunan pendidikan rakyat mereka bermula dari dalam kandungan lagi sehingga anak-anak mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi tujuan menyediakan intelektual dan tenaga sumber pakar dalam memajukan negara.
Model yang sama telah diadaptasi oleh kebanyakan negara maju. Konsep pembangunan bermula dari dalam kandungan ini sebenarnya dinyatakan dengan jelas dalam Al Quran. Malahan Islam turut mengajar tentang perancangan membangunkan insan ini bermula dari pra perkahwinan, alam rahim, awal kanak-kanak dan sehinggalah anak-anak meningkat dewasa. Islam itu cara hidup.
Negara kita juga turut menggunakan model yang sama dalam membangunkan modal insan. Pembangunan awal kanak-kanak ini sangat diambil perhatian sehinggakan isteri PM melahirkan idea menggerakkan Permata.
Hari ini, agenda pendidikan bukan hanya difikirkan oleh kerajaan malahan turut menjadi perhatian yang serius sektor swasta. Semenjak World Trade Organization (WTO) memperluaskan kuasanya menguasai ekonomi dunia melalui liberalisasi perdagangan secara multilateral dan bilateral, semua sektor perdagangan termasuk sektor perkhidmatan negara di dunia mengurangkan halangan-halangan bagi memudahkan aliran barangan, perkhidmatan dan sumber manusia secara bebas merentasi sempadan negara.
Perjanjian GATS (General Agreement on Trade in Services) telah memberi mandat kepada liberalisasi bergerak secara progresif di dalam semua sektor perkhidmatan termasuk pendidikan.
Aliran pemikiran kapitalisme ini telah secara terbuka menghalalkan campurtangan kuasa korporat di dalam perkhidmatan awam. Kesannya hari ini kita melihat wujudnya konsep 'edubussiness' atau perniagaan pendidikan. Agenda pendidikan telah menjadi salah satu bidang perniagaan yang kompetetif. Institusi pendidikan turut dibangunkan oleh sektor swasta, dan hasil intelektual diterbitkan secara penerbitan ilmiah, dipatenkan dan menjana sumber kewangan kepada institusi pendidikan.
Sekolah-sekolah turut mendapatkan sumbangan dana sektor korporat melalui perjanjian menang-menang. Tranformasi pendidikan khususnya dalam vokasional dan teknik (Voctech) turut dijana oleh sektor korporat dalam menyediakan latihan industri kepada murid-murid di SMT/V dan sekolah harian. Di samping itu juga, model Sekolah Amanah memberi ruang dan peluang kepada GLC membantu memajukan agenda pembangunan modal insan negara.
Kesan globalisasi kepada sektor pendidikan ini amat besar jika tidak dikawal, dan pihak berwajib alpa dengan aliran liberalisasi yang boleh menjerut leher kekuasaan kita melalui perjanjian perdagangan bebas yang bakal ditandatangani.
Perniagaan tidak harus dibiarkan menguasai sepenuhnya bidang pendidikan. Awas kepada fahaman penyokong liberalisasi, kerana mereka akan berusaha memastikan pada masa hadapan pendidikan akan dikuasai secara progresif melalui penswastaan, keusahawanan dan sumbangan modal.

Thursday, September 23, 2010

Kita Perlu Bersatu

Kebelakangan ini dunia menyaksikan penentangan terhadap islam dengan membakar Al Quran, merusuh di dalam masjid dan menghina umat islam dengan kata-kata yang menghina, malahan ada yang sanggup membunuh.

Dakyah musuh islam yang meniup islamofobia nampaknya semakin menular ke dalam pemikiran orang-orang barat. Musuh islam sangat gentar dan bimbang kekuatan umat islam akan semakin kuat dan dapat menguasai dunia.
Ketakutan yang melampau ini telah menyebabkan mereka melancar strategi melemahkan umat islam dengan cara:
1. Banjir besar melanda Pakistan tidak surut dalam keadaan panas terik dianggap senjata eco (ecologi weapon ) yang sengaja dicipta dengan membentuk tsunami. Jutaan rakyat hilang tempat tinggal dan penyakit mula menular mengancam terutamannya kanak-kanak.
2. Sentiasa menyerang Palestin tanpa menghiraukan bantahan dari seluruh umat islam.
3. Mencetuskan suasana tidak aman di negara islam seperti ancaman Bendera ke atas Malaysia.
4. Mengadakan penentangan terhadap pembinaan Masjid di New York dengan cara membakar Al Quran dan menghidupkan sentimen permusuhan terhadap islam angkara bencana 9/11.
5. Melancarkan perang psikologi secara senyap ke dalam minda anak-anak muda melalui media dan hiburan agar anak-anak islam tidak mengamalkan islam dengan sepenuhnya.
6. Memesongkan aqidah umat islam melalui filem, muzik, buku-buku kartun, perayaan dan sambutan hari-hari tertentu, seminar-seminar dalam amalan menguruskan perniagaan, program motivasi dan banyak lagi.
7. Menghalalkan restoran-restoran yang menyediakan makanan yang boleh mengotorkan hati umat islam.
8. Memesongkan pandangan umat islam untuk berkiblatkan kajian barat daripada mengkaji Al Quran dalam menguruskan kehidupan, perniagaan, negara, ekonomi dan juga politik.
Pengkajian secara 'longitude study' terhadap kekuatan islam telah menemukan formula dan strategi yang berkesan di pihak mereka. Musuh islam mula mengenalpasti elemen-elemen yang melemahkan umat islam yang ditiup halus ke dalam jiwa umat islam tanpa disedari kita semua.
Oleh itu, tiba masanya kita harus kembali ke pangkal jalan. Kekuatan islam bermula dari rumah. Islam harus bersatu dan melihat gejala yang berlaku hari ini adalah musibah akibat dari kealpaan kita semua mengejar kehidupan duniawi sehingga mengabaikan mendidik anak-anak dengan iman dan taqwa.

Wednesday, September 22, 2010

Sayunya hati bagai ditusuk sembilu

Hati sering kali terguris apabila ada warga pendidik yang dilemparkan pelbagai tohmahan. Isu menyatupadukan semua kaum melalui agenda pendidikan tidak pernah sunyi dari tentangan demi tentangan semenjak merdeka lagi.
Akhir-akhir ini membaca kata nista mencemuh antara satu sama lain di dunia maya amat menghiris hati. Di bumi bertuah ini kita semua dilahirkan. Di bumi bertuah ini anda semua di bawa demi kepentingan penjajah yang mengaut kekayaan hasil bumi tercinta. Ada juga yang datang secara sukarela membina kehidupan baru yang lebih gemilang di bumi emas ini. Kita semua kemudiannya disatukan sebagai syarat diberi kemerdekaan.
Sejarah negara bangsa menceritakan segala-galanya, jika kita buta sejarah bererti kita tidak mengenali asal usul negara dan bangsa kita.
Setelah 53 tahun merdeka, kita semua menelan jerit payah berkongsi kehidupan di bumi bertuah ini. Semua kaum...(ulang) semua kaum harus memahami budaya, agama dan sensitiviti kaum lain. Ajarlah anak-anak kita untuk menjadi rakyat Malaysia yang boleh menerima kaum lain dengan hati terbuka. Jika kita sebagai warga tua berterusan berkeras untuk anak-anak kita belajar, hidup dan berada dalam kelompok kaum yang sama dan tidak mahu belajar hidup secara toleransi dengan kaum lain; ini akan memberikan persepsi dan reaksi yang renggang dan cepat melenting apabila ditegur atau dinasihati individu tertentu.
Berubahlah menjadi bangsa yang lebih pemaaf, bertoleransi dan tidak berdendam kerana anda semua hidup di bumi yang jauh lebih beradap sopan dan kaya dengan budaya penyayang.
Malaysia sahajalah bumi kita yang berdaulat...tiada lagi tanah lain yang kita boleh hidup dengan aman, menyedut udara segar dengan tenang dan membina kehidupan yang lebih gemilang kerana disinilah bumi NegaraKU. Anda mungkin boleh berhijrah ke negara lain dan memohon kewarganegaraan negara lain, tapi kami disinilah nenek moyang kami, disinilah tanah tumpah darah kami. Disinilah jasad kami bakal bersemadi.
Pemimpin negara menjadi harapan kami. Belalah anak bangsa agar tidak terjajah di bumi sendiri. Janganlah agenda dan kuasa politik membunuh kami secara senyap.
Anak-anak peribumi sedarlah diri, leka dengan hiburan, gejala sosial dan tidak mencintai kecemerlangan ilmu akan merendahkan martabat diri di bumi berdaulat ini.

Tuesday, September 21, 2010

Sekolah Harapan (sekolah hamil)

(Agaknya model sekolah hamil di luar negara ini yang menjadi sumber ilham penubuhan sekolah ini. Namun budaya dan tuntutan agama kita berbeza dengan mereka. Model negara kita lebih kepada pemulihan dan kesedaran membina aqidah)

Gejala zina yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja sekolah islam amat membimbangkan banyak pihak. Tambahan pula perlakuan zina ini kemudiannya memberi natijah kepada pembunuhan dan pembuangan bayi yang dikandung. Ibu yang mengandung pula masih dalam usia persekolahan dan tidak meneruskan pembelajaran selepas melahirkan bayi secara haram.


Idea menubuhkan Sekolah Harapan bagi menempatkan remaja yang mengandung mendapat reaksi yang pelbagai dari masyarakat dan warga pendidik. Rata-rata beranggapan Sekolah Harapan (Sekolah Hamil asalnya) akan mencetus fenomena yang menggalakkan lagi gejala zina dalam kalangan remaja sekolah.


Hari ini akhbar melaporkan sekolah ini mula menerima pendaftaran 5 orang pelajar yang mengandung. Sekolah yang diubahsuai daripada premis Syarikat Bekalan Air Melaka ini dikhabarkan menelan kos sebanyak RM100j. Sekolah ini juga menerima peruntukan tahunan berjumlah RM500 ribu daripada kerajaan negeri dan boleh menampung seramai 40 orang pelajar pada satu-satu masa.


Sekolah ini sebenarnya tidak banyak bezanya dengan sekolah-sekolah agensi kerajaan yang menempatkan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang masalah sosial yang telah wujud di dalam negara. Terdapat juga NGO yang menubuhkan sekolah yang seumpama ini bagi membantu golongan yang masih mempunyai harapan untuk berubah dan menjadi baik agar dapat meneruskan kehidupan dengan jalan yang diredhai Allah.


Dasar KPM sedia ada, tidak pernah menghalang pelajar yang hamil untuk meneruskan persekolahan mereka. Sering kali murid dan ibu bapa sendiri yang memberhentikan anak-anak mereka dari meneruskan persekolahan jika didapati anak-anak mereka mengandung atau pun berkahwin.

Sekolah Harapan ini semuga memberi sinar baru kepada ibu bapa agar dapat mengembalikan anak-anak yang silap langkah ini ke jalan yang benar. Dalam masa yang sama sewajarnya sekolah ini akan menjadi sumber alternatif bagi persekolahan pemulihan aqidah dan akhlak remaja.


Masyarakat amat bimbang agar sekolah ini tidak dijadikan rumah alternatif menyembunyikan diri remaja yang hamil oleh ibu bapa. Pihak sekolah perlu sentiasa turut memberi kesedaran kepada ibu bapa agar dapat membimbing anak dan cucu mereka yang bakal keluar dari sekolah tersebut.


Harap masyarakat tidak terkeliru dengan Sekolah Harapan Negara yang telah dianugerahkan kepada sekolah terbaik KPM sebelum ini.

Sunday, September 19, 2010

Menu Raya

Sambutan Lebaran tahun ni rasa lega sikit sebab anak-anak tak de yang sakit perut. Selalunya hari raya ke dua anak-anak mula berulang ke tandas secara kerap.

Antara menu yang menjadi kegemaran dihidang di KB seperti satay, nasi dagang, ketupat, tape, aneka nasi dan lauk, kuzi cecah roti, serta nasi impit dan kuah satay. Jika di Selangor dan lain-lain yang hampir sama mungkin rendang dan lemang, lontong, dll.

Semalam jiran-jiran datang beraya...masak mee kari instead of guna ayam saya pakai tulang lembu. Boleh tahan jugak sedapnya...

Menu raya apa lagi istimewa ?

Cerita raya mangsa yang dijadikan menu beruang dan anjing ganas....

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia

Tarikh hari ini 16 September, negara menyambut hari pembentukan Malaysia yang pertama. Sepanjang usia 53 tahun negara mencapai kemerdekaan pelbagai cabaran telah ditempuhi dengan jayanya namun masih ada tugas yang belum selesai.
Cabaran paling besar ialah usaha menyatukan kaum yang pelbagai latar belakang kehidupan, agama, pemikiran dan budaya sebagai satu rakyat Malaysia yang patriotik serta bangga hidup dan dilahirkan di bumi tercinta ini.
Setiap rakyat yang dilahir di bumi Malaysia akan didaftarkan kelahirannya sebagai warganegara Malaysia. Ke mana sahaja mereka pergi di muka bumi ini, mereka akan membawa hanya satu sijil kewarganegaraan iaitu Malaysia.
Setiap rakyat yang jika suatu masa dahulu ibu bapa, datuk nenek atau moyangnya dari Siam, India, China, Indonesia, Burma, Filipina, Tanah Arab, Benua Eropah atau di mana sahaja di muka bumi ini; sekiranya hari ini diberi taraf kewarganegaraan tidak kira secara kelahiran atau pun permohonan sewajarnya mendaulatkan dan mencintai negara ini.
Suatu waktu dahulu, Sir Barnes dan Tunku Abdul Rahman pernah bertegas setiap rakyat yang diberi taraf kewarganegaraan wajib menunjukkan ketaatan kepada negara ini tanpa berbelah bahagi (perkara ini dinyatakan apabila ada pihak yang menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan).
Akhbar ruangan pembaca Berita Harian hari ini menyiarkan pandangan Tan Sri Lee Lam Thye mengenai "Perpaduan yang perlu dipupuk daripada sekolah". Pandangan Tan Sri amat wajar untuk dihayati oleh semua kaum yang memegang taraf kewargenegaraan bumi tercinta ini. Saya percaya hasrat Tan Sri akan terlaksana dengan jayanya jika semua kaum ikhlas menerima dan melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan menyokong sepenuhnya memperkasa SK.
Saya juga yakin setiap rakyat di bumi Malaysia ini amat menghargai sumbangan setiap pengetua dan guru sekolah dalam melaksanakan agenda perpaduan negara melalui sistem pendidikan. Sekolah sentiasa berperanan memupuk perpaduan kaum melalui sistem persekolahan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Negara.
Oleh yang demikian, peranan Yayasan 1Malaysia harus lebih aktif untuk memastikan semua kaum terutamanya sentiasa lantang menentang Dasar Pendidikan Kebangsaan dan penggunaan satu bahasa, satu kurikulum dan satu sekolah agar lebih terbuka menerimanya sebagai warganegara Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun.

Wednesday, September 15, 2010

Tragedi Sadis di malam merdeka

Berita Harian hari ini mendedahkan bahawa semua mangsa di bunuh pada 30 Ogos 2010 lebih kurang pada jam 10.00 malam. Tepat jam 12.00 malam negara menyambut kemerdekaan tanahair yang ke 53 dengan laungan merdeka dan persembahan di Stadium Bukit Jalil.
Tragedi sadis ini adakah pesta penjenayah di malam merdeka? Masya Allah...
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari blog saudara mazidul, penjenayah ini dilahirkan pada 11 Februari 1969. Hal ini bererti penjenayah adalah anak yang dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Rakan sekelas adik penjenayah mendakwa perwatakan mereka menunjukkan orang yang kuat beragama dan tidak pernah berkawan dengan kumpulan samseng (Berita Harian).
Setelah 41 tahun hidup sebagai anak merdeka yang diberikan segala kemudahan dan kebebasan untuk menjalani kehidupan seharian, mereka akhirnya lahir sebagai penjenayah yang berprofil tinggi dan sangat kejam.
Siapa yang kejam? Mungkin penjenayah tersebut tidak merasa dirinya kejam kerana segala kerja-kerja membunuh dan menghapuskan bukti dilakukan oleh pembunuh upahan. Mereka hanya perlu memperdaya dan membayar upah dalam nilai yang tinggi apabila semua kerja telah selesai.
Dikhabarkan juga wang mereka mencecah belasan juta ringgit yang disimpan dalam pelbagai akaun di dalam negara dan di India, tidak termasuk aset dalam bentuk rumah, rumah kedai dan pejabat serta ladang.
wow...kekayaan yang luar biasa dalam sekelip mata. Mungkin legacy yang dibina dengan cara haram ini telah ujud dalam kalangan korporat terkenal negara, dan kita orang awam tidak pernah tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu. Sikap kita yang sentiasa lega asalkan tidak berlaku kepada ahli keluarga dan diri sendiri seharusnya tidak lagi patut diteruskan.
Amalan menjaga tepi kain orang dan ambil peduli harus ujud dan diteruskan dengan tindakan yang sewajarnya serta tidak melampau. Kes ustazah di Port Dickson satu lagi contoh sikap tidak ambil peduli masyarakat, sebelum ini kes penderaan adik kecil yang disepak terajang hingga mati. Anak usatazah yang menjerit dan keadaan yang kecoh di dalam rumah ustazah akibat pergelutan dengan penjenayah tidak dihiraukan oleh jiran sebelah rumah.
Mengapa dan kenapa jadi begitu?
Kejadian ini merupakan kisah yang perlu difikirkan dan dikaji oleh semua masyarakat. Penjenayah tidak lagi gentar melakukan jenayah malahan hidup secara mewah tanpa gangguan oleh masyarakat dan pihak berkuasa.

Tuesday, September 14, 2010

Al Fatihah kepada mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati dan rakan

Lebaran tahun ini diselubungi dengan suasana yang cukup sayu dan memilukan. Berita pembunuhan kejam ala gengster filem tamil/hindi mengejutkan semua rakyat Malaysia yang sentiasa mendabik dada sebagai sebuah negara yang aman. Berlakunya kes yang maha zalim ini harus menyedarkan semua pihak terutamanya pemimpin negara bahawa musuh utama keamanan negara berada dalam negara dan dilakukan oleh rakyat negara kita sendiri.
Mengapa dikatakan ala gengster filem tamil?
1. Penjenayah mengelabui mata masyarakat dengan berpura-pura kononnya dia adalah insan yang mulia hatinya (dalam filem dianggap dewa) dengan banyak berbakti kepada orang susah dengan cara membela dan memberi bantuan guaman percuma, menderma dan memperjuangkan jenayah seksual.
2. Mempunyai ladang yang dijadikan pusat kegiatan jenayah yang lengkap dengan kemudahan karaoke canggih dan chalet sebagai tempat mereka bergembira, berehat atau memperdayakan mangsa dan akhirnya dibunuh apabila perancangan jenayah mereka berjaya. Ladang tersebut dibina tembok tinggi dan jauh dari masyarakat luar dan sekaligus menjadi penjara maut kepada mangsa yang terpedaya dengan kebaikan dan gula madu yang ditabur oleh penjenayah.
3. Wang yang banyak hasil dari kerja jenayah menjadikannya ketua penjenayah yang kemungkinan mempunyai pekerja setia dan dibayar gaji.
Semua lakonan jenayah ini berlaku dengan jelas dihadapan mata anak-anak kita. Lebih kurang 10 tahun yang lalu pernah anak murid yang tinggal diladang apabila ditanya apa cita-citanya di masa hadapan, jawapannya amat mengejutkan...katanya saya nak jadi pembunuh upahan...di kampung saya cikgu ada satu keluarga yang adik beradiknya jadi pembunuh upahan..takdak polis tangkap pun dan mereka kaya.....
Hari ini mungkin ada yang bercita-cita nak jadi seperti penjenayah tersebut yang hidupnya mewah, terpelajar, dihormati walau pun hasil dari kerja-kerja jenayah kejam.
Hari ini kita semua perlu bangkit dan bertindak....kes ini harus dijadikan teladan dan penggerak kepada kerja-kerja menjaga keamanan negara. Semua pasukan keselamatan harus bergabung tenaga. Pasukan tentera harus masuk hutan dan kawasan yang dicurigai semula bukan untuk memerangi komunis tetapi mengekang kejadian jenayah yang bergerak secara terbuka, halus dan terancang.
Al fatihah untuk semua mangsa....tahniah kepada pasukan polis dan bertindaklah dengan adil tanpa gangguan kuasa-kuasa tangan ghaib yang boleh melepaskan penjenayah kejam ini dari mendapat balasannya. Jika kes ini terlepas dan tidak berjaya di pihak polis akan lahir lebh ramai penjenayah yang sama malah mungkin lebih kejam dari itu.

Friday, September 10, 2010

Eidul Fitri...tak de kampung ke?


Allahuakbar.....Allahuakbar...Allahuakbar...



Alhamdulillah, hari ini semua umat islam menyambut 1 syawal dengan penuh gembira dan keinsafan. Seperti biasa persiapan ala kadar mengikut keupayaan diri. Tahun ni baju raya beli siap semua anak-anak termasuk untuk mak sekali. Ada rezeki lebih sikit beli hadiahkan baju raya untuk adik dan anak-anak saudara. Rasanya macam belanja dah berhemah...tapi dek kerana harga baju tahun ni lagi mahal ...tengok-tengok banyak jugak habis...



Keperluan rumah tak de yang baru. Recycle je mana yang masih elok, termasuk langsir. Tapi jenuh nak kena gosok..dah lama simpan berkedut seribu. Tak pe la penat sikit...isteri mithali kena la bantu suami berjimat..hi..hi



Tahun ni beraya kat Nilai nanti hari raya ke 3 (ahad) baru balik KB. Pagi tadi solat raya di Masjid BB Nilai. Pak Imam Cikgu Zahari yang imamkan solat raya. Bagus pengisian khutbah yang disampaikan. Oleh kerana Pak Imam bekas pengetua, pesanan yang disampaikan ada penambahan dan releven dengan teks yang dibacakan juga isu umat islam di Malaysia terkini. Hidup beramal dan berbakti...bagus macam tu kan...



Ma dah balik awal lagi dengan adik Mat. Dua beradik je dapat balik beraya awal, Bad dan Mizi yang lain lepas raya baru balik. Belah suami...Kak Ani dan Amin je balik...yang lain tak balik. Ye la ma dan ayah mertua pun semuanya dah kembali ke rahmatullah. Balik pun dah tak berseri lagi macam dulu.



Malam tadi sibuk masak penuhi permintaan anak-anak. Ada yang nak makan rendang..ada yang nak nasi beriani...dan ada yang nak sate....tapi ketupat tak de..sedihnya...



Telefon ma menu apa pagi raya? seperti biasa kami kalau balik pun sekarang tak macam dulu. Dolu-dolu kalut aku dan ma masak. Sekarang semuanya tempah. Mana nak sempat cari lauk. Semenjak ma tak sihat dan tinggal bersama, selalunya hari buat ketupat baru balik (sehari sebelum raya). Ma kata tempah kuzi dan behun. Tahun ni tak de sate...sebab tahun lepas beli sate semuanya sakit perut...bakar tak masak. Ma pula tak dapat gi solat raya, tak sihat. Seri raya tu pun dah makin hilang...



Segala-galanya amat indah dulu...kini keindahannya berbeza. Usia dah semakin menjengah tua...kita pula yang kena dok rumah tunggu adik-beradik datang. Lepas solat raya kami ke Bangi beraya dengan mak su yang juga tak dapat balik. Ayah su dah hampir tiga bulan kena strok. Besok nak g beraya dengan Cikyah kat Klang, dan beberapa rumah sedara yang juga tak dapat balik beraya.



Selamat Hari Raya Eidul Fitri walau di mana kampung kita....

Sunday, September 5, 2010

Ketupat sambal, ekonomi dan didik

Keadaan ekonomi dunia hari ini masih belum pulih sepenuhnya. Malahan pakar ekonomi dunia berpendapat kesuraman ekonomi akan berterusan dan tiada petunjuk menunjukkan akan pulih. Negara yang mempunyai rezab yang banyak akan berada dalam kaedaan yang stabil. Sementara bagi negara yang sentiasa ditimpa mala petaka, peperangan, bencana alam atau defisit yang berganda akan mengalami saat yang sangat genting.

Sumber ekonomi hari ini tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada perdagangan bahan mentah, bahan industri atau pun komoditi. Negara yang rakyatnya lebih maju dari segi IT intelektual dan kreatif membina rangkaian perkhidmatan kepada pengguna akan dapat bertahan. Peluang perniagaan dalam perkhidmatan berasaskan IT, pembekalan makanan yang sihat, telekomunikasi, dan lain-lain perkidmatan berasaskan keselamatan pengguna atau organisasi; masih dilihat bertahan dan berterusan berkembang kerana pengguna belum bersedia mengurangkan penggunaannya.

Gergasi ekonomi dunia suatu waktu dahulu semakin lemah. Rakyatnya menyalahkan presiden Afrikan-Amerikannya dianggap paling teruk dalam senarai ke semua Presidennya sebelum ini. Hari ini kuasa ekonomi berada ditangan negara yang mempunyai aliran tunai yang banyak dan lebihan rezab negara. Kuasa ekonomi dunia mula beralih ke negara tembok besar. Negara China bukan sahaja mula menguasai ekonomi malahan juga turut mengembangkan bahasanya ke serata dunia. Hari ini, lapangan terbang antarabangsa dunia termasuk KLIA mula menggunakan bahasa mandarin sebagai perantara apabila membuat pengumuman.

Percayalah...kekuatan ekonomi boleh merubah segalanya. Namun apa jadi dengan anak-anak didik kita di sekolah? adakah mereka makin berkembang pemikirannya atau semakin jumud? siapakah yang menjumudkan mereka? kita sebagai guru di sekolah atau ibu bapa mereka di rumah...atau mungkin masyarakat persekitaran mereka. Walau siapa pun yang menyumbang kepada kejumudan pemikiran anak-anak kita ini yang menyebabkan mereka tidak berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri dalam akademik dan kokurikulum natijahnya akan dirasai oleh negara seluruhnya.

Transformasi pendidikan yang ingin di bawa tidak semestinya merubah apa-apa perkara asas dalam pendidikan. Diibaratkan kereta, enjin yang menggerakkannya mengalami transformasi namun asasnya masih untuk memberi keselesaan dan pemanduan yang hebat kepada pengguna. Begitu juga dengan pendidikan. Transfromasi harus berlaku berasaskan murid, guru, infrastruktur kerana perkembangan dalam teknologi, globalisasi dan ekonomi yang turut merubah peradaban dan ketamadunan manusia.

Ajarlah anak kita untuk hidup dengan cemerlang. Terapkan ilmu semasa dalam pengajaran seharian di sekolah. Mengajar anak-anak yang agresif hari ini tidak boleh lagi pakai kapur tulis, buku teks atau duduk di kerusi seharian. Guru harus kreatif mengajar dan merentasi segala ilmu peradaban dan ketamadunan manusia agar mereka dapat berkembang pemikiran. Biarkan mereka bercakap dalam bidang mata pelajaran yang di ajar. Galakkan penerokaan dan ajar anak-anak kita berkongsi pengetahuan. Pengetahuan dalam bidang akademik dan umum yang mendalam akan menjadikan anak-anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan masyarakat di luar sekolah nanti. Dan yang paling penting, guru harus mengenali hakikat insan seorang murid. Mereka insan yang ingin disayangi, dihormati, dimanja seperti anak-anak kita dan buka mengajar dengan cara herdikan, sinis, atau gertakan. Transformasi pendidikan harus turut melibatkan profesional guru agar lebih kompeten dari segi ilmu, sikap dan kemahirannya yang menjadikan mereka lebih profesional.

Selamat bercuti semua guru, jasa anda akan tetap terpahat di batu peringatan negara. Saya percaya walau pun anda semua bercuti tetapi kerja tetap di bawa balik kampung menyambut raya.

Selamat Hari raya maaf zahir dan batin. tahun ni dapat ke makan ketupat sambal daging?

Saturday, August 7, 2010

Tahyul berleluasa

Malam minggu begini memang masa untuk uruskan kain dan biasanya didepan tv. Itulah masa yang menyempatkan diri untuk menonton tv. Channel bertukar. Mencari-cari siri yang ku suka..kut ada House ke..atau apa-apa cerita di channel movie yang seronok. Tapi rasanya satu pun tak menarik. Punat 103 ditekan drama kat tv3. Cerita kisah sepasang suami isteri yang percayakan kuasa bomoh untuk mengikut kehendak masing-masing. Tajuknya pun ku lupa.

Rasa nak muntah ada, loya pun ada dan kepala pun pening. Bukan apa pendedahan melalui cerita tu rasanya sangat ekstrim. Walau sering diulas oleh penerbit drama untuk tujuan pengajaran tapi natijah kepada masyarakat harus turut dikaji.

Fenomena dewasa ini yang mengikut ustaz berceramah di radio 80% melayu islam sukar untuk mengerjakan solat amat membimbangkan. Bila solat jarang, tiang agama goyah, iman senipis kulit bawang, hidayah hilang diganti oleh bisikan syaitan.

Cerita sedemikian akan jadi ikutan. Bukan pengajaran yang dilihat tapi apa faedahnya yang dikutip. Amat tragis jika ramai yang sudah mula melupakan kuasa Allah.

Wallahuallam.

Monday, August 2, 2010

Aku Cikgu

Dalam beberapa minggu ini hati menjadi keliru, banyak rasa, banyak diperhati, banyak didengar, pelbagai tafsiran. DG apa sebenarnya maksud akronim tersebut? Selama ini hanya tahu menyebut namun tidak pernah bersuara untuk menyoal akan maksudnya.

Mengimbas kembali semasa temuduga yang dihadiri awal tahun yang lalu. Seramai sembilan orang penemuduga membuat hati berasa sangat kecut. Apatah lagi diduga dengan pelbagai soalan yang menguji ketahanan diri. Masih diingat dengan jelas asakan soalan pengerusi temuduga yang rupanya Timbalan pengarah mengapa sudah ada jawatan di sekolah masih nak datang ke bahagian? tambahan pula ada NPQH ..."sikit...lagi...sikit lagi katanya u akan jadi pengetua"...lagi pun kenaikan pangkat lebih banyak di sekolah. mengapa nak datang ke bahagian yang tidak menjamin ada kenaikan pangkat.

Jawapan ku tekal. Bukan pangkat yang dikejar tapi peluang dan suasana untuk mendapat intelektual power itu yang ku kejar. walau pun hati berasa kesal meninggalkan sekolah yang sangat dijiwai...bagi ku sekolah adalah kehidupan. banyak ilmu yang bermanfaat dan berguna boleh disebarkan jika berada di sekolah.

Namun pelan kerjaya harus ku ikuti...sebenarnya jiwa masih di sekolah dan gembira dipanggil guru, dikelilingi dan mendapat ucap dan doa sejahtera setiap masa oleh murid ...rasa bertuah menjadi guru. Percaya lah aku amat berbangga dipanggil dan menjadi cikgu.

Banyak persoalan yang harus dijawab...banyak tindakan yang harus diambil...dan keputusan ku nekad...semoga aku bisa berbakti sebagai guru walau tidak berada dalam kelompok murid. menyedut udara yang sama dengan murid. makan semeja dengan murid...mendengar ucapan manja murid...hati pasti rindu semua itu...

Walau di mana ku berada aku tetap cikgu!

Anak-anak cikgu rindu kamu

Sunday, August 1, 2010

NATRAH


Tatkala media membicarakan tentang Natrah, Anak seni terpanggil mementaskan Natrah, dan ada ketika rakan-rakan mengulas tentang teater yang dipentaskan. Aku hanya mendengar tanpa apa-apa kesan. Buku ini ku beli di hari jumaat pertama memulakan tugas di BBPDP. Ku lihat rutin pegawai di sini setiap jumaat berduyun-duyun menuju ke Alamanda. Menurut rakan sekerja sebenarnya itu lah cara pegawai di sini beriadah dan memanaskan badan. Aircond di pejabat ku kira mungkin di antara 12-14 darjah celcius. Sejuk ...sampai hujung jari pedih dan tika ambil air sembahyang pasti menggigil.
Dek kerana kesibukan menyesuaikan diri dengan tugas baru, minggu ini baru berkesempatan membacanya secara serius...sampaikan masak untuk lunch pun delay..
Tahniah kepada penulis, Datin Fatini dan pihak yang bertanggungjawab membongkar kisah tragis yang menimpa 3 insan yang saya kira sangat hebat dan istimewa iaitu Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi yang takdirnya di pilih oleh Allah untuk memberi pengajaran supaya kita semua berfikir.
Sayu hati menatap ayat-ayat penceritaan penulis yang menyentuh hati, jiwa dan sanubari. Penceritaannya membawa pembaca seolah-olah melihat filem yang dipentaskan dengan jelas didepan mata. Kita di bawa mengembara dari Indonesia, Singapura, Kemaman, Belanda hinggalah ke Amerika. Segala-galanya hidup dan jelas di bayang mata.
Buku ini sangat baik untuk di baca oleh para guru Bahasa Melayu, Ustazah atau ustaz, guru sejarah atau pun guru sastera. Turut sesuai di baca oleh semua peringkat masyarakat anak-anak, ibu bapa, pemimpin masyarakat, pengamal undang-undang atau pun NGO.
Saya berpandangan sedemikian kerana buku ini:
1. mengetengahkan fakta sejarah yang diolah dalam bentuk penceritaan kewartawanan yang sangat menarik dan hidup. Guru-guru sejarah seharusnya mengajar sejarah di sekolah dalam bentuk penceritaan sedemikian agar lebih menarik minat murid-murid mendalami sejarah. Hal ini kerana, sejarah adalah kehidupan dan kehidupan itu adalah sejarah.
2. Merupakan kajian kes yang mendalam mengenai akidah dan pegangan seseorang. Kesan-kesan kepada seseorang yang hilang pegangan diceritakan dengan baik oleh penulis. Perbincangan dengan anak-anak didik dilihat boleh menyedarkan mereka akan muslihat dan dakyah musuh agama yang tersembunyi.
3. Juga merupakan kajian kes perundangan yang telah menjadi rujukan dalam pertikaian hak penjagaan anak angkat dan kes murtad.
4. Turut menjiwai anak-anak yang tidak diurus dengan baik emosinya akan memberikan tekanan yang maha hebat di dalam hidupnya. Ibu bapa yang membaca pasti terharu dengan tekanan emosi yang dihadapi oleh Natrah akibat di paksa dan terpaksa.
5. dan banyak lagi yang tersirat.
Oleh itu saya amat bersetuju dengan cadangan Prof Zaini Ujang agar buku ini dijadikan sebagai teks bacaan di sekolah. Amat wajar pelajar diberikan tugasan untuk membuat sinopsis, mengkaji secara akademik dan menghasilkan perbincangan akademik di dalam kelas dari pelbagai aspek. Namun bukan untuk tujuan peperiksaan, tetapi lebih kepada kehidupan.
Selamat membaca.

Friday, July 9, 2010

LAIN PADANG LAIN BELALANG

Masihkah kau ingat pada waktu itu ketika mula-mula menerima tawaran berkhidmat sebagai guru? Apa perasaan anda di waktu itu? Bercelarukan..

Bagaimana agaknya sekolah yang kita ditempatkan..bagaimana pengetuanya...apa tugasnya...yang paling seram bagaimana nak berhadapan dengan pelajar di dalam kelas....tambahan pula tak tahu subjek apa yang kena di ajar dan tingkatan berapa...

Begitulah rasanya bila berada di sesuatu tempat baru. Apa tah lagi jika nature of work dan skop kerja berbeza. Segalanya berbeza cuma knowledge dan skill mungkin boleh digunapakai...banyak juga yang perlu dipelajari.

Berada di pejabat sekolah tidak sama dengan situasi berada di pejabat bahagian di KPM. Pejabat HEM meriah...jadi tumpuan..pelbagai ragam ibu bapa dan pelajar yang terdesak, didesak, terpaksa atau paksa rela untuk datang berjumpa atas urusan pendidikan anak-anak mereka. Pejabat HEM ketiak berpeluh...turun naik tangga meronda memantau guru, murid, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, pekerja kantin, bangunan kukuh ke tidak atau tiang dah nak roboh ke tidak, kalau tak bergoyang tu kira ok..masih selamat...kerusi meja cukup ke tidak...pintu kelas ada ke tidak..atau dah tercabut dilayang dek angin atau ditumbuk dek pelajar.....

namun itu semua menceriakan suasana...kita always move from one place to another...opps juga...dalam longkang ada sijentik2 ke atau busuk tersumbat...jika air mengalir tu ok...jika tidak semua orang kita hambat untuk cuci...lagi...tandas...yes tandas...tandas guru dan pelajar kena tengok ....tandas murid lelaki yang tak sanggup nak dihidu juga kena masuk jika tidak kita tak tahu pekerja tu bersihkan atau tidak atau mungkin juga ada spot ponteng atau merokok...segalanay tentang sekolah, murid, guru dan ibu bapa harus ada dalam kepala kita...

Berada di pejabat baru..daily you're dealing with people who needs your ideas...thats mean we have to up to date to the every educations issues current or not. All the akta, sejarah, dasar,...whatever come out or not yet have to knows detail and interprate well. Here kita kena manage ideas, konstruk idea...every words have to be very carefull and should be check and check before hand it to upper officer...silap cakap, salah fakta...banyak pihak kena serang...

Here..you got gred sangat dihormati...u got phd lagi-lagi disanjung tinggi...

Thursday, May 27, 2010

Kau penyejuk hati

Hai nak tergelak dengan ragam anak-anak ni. Yang perempuan taksub dengan korea. Si nani sibuk dok gentel nasi dan isi ikan kononya buat sushi.

Si zammil dan ain berebut nak guna net...

Hmmm...anak2 ni kan macam kita dolu2 masa kecik...bergurau lepas tu jadi gaduh..

kalau mereka tak ada kita boleh gila jadi sunyi...itu yang buat takleh nak g sambut ulangtahun perkahwinan jauh sikit...tak da anak2 percutian pun jadi tak seronok..

anak2 kaulah muzik dihatiku...penyeri kehidupan...semuga engkau anak2 jadi insan penyejuk hati mama dan abah...

mana nak g sambut ulangtahun perkahwinan ke 18 jun nanti...mak pun tak sihat...dan nak operate mata kalu jadi...

sambut kat rumah pun kira ok gak...

Wednesday, May 26, 2010

Kembali

Agak lama tidak bicara di ruangan ini. Fikiran tidak lagi fokus untuk menulis. Akhir-akhir ini terasa letih sangat, tidak bermaya...seolah-olah phone tak ada bateri...recharge pun tak masuk kuasanya.

Kenapa begitu letih? Setiap pagi bagaikan satu penyiksaan untuk sampai ke sekolah. Walau pun dah ambil vitamin tambahan masih rasa mengantuk. Pernah hampir terlena apabila berhenti lampu merah. Begitulah seharian satu penyiksaan. Langsung tak boleh duduk di meja taip satu surat pun boleh nak terlelap...

separuh badan lenguh tak boleh nak cerita...pergi hospital Dr hanya check tekanan darah dan buat ecg test...

Bila mulakan berubat rupanya itulah tanda oksigen tak cukup di dalam otak...dan boleh kena strok...

Bercerita dengan pakcik yang baru recover dari strok minor juga mengesahkan simptom-simptom nak kena strok memang begitu...

Alhamdulillah...dua hari ni mula rasa sihat kembali..tangan pun sudah merah...dan sudah boleh meronda semula...

hampir tiga minggu tak meronda...sampah mula banyak...pokok2 pun dah kering...

Thursday, May 13, 2010

F1 Racing...

Hari pagi2 lagi dah racing...almaklum le lambat. Sampai kat sekolah pelajar boss seperti biasa ada kat bawah supervise perhimpunan pagi...eeee malunya aku...

Turun buat selamba dek...g kat guru disiplin bagi senarai pelajar yang datang lewat yg guard bagi...emmm anas dan sabri tu je la kepala halian suka datang lewat. Tahun lepas si sabri tak datang sampai nak kena di buang.bila dipanggil berkali2 alasannya tak dek motor...mengamuk minta maknya belikan motor..beli le orang tua tu (muda sebenarnya)..tapi tahun ni dah ada motor lambat gak..isy..isy...

ilmu tu diperturunkan kepada si anas..guna modus operasi yang sama tak datang sekolah kemudian bila sekolah panggil mengamuk kat maknya (ayah menghilangkan diri dah kahwin lain khabarnya...mak digantung tak bertali). kesian si mak...gaji cleaner RM450 nak sewa rumah lagi..makan anak2 lagi mana cukup nak wat beli motor...itula budak2 tak sedar di untung...

Tiba2 berdering phone kat tangan...hubby call...katanya mak pening kepala nak pengsan...dia tak boleh cuti ari ni ada meeting penting...call adik semua tak dapat...bergegas balik...racing lagi...bayangkan 40 minit boleh jadi half daripada tu...ya lah...kalu jadi apa2 kat mak aku menyesal seumur hidup..dia dalam jagaan ku...

try call adik lagi..dapat... dia baru balik kerja...minta g tengok mak dulu...bila sampai rumah mak dipapah adik untuk ke klinik kesihatan yang terdekat...klinik salak le..yang tadinya aku melepasi dengan laju...

aku boleh je agak mak aku ni...apanya ubat ikut suka dia nak makan..bila kita atur jadual makan ubatnya degil megalahkan budak umur 2 tahun...nak wat camna ...entah2 aku besok pun cam tu...hu..hu..

seperti biasa gula dan blood presure shoot up...mana tak pening nak pitam...doktor tanya makan ubat ke ...dah inject insulin ke? aku diamnya bagi chance dia jawab...hi..hi saja aku malas dah nak berbohong dgn doktor...tebieng2 nnawok dr tahu jugok ubat tak masuk...

Passs tu...aku pecut balik sekolah...banyak kerja nak settle...on the way..org TH call...vrooommmm......

Wednesday, May 12, 2010

SMS Terpantas...

Hari ni kat sekolah aku jadi boss kecik..pengetua g pentauliahan KRS, PK g menggubal soalan, PK KO ada urusan luar...apa2 hal...cikgu2 kena jumpa aku minta permission... cikgu2 macam takut2 je nak jumpa...yang teragak2 nak minta keluar pun ada...

hati tertanya sendiri bengking ke aku ni?...minta kebenaran dengan boss nak pendekkan masa sebab nak buat bengkel perancangan strategik unit HEM jam 2 pm. Yang ada dah expired..sebelum ni cikgu2 siapkan perancangan kurikulum. ni turn HEM pulak..mudah la sikit cikgu2 dah faham nak buat.

Bila dibengkelkan ...siap dengan contoh dan bahan lagi..harap2 mudahla cikgu2 nak buat...dan yang penting dapat hantar isnin ni...paling lewat rabu minggu depan...

Aku limitkan bengkel sampai jam 3. Nak kena wakilkan pengetua ke satu majlis perjumpaab TNB dengan pemimpin komuniti. Sampai hampir jam 4 petang..masih sempat ada yang tengah berucap...dewan BBST lengang je..agaknya dah ramai balik kut..

Yang bestnya tak pernah aku masuk pertandingan SMS kali ni beria-ia sms daftar nama pelanggan TNB siapa cepat dapat hadiah..dapatla ..no 3..sms terpantas...hadiahnya pembakar roti..pandai betul TNB bagi yang banyak pakai power..hadiah utama dapat microvawe..lagi banyak power pakai...

yang seronoknya selesai masalah pagar belakang...hari tu dah panggil TNB mesyuarat JK Keselamatan sekolah tapi mereka tak hantar wakil. Bila time soal jawab apa lagi aku pun utarakan soalan dan minta keperihatinan TNB untuk betulkan pagar rumah TNB yang boleh mengancam keselamatan pelajar...siap mintak tembok batu lagi...hi..hi

cikgu2 besar yang ada bila tengok pegawai TNB tu minta pergi siasat segera dan terus ambil aduan jam tu jugak..berebut2 tanya soalan minta bantuan...hi..hi..

guna jangan tak guna....dengar citer TNB jugak boleh bagi duit untuk buat program...apa lagi...balik nanti cuba minta untuk sekolah...

Tuesday, May 11, 2010

wow tingginya kak....

Hari ahad anak-anak ajak g jalan sambut hari ibu. Walaupun tak de hadiah ingatan pun dah cukup gembira.Anak-anak pun tak sempat nak g shopping sabtu ahad mereka ada tusyen.

Malam tu balik tangan makin kebas...sebelah bahu lenguh...kaki sebelah kanan sampai habu kanan semua lenguh...mata rasa tak selesa terasa ada sesuatu..malam tu tak berapa nak buleh tido...suami panaskan beg heater...kut2 menjadi...

pagi isnin masih terasa...cam na nak g sekolah ni...baik g hospital check...mana nak g ni...hospital putrajaya atau KPJ seremban....

hubby kata awal2 ni g gomen dulu nanti kalu dah confirm boleh la g regular check kat private...so drive sorang2 g hospital putrajaya..sampai jam 9.00 pagi..masyaAllah ramainya orang parking sampai melimpah ke luar jalan raya....cari punya cari parking la kat tepi jalan...guard minta alih nanti kena saman...saman pun saman lah...kalu nak parking kat tepi jalan sana lagi kena saman penat jalan jauh...

Bila tiba kat saringan...chech BP 202...misi tu kata wow kak tinggi ni...akak ada darah tinggi ke? aku mengeleng2 kepala...tapi dalam hati berkata2 dulu masa buat medical checkup utk apply master memang dah 190 BP dr memang marah...

Nurse tu ulangi lagi BP pun sama...mereka cepat2 bawa saya ke kecemasan...dr pun pay attention lebih...buat ecg test....inject sampai 3 jarum...dan bagi ubat turunkan darah...

lepas satu jam aku pulak gelisah...baring tak kena..duduk tak kena...bangun nak minta balik....misi kata tak leh kak result darah belum sampai...

argh...cam na ni...bangun cari dr...tapi mula nak pitam...hampir rebah kat katil...dr...minta nurse buat ecg test lagi....

kut sebab belum makan..minta nurse tolong belikan air..dan roti..tapi kenapa gelisah ni...call suami minta datang ambil...

Bila balik rumah mak bising "emmm mu mabuk ubat la tu"...hi..hi...loni aku pulak hok ccayo ko dio aku mabuk ubat...di kejarnya adik g beli air nyo..beli kangkung la nak blend...nasib kangkung tak ada kalu tidak kembung dgn air kangkung la aku..

Pagi ni selasa dr suruh rehat bagi mc...kepala aku bengong lagu...tapi rasa gelisah tu agak berkurang....

Hubby mula jadi dr...nasihat berjela...sama macam aku berjela nasihat kat dia bila kaki bengkak kena gout...

iktibarnya...jaga kesihatan masa muda...dah dapat penyakit...baru merana...

Saturday, May 8, 2010

ALahai anak omak...

jika ditanya kepada ibubapa adakah anak tuan/puan sering buat sesuatu yang merisaukan semasa di rumah? pasti ramai yang tidak ingin berkongsi kesengsaraan membesar dan mendidik anak dewasa ini. Rata-rata akan mengatakan anak saya baik cikgu kat rumah. Bila diberikan senarai salahlaku anak-anak di sekolah ramai yang menuding jari kpada rakan yang mempengaruhi ank mereka atau cikgu yang tak tau nak ajar anak mereka. Siapalah kita jika dibandingkan dengan ibubapa mereka untuk mengajar dan mndidik.

Pengalaman menguruskan anak-anak yang kusut jiwaya , terpesong matlamat hidupnya, ramai ibubapa yang mudah putus asa dalam mendidik amanah allah ini. Guru2 pula terlalu sinical dan cepat melabelkan anak2 ini tanpa memberi peluang kedua. Ibubapa juga ada yang tidak lagi kasih anak2 dan mudah membuang anak2. Ke mana mereka nak mengadu...di rumah di halau...di sekolah ditengking dan di label..

Pelajar juga insan biasa ...jika ibubapa dan guru mengenal hakikat insan tentunya mereka akan lebih simpati dengan semua anak2. Jika silap langkah berilah mereka peluang untukberubah....dan untuk berubah perlukan masa dan bimbingan berterusan..

Kes aminurashid harus jadi iktibar kepada ibubapa dan guru-guru. Masyarakat juga harus akur dan faham akan tindakan polis dalam membenteras jenayah. Sekarang kita harus mengingatkan anak2 kita untk tidak berada di luar rumah lepas waktu tengahmalam. Dan jika diarahkan berhenti usah berdegil...memecut bererti akan ditembak.

Tidak perlu pendedahan sop...dari kes2 yang berlaku kita harus mengerti itu tindakan yang harus dilakukan oleh polis...apa yang perlu kita sebagai ibubapa dan guru2 didik anak2 untuk patuh kepada undang2, tidak keluar rumah waktu kritikal 1 am hingga 5 am dan menghormati penguatkuasa undang2.

Jika semua pihak menuding jari kpada polis ...penjenayah akan bersorak dan menangguk di air keruh...semangat polis akan luntur dan keselamatan negara trjejas..

Thursday, April 29, 2010

Insan yang ehsan

Tiga perkara yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia yang disampaikan oleh jibrail melalui Rasulullah saw iaitu islam, iman dan ehsan. Anak-anak kita jika teguh melaksanakan rukun islam, tetap mempercayai ke semua rukun iman dan ada ehsan akan selamat serta hasanah dunia dan akhirat.

Ustaz Irwan dari USIM menjelaskan ehsan itu ialah "apabila engkau menyembah dan beribadat kepada Allah, seolah2 kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak dapat merasakan melihat Allah, ketahuilah Allah melihat kamu".

Malam ni Kem Jejak Taqwa anak angkat Lembaga Zakat Selangor akan mengadakan malam keseniaan dan jam 4 pagi qiamullail..

InsyaAllah niat yang baik akan sampai ke hati anak2 kita dan menjadi amalan yang baik...

Hanya Allah yang memahami kepuasan hati jika dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik anak2 ke jalan yang benar ....

Ya Allah berilah biar keputusan yang ku buat adalah kerana mu...

Sunday, April 25, 2010

Assalamualaikum usatazah !

Benarlah apa kata orang kita dilihat dari apa yang kita kerjakan....

Merancang untuk mengadakan kem kerohanian memang cabaran besar kerana bukan bidang kita sepenuhnya. Berkat pertolongan ustazah di sekolah yang di ambil pandangan dan mengajak untuk berbincang pengisian program memudahkan proses menyusun atur dan mencari penceramah serta fasilitator.

Berurusan dengan ustaz dan ustazah ni menaik taraf ke gelaran yang lebih baik. Pihak Lembaga Zakat Selangor yang di undang untuk merasmikan program fikir saya ialah ustazah, setelah berhubung beberapa kali

Yati : Assalamualaikum En. Kamaruddin...

LZS : Walaikumussalam...ha ustazah apa buleh saya tolong?

Yati : Hmmm (gelak) ...En Kamaruddin naik taraf hari ni panggil sayo usatazah...

LZS : Ha..ha..tok apo la kalu naik tage pung (orang kuala krai dio)

Minggu hadapan selama 3 hari Kem Jejak Taqwa diharapkan agar dapat memupuk kesedaran para pelajar anak2 asnaf seramai 40 orang untuk mengamalkan rukun islam dan iman sepenuhnya. Rata-rata ditanya amat menyedihkan islam hanya pada nama. Solat jarang-jarang ada yang tak ingat lagi bacaan dalam solat...dan ibu bapa bila di tanya mengiakan anaknya tak solat....susah kita nak tuduh adakah ibu bapa juga sedemikian..

Mudah2an Allah memakbulkan niat murni kita...kalau pun sebelum ini ustaz dan ustazah mengajar di kelas mereka tidak ambil peduli dan ada yang ponteng waktu agama, kali ini kem ini diharapkan memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka, amin.

Friday, April 23, 2010

Merubah Budaya Sekolah

Merubah dan membentuk budaya sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika sesuatu nilai dan norma yang ada di dalam mana-mana institusi sudah dipegang dalam tempoh yang lama. Budaya juga disebut sebagai etos sering dikatakan sebagai suasana yang dirasai dan dilihat apabila berada di dalam sesuatu institusi seperti sekolah. Budaya sekolah adalah berbeza jika dibandingkan dengan syarikat swasta, hospital atau pun kilang-kilang perindustrian.

Adakah perlu budaya sekolah dirubah? Dalin (1993) menyatakan sekolah perlu merubah budayanya kepada membentuk satu budaya pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan dalam dan luaran pelajar dan guru. Sekolah yang ingin berfungsi sebagai sebuah institusi pembelajaran yang mengikut kehendak falsafah pendidikan kebangsaan bagi meralisasikan visi dan misi negara haruslah bertindak untuk merubah budaya sekolah tersebut.

Suatu program pembangunan yang dipelopori oleh Dalin dan Rust (1983) mendapati untuk merubah budaya sekolah dua pendekatan atau strategi yang digunakan iaitu:

1. merubah pada tahap individu yang ada di dalam sekolah iaitu guru, staf, pelajar, pekerja swasta, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin.
2. Merubah pada tahap kumpulan seperti bidang mata pelajaran, panitia, unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid dan kokurikulum agar membolehkan individu dalam kumpulan berfungsi secara kolaborasi sama ada di antara kumpulan atau dalam kumpulan.

Hodgkinson (1983) pula menyatakan bahawa budaya sekolah dapat dilihat pada tiga peringkat:
1. Tahap transisi apabila nilai yang ujud berasaskan kepada kepercayaan, kod etika dan perpektif moral.
2. Tahap rasional apabila sesuatu nilai dilahirkan mengikut justifikasi bersama, tertanam di dalam institusi serta seragam.
3. Tahap subrasional apabila nila yang tertanam di dalam individu diterjemahkan sebagai satu karekter atau sikap seseorang.

Oleh yang demikian, merubah sesuatu budaya sekolah bukanlah kerja yang mudah memakan satu atau dua hari. Ianya adalah merupakan satu proses yang panjang dan berterusan. Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil perhatian. Untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan, kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi.

Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu dibuah ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhannya.

Siapakah yang berperanan untuk merubah budaya sekolah? Di sekolah yang mengamalkan kepimpinan autokratik akan memimpin secara berpusat. Nilai dan norma yang ujud bukanlah nilai dan norma institusi tetapi lebih kepada nilai dan kepercayaan individu pemimpin tersebut. Untuk itu pemimpin sekolah iaitu pengetua haruslah menggerakkan penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia, guru cemerlang dan guru-guru senior yang ada di sekolah dengan memberikan kepercayaan untuk membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.

Sekiranya setiap lapisan kepimpinan di sekolah dapat berfungsi dan berperanan dengan baik budaya dan etos sekolah akan diterjemahkan kepada nilai dan norma yang turut diamalkan oleh para pelajar.

Sunday, April 18, 2010

Di mana nak bersara?

Bersara? kalau ikut umur memang la lambat lagi. Servis masih ada 18 tahun lagi. Hubby pun masih ada 10 tahun lagi. Rasanya tak terfikir lagi di mana nak settle down. Adakah balik kampung Pasir Pekan atau Pintu Geng? atau cari tanah di mana2 kawasana kampung atau duduk je kat sini. Si zammil asyik cakap dia nak duduk dgn mama sampai bila2. Ala anak2 masa kecil ni nak duduk dgn kita bila dah berkahwin menantu nak rumah sendiri...tentunya tak privasi duk dgn mak mertua...

Minggu lepas bila hadir untuk terima sumbangan LZS, ada pengetua bercerita pelan persaraan mereka. Seronok dengar....ada yang nak beli tanah dan bina banglow kat tepi pantai...

Petang ni kawan rapat hubby datang rumah. Dah lama kami tak jumpa since sambung belajar...dia tak kunjung kita dan kita pun tak pergi rumahnya di Ampang. Nice couple dan sangat humble. wifenya one of the senior ekskutif di petronas twin tower dan suaminya schoolmate hubby senior eks. TM. Datang juga bercerita pelan persaraan. Nak dapat advise hubby tentang rumah yang akan di bina.

Kita pun mencari2 jugak di mana rumah yang sesuai. So far belum lagi jumpa. ambil masa kumpul duit. Well impian bungalow di tepi masjid....ada lagi ke di sini hari ini.

Thursday, April 15, 2010

I Love U much

Teringat je dulu masa kat IAB ada lecturer yang omong Kluster sebagai "Kalau leka urus sekolah terabai rumahtangga". Kiranya takde la sampai terabai rumahtangga...dan belum pun sampai leka urus sekolah. Namun kadang-kadang mungkin the daily schedule very tight tiada masa untuk diri dan sembang hati ke hati dengan anak2.
Sometimes my mother complaint...kat rumah banyak makan membazir...roti, kerepek...keropok yang di goreng tak ada yang makan...bukan tak nak makan tapi tiada masa luang ..laisy time duduk enjoy tengok tv.....

Mungkin tiada masa rehat..anak-anak tak berapa sihat walaupun ambik supplementary. Anak sulong pernah mengadu sakit pinggang..kami bawa ke pusat rawatan annur di bangi dan juga lepas tu Azzaharah bangi...mungkin masa tu dr masih tak dapat kesan.

Seminggu ni sakitnya berulang dan makin serius...sakit perut katanya..kami bawa dulu klinik dan dr suspect appendiks...malam tadi kami bawa hospital dan dr nasihatkan operation adalah yang terbaik.

Ya Allah ku mohon agar anak ku sihat seperti sedia kala, ceria dan cergas...jika ada kesakitannya engkau pindahkan ya Allah kepada ku...kasihanilah anakku Ya Allah....

Kak in mama saaaaayang kak in...


Wednesday, April 14, 2010

Zakat Wajib

Menunaikan zakat sering kali di ambil ringan oleh segelintir atau mungkin ramai umat islam. Ust Abdul Halim Din semasa sesi tazkirah pada majlis penyampaian sumbangan bagi program sekolah angkat Lembaga Zakat Selangor menjelaskan Allah telah menyebut di dalam Al quran sebanyak 27 kali tentang kewajipan menunaikan solat dan zakat.

Walaupun kutipan LZS pada tahun 2009 berjumlah ratusan juta ringgit, namun jumlah pembayarnya hanyalah 10% sahaja daripada jumlah yang layak mengeluarkan zakat. Oleh itu belum sempurna iman seseorang sekiranya masih berkira dan kedekut untuk mengeluarkan zakat.

Dengan kemudahan potongan gaji dan kaunter zakat yang ada di setiap daerah di negeri selangor memudahkan umat islam melunaskan rukun islam yang ketiga ini.
Wang sumbangan tersebut telah dirancang untuk pembangunan insaniah dan kecemerlangan akademik pelajar2 asnaf. Semua aktiviti yang dirancang sudah pun dihantar kepada LZS.
Jadi program yang terdekat adalah Kem Jejak Taqwa pada 28/4-30/4 nanti, diikuti Motivasi Kecemerlangan akademik pada 3 Mei nanti. Anak2 asnaf juga akan dibekalkan buku rujukan, latihan dan dibimbing untuk cemerlang dalam akademik. Mudah2an sumber yang halal, niat yang baik Allah akan beri ganjaran kepada kecemerlangan anak2 asnaf agar kehidupan mereka akan berubah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Sunday, April 11, 2010

The Renaissance Man

Membaca karangan penulis yang mengkesahkan mengenai Ungku A. Aziz atau Pak Ungku memberi satu inspirasi baru kepada pembaca. Pak ungku yang merupakan sepupu kerabat Diraja Johor mempunyai sejarah hidup yang tersendiri. Ibunya berbangsa turki telah meninggalkan dunia sewaktu Pak Ungku masih kecil. Walaupun berdarah raja namun jiwanya adalah jiwa rakyat.

Beliau di antara negarawan yang sentiasa memikirkan pembangunan rakyat kebanyakan. Penubuhan Tabung Haji, Gerakan Koperasi, dan perancangan DEB. Pemikiran beliau merentasi semua ilmu kerana sikapnya yang suka membaca. Dikisahkan beliau merupakan di antara rakyat Malaysia yang paling banyak membaca. Disiplin yang membaca ada pada dirinya, suka mengkaji, berfikir dan berusaha mencari ilmu baru menyebabkan beliau sentiasa ingin belajar.

Pak Ungku juga adalah pejuang bahasa melayu. VC UM yang ketiga ini berjuang memelihara pantun melayu. Semangat cintakan Bahasa Malayu diterjemahkan melalui pemikiran yang disampaikan dalam bentuk ceramah, penulisan, syarahan dan perbentangan kertas kerja seminar atau perbincangan mesyuarat. Antara pantun yang disebut ialah:

Kelapa puan di dalam jalur
Kelapa jantan dibuat titian
usaha pembangunan hendaklah jujur
supaya kemiskinan dapat dihapuskan

Pak Ungku sering menyeru agar orang melayu berubah sikap dari malas kepada lebih rajin, berjimat cermat dan suka menyimpan serta menghapuskan amalan berhutang. Dala hal ini pantun yang disebut ialah:

Paku ini paku landai
paku berasal dari Jawa
barang bini habis digadai
pinjam pula barang mentua

Dikisahkan Pak Ungku juga sentiasa mengetengahkan peranan wanita dalam meningkatkan ekonomi orang melayu dan membantu suami keluar dari kemiskinan. Antara pantu yang disebut ialah:

Petir guruh berselang-selang
Kilat menyambung di dahan jati
cantik sungguh tuan dipandang
tidak tertahan asyik di hati

Selain dari pantun Pak Ungku juga menyeru agar memelihara budaya tradisi dan muzik melayu seperti ghazal. Selama 20 tahun diamanahkan sebagai VC UM, Pak Ungku telah membawa kecemerlangan dan kemajuan kepada UM.

Saya beri 5 mata kepada buku ini.

Selamat membaca.

Friday, April 9, 2010

VIRUS KERJA DI BANGKU SEKOLAH

Sepanjang berkhidmat sebagai pendidik kes anak-anak di sekolah bekerja waktu belajar memang sentiasa menjadi topik bualan hangat. Hal ini kerana selalunya pelajar yang bekerja pada malam harinya akan lewat ke sekolah dan pastinya kerja rumah tidak dibuat langsung atau tidak siap. Bila tiba waktu ujian sudah boleh diagak berapa markah yang mereka dapat. Jika dulunya mereka bekerja di pasaraya atau kedai yang tertutup, tetapi hari ini pelajar redah sahaja apa sahaja pekerjaan yang boleh memberi mereka duit.

Pelajar hari ini mungkin terpaksa atau dipaksa untuk bekerja. Terdapat pelajar yang menyara hidup sendiri kerana ibu bapa tidak lagi memberi wang saku kepada mereka. Terdapat juga ibu bapa yang menumpang wang hasil titik peluh anak bekerja hingga jam 2 pagi tanpa rasa bersalah.

Akhbar hari ini mendedahkan hanya sekelumit kisah anak yang tidak lagi minat untuk ke sekolah dan bantu ibu bapa berniaga kecil-kecilan. Anak-anak hari ini mengejar dua tiga ratus dan mereka merasakan jumlah itu sangat besar dan cukup untuk bayar ansuran motor RM150 sebulan, beli top up phone dan belanja harian. Bagi mereka tidak belajar tinggi pun ok kerana dah merasa pegang wang dan shopping sakan dengan duit gaji.

Tapi ibu bapa awas!!! anak-anak perempuan sudah ramai yang tidak lagi cukup dengan wang dua tiga ratus. Mereka nak banyak lagi wang. Cara paling mudah terlibat dengan kerjaya tertua di dunia atau agen profil tinggi.

Maghi kito pakat caro...jangan putus aso memujuk mereka untuk belajar dan berjaya.

Thursday, April 8, 2010

Trust School

Dua hari diberi ruang menyiapkan dokumen bagi pencalonan sekolah amanah menuntut kemahiran interpersonal yang tinggi. Tambahan pula dokumen untuk tiga tahun terkini tidak lengkap dan perlu dikorek. Gali punya gali dapatla disediakan dan dipersembahkan dengan baik agar tidak menjatuhkan air muka pengetua yang menerima pencalonan dalam new deal.

Secara dasarnya, amat berhemah KPM memberi ruang kepada semua sekolah untuk mempunyai peluang yang sama dan merasa ada harapan di pilih. Namun mengukur baju di badan sendiri. Ada banyak kelompangan yang perlu ditutup. Seperti artis APBH yang baru dicalonkan berkata...dicalonkan pun kita dah rasa bangga walaupun kita tahu pasti tidak di pilih.

Pengumuman SBT yang sebelum ini telah menjadi isu yang hebat dibincangkan di bilik guru, padang sekolah, kedai kopi, pasar malam dan di mana-mana corok rantau. Kali ini dalam masa sebulan lagi trust school atau sekolah amanah pasti akan diumumkan. Adakah turut menerima nasib yang sama?.

Datuk KPPM beberapa hari lalu jelas menunjukkan keperihatinan kepada nasib semua guru di sekolah di pedalaman. Datuk menteri juga mempunyai nilai empati yang sama. Bebanan tugas guru menjadi perhatian. Cuma dalam masa yang sama harap tidak ada guru yang salah menafsir tugasan wajib dalam ketiga-tiga bidang akademik, pembentukan sahsiah dan kokurikulum yang patut mereka laksanakan juga diaggap sebagai beban.

Saya percaya memang sukar untuk membawa perubahan. Apa lagi jika semua pihak berada dalam zon selesa....pasti kita dicemuh kerana membuatkan mereka sesak nafas...

Umpama mercedes yang dipandu oleh schumacher berlumba dijalan kampung...apa jadi?..pasti banyak halangan..dan kena perlahankan kelajuan...perlu adjust dengan halangan yang bakal muncul..mungkin sekawan lembu...mungkin bas kilang buruk...mungkin pemandu yang memandu dengan tenang tanpa menghiraukan orang lain...

mungkin juga blood presure dia dan kereta akan naik...

Wednesday, March 31, 2010

Kita sibuk orang lain lagi sibuk

Dah hampir dua minggu tidak menjenguk ruangan bicara. Banyak isu, cerita, persoalan, pandangan yang terlepas untuk dibicarakan di sini.

Minggu ini pertama kali menjadi pengerusi JK penilaian tender pembersihan amat memeningkan kepala. Bersama-sama hampir 200 orang guru dan penolong kanan terpilih di seluruh negeri selangor kami harus menyelesaikan untuk menilai dan memasukkan maklumat dalam komputer yang berjumlah ribuan. Kumpulan Daerah sepang saja kami harus menyelesaikan lebih kurang 631 borang tender yang dipersembahkan dengan pelbagai ragam.

Mengapa demikian? Bagi yang bersungguh-sungguh menyediakannya mudah kami menilai, hati pun sejuk rasa. Tapi ada yang cincai...kertas tender tidak disusun dengan baik dan kemas. Dokumen sokongan bertarabur dan menyulitkan JK penilai.

Namun apa yang pasti orang kita memang tak ada duit nak buat kerja. Hampir 70% tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan markahnya pasti tidak melayakkan untuk mendapat tender yang bernilai jutaan ringgit.

Ada juga yang cuba menipu dengan pelbagai helah yang dapat di kesan. Tak tau la jika dah dapat tender ..itu yang minta buat kerja semua tak dapat. Bila hujung bulan datang nak sain sebab nak claim duit.

Jika MEB dilaksanakan harap dapat kiranya PM mengambil perhatian kontraktor, usahawan dan ahli perniagaan bumi yang tidak ada modal dan keupayaan nak buat kerja. Patut di tolong dan dibantu untuk membolehkan mereka berupaya dan berduit untuk membuat kerja.

Tapi jangan pulak jadi melayu mudah lupa...dah di tolong, bagi duit, bagi kontrak...tak nak buat kerja dengan baik...

Berbalik kepada JK penilaian tender oleh KPM ada beberapa cadangan yang boleh dicuba untuk dilaksanakan pada masa hadapan memandangkan bagi menguruskan pemilihan tender memang ada duit dari penjualan borang tender yang bernilai RM50 setiap satu.

1. JK Penilai tender boleh dipengerusikan oleh Pegawai DG44 seramai dua orang sahaja bagi satu kumpulan.
2. Ahli penilai tender boleh terdiri dari pegawai DG41 atau DGA32 seramai 4 orang bagi satu kumpulan.
3. Ahli-ahli lain seramai 4 orang boleh ditawarkan kepada pelajar atau graduan yang menganggur dan di bayar mengikut kadar tertentu.
4. Pihak urusetia Bahagian perolehen KPM harus menyediakan pen, kalkulator dan dakwat stam pad yang mencukupi agar tidak membebankan guru yang terpaksa menggunakan pen dan ink stampad sendiri bagi menilia ribuan tender.
5. Arahan dan penerangan oleh pihak urusetia hendaklah jelas, insitu, berfokus dan mengikut kepada kehendak setiap borang tender dan bukan semata-mata menggunakan tayangan LCD serta menjelaskan meja ke meja bila ada masalah. Hal ini kerana ketidakcukupan penerangan menyebabkan pihak JK penilai terpaksa melakukan kerja dua kali.

Anyway tahniah kepada ahli JK daerah sepang yang sporting dan suka buat lawak yang boleh mengurang stress semua ahli. Apa tidak makcik sorang je pompuan..yang lain lolaki...so kalu lawak sensored tu makcik sengih je...

Sunday, March 21, 2010

3 Perkara melemahkan pemikiran umat

Adik pintar Adi Putra sebagai berkata terdapat 3 perkara yang melemahkan pemikiran umat islam iaitu kalkulator, sms dan permainan video. Kepintaran Adi Putra dikhabarkan telah mendapat perhatian pihak antarabangsa sehinggakan formula matematiknya telah dibayar sebanyak RM1 Billion. Banyak tu. Adakah telah dipatenkan oleh Adi Putra. Jangan jadi seperti Zul mekanik yang bijak apabila pertama didunia mencipta alarm untuk kunci kereta, suis kawalan jauh menghidupkan enjin kereta. Zul hanya menjual sahaja protaip ciptaannya kepada syarikat kereta dunia tanpa mempatenkannya. ini merugikan kerana tiada nama beliau dicatatkan sebagai hakcipta individu. Rugi...sangat rugi...

Kenyataan adik Adi sebenarnya telah dikukuhkan lagi oleh Robert Weis dari Universiti Denison Ohio yang membuat kajian ke atas kanak-kanak lelaki yang mempunyai permainan video. Kajian beliau mendapati kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan peningkatan dalam penulisan dan membaca dalam kalangan responen yang di kaji.

Ini mengesahkan permainan video merupakan salah satu punca mengapa anak-anak kita lemah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris dan juga lemah membaca dan penulisan. Masalah literasi ini di hadapi juga di Amerika dan dunia Eropah.

Di sekolah kita menghadapi anak-anak yang lemah di dalam penguasaan bahasa. Mereka juga tidak berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan umum termasuk akhbar harian.

Menyebut tentang membaca ini, pada pandangan saya masalah ini bukan hanya berlaku di dalam kalangan anak-anak sekolah. Malahan lebih buruk lagi orang dewasa juga tidak gemar membaca bahan bacaan ilmiah. Begitu juga hal ini telah merebak kepada guru-guru. Jarang sekali kita melihat ada buku-buku ilmiah berkaitan dengan meningkatkan profesion guru atau bahan bacaan umum berada di rak buku bilik guru melainkan buku-buku teks atau buku kerja murid. Hidup guru dihabiskan seharian tanpa berlaku peningkatan ilmu di dalam pemikiran guru.

Ini menyebabkan guru hanya mengajar subjek atau mata pelajaran sahaja tanpa melakukan perkaitan dengan ilmu-ilmu lain atau permasalahan lain dalam dunia sebenar seperti ekonomi, politik, geografi, sejarah. Sebagai contoh apabila mengajar matematik banyak perkaitan yang boleh di buat berhubung dengan amalan hidup seharian. Jika pelajar tahu belajar matematik penting untuk kegunaan hidupan harian mereka ini akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan lebih penting bagi mereka.

Namun saya percaya ada juga ramai guru yang melihat dunia pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diterokai oleh murid. Pengajaran mereka akan menjadi lebih bermakna dengan berlakunya pembelajaran yang lebih berkesan. Guru yang multiskill ini boleh di pupuk dan dibangunkan dengan bantuan guru-guru senior dan pentadbir sekolah. Tetapi jika berada di dalam kelompok senior yang berada dalam zon selesa dan bekerja hanya untuk mengajar di kelas semata-mata...akan rosaklah masa depan anak bangsa.

Baru-baru ini KPM telah menubuhkan Majlis Buku yang diharapkan agar dapat membuat kempen besar-besaran untuk menggalakkan dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan komuniti sekolah dan rakyat Malaysia amnya.

Selamat membaca....membaca akan menyuburkan minda...membaca akan memanjang usia seseorang..membaca akan menjadikan rakyat kita lebih maju ke hadapan...
(Isu perbincangan berdasarkan artikel BH pada 18 Mac dan 21 mac 2010)

Wednesday, March 17, 2010

Pelik tapi benar

Pelbagai kisah masyarakat, politik, sosial, agama dan hal-hal dunia berlaku kebelakangan ini.

Beberapa minggu lalu kisah penderaan dan pembunuhan kanak-kanak yang akhirnya membongkar kisah ketidakperihatinan masyarakat dan kedangkalan iman umat islam yang membenarkan pasangan bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Ibu bapa kedua-dua pasangan membisu dan bersubahat bersama. Ada penduduk yang menyaksikan kanak2 itu disepak terajang tanpa berbuat apa2. Kemana hilang kewarasan akal pemikiran manusia. Ini membuktikan bibit-bibit gejala melayu islam pada nama dan tidak muslim mungkin lebih ramai di luar sana.

Minggu lepas negara dikejutkan dengan perkahwinan dua kanak-kanak bawah umur yang dikatakan dilakukan oleh pemimpin tabligh. Seorang telah dapat diselamatkan. sementara seorang lagi masih tidak diketahui di mana. Akhbar dan masyarakat pun seolah-olah memancang sepi kanak-kanak tersebut...kemana menghilang di bawa pergi atau disembunyikan.

Hari ini menteri tidak tahu ada kedai yang jual 'pocong' (pinjam istilah mazidul). Apa lagi yang menteri tidak tahu...sebelum ini pun kita dah dengar ada pengakuan menteri yang tidak tahu lambakan pendatang asing....Jika menteri tidak tahu...apa jadi dengan orang bawahan...mereka ada peluang dan ruang untuk buat tidak tahu....jika kedai ini berleluasa...kita bimbang anak-anak sekolah yang akan jadi mangsa...kesan kepada mereka maha hebat...gejolak perasaan ingin mencuba..menyebabkan mereka akan berani tanpa sedar mencuba kepada rakan sekolah, adik perempuan..atau sesiapa sahaja..tambahan pula pil-pil khayal atau ubat tidur atau ubat pelali boleh didapati dengan mudah.

Akhbar juga menceritakan tentang kehilangan adik haikal yang sebenarnya disimpan oleh jiran yang hanya berada dalam kawasan kejiranan berdekatan sahaja. Malangnya masyarakat kita sudah mu..mu aku..aku...tidak mengenali jiran tetangga...berselisih bahu di kedai pun tidak bertegur sapa...berbalas senyum pun tidak hingin...kenapa begitu sombong..itu yang akhirnya anak jiran pun tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Adakah kerana sudah tinggal di rumah batu, memandu proton, bekerja makan gaji sudah tidak sudi bertegur sapa....di mana silapnya dan apa puncanya...usah harapkan orang lain untuk berubah ...kita dulu kena mulakan senyum dan bertegur sapa...mulakan hari ini dan saat ini...

Lagi pelik bekas presiden nak bertanding jawatan parti..entahlah...masing-masing ada agenda tersembunyi....jangan kerana agenda rakyat yang menjadi mangsa sudah la...lihat juga anak-anak sekolah di kawasan masing-masing. masalah tidak menguasai membaca dan menulis banyak lepasan sekolah sjk (c ) dan sjk (t). harap pemimpin ambil perhatian tanpa mengira kaum..kerana tiba PRU13 undi rakyat akan ditagih bukan undi kaum yang dikira...

Dunia pula menyaksikan gegaran demi gegaran, pergolakan dan huru-hara....muhasabah diri dan ajaklah anak-anak kita kembali kepada fitrah manusia yangs sebenar...jejaki iman anak-anak agar tidak ketinggalan di buai mimpi indah yang hanya membaw musibah kemudian hari..

Tuesday, March 16, 2010

Please..please..please...

Ha...sunyinya...buka tv tak de yang best...first time tengok awan dania..kelakar jugak..tapi tengok2 dah habis...tukar channel lain...CSI pun dah hujung cerita...

Agaknya bila dah tua dan tinggal kita sorang macam ni la sunyinya...

Kepala berdenyut lagi..ari ni tak ambik ubat pun ...tadi g sekolah...siap gak satu paperwork untuk program anak2 asnaf dengan kerjasama Lembaga zakat selangor dan USIM.

Syndrom demam bila tiba cuti ni sejak dulu lagi....dulu tak pa la tak yah g sekolah...sekarang...ooo seksanya..malu dgn boss nak cakap saya cuti....

ooo..please..please...please...

Saturday, March 13, 2010

Autonomi Pengetua/Guru Besar

Minggu ini banyak peristiwa dan program yang berlangsung baik di peringkat sekolah, daerah dan negeri yang dihadiri. KPM dalam satu seminar di IAB pada tahun lalu mencanangkan mengenai kepemimpinan distributif yang harus diamalkan diperingkat sekolah dalam usaha memajukan sekolah.

Sekolah merupakan pihak pelaksana kepada semua dasar yang diluluskan oleh KPM. Pengetua sebagai pengurus memastikan sekolah diurus dengan baik dan dasar-dasar reformasi KPM dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang sama pengetua juga harus menjadi pemimpin yang meneraju sekolah untuk membawa perubahan dan transformasi kepada murid-murid khususnya dan fizikal sekolah dan seluruh warga kerja sekolah amnya.

Melontarkan idea dan mencadangkan untuk diamalkan berasaskan kajian yang dilaksanakan di luar negara menunjukkan ianya berjaya. Namun kajian dalam negara masih dalam peringkat melihat ujudnya amalan kepimpinan distributif di peringkat sekolah.

Dalam struktur organisasi KPM pengetua sekolah berada di lapisan yang terakhir. Ada lapisan pemimpin PPD, Pemimpin JPN, Pemimpin setiap bahagian dan pemimpin tertinggi KPM. Maksudnya kepimpinan distributif itu haruslah ditunjukkan oleh pemimpin atasan terlebih dahulu dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan agar dapat dicontohi dan diamalkan oleh pemimpin lapisan bawahan termasuk pengetua, penolong kanan dan ketua bidang.

Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai sebuah institusi pembelajaran yang memenuhi tuntutan negara, ahli politik, masyarakat dan ibu bapa dalam mendidik serta membangunkan keperibadian pelajar trait dan amalan kepimpinan pengetua dan guru besar tidak harus terikat kepada hanya satu jenis kepimpinan sahaja apalagi jika masih menggunakan cara tradisional yang berasaskan autokratik, direktif, satu hala atau struktur menegak.

Keterbukaan melihat daya kreativiti kepimpinan pengetua dan pemimpin pendidikan di lapisan bawah harus dimiliki oleh pemimpin atasan bermula dari PPD. Jika kepimpinan PPD hanya pandai bersandiwara, manis berkata-kata namun kelat dari segi tindakan amat tidak relevan bagi keadaaan hari ini. Autonomi pengetua yang dicanang-canangkan akan menjadi satu lagenda.

Sekarang tiba masanya semua pihak di lapisan atas KPM memberi kepercayaan kepada pengetua untuk mengurus dan memimpin sekolah termasuk melaksanakan apa saja program yang dipertanggungjawabkan oleh PPD, JPN atau KPM di sekolah. Silo yang ingin di buang oleh TPM dalam bualbicara dan kenyataan di dalam akhbar akan hanya jadi satu mimpi. Tenaga profesional yang berada di sekolah akan tidak dapat dikembangkan kredibilitinya, kapabiliti dan kreativiti dalam memastikan pelaksanaan reformasi pendidikan terlaksana dengan jaya dan berkesan. KPI akan hanya jadi angan2 dan pemikiran jumud akan merendahkan martabat kepimpinan pengetua di sekolah.

Cabaran kepada KPM untuk menangani ketidakseimbangan keprofesionalisme pendidik bukan hanya diperingkat sekolah malahan diperingkat PPD, JPN dan juga bahagian KPM sendiri. Tindakan berani yang berorientasikan tugas akan mungkin dilihat selari dengan NKRA.

Jika benar yang sistem 'POOL' akan dijalankan diharapkan agar pemimpin pendidikan disemua peringkat seharusnya diberi latihan yang sewajarnya dan bertindak secara profesional agar tidak ada guru dan pengetua akan teraniaya.
Asas kepada semua kejayaan amalan kepimpinan terbaik di sekolah dan peringkat atasan KPM ialah kepercayaan. Berilah sedikit ruang dan kepercayaan kepada pentadbir di sekolah untuk membuat yang terbaik. Jika masih ada sikap bersangka-sangka pendidikan anak2 tidak akan dapat ditambahbaik dengan cemerlang.

Tuesday, March 9, 2010

Oiii saya ni polis!

Hari ni agak lewat. Sekarang musim panas terik kerap je kena migrain. Bangun pagi kepala masih berdenyut...telinga bengang..mata rasa nak korek je..

Tapi g jugak le sekolah...tak sedap rasanya nak mc....ingat je kata pengetua cemerlang "Ti kalau kita dah jadi pentadbir..sakit pun kena jadi sihat...kena kuat semangat...kalau pentadbir asyik mc je...macam mana kita nak dijadikan contoh" saya ambil kata-kata tu sebagai pendorong...

Teringat lagi kata-kata pengetua yang sedang mengidap barah.."Sakit ni kena di lawan dengan mencipta rasa seronok dan bahagia jika g kerja...kita akan ok"

Sampai dah jam 7.20 pelajar dah baca doa. Bila turun ke perhimpunan pagi, hari ni giliran saya kena menyampaikan nasihat kepada pelajar. Seperti biasa ingatkan kebersihan kelas, sampah, dan hari ni ingatkan lagi tentang keselamatan pelajar yang menunggang motor tanpa lesen, surat jika tak datang sekolah, pelajar datang lewat dan peraturan keluar dari kawasan sekolah.

7.35 lepaskan pelajar naik ke kelas. Saya terus naik menuju ke bilik ingat nak sambung beberapa kerja yang masih tertangguh..ada beberapa kertas cadangan program yang masih belum siap. Bercadang nak senaraikan beberapa perkara yang perlu dibincangkan jika nak mseyuarat disiplin jika naik cuti nanti.

Dalam pada tu ada ibu pelajar datang nak jumpa nak minta keluarkan wang biasiswa..katanya nak beli basikal. Saya bawa jumpa guru biasiswa dan atas persetujuan bersama jumlah yang sesuai untuk beli basikal sahaja yang dibenarkan. selebihnya untuk pembelajaran. Ibunya ibu tunggal dan menanggung adik yang sering ke hospital sakit kronik. Atas dasar itu kami bersetuju boleh digunakan untuk membeli basikal. Jika ibunya boleh beri tempoh atau mengadu hal lebih awal mungkin saya boleh carikan sumbangan untuk dapatkan basikal. Tapi katanya nak segera sebab dia di hospital dan anaknya tak boleh ke sekolah.

Bila dah selesai mata menuju ke deretan kelas. Kenapa murid merayau ...nampak macam semua kelas tiada cikgu. Bergegas ambil pen dan buku catatan dan menuju ke bangunan kelas. Dari satu ke kelas..kelas yang lain sambil menegur pelajar membersihkan kelas. Budak2 ni baru je tadi cakap tentang kebersihan kelas...betulla..rupanya cikgu tak da...rupanya dah susun kelas untuk pertandingan MTQ daerah besok...rasanya macam pagi sangat...yak..yak ye la budak-budak ni...

Sampai di tingkat 4...tiba-tiba bunyi suara garau menjerit..takkan budak2 ni bergaduh kut tak da cikgu...mata mencari-cari suara laungan dengan penuh marah...rupanya ada bapa sedang menengking En. Tamil guru disiplin. Bergegas berlari turun ke bawah...riasu je hati ...
Ya Allah jangan la bertumbuk pulak..budak2 dah penuh kat koridor...ada pulak suara nakal menjerit.."ha tumbuk...tumbuk"..hey budak2 ni...

Dalam perjalanan turun jumpa pengetua menuju ke tandas.."Puan ...ada bapa serang En. Tamil kat bawah" pengetua berpusing dan mengekor saya turun ke bawah.

Saat itu ...memang dah tegang..En Tamil lebih tinggi dari bapa tersebut...dan saya nampak dia pun dah hilang sabar....nasib kami ramai...saya dan beberapa guru tarik En. Tamil...dan cikgu2 lain tarik bapa tersebut...macam2 4 letter words "B" yang keluar..itu yang En. Tamil pun rasa terhina dan naik hangin...sama naik dengan isterinya...

"Oiii...saya ni polis saya nak report....nak report ke PPD"...Mana pengetua saya nak jumpa...pengetua ada depannya..."Ha encik mari kita bawa berbincang"...sambil mengekori pengetua mulutnya masih membebel...

Saya mendengar dan catat aduan dan ketidakpuasan hatinya. Pengetua minta izin nak hadir mesyuarat...jadi saya yang kena sambung dan selesaikan. Anaknya kita dapati menyimpan rokok dan pemetik api di dalam beg...itu yang kita panggil untuk berbincang...tapi bapa tu tuduh kita tak siasat terlebih dahulu dan anaknya baik juga tak merokok...sedangkan kita ada saksi...

Bila bapa tu tak boleh terima penjelasannya...saya mula ubah topik...minta cadangan bagaimana nak atasi pelajar merokok...mungkin dia rasa kita tak lawan dia...atau pun dia ingat kita takut dia polis....so dia pun dah lega..dan cool down...

Sebenarnya tidak kira siapa pun dia kalau anaknya salah tetap salah...malas nak bertekak..tak guna...senyum je dalam hati......

So jika di serang lagi...tindakan yang perlu di ambil..

1. Tarik nafas panjang-panjang..
2. Baca Al Fatihah...dan 3 Kul..(dalam hati sambil perhatikan dia semasa bercakap)
3. Buka buku dan catat apa sahaja yang dia cakap...biar dia tahu kita ambil perhatian aduannya...nak terima atau tidak itu hal kemudian.
4. Angguk..angguk kepala tanda kita faham...sekali sekala...mencelah bila masa sesuai..jika boleh ambil peluang menjelaskan peraturan (bukan senang).
5. Bila suara makin menurun dan perlahan...ambil peluang puji apa2 sahaja kelebihannya...
6. Minta cadangan...
7. Bila dah betul2 cool nyatakan pendirian kita...

Jika tak terima tak dan mula melenting lagi...tak perlu jelaskan..ambil je tindakan seterunya....