Paparan

Search This Blog

Sunday, January 31, 2010

kalu la dio isle...moleknyo

Perjalanan dari Raub diteruskan selepas suboh. Jam lebih kurang 8 pagi berada di sekitar rekreasi Sg Yu. Mata si zammil terus terbuka luas bila mendengar sg Yu. "Abah boleh berhenti ke? " Hubby bersetuju untuk singgah. Dah lama kami tak balik malam. Selalunya kami balik KB siang dan sampai di sekitar Sg Yu lebih kurang jam 5-6 petang. Tak boleh berhenti takut Pak Belang (satu masa kami singgah lebih kurang masa tu 5 lebih, jumpa driver lori dia yang cakap ada pak belang...since hari tu kami tak berani singgah jika hari dah agak gelap).

Nampaknya rekreasi tu dah di upgrade, kemudahan agak baik. Tapi sayangnya tiada penjagaan...sampah bertaburan. ironinya air sungai jernih mengalir dan boleh dapat bekalan percuma namun di tandas tiada air. Kami kena angkut air dari sungai untuk gunakan tandas. "Abah amil rasa nak mandi la..." Sejuk sampai ke tulang rasanya dingin air tu..."sejuk mil" aku cuba membantah. "ala boleh la...dah lama amil tak mandi kat sg yu". dia cuba memujuk. "Boleh la sekejap je" hubby memberi lampau hijau. "ye..." amil bersorak gembira. Abang dan kakaknya bising je mulut tak bagi dia mandi. Tanpa menhiraukan ejekan kakak dan abang amil terus turun berlari menuju sungai. Perlahan2 dia menjejakkan kaki ke gigi air. sejuk katanya. dah masuk satu badan, sejuk dah mula hilang. Aku memerhati dari atas, mandi la dia sorang...kesian...yang lain dah besar...susah nak buka baju kat tempat public.

Lepas tu kami singgah makan pagi di Gua Musang. Wow...satu pinggan RM7. Anak2 suka makan dua lauk..belum masuk air lagi. Kalah KL, kene sembelih pagi2. kalu KL ayam, ikan masin dan sayur + air baru RM5.

Sampai kat hospital lebih kurang jam 2. Kat Hospital KB ok la masih boleh melawat. Hampir jam 3 baru guard datang. Kak ani dan Zamani juga balik dan datang melawat. Bad, adik ku ada di hospital. Kami memujuk ma untuk membenarkan Dr membuat Hemodialisys. Dalam karung beg air kencing ku lihat bercampur darah. Dr cakap mak susah sikit. Tak nak terima penerangan Dr. Zamani cuba pujuk dan beri rasional kenapa harus buat dylisis. Semasa sesi temubual zamani dengan ma ku lihat dia cukup confident dan banyak ilmu walau pun baru sebulan housemanship. Itu kelebihan belajar di Pakistan, pembelajaran di sana lebih kepada manual. Bakal Dr dah jumpa banyak kes semasa belajar menyebabkan mereka lebih mahir. Anak kita di sini banyak belajar teori. sbb tu macam kekok sikit dan banyak tak tau. Zamani kata ramai Dr dan anak2 Dr kat KB adalah lepasan Pakistan. Dia akan cuba telefon kawannya untuk lihat keadaan ma.

Sebelah katil ma, ada seorang ibu tua (cina). Ku lihat anak2 mereka begitu mesra dengan ma (ma memang mulutnya banyak). Ma kata anak makcik Miss Wong tu kerja kat KWSP, orang besar kat KL. Baik sungguh...katanya. Memang sepetang ku bersama ma...mereka sangat mesra...offer keropok..bersembang dengan menantu makcik tu tentang kerja...orang2 yang berurusan dengan mereka (menantunya tukang jahit orang2 besar). Ipar Wong puji katanya "kakak ipar saya sangat baik". Dia menceritakan bagaimana baiknya wong apabila membantu seorang pengawal keselamatan melayu yang mempunyai anak 9 orang. Cerita kebaikanWong bersambung apabila balik ke rumah. Ipar ku pula menceritakan abangnya yang juga kerja kat MAS sangat rajin membantu staffnya yang susah. Sampaikan bila dia mati semua wangnya habis digunakan untuk membantu orang susah. yang tinggal hanya duit KWSP sahaja yang juga turut digunakan oleh adiknya meneruskan khidmat mereka membantu orang susah. Di sebelah katil ibu wong ada makcik (melayu) tua yang anaknya tak dapat jaga kerana baru dapat cucu. Wong dengan rendah hati pujuk dan suap makcik tu makan. Malahan bibiknya turut ringan tulang bantu ma dan makcik sebelah.

Di kelate...memang perbezaan ras agak tidak ketara. cina dan melayu boleh hidup bagai satu keluarga tanpa prejudis. Tapi di sekolah ku...pelajar langsung taknak duduk semeja dengan kaum lain. bercakap bahasa melayu pun tak nak...pening ku fikirkan nak lansungkan 1Malaysia.

Ma kata moleknya...kalu dio isle...

Saturday, January 30, 2010

Masjid Abu Bakar, Raub.

Jam 1.30 pagi dari Nilai perjalanan di lebuh raya utara selatan dan karak lancar dan lengang. Jika tadinya hubby kata on the way back home sangat jem kerana sambutan thaipusam.

Kami minggu ni balik KB lagi kerana ma masuk hospital dah 3 hari. Oleh kerana cuti rehat dah tinggal 3 hari (4 hari dah ambil masa mak mertua meninggal) jadi kena balik hujung minggu. Reserve cuti for something emergency.

Sinngah di Petronas D paya serai karak. Perut bukan main lagi berpesta. Baru teringat siang tadi makan jam 4 nasi kerabu, hantar baju saya dan hubby dobi utk gosok, kemas rumah dan tidur jap untuk save energy jam 9 sambil tunggu hubby balik.

Saya memang dah layan tidur, hubby tak tahan ngantuk kami tidur kat masjid Abu Bakar, Raub. Subuh terjaga. Saya dan anak perempuan semua cuti. Hubby dan dua anak lelaki keluar solat. Tenangnya pagi di sini. Alangkah indahnya jika dapat ada sebuah bungalow di tepi masjid. Itu impian yang belum tertunai.

Wednesday, January 27, 2010

Ronda-ronda kelas


Pagi ini agak luar biasa sibuk. Sewaktu perhimpunan sambil mendengar PK ko ucapan turun bersama-sama pelajar dalam barisan perhimpunan. Tegur mana yang rambut panjang, tarik keluar yang pakai baju berwarna, baju dimasuk kemas, tali leher diikat kemas. Mulai besok pelajar yang tiada lencana/tali leher akan diwajibkan membeli didataran perhimpunan. Hari besok giliran pelajar perempuan pulak.

Selepas pelajar beratur naik, rutin pagi ronda keliling sekolah pergi ke bangunan belakang kemudian pusing kantin hingga ke pintu hadapan. Kantin nak kena selalu ditengok dan tegur sampah tidak diurus dengan baik dan longkang juga tersumbat. Dibiarkannya sisa nasi masuk ke longkang mana tak sumbat longkang tu...susah betul jaga manusia ni kan..

Dari pintu hadapan singgah di pondok jaga, orang baru lagi...ish..ish masalah pembersih swasta selesai jaga keselematan pulak bermasalah. Pak cik jaga dulunya bagus..bila dah naik jadi penyelia habis satu keluarga isteri, anak dan menantu jadi jaga. Nak tegur pun susah dia asyik tak da je...meronda sekolah lain atau ada urusan lain. Nak kena telefon syarikat kawalan ni. Macam pembersihan sekali kena lecture terus wangi pejabat, tandas dan koridor bersih. Cuma pokok je masih tak subur tak berbaja. Laman Bestari akan dilancarkan sempena program 3K selepas sukan nanti. agaknya lepas tu kut hijau sikit pokok.

Dari pondok jaga lalu tepi padang tinjau longkan..kut nyamuk bersarang. Rumput dah meninggi. Telefon Zaimi pekerja pembersihan tanya bila nak potong. Dia janji besok. Katanya hari ini nak sapu daun. Dia tau saya dah ke belakang dan daun memang banyak gugur. Sakit mata tengok daun tak bersapu. Dari padang lalu tepi bangunan dan naik ke kelas. Sebelum naik singgah di kelas khas dulu tanya khabar...mereka nak g seremban berlatih bowling. Saya cadang libatkan ibu bapa...untuk jadi jurulatih dan boleh sama-sama jaga anak sekali. Hubungan pun erat.

Naik ke bangunan kelas..lalu tingkatan 3...aktiviti pembelajaran saya lihat mula berjalan dengan baik berbanding tahun lepas. Ada penambahbaikan bagus cikgu. Jika tahun pertama tak tau nak kawal kelas dan guna pelbagai kaedah pengajaran...jika fokus dan dedikasi lama-lama kita akan dapat rentak dan cara nak kawal kelas. Nak kena sabar dan setiap hari cuba kaedah baru. Kena cepat kesan perubahan tingkah laku murid seronok atau bosan melihat kita mengajar di depan. Cikgu pun dah kurang yang duduk. Cikgu Tan pun saya tengok bersemangat mengajar.

Naik ke tingkatan 5 dan 4, semua pelajar nampaknya dah mula kesan kehadiran saya. Jika nampak saya lalu...saya lihat dari ekor mata cepat-cepat keluar buku. Alhamdulillah semoga berterusan rasa gerun tu....biar mereka fokus kepada pembelajaran.

Turun ke tingkatan satu...kelas 1 neptun masih tak berbalut papan kenyataan. Kenapa ni? dah tiga minggu diingatkan...jalan terus tingkatan peralihan dan dua. Bunyi pelajar peralihan membaca beramai-ramai gembiranya hati. Ya..inilah sekolah sebenarnya...ada aktiviti pembelajaran dan bukan riuh rendah bersembang kosong dan bergaduh...itu tahun lepas. Syabas cikgu....jika kita mahu berubah....sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Kelas tingkatan 2...cikgu juga mengajar dengan bersemangat. Pelatih pun tahu nak mula kelas kena pastikan kelas bersih (semalam ingatkan mereka semasa meronda). Bagus jika kita cepat belajar dan bertindak...kita akan cepat jadi guru yang mahir dan serba boleh. Cikgu baru idea banyak, tenaga masih kuat...kena maksimumkan potensi...

Turun ke pejabat...pengetua ingatkan hari ini ada permuafakatan ibubapa. Minta izin nak makan sekejap. Tak sempat breakfast tadi bangun dah jam 5.45 buat air je dan hidang roti butter untuk anak. Baru dua tiga teguk...call...boss panggil. Cepat-cepat naik...nasib dah bayar...

Rupanya ada pelajar ponteng ....ada bapa perihatin tangkap..perempuan pulak tu...tengok rupa mereka..o..o..budak ni..12 jan hari tu bolos panjat pagar....hey apa nak jadi budak2 ni...perempuan panjat pagar...dah tak tau malu betul...ni ponteng sekolah pulak...tukar baju kat kelapa sawit..ada projek keluar la tu...

minta mereka telefon ibu bapa masing-masing. Rupanya bapa tu dah call dulu...tak pa bagus. kerjasama macam ni la yang kita harapkan..tapi harap bapa tu faham...bantuan ibu bapa ada batasnya..lagi pun bapa tersebut bukam AJK PIBG yang dilantik...lagi terhad....tapi sekolah tetap menghargai...

Kesian satu ibu tu..dari putrajaya datangnya balik nak selesaikan masalah anaknya. Menangis hiba si ibu. Anaknya pun saya nasihatkan turut menangis. Nama semua pelajar masuk dalam kad Demerit. Dua buat perjanjian berkelakuan baik kerana ada kes bergaduh yang serius. Dua2nya pelajar baru masuk beberapa hari dah buat hal.

Dalam masa yang sama dua ibu dan penjaga hadir apabila di panggil kerana saya tangkap anak mereka ponteng dan berehat2 di dalam bilik sakit tanpa kebenaran. Kira menceroboh la tu. siap pasang aircond, kipas dan pintu berkunci. Lima semuanya tapi yang hadir dua sahaja. Yang lain agaknya tak boleh datang. Takpa..kita tunggu esok call lagi.

Kira macam pejabat pelanggan lak....ada je tamu dan ibu bapa hadir...

Tuesday, January 26, 2010

Kaya dan Ternama

Saya telah mengetahui sebahagian sekolah yang akan dianugerahkan sebagai SBT apabila berjumpa dengan Puan Alainal Hasani pengetua Smk (p) Sri Aman semasa Kongress antarabangsa keberkesanan dan penambahbaikan sekolah awal bulan lalu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memilih sekolahnya sebagai sekolah praktikum semasa mengikuti NPQH pada tahun 2007. Katanya kunjungan praktikum 3 minggu itu turut diambil kira dalam pemarkahan untuk SBT. Saya mengucapkan tahniah kerana dalam sejarah pendidikan negara beliau sangat bertuah. Bertuah kerana di penghujung usia perkhidmatannya sekolah yang dipimpin telah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Tuah beliau saya yakin turut diiringi dengan usaha bersama penolong kanan, guru, murid dan ibu bapa.
Tahniah kepada 19 sekolah yang lain kerana turut dianugerahkan SBT. Sebahagiannya adalah juga merupakan sekolah kluster. Saya tiada masalah dengan penghargaan yang diberikan oleh KPM kepada usaha, kecemerlangan dan pengantarabangsaan sekolah tersebut. Malahan saya turut berbangga dengan kecemerlangan yang diraih oleh 20 buah sekolah SBT. Saya percaya ada lagi 30 buah sekolah yang akan turut dianugerahkan dan menjadi impian lebih 9000 sekolah yang lain dalam negara. Saya juga turut mengharapkan agar semua sekolah akan turut cemerlang dan membuat penambahbaikan.
Semalam membaca star online yang dientrikan oleh blog Sekolah muzaffar Shah. Membaca petikan TPM "SBT bukan sekolah elit" membuatkan hati saya sayu. Hari ini pulang dari sekolah seperti biasa jam 4.15 petang (nak g bank tapi tak sempat..sampai dah tutup...sekolah jauh..). Jemput anak di sekolah dan tiba di rumah jam 6.00 petang.
Akhbar di meja dicapai dan berita di muka hadapan berita harian tidak mengejutkan saya kerana telah mengetahui sebahagiannya daripada Pn Alainal, dan keseluruhannya dari star online. Membelek muka surat 4 dan membaca ganjaran dan insentif yang diterima oleh SBT. Semasa open Day NKRA saya telah melihat semua perkara mengenai new deal dan SBT. Namun tidak sesayu hari ini.
Saya pun hairan mengapa jiwa saya menjadi begitu sensitif. Apa yang saya pilukan? kenapa air mata saya berjuraian turun dengan lajunya....kenapa saya begitu sedih? tangisan ini bukan tangisan kegembiraan tetapi ratapan hiba kesedihan yang amat menusuk jiwa dan kalbu? Jika TPM ada didepan saya ingin saya melutut dan menyatakan kesedihan hati ini. Jika Dato Noor Rezan ada di sisi, ingin saya mencium tangannya dan mengadu akan hibanya hati. Dan jika saya dapat bersua muka dengan KPPM ingin saya suarakan isi hati saya yang sangat sayu.
Biar apapun saya akan terus berusaha untuk membangunkan kecemerlangan anak didik. Biar pun terpaksa menghabiskan semua wang keraian untuk memastikan kecemerlangan ini. Saya bekerja bukan kerana ganjaran tapi dengan hati yang ikhlas demi anak bangsa dan kemajuan negara. Pengumuman insentif yang begitu besar untuk sikaya menjadikan simiskin begitu hiba...
Jika semuanya melihat dengan berlapang dada dan terbuka alangkah bertuahnya....

Guru oh Guru...


Pendidikan adalah merupakan mekanisme utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya untuk mencapai misi negara melalui NKRA. Guru merupakan sumber manusia yang utama bagi kebanyakan negara membangun yang bertindak sebagai agen dan penggerak kepada pelbagai bentuk hasrat negara yang ingin disalurkan kepada pelajar melalui sistem pendidikan. Menyedari akan hakikat ini, negara amat mengambil berat akan peranan dan keprofesionalisme guru agar dapat menjamin rakyat kecil yang dibangunkan akan dapat menyumbang kepada kemajuan negara. Negara sangat menyanjung tinggi segala usaha dan pengorbanan guru dengan sentiasa meluluskan pelbagai bentuk ganjaran dan insentif yang dicadangkan oleh KPM agar dapat membantu membangunkan rakyat yang berilmu pengetahuan, mempunyai towering personality, menguasai pelbagai bahasa untuk dapat bersaing di arena kerjaya yang tidak terhad dalam negara malahan luar negara dan akhirnya dapat hidup dalam suasana muhibbah melalui pemahaman budaya pelbagai kaum.
Konsep 1Malaysia dan NKRA yang dihasratkan oleh Perdana Menteri seharusnya dihayati bersama oleh segenap lapisan para guru secara ikhlas dan sedar. Saya fikir guru-guru di luar bandar bahkan dibandar juga masih belum faham sepenuhnya akan peri pentingnya konsep ini diterap dan diamalkan oleh semua guru.
Secara asasnya NKRA amat mengharapkan agar guru melihat kepada asas penting di dalam pendidikan anak-anak iaitu literasi. NKRA juga saya lihat sebagai satu penggerak kepada semua guru untuk terus bekerja secara profesional. Jangan jadi pengetua dan guru yang tamak. Melihat NKRA hanya kepada ganjaran yang diberikan. Ya...dalam keadaan kegawatan hari ini wang menjadi satu perkara yang sangat sensitif dan kritikal. Banyak syarikat korporat yang mengelak untuk berbincang mengenai sumbangan wang. Ibu bapa juga tidak berminat melabur lebih dalam pendidikan dan masa depan anak-anak mereka di sekolah awam (tapi peliknya mereka tetap membayar jumlah wang yang banyak untuk mendapatkan tiusyen di luar sekolah). Kenapa? adakah mereka tidak percaya sistem pendidikan negara..atau tidak percayakan peranan dan usaha guru untuk memastikan kecemerlangan pencapaian anak-anak mereka di sesebuah sekolah.
"Saya takut nak buka surat khabar akhir-akhir ini, bimbang banyak perkara yang mencalar keprofesionalisme guru akan dibangkitkan". Masih ingat kata-kata YBhg. Dato' Asariah TKKPM Sektor Pembangunan Keprofesionalisme Keguruan semasa ucapan perasmian salah satu Seminar di IAB pada tahun lepas. Membangunkan kepimpinan pengetua dan keprofesionalisme guru kedua-duanya dibawah tanggungjawab beliau. Berita muka depan akhbar tabloid walau pun kes terpencil tapi tetap mencalar maruah sebagai guru. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga atau harapkan pagar, pagar makan padi.
Guru insan mulia yang kita harapkan membina insan yang ihsan berperibadi mulia tidak lagi mulia peribadinya. Guru yang kita harapkan untuk mendidik anak untuk tabah menghadapi kehidupan dan dapat membuat keputusan mana yang baik dan buruknya tidak lagi mengenal mana dosa mana pahala. Guru yang kita harapkan membantu negara untuk mengekang gejala sosial dengan nasihat dan bimbingan berterusan, tapi mereka yang terlebih dulu sesat. Kesedihan hati melihat sikap guru hari ini bukan hanya dirasai oleh pentadbiran KPM sahaja malahan ribuan lagi guru-guru lain di seluruh negara yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dari sekolah berprestasi tinggi.
Saya percaya memang sukar untuk mengesan atau menilai dari aspek afektif guru. Namun pendapat ikhlas saya sudah tiba masanya negara mengenakan hukuman yang berat kepada mana-mana guru yang tidak tahu menjaga adab tatasusila sebagai insan terpuji dan mencemarkan nama baik guru-guru lain. Tiba masanya kita semua mengaplikasikan apa yang disuarakankan oleh Tan Sri Sidek (dalam The Edge ruangan Manager@work dua tahun yang lalu) agar semua penjawat awam bertindak sebagai seorang profesional dengan ganjaran dan insentif penjawat awam yang telah ditingkatkan, gaji yang rendah bukan lagi satu alasan untuk tidak bekerja ke arah prestasi tinggi. Dalam hal ini, gaji guru hari ini menyamai gaji pensyarah di Universiti yang ada kelayakan lebih tinggi iaitu Phd.
KPM juga harus ambil perati aduan guru-guru yang tertindas akibat salah laku kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah. Sikap menghalalkan cara pengetua dan guru besar untuk mengejar SBT atau mengejar untuk tidak disenaraikan sekolah Berprestasi rendah harus ditangai dengan lebih bijaksana. Pengetua dan guru besar dalam masa yang sama harus diberikan kesedaran untuk melihat kepada hasrat sebenar sesebuah sekolah iaitu untuk memastikan murid menguasai pembelajaran, mecapai di dalam peperiksaan dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan. Untuk menguasai, asas literasi sangat penting.
Sangat tepat NKRA dilaksanakan berasaskan kajian ke atas isu dan permasalahan yang sebenarnya berlaku di sekolah.Jika literasi di sekolah rendah dapat diatasi saya percaya tiada lagi alasan untuk pelajar di semua sekolah menengah untuk tidak mencapai. KPM harus lihat dan sedar punca masalah besar literasi berlaku di sjk (t) dan sjk (c). Kedua-dua aliran sekolah ini harus terbuka. Dan agenda pendidikan harus tidak dipolitikkan. Jika ahli politik benar-benar ikhlas untuk melihat anak2 mereka berjaya mereka harus ikhlas menerima NKRA ini dan bukan wang bantuan besar-besaran yang dikejar.
Itulah cabarannya mengurus dan memimpin sebuah sistem pendidikan yang sumber manusianya diantara yang terbesar dalam penjawat awam. Kesedaran guru-guru tentang hak dan undang-undang telah mula meningkat. Jadi awas jika anda memimpin mana-mana sekolah sebagai pengetua atau guru besar, kerana hari ini ramai guru yang terlampau....lampau cerdik..lampau undang-undang...lampau sikap...Wallahuallam..

Friday, January 22, 2010

kau pergi....

deringan telefon hubby tatkala kami sedang menunggu solat asar petang ahad 17 Jan amat merisaukan kami berdua. Kak ani mengatakan ibu akan di bawa ke hospital kerana pengsan akibat hypo (gula terlalu rendah). Hubby ada urusan yang perlu di selesaikan dahulu sebelum cuti dan aku pula pagi isnin ada majlis watikah perlantikan pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah.

Telefon tidak pernah rengang dari kami pada malamnya. Pagi isnin 18 Jan jam 9.45 pagi tergerak hati untuk melihat phone yang tadinya ku tinggalkandi bilik kerana majlis watikah. Hubby sms menyatakan dia sedang dalam perjalanan ke Batu Gajah kerana ibunya sedang nazak di sana. Terus ku tekan punat telefon dan panggilan ku di sambut hubby. Dalam suaranya yang tenang ada keresahan, sambil bersetuju untuk pergi dahulu dan aku akan menyusul setelah anak2 di sekolah di ambil.

Mencari2 pengetua, telefon tak berjawab...lalu ku tinggalkan pesan dengan kedua2 PK dan kerani ku mohon untuk pulang bagi menziarahi ibu mertua di Hospital Batu Gajah. Terus menjemput anak2 dan kami bersiap ala kadar. Ku capai apa yang patut dan kami berlima terus bertolak ke Batu Gajah.

Dalam perjalanan hubby memaklumkan ibu dalam perjalanan ke ipoh untuk rawatan lanjut, so kami di minta terus ke rumah kak ani di Seri iskandar dan anaknya ada di rumah. Jam 5 hubby call semula ibu di bawa ke batu gajah kerana tiada lagi yang boleh di buat untuk menyelamatkan ibu.

Kami berangkat ke hospital untuk bersama-sma dengan semua di sana. Jam 6.30 kami sampai, bersalam dengan hubby yang ada di depan hospital menunggu ketibaan kami. Masuk dan bersalam dengan sebahagian ipar ku yang sedang resah menunggu di luar. Ku masuk menjenguk ibu dan duduk di sisinya lantas ku capai yasin di dalam beg dan mula membaca. Kejadian aneh berlaku apabila mata ibu terbeliak dan semacam buih keluar dari mulutnya..aku panik dan minta anak perempuan memanggil hubby. Ku dan kak ani basahkan kapas lap mulut ibu. Nafasnya turun naik dengan kencang. Ku berdoa dalam hati semuga semuanya selamat. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk ibu. Hubby membaca ayat2 suci di telinga ibu. Maghrib itu kami lama bertafakur, membaca yasin dan berzikir. Jam 11.00 malam nampak tekanan darah ibu agak stabil.

Besok paginya selasa 19 Jan kami pagi2 keluar membali sarapan untuk che na yang mengambil giliran untuk menunggu. Seharian itu tiada yang aneh melainkan nafasnya yang turun naik. Kami cuba melihat kaki, telinga...seperti yang di baca namun Allah tidak memperlihatkan tandanya kepada kami. Yasin terus dibacakan bergilir, kerana kami hanya boleh berada berdua sahaja di dalam wad ibu.

Selasa jam 9.10 malam che na menelefon dan memaklumkan ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Yang ada disisinya che na, Mastura dan che mas. Alhamdulillah ada ayah Rozi (jiran) yang banyak membantu menguruskan jenazah ibu siap di sembahyangkan sehingga jam 2.30 pagi. Kami sekeluarga bertolak pulang ke KB untuk dikebumikan jenazah ibu di sebelah kubur arwah ayah.

Masya Allah, ku lihat wajah ibu sangat cantik, manis, senyum dan sangat berbeza di waktu hidupnya. Maha suci Allah begitu berseri wajahnya bertemu Allah. Emak saudara hubby umi berkata itulah wajah orang yang sentiasa taat dengan suami. Pengamatan ku pun begitu. Semenjak ku menjadi menantunya tidak pernah ku dengar suaranya yang meninggi. Bercakap dengan lembut dan rendah nada suara. Tidak pernah sekalipun aku mendengar perkataan yang tidak baik keluar dari mulutnya. Hidupnya dipenuhi dengan mendengar kumpulan ceramah agama, mengaji Al Quran dan bangun solat sunat di waktu malam.

Biarpun aku menantu waktu di awal perkahwinan dulu dengan anak2 kecil selalunya jarang membantunya di dapur. Tapi tidak pernah ibu memperlihatkan reaksi membenci. Senyum sentiasa menguntum dibibirnya. Kulitnya yang kuning langsat begitu berseri2 tanpa solekan.

Itulah mertua yang terhebat pernah ku miliki. Sewaktu hayatnya sentiasa memuliakan orang lain. Ingatannya yang cukup kuat sebelum lumpuh, beliau sentiasa mengingati tarikh2 hari lahir cucunya, anak2nya, anak saudaranya atau mana2 jiran rapat yang sebaya dengan anak2nya. Malahan salsilah raja2 melayu juga diingatinya.

Ya Allah alangkah bertuahnya jika ku dapat mengalami sesuatu yang baik seperti itu. Ya Allah semuga Dikau cucuri rahmat ke atas rohnya dan semuga hasanah berkekalan hingga ke akhirat.

Kau pergi.....jua...di mana akhirnya kita juga akan menyusul itu pasti.

Saturday, January 16, 2010

kaki amil lari perlahan..


Minggu ni anak2 mula sibuk berlatih merentas desa. Bagi amil yang baru masuk darjah 4, mengikuti kokurikulum satu pengalaman yang baru. Seronok sangat nak ikuti malamnya sebelum tidur asyik ingatkan jangan lupa baju sukan.

Petangnya bila ambil...longlai jalan terus masuk duduk kat belakang. "napa mil..". "Amil nak tidur kaki amil sakit"...

Kami bertanya amil lari ke jalan..." ma dari seroja ke dahlia jauh ke?" (taman berjiran sebenarnya).." la mil dahlia tu kat belakang je" muaz jawab. "amil lari laju-laju...lama-lama kaki amil lari perlahan" gelihati kami gelak ramai-ramai...tapi gelak terhenti tengok kesian tengok mukanya yang monyok

kesian si bongsu mama ni."mil kalu selalu jogging boleh kurus le...nanti kaki amil lari laju"...

selalu kalu nak pujuk dia saya cakap "mil Dr Muzaffar dulu macam amil..tengok sekarang dah handsom dan famous pulak..jadi angakasawan"..nanti dia lega kalu dengar macam tu...

kalu minta dia kurangkan makan..nanti dia cakap selera amil ni tak boleh tahan...kesian...
kami juga salah... umur dua tahun dah mula main playstation...duduk je tak bergerak...kalu jari tak tekan punat contoroller tak boleh tahan...dia tak reti nak duduk saja...masa mesti diisi dengan bermain game...dari gameboy dah bertukar psp...sekarang kami cuba kurangkan masa main game...ajak g padang...main..agak sukar nak biasakan diri...kawan seusia tak ada kat sekeliling rumah..jika turun ke padang dia tak reti nak bermain dengan kawan baru...jarak umur dengan kakak dan abang juga jauh.....

Friday, January 15, 2010

Kasih saudara masa berada....


Perhimpunan pagi ini bermula Pengukuhan SQ murid. Program ini akan berjalan sebulan sekali dan akan diisi dengan bacaan Yasin bagi murid islam dan pendekatan keagamaan bagi murid berbangsa india dan cina. Kesedaran guru harus ditingkatkan untuk sentiasa merujuk takwim dan lain-lain maklumat dalam buku pengurusan.

Selesai bacaan yasin, meninjau perjalanan persediaan majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah yang akan berlangsung pada 18 jan (isnin) minggu hadapan. Terima kasih kepada Pn. Noor Liza guru pengawas yang berusaha memastikan semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah yang bakal dilantik. Harapan sekolah komitmen dan tanggungjawab yang tinggi akan dapat membantu mengurangkan salahlaku murid bertujuan untuk meningkatkan fokus mereka kepada pembelajaran.

Jam 9.15 Pn Intan datang menjemput untuk bersama-sama ke rumah pelajar pendidikan khas yang telah dibincangkan pada selasa lepas bersama En. Rafi penyelaras pendidikan khas. Aduan dari guru pelajar tersebut murung, tidak mahu makan, lemah dan tidak bersemangat atau ceria di sekolah. Berat badan juga semakin susut. Masalah kritikal ialah wang bantuan untuk murid telah disalahguna oleh penjaganya dan akaunnya kosong. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah murid tersebut bagi mendapat gambaran masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dan memastikan kebajikan murid istimewa ini di jaga.

Tiba di perkarangan rumah, didapati pelajar tersebut bukanlah sebenarnya susah sangat. Beliau anak bongsu dan ada harta peninggalan ayah berbentuk ladang kelapa sawit yang tanahnya bersekali dengan rumah. Ladang masih ada hasil dan dimasukkan terus ke akaun pelajar tersebut. Itu adalah wasiat ayahnya untuk masa depan anaknya yang merupakan anak istimewa. Namun ibunya tidak tinggal bersama di rumah peninggalan arwah, sebaliknya di rumah juga milik ibunya yang tinggal bersama dengan anaknya yang lain (sudah bersuami). Sekarang pelajar tersebut kononnya dijaga oleh kakaknya ibu tunggal beranak lima di rumah arwah ayah. Kakaknya tidak bekerja dan sara hidup mengharapkan hasil ladang milik adik, bantuan anak2 dan pelajar tersebut. Kakaknya masih kuat untuk bekerja dan melihat kepada susuk tubuh dan raut wajah saya jangkakan mungkin berumur pertengahan 30 an.

Dari cerita kakaknya yang konon menjaga, semua keluarga lain berebutkan wang bantuan dan hasil ladang adik bongsunya itu. Untuk pengesahan kami mengunjungi ibu mereka yang tinggal berdekatan dalam jarak lebih kurang 1/2km.

Mendengar kedua-dua cerita ibu dan anak tersebut saya merasakan seperti terlibat dalam lakonan cerekarama. Segala-galanya sangat real. Keruntuhan institusi keluarga sudah mula merebak ke kampung. Anak tidak lagi mengenang jasa ibu bapa, menganiaya dan membenci ibu kerana wang dan mahu hidup senang tanpa bekerja. Terharu melihat ibu yang sudah hilang penglihatan akibat kencing manis mengesat air mata yang tumpah. Walaupun ibu tua tersebut cuba menyembunyikannya dari pandangan kami dengan senyum dan gelak sepanjang bercerita mengenai anak istimewanya.

Tadinya anak perempuannya juga cuba meraih simpati dengan bercerita sambil mengalirkan air mata. Baris-baris ayat yang keluar dari mulut si anak kami padankan kemudiannya dari awal cerita hingga akhir ada unsur-unsur kenyataan yang bercanggah. Di tambah pula memburuk2kan ibu dan adik beradik lain. Bila berjumpa si ibu, tiada kata caci untuk anak yang tetap dipanggil anak dari darah dagingnya malahan kesian melihat nasib anak yang tiada suami.

Anak istimewa ini pernah mengadu beliau terpaksa melakukan semua kerja rumah. Dan hari ini sahih aduan tersebut apabila kakaknya tanpa disedari membahasakan adiknya sebagai bibik mengejutkan saya. Lebih mengejutkan kakaknya membawa ke klinik swasta dan mengambil pil kuruskan badan yang turut diambil olehnya. Runtun hati saya mendengarnya...Patutla budak tu tak mahu makan dan sentiasa lemah. kami kemudianya sebelum pulang bertegas duit pelajar tidak boleh disalahguna dan pengeluaran akan hanya boleh di buat jika ada tandatangan guru.


Bait-bait lagu yang harus kita hayati bersama...


Ayah dan ibu...ayah dan ibu itulah permulaan kami...melihat bulan dan matahari...


kasih nya ibu membawa ke syurga, kasih nya ayah berkorban nyawa....


kasihnya saudara masa berada....


Cerita benar ini...setiap hari mula dikhabarkan di dalam media...sayangi anak2 kita dan hargai mereka semasa kecil atau dewasa. Belailah dan sentuhlah anak2 kita dengan sentuhan kasih dan sayang bukannya dengan herdikan kononnya untuk mengajar menjadi baik.

Kehidupan ibarat roda...jika kita mendidik dengan kasih sayang dan belaian kasihnya akan di bawa ke akhir hayat...insyaAllah.

ingatkan dan ajaklah anak2 kita dan anak2 di sekolah untuk mengenal hakikat insan tua....

Thursday, January 14, 2010

Miskin harus jadi pendorong untuk berjaya


Tahun ini pendekatan unit HEM ialah kepada lebih menghargai keupayaan murid dan memantapkan lagi disiplin. Sistem merit digunakan bagi memberi poin kepada murid yang bersedia membantu guru, aktif ko, lonjakan saujana (meningkat pencapaian akademik), membuat kerja amal dan melapor kesalahan murid. Dalam masa yang sama sistem Demerit digunakan dengan mengenakan mata PSP.


Waktu kritikal masa pertama, naik rehat dan waktu akhir akan di buat rondaan. Semasa meronda saya akan berdiri memerhati di tepi tingkap murid yang menganggu pembelajaran, tiada buku di atas meja sedangkan rakan lain menulis atau bising di dalam kelas. Guru pun ingat saya memerhatikan mereka.


Bagi program 3k, setiap unit 3K ada squad murid yang membantu dan juga akan diberikan markah merit. Squad yang ada seperti squad sihat, squad bersih, squad selamat, squad kasih, squad SPBT, squad aset dan squad kantin. Setiap squad akan dipromosikan oleh guru yang mengetuai unit masing-masing. Nampaknya guru sudah ada ahli squad masing-masing. Bilik-bilik gerakan juga sudah mula ceria. Ada beberapa unit yang guru baru mungkin masih mencari keserasian dengan murid.


Di bangunan Cemerlang paras 4 (tingkatan 4 dan 5) ada satu bilik yang akan dijadikan Bilik Gerakan HEM. Bilik tersebut asalnya kelas. Tapi saya pindahkan kelas tersebut kerana bersebelahan dengan tandas. Siling kelas berlubang dan tandas juga ada bekas tapak kasut naik ke siling yang saya pasti jadi port merokok (masa cuti baru dikesan port tersebut bila nak ceriakan tandas). Saya pernah buat eksperimen, duduk di depan kelas tersebut dalam masa 20 minit waktu kedua akhir (12.50 tgh). Didapati ramai yang menyinggah tapi tak jadi masuk kerana saya ada di situ. Mungkin dah time tengahari masa nak cari ilham. Saya dah mulakan kerja untuk menceriakan bilik gerakan terebut. Bilik itu akan dijadikan kelas pemulihan bagi pelajar yang tidak boleh membaca. Saya akan peruntukan 3 waktu akhir untuk berada di situ setiap hari.


Bilik itu nanti saya gambarkan akan jadi seperti bilik aktiviti untuk pelajar. Saya sudah mula menyimpan surat khabar dan tidak di jual seperti selalunya. Buku-buku lama sudah dimasukkan ke dalam kotak. tunggu masa untuk di bawa ke sekolah. Murid-murid yang lemah ini akan diajak untuk membuat buku skrap. Aktiviti membaca, saya akan sediakan buku nilam, menyanyi, dan lain-lain untuk tujuan meningkatkan prestasi mereka.


Dari segi kebajikan tumpuan akan lebih diberikan kepada pelajar miskin, penerima anugerah biasiswa dan pelajar yang memerlukan bantuan pembelajaran. Aktiviti peningkatan akademik sedang dirangka dengan kerjasama USIM, Kementerian Pelancongan dan Sepang Goldcoast. Ada banyak perancangan mungkin akan di buat satu persatu. Projek dengan USIM akan berjalan tidak lama lagi.


Apa yang menjadi hasrat Unit HEM adalah untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa bahawa kemiskinan seharusnya menjadi pendorong untuk mereka berjaya dan bukannya menjadi alasan untuk gagal.

Wednesday, January 13, 2010

Buka kotak dan tutup kotak..


Hampir dua minggu sekolah di buka, guru-guru mula sibuk dengan pelbagai tugas. Menjadi guru tingkatan dan menguruskan kelas dan murid-murid memang memerlukan kekuatan diri. Guru perlu mengurus diri sendiri terlebih dahulu sebelum menguruskan anak-anak di sekolah. Latihan merentas desa akan bermula minggu hadapan. Lagi bertambah sibuk sekolah.
Macbeath masa kongress SESI yang lepas ada berkata sekolah di Malaysia agak chaotic...bising dengan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran... mungkin di barat subjek yang diajar agak terhad berbanding dengan di Malaysia....semuanya kita nak masukkan dalam waktu pembelajaran di sekolah.


Salah satu cara yang diamalkan oleh eksekutif dan juga pegawai yang berjaya ialah dengan menyusun tugasan harian dengan membuat senarai "things to do". Pak Hubby kata otak kita ni boleh diprogram dengan cara menulis "things to do" mengikut keutamaan. Selesaikan satu persatu. Bila telah siap tanda dan jika tidak siap bawa pula ke esok hari dan perlu berada di senarai yang teratas. Bahagikan setiap kerja mengikut jam atau minit mengikut kesesuaian jadual kerja.

Jika itu dapat dilakukan u hanya perlu buka satu kotak..siapkan dan tutup kotak, then bukak kotak lain pulak...kerja lebih tersusun, terancang, dikelolakan dengan sempurna dan kita tak pening kepala atau lupa atau terlepas pandang...

Then pak hubby kata u don't have to bring home your job....masa di rumah adalah untuk bersama keluarga dan pastikan pembelajaran anak2 sentiasa diurus dengan baik....

itu kata2 pak hubby 12 tahun yang lalu apabila saya mula sibuk dengan pelbagai tugasan sekolah balik jam 5 setiap hari dan bawa balik lagi kerja. Terutamanya menjadi bendahari koperasi dan bawa balik buku akaun besar ke rumah setiap hari....sometimes my neighbour ingat saya kerja pegawai bank...

saya kesian lihat guru2 baru yang masih belajar nak menguruskan diri, anak dan kerja.....Ada ramai dalam kalangan mereka yang komited terhadap tugas dan berpotensi menjadi pemimpin pertengahan (middle manager). Namun banyak yang perlu di bimbing terutamanya untuk memastikan pembelajaran yang berkesan. Saya pun tak faham bagaimana kalu mengajar duduk...kenapa lemah sangat..pagi2 lagi dah duduk...

jika ada ilmu kita patut bimbing dan bagi semangat...supaya mereka tidak tertekan....

Tuesday, January 12, 2010

Turn around the school


Guru yang memimpin pembelajaran di dalam bilik darjah disaran menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Sekolah2 di Amerika yang merupakan sebuah sekolah autonomi.
Pemimpin sekolah amat berperanan untuk memastikan sekolah yang dipimpin akan menunjukkan peningkatan akademik dan keperibadian murid yang tinggi.
Sekolah yang tidak mencapai akan hilang kepercayaan ibu bapa untuk menghantar anak2 mereka bersekolah di situ. Hal ini akan menyebabkan sekolah kurang murid dan tidak mencapai akan ditutup.
Oleh yang demikian di US, UK dan negara2 di Eropah Pejabat Daerah atau negeri akan menggunakan khidmat konsultan bagi merangka program yang bersesuaian untuk turnorund the school.
Jika khidmat konsultan digunakan kemungkinan apa yang dikatakan oleh Alma Harris iaitu penambahbaikan harus datang dari dalam dan bukan dari luar. Pemimpin harus menjadi agen perubahan.
Education Week telah mempromosikan strategic learning yang di bawa oleh konsultan ke 5 buah sekolah di Chicago yang didapati berjaya melonjak pencapaian murid. Pembelajaran strategik ini didapati telah melibatkan perbelajaan yang banyak untuk meningkatkan fokus kepada intruksional atau PnP.
Bagi negara kita yang mempunyai sistem berpusat, jatuh bangun sesebuah sekolah bergantung sepenuhnya kepada pengetua. Kebijaksanaan pengetua memimpin sekolah untuk mempengaruhi guru2 memberi fokus kepada pembelajaran murid amat kritikal.
Sekolah sebagai sistem terbuka didapati merubah peranan pengetua kepada menyokong dan menonjolkan guru2 untuk memimpin pembelajaran murid di dalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum atau program peningkatan sahsiah murid. Keterbukaan sekolah adalah dari segi hubungan dengan ibu bapa dan stakeholders yang lain. Hubungan ini akan memberikan manfaat kepada sekolah dari segi idea, kepakaran, kewangan dan jaringan kuasa rujukan.
Ringkasnya, sekolah sistem terbuka hanya dapat direalisasikan jika seseorang pemimpin sekolah itu terbuka mindanya dan berfikiran positif. Bak kata seorang pengetua Cemerlang "Takkan bisa ular menyusur akar...so buat apa kedekut ilmu kita takkan rugi". Hati yang luhur akan diterjemahkan kepada bentuk tindakan pemimpin sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan memajukan sekolah.
To turn around the school leaders should turn their heart as hot as the sun, as cold as the winter....

Monday, January 11, 2010

Your heart will break into pieces....

It's really hurt when you know the thruth. Tambah sakit bila kita tidak diberitahu yang kita telah buat silap. Your heart will break into pieces when someone doesn't respect you as a insan and professional.

You will find that you stuck in the hard four wall. Nobody come to resque you.

Become a leader is really huge task, responsibility, and you need capabilty, skill and competency.

When talking about skill many many leaders have been traped between task and humanity. When leader want to achieve organization's goal, it doesn't means that you have to leave behind humanty. Great leader bring along together task orientation and humanity.

You don't have to shout to be heard. And you don't have to getting mad to make other people respect what you did.
You will find someday...your heart will break into pieces too....

Sunday, January 10, 2010

Pengurusan Sekolah Berkesan


Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua berperanan sebagai pengurus dan pemimpin profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre (2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)


Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).


Oleh yang demikian, apabila menguruskan sekolah pengetua sebagai pengurus sekolah akan berpandukan kepada perkara2 berikut dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan sekolah.


1. Penetapan matlamat/ Visi secara bersama. Pengetua harus bersama2 dengan penolong kanan, guru2 kanan matapelajaran, guru cemerlang, ketua panitia, pelajar dan ibu bapa untuk berdiskusi secara kolaboratif bagi menetapkan matlamat/visi secara kolektif. Penetapan matlamat secara bersama ini akan membina misi dan visi sekolah yang sepunya oleh semua komuniti dan warga sekolah. (Hoy dan Miskel, 2001; Bush, 2001). Penetepan misi dan visi sekolah seharusnya adalah untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar (Macbaeth, 2007)


2. Penyebaran misi dan visi kepada warga sekolah. Pengetua dengan kerjasama semua penolong kanan dan guru-guru harus menyebarkan misi dan visi sekolah untuk dihayati oleh semua pelajar, ibu bapa, staf sokongan, pekerja pembersihan swasta, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan komuniti setempat. Penyebaran misi dan visi sekolah haruslah dilaksanakan dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Pengetua, penolong kanan, dan guru-guru haruslah berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai di setiap peringkat lapisan guru, pekerja sekolah dan komuniti.


3. Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kepercayaan terhadap guru untuk melaksanakan tugas bagi mencapai misi dan visi sekolah. Kepercayaan yang diberikan oleh pengetua terhadap guru apabila merancang dan mengelola projek/program/aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu menambahbaik pembelajaran, membangunkan kapasiti dan meningkatkan personaliti pelajar secara holistik. Pengetua sebagai pengurus sekolah haruslah menyedari setiap guru mempunyai pelbagai latarbelakang, kelayakan akademik, kemahiran, dan personaliti yag boleh dimanfaatkan untuk membantu sekolah untuk mencapai misi dan visi sekolah.


4. Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah. Struktur yang berbentuk organik ini akan mengurangkan hirarkikal di sekolah yang boleh membataskan kreativiti dan pembangunan kapasiti guru dan murid. Pengetua juga sebagai pengurus sekolah akan lebih menghargai sumber-sumber yang ada di sekolah dan di luar sekolah yang boleh membantu memajukan sekolah.


Sehubungan dengan itu, pengetua sekolah hari ini harus menjalankan peranan sebagai pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan pengetua sebagai pengurus tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi. Pengetua di samping sebagai pengurus yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan visi sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam sekolah. Perubahan yang di bawa seharunya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin pengetua harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.


Bahagianya menjadi ibu...

Melihat raut kegembiraan Cik Mas (in law) menimang cahaya mata membawa ku mengimbau kembali saat-saat suka duka pertama kali bergelar ibu. Usia ku pada masa itu 23 tahun di kira ibu muda. Apatah lagi sarat mengandung ketika berada di tahun akhir bersendirian mengharungi kehidupan di kampus sedang suami berada di utara tanahair kerana tugas.

Emmmm....rasanya masih segar dalam memori ketika rakan2 menegur ku yang berlari-lari anak menuruni tangga kamsis B ukm menuju ke Fakulti Ekonomi mengejar waktu kuliah. "Hey jangan lari nanti jatuh"...jerit mereka ramai2 seram mungkin melihat perlakuan ku. Geli hati ku mengingatkan waktu itu. Kadang-kadang aku lupa bahawa aku sebenarnya mengandung. Perwatakan ku yang riang dan tak senang duduk diam mana mungkin membataskan pergerakan ku. Yang ku ingat sanggup ku berjalan ke kamsis Dato' Onn atau turun ke FSKK atau ke De Lariz kerana nak makan sesuatu yang ku suka.

Anyway tahniah untuk Cik Mas semuga berbahagian dengan kehadiran cahaya mata yang pertama. Pandai2 la bahagi masa dengan shahril antara anak dan menyiapkan Phd. So balik dari Ausie patut lebih berbangga balik dengan 3 sijil...dua Phd dan sijil lahir anak...Good Luck..

Saturday, January 9, 2010

Dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Bagan Lalang dulunya perkampungan nelayan, kemudiannya dimajukan untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancungan bagi koridor pantai selatan selangor. Visi kerajaan negeri selangor maju 2007 telah membuka banyak peluang pelaburan kepada pelabur asing. Era selangor maju telah merubah Bagan Lalang kepada Sepang Goldcoast dengan tarikan baru pelancongan bertaraf lebih lima bintang. Fasa pertama ialah Resort Golden Palm Tree...resort house di dalam laut yang berbentuk pokok kelapa sawit.

Masyarakat setempat harus mengambil peluang untuk memajukan diri dengan menguasai bahasa kedua, memahami budaya, berkeyakinan untuk berkomunikasi dan bijak mengambil peluang dari kemajuan yang di bawa ke sepang atau bagan lalang.

Perancangan pembangunan murid yang dirancang diharapkan agar dapat menyediakan murid yang bersopan santun, mengamalkan kekemasan diri, menghargai budaya dan keunikan bangsa sendiri serta menghargai alam sekeliling.

Hari ini saya menghadiri majlis penyampaian sumbangan peralatan persekolahan kepada 200 orang murid termasuk 50 orang murid sekolah saya. 3 buah lagi sekolah adalah dua sekolah rendah berdekatan dan Smk Sg Pelek.

Berpeluang berbicara dengan pengurus resort Mr Bill memberi ruang untuk mengadakan private-school partnership bagi tujuan pembangunan kapasiti murid. Kebetulan saya memang merancang untuk menganjurkan kerja2 amal sekolah-komuniti, saya dapati ada unit alam sekitar di bawah Sepang Goldcoast yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran murid. Cakap2 dengan Mr Bill...dia bertanya "what's your student inspiration"...try to explain...then dia pun cakap dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Jika saya memimpin sekolah ini, pasti banyak lagi yang akan saya syorkan untuk tujuan pembelajaran murid. Namun saya harus sedar untuk tidak terlalu ghairah..bimbang niat yang baik di salah tafsir..mungkin menggugat mana2 individu lain. Walau pun my boss very supportive but i should consider many factor...take it easy lady....your are to ambitious...nanti tak terkejar cikgu2 kat belakang....

Friday, January 8, 2010

Education For All Nation Wide...

Cikgu Sidek Baba dan Anak muridnya yang sekarang berada di Kementerian. Well cikgu yang mendidik dengan penuh keikhlasan akan dikenang sepanjang zaman.


Alma Harris the guru of distributed leadership. Menceritakan pengalaman beliau yang membantu meningkatkan keberskesanan dan penambahbaikan sebuah sekolah di England yang akhirnya berjaya dan menjadikan beliau cukup terkenal dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Namun she said after i leave the school...sekolah tersebut semakin merosot dan akhirnya terpaksa ditutup. Dengan ikhlas Alma mengaku i'm fail. Selepas itu beliau mula mengkaji untuk menjadikan sesebuah sekolah yang berjaya untuk sustain dan terus cemerlang. Alma menyarankan setelah 23 tahun SESI teori2 yang ada tidak lagi relevan untuk konteks sekolah hari ini. We need a new theory...we have to find out thru research school based untuk memastikannya. Negara kita juga perlu mengkaji apa yang sesuai SESI untuk konteks budaya dan setting sekolah masing2. What we did kataya adalah setting USA dan Britain uyang mungkin tak sesuai dengan negara sini dan Asia.


Dr. Linda Kaser (kanan) dan Dr. Judy Halbert (kiri) merupakan ahli akademik yang cuba mengetengahkan idea school network for learning. networking adalah dalam kalangan murid untuk meningkatkan pembelajaran.

ICSEI Ke 23 2010, ditutup dengan keynote speaker yang saya percaya akan memberikan kefahaman tacit kepada peserta dan pembentang terutamanya dari luar negara. Pembentangan Prof Datuk Dr Sidek Baba selepas Judy Halbert dan Linda Kaser membuka mata semua hadirin dengan falsafah, nilai, gagasan pendidikan mengikut konsep islamisation secara global dan mengadapatasikan ke dalam local education dan disampaikan dengan bahasa yang cukup tinggi dan penuh makna.

Linda dan judy memulakan dengan memperkenalkan idea tentang leadership mindset. Mereka cuba untuk meyakinkan peserta jika pemimpin telah menetapkan setting yang baik untuk memastikan pembelajaran murid berlaku dengan berkesan. Bagi mereka pemimpin dan guru2 harus memulakan learning to know, learning to live together, learning to concern about environment dan learning to be a good citizen.

Mind setting yang dibuka oleh kedua2 pembentang dari Kanada dan New Zealand yang merupakan penulis buku "Leadership Mindsets" (2009) saya fikir memudahkan penerimaan dan pengadaptasian peserta ICSEI terutamanya dari western country. Bagi Cikgu Sidek (He's always want anyone to call him cikgu even i'm hear him talking on the phone about lamaran new post he keep on bahasakan dirinya cikgu...cikgu.. this morning he sit next to me). Thats the beauty of any academical conference or gathering...everyone is the same, the differences in terms of idea and research. Everyone is respect u'r analitical dan critique thinking in terms of educational improvement for benefit student learning.

Cikgu memperkenalkan konsep ADAB learning. Konsep pembelajaran ini bukan sahaja belajar untuk hidup dan memahami perbezaan yang pelbagai dan tentang kepentingan alam, malahan lebih luas dari itu. Konsep belajar yang disarankan adalah untuk mendidik pelajar di sekolah untuk menjadi good human being for the purpose to be a good world community yang mempercayai orang lain, menghormati keperlbagaian, mencintai sesama insan, alam dan makhluk lain dan juga mempunyai sifat2 ihsan.
ICSEI 24TH 2011 akan berlangsung di Cyprus, di kepulauan mediterranean Eropah. Rasanya entah bila dapat hadir dan jadi member ICSEI...

Trust

Perkataan trust ( kepercayaan) berlegar-legar di ruang udara Ballroom 3 KLCC. Prof. Phillip Hallinger membentangkan tentang leadership for learning. Phil memulakan sesi dengan mengucapkan apa khabar...membuktikan he's and Malaysia very close. Induksi Phil dengan jenaka...

will continue sesi bermula

Wednesday, January 6, 2010

Research educational practices around the globe

John Macbeath, the guru of leadership for learning presented about the approaches to innovation and improvement in different countries. One of the his polite comment is during this research that is conducted throughout 4 years, there is no finding that have significant relations between performance and pay (yesterday paper presented by KPM about NKRA). And why Findland be the best education in the world because they do not force their young children to go to school like britain.

With Linda Kaser, Hjh Rosnarizah and Datin Suwarni (Pengetua Cemerlang) sharing the idea about practices networking school for learning in Malaysia cases. In Our cases the three of us have implemented the young teacher concept. This young teacher who is excellent in academic will teach low achievement in their peer groups.



During the parallel session with some of the participants. This room 5 papers research have been presented. Besides me is a principal's of Victoria School from Australia. The other next to her is presenter from Europe.
Today one paper really enlighten me was presented by Profesor Karen Seashore it is "strong culture and school improvement". Strong culture is come from the baseline is trust. Strong culture will lead school to high performance achievement. And the role of principal is very important to set the culture in the school setting. Talking about trust, did parent trust you and you trust the parents. Also principals trust their taechers will working toward helping student learning and outcomes. Do the teachers also trust principal and can discuss about teaching methods or any teaching and learning problematic with open heart.
Congrate Prof Datin...the Congress look well organize with the help of IPK student, staff and ICSEI Committee and sure it is prestige too having in KLCC....
300 Participants from KPM and about 40 IAB staff take part. Actually i'm trying to get sponsosered from KPM through IAB. But i'm being told that only Ketua Bahagian and pegawai tertinggi could be sponsored by KPM. Never mind i've paid on my own...and insyaAllah i'll get sabatical leaves as rewards somedays...but unfortunately and very regret that there is Pegawai KPM not attend the congress...why give to the person who not interested to attend...
KPM should give an access for all pegawai include in school to increase professional growth for who is interested attending courses...

ICSEI 2010

Bertempat di KLCC semalam 5 jan telah bermula dari pagi sebenarnya. Memandangkan semalam hari kedua so terpaksa ke sekolah dulu settlekan kerja yang memang tak pernah selesai....

semalam Dato' Noor rezan, prof anuwar ali, datuk IAB dan Prof Tony present the paper.

will continue soon...

Tuesday, January 5, 2010

Encik kenapa marah ni?

Hari pertama sekolah memang tak sempat nak letak punggung. Pagi perhimpunan rasmi ok...but saya fikir guru perhimpunan perlu di beri bimbingan untuk mengendalikan perhimpunan. dan guru disiplin juga harus berperanan...bukan hanya guru kanan sahaja. I'll tambah baik dari semasa ke semasa. Parent dah mula memenuhi sekeliling tapak perhimpunan. Cos' ada yang tak datang daftar anak ting 1 pada sabtu lepas, ada pelajar baru masuk dan yang nak pindah pun ada tapi orang je la.

Guru pendaftaran cepat belajar dia faham isyarat ibu bapa...saya selalu tekankan jangan sampai ada complain ibu bapa...Pn. Khaty datang bisik nak minta izin buka kaunter lebih awal...yes that's great...sbb ada ibu bapa yang on the way nak g kerja...saya fikir guru2 mula faham bagaimana saya berkerja...so settle about F1.

Lain2 penyelaras dah diinform utk uruskan kemasukan murid....tapi ada satu dua kes i've to solve...

While discuss dengan Tn Hj Kamarul Pengurus Ladang Sime Darby yang baru masukkan anaknya tingkatan 3 di Foyer ..(actually baru lepas uruskan kemasukan anaknya so kami sambung lagi discuss kat luar about programmes that i want parents to take part) ...tup..tup..satu suara datang dari tangga..."ha ni dia PK HEM saya memang nak cari ni....ni apa cerita sampai anak saya kena bayar yuran sebanyak RM65.00 kat kelas tadi...saya ni biro sosial PIBG...dah dapat kelulusan PIBG ke ni ...saya tak puas hati nak report kat PPD...bla...bla." panjang lebar di semburnya saya yang memandangnya dengan senyuman meleret....(lagi preasure lagi kena cool). Saya terangkan satu persatu..Tn Hj Kamarul tadi yang rancak berbicara terdiam..agaknya terkejut dengan reaksi bapa tersebut....akhirnya malas nak layan...dah nampak dia melencong dari kes tadi banyak pulak ke lain yang dia nak serang....saya minta diri untuk ronda..(memang tujuan asal tadi keluar bilik untuk meronda)...

Cari pengetua rupanya dia masuk kelas....boss saya memang rajin masuk kelas...first day dah siap modul....malu kita...

Lepas tu jumpa cikgu sorang ...sorang ngadu rupanya bapa tadi asal nampak muka cikgu dia komplen....satunya dia g serang guru SPBT sebab anaknya tak dapat buku teks...sebab bapa tu taknak bayar denda buku yang hilang..so rules no pay no book....Pn.Halimatun guru SPBT cakap lembut2 suaranya memang manja sikit...."kenapa encik marah2 ni"....agaknya terpesona ...matun kata suaranya makin cool down....he..he...macam2 ....

so kena ada cikgu2 yang pandai berlakun sikit ...dan tau nak handle situasi....

well done cikgu.....

Monday, January 4, 2010

Dikau yang terhebat

4 jan genap 48 tahun umur pak hubby. Selalunya jika ulangtahun anak2 atau saya kami akan celebrate dengan dinner di mana2 restoran/ hotel yang di pilih special oleh anak2. So ikut taste masing2 kalu kak in tu high class sikit...zammil biasa la mcd nani dgn waz selalunya ikut je yang siapa2 pilih. kalu mama pun sama anak2 akan tentukan mana mereka nak makan...

tapi kali ni kesian pak hubby, the first day of school ...semuanya penat..ingat nak surprise booking dinner kat Sepang Goldcoast restaurant...view pun cantik dan romantik tapi dah jam 5 baru balik tak larat lagi rasanya malam nak datang sini semula....on the way back singgah beli cake dan pizza...mama tau abah tak pernah cerewat cos you're abah yang terhebat.

We luv u much...

Sunday, January 3, 2010

Bukan salah ibu mengandung



Ramai orang kata tak ada handphone tak boleh hidup. Ada kata tak ada komputer hidup tak sempurna. Jika kita bekerja ada komputer tak ada printer ibarat rumah tanpa tiang, pincang lah lagu tanpa irama.


Bukan bermadah pujangga tapi hamba mungkin ada yang tak kena...printer ambo laser jet dok sekolah, tau saja la...kita kerja dgn gomen ni semua kena sedia sendiri. Ada printer canggih fuji xerox boleh print macam mesin photostat, hubby pulak tak tau nak keluarkan cartridge. Dia senang je beli baru...


So sebelum cuti ari tu den g jusco ada sale canon pixma siap dengan ink cartridge free kat luar. jimat katanya. pernah tengok yati rahman pakai. ok kutso beli. bawa balik ok print cantik boleh color2 lagi...dah jimat ink murah...Nak jadi cerita balik kampung raya so lama tak print. Balik nak wat kerja ink rupanya kosong dalam cabel. so bawak g jusco tanya salesman yang jual...dia buat senang je. Lepas tu balik lagi jaga mak...dahtau dah balik mesti tak leh print lagi. kami pun try eksperimen macam yang salesman tu buat...pump punya pump habis leaking dakwat...tangan den dgn hubby bermandikan dakwat...printer dah tak nampak rupanya yang bersih lagi...so beli lagi...

ni nak cerita beli satu lagi brothers...rupanya kena download sbb software tak boleh suit dengan window 7....tak leh guna lagi ni...dok dwnload bukan main lama...pak hubby dah sebut nak g jual lelong je ...

Saturday, January 2, 2010

komputer masa depan

video

Allah menganugerahkan manusia dengan kebijakan akal yang tinggi. Komputer yang dulunya sebesar bilik kelas semakin mengecil sebesar telapak tangan. Sekarang kita fikir komputer itu empat segi tapi bagi mereka yang "thinking out of box" computer instead square as usual but in the future it will roll on. amazing is it.

Orang yang berjaya sentiasa mencipta perubahan dan mencipta sesuatu yang baru. Inovasi dan kreativiti dari segi pembangunan teknologi yang amat kurang dalam diri anak2 kita. Kini tiba masa anak2 kita memanfaatkan teknologi untuk bergerak ke arah menjadi masyarakat pencipta perubahan.

Friday, January 1, 2010

Panas...panas...2009 menjelma 2010

Era 2009 nampaknya berakhir dengan berita hebat mengenai negeri cik siti wan kembang (that's why lady's dia ramai 'kembang' dan come lote..hi..hi kalu kita tak masuk bakul naik lif tak da sapa nak angkat). Berita isteri gelap sultan kelantan yang dikisahkan tidak direstui. Juga denda yang dikenakan kerana pembalakan haram berjumlah RM800j (Berita harian).

Diberitakan juga this is the first time ever denda yang sebanyak itu dikenakan. Juga kisah yang menimbulkan hairan juga ialah tentang muforakah terhadap sepasang suami isteri yang khabarnya mendapat tentangan hebat dari bapa si isteri. Walaupun dilihat sebagai kisah peribadi namun isu ini juga menerjah benak pemikiran normal manusia mengapa harus si bapa menentang perkahwinan tersebut? adakah ada isu lain yang tersirat hanya mereka yang mengetahunya.

Menyoroti sepanjang tahun edisi berita yang hangat di pasaran, institusi kesultanan kelantan dan hawa politik di negari kelahiran ambo ini telah melonjak jualan akhbar, menjadi tajuk2 bualan di kedai kopi, cerita2 di blog dan sehinggakan masa di solo pun ditanyakan khabar kepada saya kesahihan ceritanya (masa tu tengah hangat di akhbar) dan ada rusuhan di kedutaan Malaysia di Jakarta, nasib berada di Solo bukan di jakarta) Pada masa itu, berita di TV sana juga menyiarkan isu tersebut dengan hangatnya.

Tertarik dengan analisis Karim Raslan mengenai orang kelate " warga kelate terkenal bengkeng sebagaimana rakyat Corsica, dan berpuak-puak serta amat meyakini kemampuan sendiri laksana orang Texas" (Karim Raslan penulis buku Ceritalah 3: Impian Malaysia yang tertunda....buku yang baik untuk dibaca bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif)

Kita tinggalkan 2009 dengan kisah suka dan duka...2010 menjelma dengan satu keputusan yang patut di bantah oleh semua umat yang mengaku dirinya islam. Jika anda yang ada blog inilah masanya untuk anda menyatakan suara hati dan berjihad ke jalan Allah. Untuk berjihad jika tidak mampu berperang, menegurlah. Kita insan kerdil tentu tidak ada kuasa untuk menegur. Jadi cara terbaik ialah menulis di blog, facebook atau myspace atau send email to anyone menyataka yang kita juga tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Menggunakan nama Allah hanya untuk umat islam sahaja dan tidak boleh digunakan di gereja (Datuk Harusanni, BH). Penggunaannya jelas dan sahih akan mengelirukan umat islam terutamanya anak2 kita yang masih mencari pedoman hidup.

Semoga kita tidak akan menjadi seperti di indonesia, gereja di panggil rumah Allah...jadi di mana bezanya masjid juga dipanggil rumah Allah. Berhati2 dan berilah pengajaran kepada anak2 dan ibu2 yang suka menonton drama indonesia yang kita lihat kononnya bunyi dan nampak macam ke arah keislaman...tetapi awas cuba lihat dan perati betul2...

Ya...dan kenaikan harga gula..kita dah terima berita dari the star last night...elok la kurangkan manis dalam masakan dan tambah manis dalam senyuman patut jadi moto harian kita. And tomorrow will be out about price makanan di kantin sekolah. Patut sangat kerajaan band...di sekolah saya mengalahkan restoran kat bagan lalang harganya...pengusaha kantin degil...

Sifat Personaliti Yang mempengaruhi OB

Seperti yang dibincangkan sebelum ini individu adalah merupakan elemen utama yang mempengaruhi sesuatu organisasi. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Myers & Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan secara meluas oleh organisasi untuk mengenal sifat-sifat personaliti seseorang individu di dalam organisasinya atau sekiranya ingin menemuduga sesoerang untuk di ambil bekerja. MBTI akan mengenalpasti sama ada seseorang individu itu sama ada introvert atau ekstrovert (E atau I), mengikut perasaan (sensing) atau intuitif (S/N), berfikir atau mengikut intuisi (T/F) dan melihat atau menilai (P/J).

Klasifikasi sifat individu ini penting dalam menentukan tugasan seseorang individu. Ujian personaliti ini didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja individu di dalam organisasi.

Di samping itu juga, seseorang individu itu mempunyai lokus kawalan kehidupan yang berbeza. Lokus kawalan kehidupan ini merupakan ciri2 spesifik personaliti yang amat mempengaruhi gelagat organisasi. Lokus kawalan sesorang sama ada secara internal iaitu nasib mereka ditentukan oleh diri sendiri atau eksternal iaitu nasib mereka ditentukan oleh kuasa luar. orang yang internal tinggi akan sentiasa bekerja dengan bersungguh, lebih bertanggungjawab, sentiasa mencari ilmu untuk meningkatkan prestasi. Berbanding dengan orang yang eksternal yang tinggi, sering tidak hadir kerja, mencari alasan untuk tidak melaksanakan tugasa dll. Dari segi pembahagian tugas internal boleh diberikan kerja yang bebas dan memerlukan idea yang kreatif dan nondirektif. sementara eksternal kerja lebih terancang dan direktif.

Diperincikan lagi lokus kawalan kehidupan personaliti ini berkaitan dengan keyakinan diri, pengawalan diri dan pengambilan risiko. Manusia berbeza darjah kesukaan dan ketidaksukaan terhadap dirinya yang dipanggil keyakinan diri. individu yang keyakinan tinggi akan memilih bidang kerja yang lebih mencabar berbanding yakin diri rendah. Manakala pengawalan diri merujuk kepada personaliti yang dapat menyelaras kelakuannya terhadap faktor situasi luaran. Individu yang mempunyai personaliti pengawalan diri yang tinggi akan lebih sensitif terhadap isyarat luaran dan dan boleh bertindak dalam pelbagai situasi yang berbeza. Pengawalan diri yang tinggi dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan reaksi sebaliknya mudah mudah menunjukkan sifat personaliti diri yang sebenarnya.

Dalam pada itu, pengambilan risiko pula ialah kesediaan seseorang itu untuk mengambil peluang. Kecenderungan mengambil atau mengelak risiko akan memberi kesan kepada organisasi.

P/S: huraikan dengan contoh-contoh personaliti di dalam organisasi yang sebenar ujud. Sbg contoh jika organisasi pendidikan jelaskan dari segi personaliti guru yang yakin diri, pengawalan diri dan pengambilan risiko yang dilihat mempengaruhi gelagat organisasi pendidikan.

Rujukan:

Robbins (2000), terjemahan oleh Razak dan Ainin, Prentice Hall. (bukan cara penulisan rujukan mengikut APA).

010110

Nombor 0 menandakan permulaan ujudnya 1 jasad manusia dari Adam.
0 juga beerti kita bermula dari yang tiada kepada 1 adanya kita.
0 menandakan ujudnya manusia dari rahim ibu membentuk kita 1 insan mulia
0 adalah bentuk bumi ini yang akhirnya kita 1 di alam alam barzakh
0 lah kita tanpa pencipta yang 1
0 lah kita hanya sujud dan beriman kepada agama yang 1
0 kita hari ini berdiri teguh esok dengan 1 kejayaan
0 juga adalah bulatkan tekad untuk cemerlang 1 hari nanti

0 dan 1 menanda umur kita sudah menginjak satu hari.
0 dan 1 menandakan ilmu bertambah lebih sedikit
0 dan 1 menandakan jasad dan nyawa pasti bersatu
0 dan 1 menandakan amanah Allah membesarkan anak2
0 dan 1 fitrah manusia inginkan lebih maju
0 dan 1 pasti berlalu...
yang pasti kita dari o juga akan menuju ke liang yang 1.