Tuesday, February 9, 2010

ANG POW DAN HARIMAU


Hari ada dua perkara yang berlangsung. Pada paginya kami menyampaikan sumbangan ang pow dan limau kepada pelajar berbangsa cina yang akan menyambut tahun baru cina pada hujung minggu ini. Ang pow disumbangkan dan disampaikan oleh En. Vincent Ng Chok Sin Ketua MCA bahagian Sepang.

Terima kasih kepada Cik Tong yang bantu dapatkan telefon En. Vincent untuk saya hubungi. Perbincangan awal dengan Cik Tong En. Vincent sudi menyumbang untuk 27 orang pelajar miskin sahaja. Bila bercakap dengan beliau kelmarin saya mohon tambah untuk 22 orang lagi pelajar cina yang lain dan lebih limau untuk diagihkan kepada guru.

Beliau bersetuju dan sudi datang awal pagi waktu perhimpunan pagi 7.20 kerana saya bimbang jika ada pegawai kementerian sampai pagi agak tidak cantik kita telah menganggu waktu P&P. Majlis ringkas berlangsung dalam 25 minit, namun tetap meriah dan pelajar juga gembira semasa En. Vincent menyampaikan ucapan.

Jam 12.30 baru rombongan dari KPM, JPN dan PPD sampai seramai 12 orang. Pagi tu dah ronda dan pastikan semuanya ok terutamanya tandas dan bilik darjah. Tapi alhamdulillah rombongan tak sempat naik kelas. Perjumpaan di bilik mesyuarat, mereka jenguk bilik guru yang bersebelahan bilik mesyuarat dan sepanjang laluan ke kantin. Dalam sembang-sembang bersama pengetua, guru dan pentadbir serta merasai iklim sekolah...melihat bahan2 dipamerkan di dinding dan serata tempat mereka dah boleh tau bagaimana keadaan sekolah.

Dari foyer dah boleh nampak semua bilik darjah, tengok je pun dah boleh tau. Alhamdulillah segalanya ok. Tapi tak wajar jika nak samakan kami dengan sekolah terpilih. Jika nak bandingkan kena pilih sekolah yang lebih kurang dengan murid dan keadaan di sini. Anyway thanks to the rombongan any comment yang membina amat dialu-alukan. Mereka juga interview guru baru tentang program orientasi guru baru. rupanya itu tujuan utama.

Ingatkan nak tengok fail dan masuk kelas....fuh...berpeluh ketiak walau pun kita nak buat macam biasa dan rileks...tapi tak boleh jika dah bunyinya memantau....mesti hati risau je...

Saturday, February 6, 2010

Pemimpin silih berganti...


Tahniah kepada Dr. Hj Zahri Aziz atas perlantikan sebagai Pengarah BPG.


Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Sulaiman Wak Pengarah JPN selangor.
Hari sukantara berjalan dengan lancar. Pagi-pagi lagi En. Isa PK Kokurikulum dan En. Najib SU Sukan bersedia dengan bersama-sama pegawai teknikalnya di padang. Crew koko bertambah tahun ni bila ada ramai guru pelatih lelaki yang boleh membantu. Saya lihat mereka komited berada di padang membuat garisan / trek dan juga lapangan yang lain. Saya harap guru-guru baru akan lebih dedikasi dan meneruskan komitmen walau di mana pun mereka bertugas.

Kepimpinan BPG yang baru Dr. Hj Zahri Aziz (sebelum 26 jan 2010 adalah pengarah JPN Selangor) diharapkan agar dapat meningkatkan martabat dan keprofesionalisme guru-guru baru yang akan berkhidmat kepada rakyat. Wawasan Dr. Zahri dari pengamatan saya sangat mementingkan aspek pembelajaran murid dan pengajaran guru yang berkesan.

Menyoroti kembali sewaktu beliau hadir ke sekolah akhir tahun 2009 bagi mempengerusikan Mesyuarat Kurikulum negeri. Wibawa beliau sangat jelas. Beliau sangat mementingkan P&P yang berkesan. Dan ada poster mengenainya. Selepas meronda kelas, saya masih ingat kata-katanya "Ti jika cikgu duduk mengajar tanpa alasan, panggil je...perbuatan duduk mengajar jelas tidak berkesan"
Saya mengangguk faham.....(pengetua ada mesyuarat dan telah sempat menyambut rombongan JPN pada paginya).

Kini, kepimpinan JPN Selangor yang baru En. Sulaiman Wak (sebelum ini Pengarah Wilayah ). Saya pernah berjumpa beliau semasa menguruskan penyertaan bagi seminar kepengetuaan di IPK awal tahun 2009. Sebelum di Wilayah, En. Sulaiman merupakan salah seorang pegawai di KPM.

Kami warga pendidik negeri selangor mengalu-alukan kehadiran En. Sulaiman Wak sebagai Pengarah yang baru. Semuga kehadiran beliau akan meningkatkan kecemerlangan sekolah-sekolah di negeri selangor. Saya mohon En. Sulaiman agar memberikan perhatian kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Kami juga ada wawasan dan cita-cita untuk membangunkan kecemerlangan anak bangsa. Namun kami berjuang dalam serba kekurangan dan kedaifan. Lihat kami dengan mata hati dan penuh keprihatinan demi kemajuan anak bangsa dan negara.


Pemimpin silih berganti...bak kata Tuan PPD Sepang, Tn Hj Rahman Ngit "Kita tidak boleh bergantung kepada mana2 pemimpin. Jika kita berada di sekolah. Selama ini ada pengetua tempat kita bergnatung dan menunjukkan kuasa. Jika pengetua tak ada ha baru kita tau. Jangan sebab kita kroni kita selamat. Jadi kena adil, tunjukkan kepimpinan yang sama rata dan tidak menindas orang lain"
Walau pun di mana kita berada, di bawah kepimpinan siapa pun sikap saling menghormati, komunikasi dan faham bidang tugas masing-masing amat penting untuk diamalkan.

"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Friday, February 5, 2010

Nak cuti ...kena ganti

Minggu ni kali kedua sekolah ganti bagi tahun baru cina. Besok sekolah. kami anjurkan sukantara. Kalu ikutkan memang penat, tapi dah tanggungjawab tugas kena la tahan. Waktu persekolahan balik jam 2.30. Cikgu sambung lagi kelas gemilang bagi tingkatan 3 dan 5. Jika hari rabu ada ko. Jika ada mesyuarat pun sama lanjut masa sampai jam 4. Pendek kata setiap hari waktu kerja full. Semoga usaha cikgu2 semua Allah bayar dengan kejayaan.

Jangan canang lagi cikgu kerja separuh hari. kerana kerja cikgu 25 jam sebenarnya. balik rumah tidur pun mimpi sekolah. Bagi yang ada maid..ok la. rumah masih terurus. tapi jika kita yang jadi maid..alamak tunggang langgang..malam tadi kain dah lipat...banyak betul budak2 ni pakai baju...sekejap dah tiga bakul...ish..ish..


minggu ni langsung tak masak...lama2 boleh botak kepala...hari2 makan kedai...besok tak dapat g pasar lagi...alamak minggu depan makan kedai lagi...jemu rasanya...hari2 kueteow...nasi goreng...tomyam...tengok siakap 3 rasa pun dah tak lalu...


proposal makcik entah ke mana....nasib le labu....semalam jumpa tuan ppd...dia tanya "hah camna proposal dah siap.??...makcik kata macammana nak siap kalu satu malam satu jam je baca itu pun bukan tiap2 malam...kena hari tu pengsan lebih tak bergerak sampai jam 5 baru bangun...dah kena siap nak g sekolah...


apa2 pun makcik happy....senyum sokmo??? hari ni makan nasi air..ikan bilis tu masin sikit...kepala makcik berdenyut...darah naik ke????