Paparan

Search This Blog

Monday, December 21, 2009

APA ITU GELAGAT ORGANISASI (OB)?

Pertanyaan saudara Keli dalam ruangan sembang mengingatkan saya kepada perjanjian yang saya buat dengan seorang pensyarah OB in Education di Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya yang sangat dikagumi semangat dan ketokohannya dalam dunia pendidikan negara. Prof. Datuk Dr Hussein Hj Ahmad saya ada perjanjian dengan Datuk Jan 2010 saya akan kembali dengan proposal Phd. Pertanyaan saudara telah menghidupkan kembali semangat saya yang mula bercelaru bagaimana nak memulakan penulisan proposal ini di samping menjalankan taggungjawab mendidik dan membangunkan anak bangsa yang semakin hari semakin banyak cabarannya.

Secara umumnya, menurut (Robbins, 2000) gelagat organisasi ialah satu bidang kajian yang menyelidiki tiga penentu gelagat di dalam organisasi iaitu individu, kumpulan dan struktur. Di samping itu juga, OB akan menggunakan segala pengetahuan mengenai individu, kumpulan dan kesan struktur ke atas gelagat dengan tujuan agar organisasi dapat beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan.

Siapakah yang perlu mengkaji OB? Tentunya pengurus atau pemimpin bagi sesuatu organisasi. Apakah pula organisasi? Organisasi merupakan satu unit sosial yang dikendalikan oleh dua orang atau lebih, di mana unit ini relatifnya berfungsi secara berterusan unntuk mencapai matlamat tertentu.

Oleh yang demikian, pengurus sesebuah organisasi yang mempunyai fungsi pengurusan PODC (Plan, Do, diract and control) akan mengkaji setiap gelagat atau tingkah laku individu (pekerja), kumpulan dan strukktur yang ada di dalam organisasi tersebut dalam usaha mencapai matlamat pihak pengurusan.

Hal ini demikian kerana, OB akan memberi kesan kepada pencapaian matlamat sesebuah organisasi. Literatur mendapati empat pembolehubah tahap individu yang sering dikaji iaitu ciri-ciri biografi, kebolehan, personaliti dan pembelajaran. Kesemua pembolehubah ini adalah berkaitan dan didapati memberi kesan kepada produktiviti pekerja, ketidakhadiran, penukaran pekerja dan kepuasan.

Sementara itu, gelagat kumpulan di dalam organisasi seringkali dilihat sama ada kumpulan formal atau kumpulan tidak formal. Kedua2 kumpulan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi.

Berkaitan dengan itu juga, struktur orgnisasi dimaksudkan sebagai tugas yang dibahagikan, dikumpulkan dan diselaraskan secara rasmi. Pengurus akan mempertimbangkan serta mengambil perhatian elemen-elemen berikut apabila merekabentuk sesuatu struktur organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamat pihak pengurusan. Elemen2 tersebut ialah pengkhususan kerja, pembentukan jabatan, rantaian arahan, jarak kawalan kuasa, pemusatan dan pengagihan kuasa dan formalisasi.

Kesimpulannya pengurus dan pemimpin yang sentiasa mempunyai visi dan misi untuk mencapai matlamat dan membawa organisasi ke tahap yang lebih cemerlang dan berprstasi tinggi akan mengkaji ketiga-tiga elemen OB apabila membuat sesuatu keputusan, menjalankan tanggungjawab dan peranan pengurusan dan kepemimpina organisasi.

Namun demikian, organisasi yang berbeza akan mengkaji setiap individu, kumpulan dan struktur yang berbeza.

Rujukan: Robbins, (2000). Gelagat Organisasi Edisi ke 8. Terjemahan oleh Abdul Razak Ibrahim dan Ainin Sulaiman. Prentice Hall. (cara penulisan rujukan ini tidak mengikut format yang sebenar).

6 comments:

  1. Kirim salam kat Prof. Hussein jika bersua nanti,insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Seram JH kalu nak jumpa datuk...pertamanya metod kena kukuh dulu...make sure confident jawab baru boleh jumpa...Insyaallah..doakan saya dapat lepas..

    ada pelajar Phd..dok bentang proposal pun bertahun2 tak lepas..

    ReplyDelete
  3. salam still active or not ? i want to ask one ques about this subj help me pliisss ;(

    ReplyDelete
  4. salam . berkenaan dengan subjek OB , boleh bagi idea tak untuk mengenal pasti seberang artikel mahupun keratan akhbar mengenai topik ini ?

    ReplyDelete

Kongsi minda anda