Professor Alister Jones mungkin berjenaka sehingga Dr Amin Senin tersengih dan diperhatikan oleh barisan pengetua Cemerlang, Datin Asariah dan Dr. Hj Khair.
Tema Seminar Nasional Kepemimpinan Dan Pengurusan Ke 16 tahun ini adalah "Distributed Leadership". Tema yang dinyatakan di dalam bahasa inggeris ini telah menimbulkan perdebatan tentang kerelevenan menggunakan tema yang tidak diterjemahkan ke dalam BM, apabila peserta yang baru sahaja mendengar taklimat menteri pelajaran mengenai MBMMBI (Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) di PICC pada sehari sebelum SN 16 bermula pada 21 Julai.
Kertas Tema telah dibentangkan oleh Prof. Alister Jones dari Universiti Of Waikato, New Zealand. Pembentang kertas yang lain terdiri dari ahli akademik dari Universiti tempatan, kajian Phd dan amalan terbaik pengetua cemerlang. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan dengan peruntukan masa hanya 20 minit bagi satu kertas. Seminar ini telah menjadi medan untuk para pendidik yang membuat kajian untuk membentangkan hasil kajian dan amalan terbaik yang terpilih.
Seminar juga telah mendapati tiada istilah yang sesuai untuk menterjemahkan 'distributed' di dalam bahasa melayu. Kebanyakan pembentang menggunakan kepemimpinan teragih sebagai terjemahan yang agak relevan. Namun saya bersetuju dengan Dr. Ishak Sin yang menterjemahkan sebagai kepemimpinan distributif.
Kepemimpinan Distributif secara konsepnya boleh dikatakan sebagai kesediaan pemimpin untuk berkongsi kepemimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan kapasiti setiap individu di dalam organisasi. Kepemimpinan distributif ini lebih merupakan kepada amalan pemimpin yang bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan akauntabiliti.
Namun seperti kiasan Prof. Datuk Dr Rahim Selamat, mantan Pengarah IAB bahawa pengetua harus rela dan bersedia mengagihkan kuasa memimpin kepada orang bawahan dan rela membangunkan kepemimpinan guru-guru di bawah pimpinan mereka. Beliau masih inginkan pelajar UNISEL memanggilnya cikgu kerana baginya beliau ialah seorang yang berketurunan guru. Jiwa guru yang ada dalam dirinya telah menterjemahkan bait-bait ayat yang jelas menggambarkan kenikmatan bekerja sebagai guru. Jika beliau yang sudah pencen dan meninggalkan perkhidmatan pendidikan lebih satu dekad dan masih berjiwa guru, kita yang berada di dalam sistem seharusnya mempunyai semangat juang yang lebih tinggi untuk mendidik dan mambangunkan anak bangsa Malaysia.
di smk sg puteri sy tak pasti bentuk kepimpinan yang sy sendiri amalkan. saling bertindih. kepimpinan distributif amat sesuai dewasa ini dgn syarat pemimpin sekolah sentiasa membimbing dan membentuk rakan guru sbgmana kata sedari blogger.
ReplyDeleteTeringat Dato' Hussein Ahmad 'Leader produces leaders'. Apa khabar Dato' ketika ini ..
Anda bertuah kerana dapat mempraktikkan pengajian teori yang dipelajari sebelum ini
ReplyDeletekepemimpinan distributif juga sesuai untuk pengetua yang malas, tidak kreatif dan jumud jika diambil dari sudut negatif
ReplyDeleteDi sini di smkpb, pengetua lebih terarah praktik kepimpinan situasi, ikut angin dia dan ikut angin cikgu-cikgu, kejap angin kencang, kejap angin sepoi-sepoi bahasa, kalau ikut kepimpinan distrubutif, pengetua tak ready lagi tapi berita baik, pengetua smkpb pun hadir seminar tu kat iab. Semoga balik nanti dia sedia praktik ilmu kepimpinan baru..
ReplyDeleteKepimpinan Destibutif dilihat sebagai kepimpinan mengagihkan tugas pemimpin kepada orang bawahan. Adakah pengagihan tugas ini dapat diterjemahkan sebagai lepas tangan?
ReplyDeletebukannya lepas tangan tapi pengetua yg mengamalkannya perlu memantau dan memastikan segala yg dimandatkan dijlnkan sebaiknya...sekiranya hanya bertindak lepas tgn maka x wujudlah kepimpinan distributif...mendera namanya.
ReplyDelete