Paparan

Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

3 Perkara melemahkan pemikiran umat

Adik pintar Adi Putra sebagai berkata terdapat 3 perkara yang melemahkan pemikiran umat islam iaitu kalkulator, sms dan permainan video. Kepintaran Adi Putra dikhabarkan telah mendapat perhatian pihak antarabangsa sehinggakan formula matematiknya telah dibayar sebanyak RM1 Billion. Banyak tu. Adakah telah dipatenkan oleh Adi Putra. Jangan jadi seperti Zul mekanik yang bijak apabila pertama didunia mencipta alarm untuk kunci kereta, suis kawalan jauh menghidupkan enjin kereta. Zul hanya menjual sahaja protaip ciptaannya kepada syarikat kereta dunia tanpa mempatenkannya. ini merugikan kerana tiada nama beliau dicatatkan sebagai hakcipta individu. Rugi...sangat rugi...

Kenyataan adik Adi sebenarnya telah dikukuhkan lagi oleh Robert Weis dari Universiti Denison Ohio yang membuat kajian ke atas kanak-kanak lelaki yang mempunyai permainan video. Kajian beliau mendapati kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan peningkatan dalam penulisan dan membaca dalam kalangan responen yang di kaji.

Ini mengesahkan permainan video merupakan salah satu punca mengapa anak-anak kita lemah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris dan juga lemah membaca dan penulisan. Masalah literasi ini di hadapi juga di Amerika dan dunia Eropah.

Di sekolah kita menghadapi anak-anak yang lemah di dalam penguasaan bahasa. Mereka juga tidak berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan umum termasuk akhbar harian.

Menyebut tentang membaca ini, pada pandangan saya masalah ini bukan hanya berlaku di dalam kalangan anak-anak sekolah. Malahan lebih buruk lagi orang dewasa juga tidak gemar membaca bahan bacaan ilmiah. Begitu juga hal ini telah merebak kepada guru-guru. Jarang sekali kita melihat ada buku-buku ilmiah berkaitan dengan meningkatkan profesion guru atau bahan bacaan umum berada di rak buku bilik guru melainkan buku-buku teks atau buku kerja murid. Hidup guru dihabiskan seharian tanpa berlaku peningkatan ilmu di dalam pemikiran guru.

Ini menyebabkan guru hanya mengajar subjek atau mata pelajaran sahaja tanpa melakukan perkaitan dengan ilmu-ilmu lain atau permasalahan lain dalam dunia sebenar seperti ekonomi, politik, geografi, sejarah. Sebagai contoh apabila mengajar matematik banyak perkaitan yang boleh di buat berhubung dengan amalan hidup seharian. Jika pelajar tahu belajar matematik penting untuk kegunaan hidupan harian mereka ini akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan lebih penting bagi mereka.

Namun saya percaya ada juga ramai guru yang melihat dunia pembelajaran adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk diterokai oleh murid. Pengajaran mereka akan menjadi lebih bermakna dengan berlakunya pembelajaran yang lebih berkesan. Guru yang multiskill ini boleh di pupuk dan dibangunkan dengan bantuan guru-guru senior dan pentadbir sekolah. Tetapi jika berada di dalam kelompok senior yang berada dalam zon selesa dan bekerja hanya untuk mengajar di kelas semata-mata...akan rosaklah masa depan anak bangsa.

Baru-baru ini KPM telah menubuhkan Majlis Buku yang diharapkan agar dapat membuat kempen besar-besaran untuk menggalakkan dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan komuniti sekolah dan rakyat Malaysia amnya.

Selamat membaca....membaca akan menyuburkan minda...membaca akan memanjang usia seseorang..membaca akan menjadikan rakyat kita lebih maju ke hadapan...
(Isu perbincangan berdasarkan artikel BH pada 18 Mac dan 21 mac 2010)

2 comments:

Kongsi minda anda