Malam minggu begini memang masa untuk uruskan kain dan biasanya didepan tv. Itulah masa yang menyempatkan diri untuk menonton tv. Channel bertukar. Mencari-cari siri yang ku suka..kut ada House ke..atau apa-apa cerita di channel movie yang seronok. Tapi rasanya satu pun tak menarik. Punat 103 ditekan drama kat tv3. Cerita kisah sepasang suami isteri yang percayakan kuasa bomoh untuk mengikut kehendak masing-masing. Tajuknya pun ku lupa.
Rasa nak muntah ada, loya pun ada dan kepala pun pening. Bukan apa pendedahan melalui cerita tu rasanya sangat ekstrim. Walau sering diulas oleh penerbit drama untuk tujuan pengajaran tapi natijah kepada masyarakat harus turut dikaji.
Fenomena dewasa ini yang mengikut ustaz berceramah di radio 80% melayu islam sukar untuk mengerjakan solat amat membimbangkan. Bila solat jarang, tiang agama goyah, iman senipis kulit bawang, hidayah hilang diganti oleh bisikan syaitan.
Cerita sedemikian akan jadi ikutan. Bukan pengajaran yang dilihat tapi apa faedahnya yang dikutip. Amat tragis jika ramai yang sudah mula melupakan kuasa Allah.
Wallahuallam.
Itulah akibatnya jika terlalu cintakan dunia hingga terlupa bahawa semua yg dimiliki adalah sementara sahaja. Hebat manapun perniagaan kita,cantik sangatkah kita yang akhirnya semua itu akan meninggalkan kita bila sampai masanya.
ReplyDelete