Merubah dan membentuk budaya sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika sesuatu nilai dan norma yang ada di dalam mana-mana institusi sudah dipegang dalam tempoh yang lama. Budaya juga disebut sebagai etos sering dikatakan sebagai suasana yang dirasai dan dilihat apabila berada di dalam sesuatu institusi seperti sekolah. Budaya sekolah adalah berbeza jika dibandingkan dengan syarikat swasta, hospital atau pun kilang-kilang perindustrian.
Adakah perlu budaya sekolah dirubah? Dalin (1993) menyatakan sekolah perlu merubah budayanya kepada membentuk satu budaya pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan dalam dan luaran pelajar dan guru. Sekolah yang ingin berfungsi sebagai sebuah institusi pembelajaran yang mengikut kehendak falsafah pendidikan kebangsaan bagi meralisasikan visi dan misi negara haruslah bertindak untuk merubah budaya sekolah tersebut.
Suatu program pembangunan yang dipelopori oleh Dalin dan Rust (1983) mendapati untuk merubah budaya sekolah dua pendekatan atau strategi yang digunakan iaitu:
1. merubah pada tahap individu yang ada di dalam sekolah iaitu guru, staf, pelajar, pekerja swasta, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin.
2. Merubah pada tahap kumpulan seperti bidang mata pelajaran, panitia, unit-unit di bawah Hal Ehwal Murid dan kokurikulum agar membolehkan individu dalam kumpulan berfungsi secara kolaborasi sama ada di antara kumpulan atau dalam kumpulan.
Hodgkinson (1983) pula menyatakan bahawa budaya sekolah dapat dilihat pada tiga peringkat:
1. Tahap transisi apabila nilai yang ujud berasaskan kepada kepercayaan, kod etika dan perpektif moral.
2. Tahap rasional apabila sesuatu nilai dilahirkan mengikut justifikasi bersama, tertanam di dalam institusi serta seragam.
3. Tahap subrasional apabila nila yang tertanam di dalam individu diterjemahkan sebagai satu karekter atau sikap seseorang.
Oleh yang demikian, merubah sesuatu budaya sekolah bukanlah kerja yang mudah memakan satu atau dua hari. Ianya adalah merupakan satu proses yang panjang dan berterusan. Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil perhatian. Untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan, kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi.
Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu dibuah ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhannya.
Siapakah yang berperanan untuk merubah budaya sekolah? Di sekolah yang mengamalkan kepimpinan autokratik akan memimpin secara berpusat. Nilai dan norma yang ujud bukanlah nilai dan norma institusi tetapi lebih kepada nilai dan kepercayaan individu pemimpin tersebut. Untuk itu pemimpin sekolah iaitu pengetua haruslah menggerakkan penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia, guru cemerlang dan guru-guru senior yang ada di sekolah dengan memberikan kepercayaan untuk membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.
Sekiranya setiap lapisan kepimpinan di sekolah dapat berfungsi dan berperanan dengan baik budaya dan etos sekolah akan diterjemahkan kepada nilai dan norma yang turut diamalkan oleh para pelajar.
Di sekolah saya masih mengamalkan kepemimpinan autokratik
ReplyDeleterasanya agak susah nak ubah kepimpinan sebab ia dah macam sebati dan dilatih oleh kepimpinan yang awal...
ReplyDeletebukan semua dengan rela hati mengamalkan perkongsian kepimpinan..namun satu hari apabila generasi kedua mula memimpin pasti ada perubahan...