Paparan

Search This Blog

Saturday, March 13, 2010

Autonomi Pengetua/Guru Besar

Minggu ini banyak peristiwa dan program yang berlangsung baik di peringkat sekolah, daerah dan negeri yang dihadiri. KPM dalam satu seminar di IAB pada tahun lalu mencanangkan mengenai kepemimpinan distributif yang harus diamalkan diperingkat sekolah dalam usaha memajukan sekolah.

Sekolah merupakan pihak pelaksana kepada semua dasar yang diluluskan oleh KPM. Pengetua sebagai pengurus memastikan sekolah diurus dengan baik dan dasar-dasar reformasi KPM dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang sama pengetua juga harus menjadi pemimpin yang meneraju sekolah untuk membawa perubahan dan transformasi kepada murid-murid khususnya dan fizikal sekolah dan seluruh warga kerja sekolah amnya.

Melontarkan idea dan mencadangkan untuk diamalkan berasaskan kajian yang dilaksanakan di luar negara menunjukkan ianya berjaya. Namun kajian dalam negara masih dalam peringkat melihat ujudnya amalan kepimpinan distributif di peringkat sekolah.

Dalam struktur organisasi KPM pengetua sekolah berada di lapisan yang terakhir. Ada lapisan pemimpin PPD, Pemimpin JPN, Pemimpin setiap bahagian dan pemimpin tertinggi KPM. Maksudnya kepimpinan distributif itu haruslah ditunjukkan oleh pemimpin atasan terlebih dahulu dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan agar dapat dicontohi dan diamalkan oleh pemimpin lapisan bawahan termasuk pengetua, penolong kanan dan ketua bidang.

Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai sebuah institusi pembelajaran yang memenuhi tuntutan negara, ahli politik, masyarakat dan ibu bapa dalam mendidik serta membangunkan keperibadian pelajar trait dan amalan kepimpinan pengetua dan guru besar tidak harus terikat kepada hanya satu jenis kepimpinan sahaja apalagi jika masih menggunakan cara tradisional yang berasaskan autokratik, direktif, satu hala atau struktur menegak.

Keterbukaan melihat daya kreativiti kepimpinan pengetua dan pemimpin pendidikan di lapisan bawah harus dimiliki oleh pemimpin atasan bermula dari PPD. Jika kepimpinan PPD hanya pandai bersandiwara, manis berkata-kata namun kelat dari segi tindakan amat tidak relevan bagi keadaaan hari ini. Autonomi pengetua yang dicanang-canangkan akan menjadi satu lagenda.

Sekarang tiba masanya semua pihak di lapisan atas KPM memberi kepercayaan kepada pengetua untuk mengurus dan memimpin sekolah termasuk melaksanakan apa saja program yang dipertanggungjawabkan oleh PPD, JPN atau KPM di sekolah. Silo yang ingin di buang oleh TPM dalam bualbicara dan kenyataan di dalam akhbar akan hanya jadi satu mimpi. Tenaga profesional yang berada di sekolah akan tidak dapat dikembangkan kredibilitinya, kapabiliti dan kreativiti dalam memastikan pelaksanaan reformasi pendidikan terlaksana dengan jaya dan berkesan. KPI akan hanya jadi angan2 dan pemikiran jumud akan merendahkan martabat kepimpinan pengetua di sekolah.

Cabaran kepada KPM untuk menangani ketidakseimbangan keprofesionalisme pendidik bukan hanya diperingkat sekolah malahan diperingkat PPD, JPN dan juga bahagian KPM sendiri. Tindakan berani yang berorientasikan tugas akan mungkin dilihat selari dengan NKRA.

Jika benar yang sistem 'POOL' akan dijalankan diharapkan agar pemimpin pendidikan disemua peringkat seharusnya diberi latihan yang sewajarnya dan bertindak secara profesional agar tidak ada guru dan pengetua akan teraniaya.
Asas kepada semua kejayaan amalan kepimpinan terbaik di sekolah dan peringkat atasan KPM ialah kepercayaan. Berilah sedikit ruang dan kepercayaan kepada pentadbir di sekolah untuk membuat yang terbaik. Jika masih ada sikap bersangka-sangka pendidikan anak2 tidak akan dapat ditambahbaik dengan cemerlang.

1 comment:

Kongsi minda anda