Paparan

Search This Blog

Saturday, May 8, 2010

ALahai anak omak...

jika ditanya kepada ibubapa adakah anak tuan/puan sering buat sesuatu yang merisaukan semasa di rumah? pasti ramai yang tidak ingin berkongsi kesengsaraan membesar dan mendidik anak dewasa ini. Rata-rata akan mengatakan anak saya baik cikgu kat rumah. Bila diberikan senarai salahlaku anak-anak di sekolah ramai yang menuding jari kpada rakan yang mempengaruhi ank mereka atau cikgu yang tak tau nak ajar anak mereka. Siapalah kita jika dibandingkan dengan ibubapa mereka untuk mengajar dan mndidik.

Pengalaman menguruskan anak-anak yang kusut jiwaya , terpesong matlamat hidupnya, ramai ibubapa yang mudah putus asa dalam mendidik amanah allah ini. Guru2 pula terlalu sinical dan cepat melabelkan anak2 ini tanpa memberi peluang kedua. Ibubapa juga ada yang tidak lagi kasih anak2 dan mudah membuang anak2. Ke mana mereka nak mengadu...di rumah di halau...di sekolah ditengking dan di label..

Pelajar juga insan biasa ...jika ibubapa dan guru mengenal hakikat insan tentunya mereka akan lebih simpati dengan semua anak2. Jika silap langkah berilah mereka peluang untukberubah....dan untuk berubah perlukan masa dan bimbingan berterusan..

Kes aminurashid harus jadi iktibar kepada ibubapa dan guru-guru. Masyarakat juga harus akur dan faham akan tindakan polis dalam membenteras jenayah. Sekarang kita harus mengingatkan anak2 kita untk tidak berada di luar rumah lepas waktu tengahmalam. Dan jika diarahkan berhenti usah berdegil...memecut bererti akan ditembak.

Tidak perlu pendedahan sop...dari kes2 yang berlaku kita harus mengerti itu tindakan yang harus dilakukan oleh polis...apa yang perlu kita sebagai ibubapa dan guru2 didik anak2 untuk patuh kepada undang2, tidak keluar rumah waktu kritikal 1 am hingga 5 am dan menghormati penguatkuasa undang2.

Jika semua pihak menuding jari kpada polis ...penjenayah akan bersorak dan menangguk di air keruh...semangat polis akan luntur dan keselamatan negara trjejas..

2 comments:

  1. Alahai anak omak... si kocik eden curi duit eden rm25 sebab nak beli hadiah hari ibu!Eden cakap elok2 kat dia, x bagi hadiah pun tak apa janji dengar cakap mama n bagi hadiah ciuman dah cukup. Tapi bagi juga rotan kat tangan sebagai ingatan jangan buek lai

    ReplyDelete
  2. Kesian dia...boleh la guna duit tabung lepas ni jika nak beli hadiah kat mama...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda