Paparan

Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

Pelajar ditahan khayal pil kuda

Anak-anak hari ini menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan kawalan dan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Kes dua pelajar antara yang ditangkap di Trengganu bukanlah satu kes yang terpencil. Hal ini adalah kerana ada terdapat lebih ramai lagi murid yang menjadi mangsa. Dadah sintetik ini telah menjadi pembunuh anak-anak bangsa secara senyap dan sedikit demi sedikit.

Sebenarnya lebih ramai murid yang tidak dilaporkan, disembunyikan oleh ibu bapa dan tidak kurang juga tidak diambil peduli lagi oleh ibu bapa. Lebih teruk lagi ada yang membekalkan dadah kepada anak kerana tidak mahu anak memberontak atau mendatangkan umpat keji jiran dan taulan apabila anak masuk ke pusat pemulihan.

Kes-kes ini berlaku bukan hanya di bandar-bandar besar, tetapi lebih ramai lagi di kampung-kampung dan juga luar bandar.

Semua pihak yang berkaitan seperti KPM, KDN, ahli politik, pemimpin peringkat kampung, JKM dan Antidadah harus bergabung membenteras gejala yang merosakkan negara ini.

2 comments:

  1. Nampaknya pendidikan perlu direformasi semula

    ReplyDelete
  2. sedang dalam tranformasi...aktif dlm ngo dan suarakan apa yang kita mahu...jika terus diam kita yang akan rugi kerana ada pihak lain yang sentiasa bersuara.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda