Paparan

Search This Blog

Wednesday, June 17, 2009

KAJIAN KEBERKESANAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEKOLAH MENENGAH

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan komuniti pembelajaran profesional (KPP) di sekolah menengah. Kajian deskriptif ini menggunakan pendekatan campuran (mix method) yang dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Sepang, Selangor. Kajian ini menjawab soalan kajian tentang tahap amalan KPP dan perubahan amalan KPP dalam dua tahun ini secara kuantitatif. Di samping untuk melihat faktor-faktor yang menghalang pembentukan KPP di sekolah menengah dijalankan secara kualitatif. Seramai 97 orang responden menjawab soal selidik bagi membekalkan maklumat kauntitatif dan kualitatif. Soal selidik ditambah baik daripada Zuraidah (2009) yang mengubahsuai Professional Learning Communities (PLCA) oleh Hipp dan Huffman (2003) yang mana berasaskan soal selidik asal oleh Hord (1997). Rintis mendapati pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach .95. Kajian ini menguji tahap dan perubahan amalan KPP berasaskan dimensi KPP Hord (1997) iaitu 1) perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong, 2) perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi, 3) pembelajaran kolektif dan pengaplikasian, 4) perkongsian amalan personal, dan 5) keadaan menyokong perhubungan dan struktur. Didapati sekolah yang dikaji mengamalkan pembelajaran kolektif dan pengaplikasian pada nilai min tertinggi iaitu 3.91 dan sisihan piawai .63. Sementara perubahan amalan dalam dua tahun ini, kajian mendapati amalan dimensi yang sama menunjukkan min tertinggi iaitu 2.61. Faktor-faktor penghalang adalah dari segi masa, kewangan, bebanan tugas, kepemimpinan dan struktur.

3 comments:

  1. lanjutan utk Phd : mencari kaedah untuk mengatasi kekangan utk PLC

    ReplyDelete
  2. Anda sudah boleh "berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah" dengan pengkaji-pengkaji ilmiah yang lain.

    ReplyDelete
  3. Syabas, cuma perlu dibuat dengan lebih teliti bagaimana suatu kejayaan dapat dibina berasaskan kajian yang lebih emperikal pada skala yang lebih luas. Cuba tonjolkan pendekatan yg boleh digunakan oleh pihak sekolah dan komuniti utk merealisasikan matlamat KPP berjaya dilaksanakan. Boleh dicadangkan untuk tesis PhD.

    Tahniah

    ReplyDelete

Kongsi minda anda