Paparan

Search This Blog

Thursday, April 16, 2009

Kecuaian guru dan undang-undang tort

Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagai sebahagian daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang individu daripada kesalaahan sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspe kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa pelajar dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, seperti mata buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun kematian. Apabila mahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa pelajar itu. Oleh kerana pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun yang belum mencapai usia dewasa untuk hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah akan diwakili untuk dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif iaitu pelajar sebelum seseorang defendan yang merupakan guru dianggap cuai melaksanakan tugasnya dan boleh disabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan fizikal plaintif. Empat elemen tersebut adalah:

1. Kewajipan berjaga-jaga
2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri
3. plaintif mengalami kerugian
4. terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defendan dengan kecederaan fizikal plantif.

kewajipan berjaga-jaga - elemen ini mudah dibuktikan. Ini adalah kerana guru dan sekolah mempunyai tanggungjawab in loco parentis, di mana ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah telah menyerahkan peranan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa menjaga anak-anak mereka ssewaktu berada si sekolah. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat pendidikan daripada guru-guru di sekolah. Sebagai ibu bapa yang baik dan munasabah, guru dan sekolah berkewajipan untuk menyediakan penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar mereka sebelum, semasa dan selepas waktu persekolahan. Kaitkan kes Mohamed Raihan Ibrahim dan Kes Titus Vs Lindberg. Darjah penyeliaan bergantung kepada umur, bilangan murid, aktiviti merbahaya atau tidak, peralatan yang digunakan merbahaya atau tidak dan kualiti pelajar sama ada telah mempunyai rekod disiplin atau pun tidak.

Kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri - apabila guru:
i. mendedahkan pelajar kepada situasi yang berbahaya dan guru mengabaikan.
ii. apabila guru tidak melakukan sebarang tindakan untuk mencegah dan mengelakkan kecederaan
iii. apabila guru cuai memberikan arahan yang tidak jelas dan mencukupi ketika membuat persediaan untuk melakukan aktiviti yang merbahaya ( kes Mohamed Raihan )

mahkamah menganggap guru adalah merupakan seorang yang lebih berpengalaman, bijak, berpengetahuan, terlatih dan peka terhadap risiko sesuatu perbuatan. oleh itu guru bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah.

Guru juga bertanggungjawab untuk memberikan amaran kepada pelajar tentang sesuatu risiko kecederaan semasa pelajar mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang merbahaya (kes chen soon lee). Sekiranya setelah amaran diberikan dan pelajar telah mengengkari arahan tersebut, perbuatan pelajar telah dianggap sebagai kecuaian sertaan (kes headmistress), Kecuaian sertaan merujuk kepada suatu keadaan di mana pelajar sendiri dikatakan telah bertindak cuai dan bertanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa diri dan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Aspek kecuaian guru juga melihat kualiti arahan yang diberikan kepada pelajar dalam usaha mencegah kecedederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. (kes zazlin zahira kamaruzzaman). Sesuatu arahan dikatakan berkualiti apabila jelas, khusus, tepat, dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Apabila telah dibuktikan defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif, langkah seterusnya adalah untuk meneliti sama ada defendan telah mengabaikan kewajipan tersebut. Pengabaian kewajipan berjaga-jaga berlaku apabila defendan melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap berada di bawah paras minimum tahap penjagaan (standard of care) yang dikehendaki oleh defendan (kes mohamed Raihan - guru duduk bawah pokok dan kes jumat mahmud) dan juga kes chen soon lee, camkin vs Bishop cth tidak mungkiri ). Guru juga perlu bertindak dengan cermat untuk menjaga keselamatan pelajar ( kes zazlin ).

Dalam kes kecuaian guru, mahkamah juga akan membuktikan bahawa terdapat hubungan yang rapat antara tingkahlaku defendan dengan kecederaan plaintif (spt tindakan pn hau dalam kes mohamed raihan).

7 comments:

  1. Mudahan artikel ini relevan dengan soalan yang akan keluar dalam exam nanti

    ReplyDelete
  2. salam tie... tq atas bahan ni dapat bantu akak dalam wat asingmnt

    ReplyDelete
  3. Mohon untuk gunakan artikle bagi dimuatkan dalam buku panduan guru2 (tahfiz) Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum

    ReplyDelete
  4. thank. boleh tambahkan bahan utk tugasan berkaitan kes2 kecuaian dan hak asasi

    ReplyDelete
  5. TQ kindly for this article yg byk membantu

    ReplyDelete
  6. Minta izin copy utk guru2 disp.. tq

    ReplyDelete
  7. Minta izin copy utk guru2 disp.. tq

    ReplyDelete

Kongsi minda anda