Tatkala media membicarakan tentang Natrah, Anak seni terpanggil mementaskan Natrah, dan ada ketika rakan-rakan mengulas tentang teater yang dipentaskan. Aku hanya mendengar tanpa apa-apa kesan. Buku ini ku beli di hari jumaat pertama memulakan tugas di BBPDP. Ku lihat rutin pegawai di sini setiap jumaat berduyun-duyun menuju ke Alamanda. Menurut rakan sekerja sebenarnya itu lah cara pegawai di sini beriadah dan memanaskan badan. Aircond di pejabat ku kira mungkin di antara 12-14 darjah celcius. Sejuk ...sampai hujung jari pedih dan tika ambil air sembahyang pasti menggigil.
Dek kerana kesibukan menyesuaikan diri dengan tugas baru, minggu ini baru berkesempatan membacanya secara serius...sampaikan masak untuk lunch pun delay..
Tahniah kepada penulis, Datin Fatini dan pihak yang bertanggungjawab membongkar kisah tragis yang menimpa 3 insan yang saya kira sangat hebat dan istimewa iaitu Natrah, Che Aminah dan Mansor Adabi yang takdirnya di pilih oleh Allah untuk memberi pengajaran supaya kita semua berfikir.
Sayu hati menatap ayat-ayat penceritaan penulis yang menyentuh hati, jiwa dan sanubari. Penceritaannya membawa pembaca seolah-olah melihat filem yang dipentaskan dengan jelas didepan mata. Kita di bawa mengembara dari Indonesia, Singapura, Kemaman, Belanda hinggalah ke Amerika. Segala-galanya hidup dan jelas di bayang mata.
Buku ini sangat baik untuk di baca oleh para guru Bahasa Melayu, Ustazah atau ustaz, guru sejarah atau pun guru sastera. Turut sesuai di baca oleh semua peringkat masyarakat anak-anak, ibu bapa, pemimpin masyarakat, pengamal undang-undang atau pun NGO.
Saya berpandangan sedemikian kerana buku ini:
1. mengetengahkan fakta sejarah yang diolah dalam bentuk penceritaan kewartawanan yang sangat menarik dan hidup. Guru-guru sejarah seharusnya mengajar sejarah di sekolah dalam bentuk penceritaan sedemikian agar lebih menarik minat murid-murid mendalami sejarah. Hal ini kerana, sejarah adalah kehidupan dan kehidupan itu adalah sejarah.
2. Merupakan kajian kes yang mendalam mengenai akidah dan pegangan seseorang. Kesan-kesan kepada seseorang yang hilang pegangan diceritakan dengan baik oleh penulis. Perbincangan dengan anak-anak didik dilihat boleh menyedarkan mereka akan muslihat dan dakyah musuh agama yang tersembunyi.
3. Juga merupakan kajian kes perundangan yang telah menjadi rujukan dalam pertikaian hak penjagaan anak angkat dan kes murtad.
4. Turut menjiwai anak-anak yang tidak diurus dengan baik emosinya akan memberikan tekanan yang maha hebat di dalam hidupnya. Ibu bapa yang membaca pasti terharu dengan tekanan emosi yang dihadapi oleh Natrah akibat di paksa dan terpaksa.
5. dan banyak lagi yang tersirat.
Oleh itu saya amat bersetuju dengan cadangan Prof Zaini Ujang agar buku ini dijadikan sebagai teks bacaan di sekolah. Amat wajar pelajar diberikan tugasan untuk membuat sinopsis, mengkaji secara akademik dan menghasilkan perbincangan akademik di dalam kelas dari pelbagai aspek. Namun bukan untuk tujuan peperiksaan, tetapi lebih kepada kehidupan.
Selamat membaca.
Dulu Nana pernah membaca tulisan datin tentang kisah natrah dalam Majalah Dewan Masyarakat. Sewaktu teater Natrah di IB tahun lalu Nana sempat membawa buah hati nonton bersama. Semalam, semasa berada di Perpustakaan sempat menegur rakan guru yang memulangkan buku tersebut. Katanya buku ini memang "kaya" dengan pengajaran.
ReplyDelete