Seperti yang dibincangkan sebelum ini individu adalah merupakan elemen utama yang mempengaruhi sesuatu organisasi. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Myers & Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan secara meluas oleh organisasi untuk mengenal sifat-sifat personaliti seseorang individu di dalam organisasinya atau sekiranya ingin menemuduga sesoerang untuk di ambil bekerja. MBTI akan mengenalpasti sama ada seseorang individu itu sama ada introvert atau ekstrovert (E atau I), mengikut perasaan (sensing) atau intuitif (S/N), berfikir atau mengikut intuisi (T/F) dan melihat atau menilai (P/J).
Klasifikasi sifat individu ini penting dalam menentukan tugasan seseorang individu. Ujian personaliti ini didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja individu di dalam organisasi.
Di samping itu juga, seseorang individu itu mempunyai lokus kawalan kehidupan yang berbeza. Lokus kawalan kehidupan ini merupakan ciri2 spesifik personaliti yang amat mempengaruhi gelagat organisasi. Lokus kawalan sesorang sama ada secara internal iaitu nasib mereka ditentukan oleh diri sendiri atau eksternal iaitu nasib mereka ditentukan oleh kuasa luar. orang yang internal tinggi akan sentiasa bekerja dengan bersungguh, lebih bertanggungjawab, sentiasa mencari ilmu untuk meningkatkan prestasi. Berbanding dengan orang yang eksternal yang tinggi, sering tidak hadir kerja, mencari alasan untuk tidak melaksanakan tugasa dll. Dari segi pembahagian tugas internal boleh diberikan kerja yang bebas dan memerlukan idea yang kreatif dan nondirektif. sementara eksternal kerja lebih terancang dan direktif.
Diperincikan lagi lokus kawalan kehidupan personaliti ini berkaitan dengan keyakinan diri, pengawalan diri dan pengambilan risiko. Manusia berbeza darjah kesukaan dan ketidaksukaan terhadap dirinya yang dipanggil keyakinan diri. individu yang keyakinan tinggi akan memilih bidang kerja yang lebih mencabar berbanding yakin diri rendah. Manakala pengawalan diri merujuk kepada personaliti yang dapat menyelaras kelakuannya terhadap faktor situasi luaran. Individu yang mempunyai personaliti pengawalan diri yang tinggi akan lebih sensitif terhadap isyarat luaran dan dan boleh bertindak dalam pelbagai situasi yang berbeza. Pengawalan diri yang tinggi dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi dan reaksi sebaliknya mudah mudah menunjukkan sifat personaliti diri yang sebenarnya.
Dalam pada itu, pengambilan risiko pula ialah kesediaan seseorang itu untuk mengambil peluang. Kecenderungan mengambil atau mengelak risiko akan memberi kesan kepada organisasi.
P/S: huraikan dengan contoh-contoh personaliti di dalam organisasi yang sebenar ujud. Sbg contoh jika organisasi pendidikan jelaskan dari segi personaliti guru yang yakin diri, pengawalan diri dan pengambilan risiko yang dilihat mempengaruhi gelagat organisasi pendidikan.
Rujukan:
Robbins (2000), terjemahan oleh Razak dan Ainin, Prentice Hall. (bukan cara penulisan rujukan mengikut APA).
No comments:
Post a Comment
Kongsi minda anda