Paparan

Search This Blog

Thursday, April 8, 2010

Trust School

Dua hari diberi ruang menyiapkan dokumen bagi pencalonan sekolah amanah menuntut kemahiran interpersonal yang tinggi. Tambahan pula dokumen untuk tiga tahun terkini tidak lengkap dan perlu dikorek. Gali punya gali dapatla disediakan dan dipersembahkan dengan baik agar tidak menjatuhkan air muka pengetua yang menerima pencalonan dalam new deal.

Secara dasarnya, amat berhemah KPM memberi ruang kepada semua sekolah untuk mempunyai peluang yang sama dan merasa ada harapan di pilih. Namun mengukur baju di badan sendiri. Ada banyak kelompangan yang perlu ditutup. Seperti artis APBH yang baru dicalonkan berkata...dicalonkan pun kita dah rasa bangga walaupun kita tahu pasti tidak di pilih.

Pengumuman SBT yang sebelum ini telah menjadi isu yang hebat dibincangkan di bilik guru, padang sekolah, kedai kopi, pasar malam dan di mana-mana corok rantau. Kali ini dalam masa sebulan lagi trust school atau sekolah amanah pasti akan diumumkan. Adakah turut menerima nasib yang sama?.

Datuk KPPM beberapa hari lalu jelas menunjukkan keperihatinan kepada nasib semua guru di sekolah di pedalaman. Datuk menteri juga mempunyai nilai empati yang sama. Bebanan tugas guru menjadi perhatian. Cuma dalam masa yang sama harap tidak ada guru yang salah menafsir tugasan wajib dalam ketiga-tiga bidang akademik, pembentukan sahsiah dan kokurikulum yang patut mereka laksanakan juga diaggap sebagai beban.

Saya percaya memang sukar untuk membawa perubahan. Apa lagi jika semua pihak berada dalam zon selesa....pasti kita dicemuh kerana membuatkan mereka sesak nafas...

Umpama mercedes yang dipandu oleh schumacher berlumba dijalan kampung...apa jadi?..pasti banyak halangan..dan kena perlahankan kelajuan...perlu adjust dengan halangan yang bakal muncul..mungkin sekawan lembu...mungkin bas kilang buruk...mungkin pemandu yang memandu dengan tenang tanpa menghiraukan orang lain...

mungkin juga blood presure dia dan kereta akan naik...

1 comment:

  1. Kita membawa balik sarat satu bag spare parts dari IPK, keluarkan satu demi satu, ada senior yang dah campak bag ke dalam sungai kerana terasa berat menggalas, ada yang terlupa membawa pulang anak kunci, apa-apapun ,pengalaman digabungkan dgn ilmu akan mendewasakan kita semua

    ReplyDelete

Kongsi minda anda