Paparan

Search This Blog

Monday, May 18, 2009

Thesis atau Disertasi?

Dalam usaha mengolah kembali penulisan kertas projek, saya mencari semula buku-buku yang telah disediakan untuk menambahkan literatur...Dalam sibuk menyusun deretan buku dirak yang sudah semakin semak itu terjumpa satu buku yang seharusnya digunakan untuk menulis laporan kertas projek. Buku itu bertajuk "writing the winning thesis or dissertation" oleh Glatthorn dan Joyner (2005). Buku ini memberikan tips dalam bahasa yang mudah untuk difahami bagaimana menulis laporan dengan baik. Saya telah membacanya sepintas lalu dan mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara tesis dan disertasi seperti berikut:
1. Tesis adalah untuk master yang lebih pendek laporannya berbanding disertasi untuk Phd yang lebih panjang dan mendalam.
2. Disertasi dari segi metodologinya lebih teliti atau terperinci berbanding tesis.
3. Tesis adalah laporan projek yang lebih mudah berbanding disertasi Phd yang menganalisis sesuatu isu yang lebih sukar dan mendalam.
Antara cadangan penulis adalah:
1. Laporan kertas projek atau disertasi adalah merupakan keupayaan diri seseorang.
2. dokumenkan semua fakta atau idea yang merupakan buah fikiran orang lain.
3. terima bantuan pembantu bagi mengedit hasil tulisan kita.
4. Nyatakan penulis asal.
5. Beri penghargaan kepada sesiapa sahaja yang banyak membantu
6. Analisis keperluan seperti masa, kewangan, sumber dan peralatan.
7. Sentiasa dapatkan bantuan dan penasihatan daripada penyelia atau sesiapa shj yang pakar.
Lain-lain akan dibaca kemudian apabila selesai pening lalat nak siapkan olahan semula ni....

6 comments:

  1. thesis atau dissertasi ? kita hanyalah membuat projek penyelidikan berasaskan sekolah. Harap apa yang kita buat akan membantu pihak sekolah kajian.

    ReplyDelete
  2. tq. selama ni dah tersalah faham.kalau ada kerajinan nak sedia disertasi pulak kot....

    ReplyDelete
  3. Semua ada harapan dan cita-cita..aku nak jadi cikgu petani aje la.

    ReplyDelete
  4. Blog anda sudah ada inovasi, namun saya rasa inovasi yang anda selitkan(lagu) tidak berapa sesuai kerana menganggu pembacaan pembaca

    ReplyDelete
  5. thank for the info...
    its help me alot

    ReplyDelete
  6. so, kalau peringkat ijazah sarjana muda ni tesis lah kan? kepada sesiapa sahaja yang membaca, bolehlah tolong balaskan... terima kasih...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda