Membaca karangan penulis yang mengkesahkan mengenai Ungku A. Aziz atau Pak Ungku memberi satu inspirasi baru kepada pembaca. Pak ungku yang merupakan sepupu kerabat Diraja Johor mempunyai sejarah hidup yang tersendiri. Ibunya berbangsa turki telah meninggalkan dunia sewaktu Pak Ungku masih kecil. Walaupun berdarah raja namun jiwanya adalah jiwa rakyat.
Beliau di antara negarawan yang sentiasa memikirkan pembangunan rakyat kebanyakan. Penubuhan Tabung Haji, Gerakan Koperasi, dan perancangan DEB. Pemikiran beliau merentasi semua ilmu kerana sikapnya yang suka membaca. Dikisahkan beliau merupakan di antara rakyat Malaysia yang paling banyak membaca. Disiplin yang membaca ada pada dirinya, suka mengkaji, berfikir dan berusaha mencari ilmu baru menyebabkan beliau sentiasa ingin belajar.
Pak Ungku juga adalah pejuang bahasa melayu. VC UM yang ketiga ini berjuang memelihara pantun melayu. Semangat cintakan Bahasa Malayu diterjemahkan melalui pemikiran yang disampaikan dalam bentuk ceramah, penulisan, syarahan dan perbentangan kertas kerja seminar atau perbincangan mesyuarat. Antara pantun yang disebut ialah:
Kelapa puan di dalam jalur
Kelapa jantan dibuat titian
usaha pembangunan hendaklah jujur
supaya kemiskinan dapat dihapuskan
Pak Ungku sering menyeru agar orang melayu berubah sikap dari malas kepada lebih rajin, berjimat cermat dan suka menyimpan serta menghapuskan amalan berhutang. Dala hal ini pantun yang disebut ialah:
Paku ini paku landai
paku berasal dari Jawa
barang bini habis digadai
pinjam pula barang mentua
Dikisahkan Pak Ungku juga sentiasa mengetengahkan peranan wanita dalam meningkatkan ekonomi orang melayu dan membantu suami keluar dari kemiskinan. Antara pantu yang disebut ialah:
Petir guruh berselang-selang
Kilat menyambung di dahan jati
cantik sungguh tuan dipandang
tidak tertahan asyik di hati
Selain dari pantun Pak Ungku juga menyeru agar memelihara budaya tradisi dan muzik melayu seperti ghazal. Selama 20 tahun diamanahkan sebagai VC UM, Pak Ungku telah membawa kecemerlangan dan kemajuan kepada UM.
Saya beri 5 mata kepada buku ini.
Selamat membaca.
sejak bangku sekolah lagi saya kagum dgn Pak Ungku
ReplyDelete