Paparan

Search This Blog

Wednesday, March 17, 2010

Pelik tapi benar

Pelbagai kisah masyarakat, politik, sosial, agama dan hal-hal dunia berlaku kebelakangan ini.

Beberapa minggu lalu kisah penderaan dan pembunuhan kanak-kanak yang akhirnya membongkar kisah ketidakperihatinan masyarakat dan kedangkalan iman umat islam yang membenarkan pasangan bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Ibu bapa kedua-dua pasangan membisu dan bersubahat bersama. Ada penduduk yang menyaksikan kanak2 itu disepak terajang tanpa berbuat apa2. Kemana hilang kewarasan akal pemikiran manusia. Ini membuktikan bibit-bibit gejala melayu islam pada nama dan tidak muslim mungkin lebih ramai di luar sana.

Minggu lepas negara dikejutkan dengan perkahwinan dua kanak-kanak bawah umur yang dikatakan dilakukan oleh pemimpin tabligh. Seorang telah dapat diselamatkan. sementara seorang lagi masih tidak diketahui di mana. Akhbar dan masyarakat pun seolah-olah memancang sepi kanak-kanak tersebut...kemana menghilang di bawa pergi atau disembunyikan.

Hari ini menteri tidak tahu ada kedai yang jual 'pocong' (pinjam istilah mazidul). Apa lagi yang menteri tidak tahu...sebelum ini pun kita dah dengar ada pengakuan menteri yang tidak tahu lambakan pendatang asing....Jika menteri tidak tahu...apa jadi dengan orang bawahan...mereka ada peluang dan ruang untuk buat tidak tahu....jika kedai ini berleluasa...kita bimbang anak-anak sekolah yang akan jadi mangsa...kesan kepada mereka maha hebat...gejolak perasaan ingin mencuba..menyebabkan mereka akan berani tanpa sedar mencuba kepada rakan sekolah, adik perempuan..atau sesiapa sahaja..tambahan pula pil-pil khayal atau ubat tidur atau ubat pelali boleh didapati dengan mudah.

Akhbar juga menceritakan tentang kehilangan adik haikal yang sebenarnya disimpan oleh jiran yang hanya berada dalam kawasan kejiranan berdekatan sahaja. Malangnya masyarakat kita sudah mu..mu aku..aku...tidak mengenali jiran tetangga...berselisih bahu di kedai pun tidak bertegur sapa...berbalas senyum pun tidak hingin...kenapa begitu sombong..itu yang akhirnya anak jiran pun tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Adakah kerana sudah tinggal di rumah batu, memandu proton, bekerja makan gaji sudah tidak sudi bertegur sapa....di mana silapnya dan apa puncanya...usah harapkan orang lain untuk berubah ...kita dulu kena mulakan senyum dan bertegur sapa...mulakan hari ini dan saat ini...

Lagi pelik bekas presiden nak bertanding jawatan parti..entahlah...masing-masing ada agenda tersembunyi....jangan kerana agenda rakyat yang menjadi mangsa sudah la...lihat juga anak-anak sekolah di kawasan masing-masing. masalah tidak menguasai membaca dan menulis banyak lepasan sekolah sjk (c ) dan sjk (t). harap pemimpin ambil perhatian tanpa mengira kaum..kerana tiba PRU13 undi rakyat akan ditagih bukan undi kaum yang dikira...

Dunia pula menyaksikan gegaran demi gegaran, pergolakan dan huru-hara....muhasabah diri dan ajaklah anak-anak kita kembali kepada fitrah manusia yangs sebenar...jejaki iman anak-anak agar tidak ketinggalan di buai mimpi indah yang hanya membaw musibah kemudian hari..

2 comments:

  1. dah hampir setahun tak bercakap dengan jiran sebelah. kita keluar dia masuk, selisih keta kita pndang di wat tak tahu je, nampak kat pasar malam dia pandang muka ke lain, kita keluar nk sidai kain pun dia tinggalkan bakul kainnya dan masuk dalam rumah. Bila call dia cakap serius je,kita cakap nak bg keropok dia kata boleh tunggu sekejap tak saya nak masuk bilik air ni!Apapun dosa kita dah lepas sebab dah tegur dia...tension weh

    ReplyDelete
  2. itula t kadang2 orang lagi tension tengok kita lebih...masyarakat kita ni pemikiran masih tidak berubah...mereka akan bertepuk tangan dan sentiasa gembira jika kita ada lagi banyak masalah dan hidup susah...

    jiran yang begitu buat masyarakat kita lagi berpecah belah..

    jiran saya kiri dok Dubai...nampak lampu rumah menyala bila waktu cuti sekolah sbb anak2nya dok boarding school...bila terserempak masing-masing dalam kereta...berbalas senyum dan angkat tangan..selalunya bersembang tepi pagar bila nampak dia ada..sebelah kanan pulak juga sibuk...tapi ada juga sembang panjang jika kebetulan masing-masing keluar dari kereta waktu yang sama..

    apa2 pun zaman sekarang susah nak buat jiran macam keluarga...sebab kita dengan adik beradik pun jarang boleh buat gathering macam dulu...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda