Paparan

Search This Blog

Thursday, January 14, 2010

Miskin harus jadi pendorong untuk berjaya


Tahun ini pendekatan unit HEM ialah kepada lebih menghargai keupayaan murid dan memantapkan lagi disiplin. Sistem merit digunakan bagi memberi poin kepada murid yang bersedia membantu guru, aktif ko, lonjakan saujana (meningkat pencapaian akademik), membuat kerja amal dan melapor kesalahan murid. Dalam masa yang sama sistem Demerit digunakan dengan mengenakan mata PSP.


Waktu kritikal masa pertama, naik rehat dan waktu akhir akan di buat rondaan. Semasa meronda saya akan berdiri memerhati di tepi tingkap murid yang menganggu pembelajaran, tiada buku di atas meja sedangkan rakan lain menulis atau bising di dalam kelas. Guru pun ingat saya memerhatikan mereka.


Bagi program 3k, setiap unit 3K ada squad murid yang membantu dan juga akan diberikan markah merit. Squad yang ada seperti squad sihat, squad bersih, squad selamat, squad kasih, squad SPBT, squad aset dan squad kantin. Setiap squad akan dipromosikan oleh guru yang mengetuai unit masing-masing. Nampaknya guru sudah ada ahli squad masing-masing. Bilik-bilik gerakan juga sudah mula ceria. Ada beberapa unit yang guru baru mungkin masih mencari keserasian dengan murid.


Di bangunan Cemerlang paras 4 (tingkatan 4 dan 5) ada satu bilik yang akan dijadikan Bilik Gerakan HEM. Bilik tersebut asalnya kelas. Tapi saya pindahkan kelas tersebut kerana bersebelahan dengan tandas. Siling kelas berlubang dan tandas juga ada bekas tapak kasut naik ke siling yang saya pasti jadi port merokok (masa cuti baru dikesan port tersebut bila nak ceriakan tandas). Saya pernah buat eksperimen, duduk di depan kelas tersebut dalam masa 20 minit waktu kedua akhir (12.50 tgh). Didapati ramai yang menyinggah tapi tak jadi masuk kerana saya ada di situ. Mungkin dah time tengahari masa nak cari ilham. Saya dah mulakan kerja untuk menceriakan bilik gerakan terebut. Bilik itu akan dijadikan kelas pemulihan bagi pelajar yang tidak boleh membaca. Saya akan peruntukan 3 waktu akhir untuk berada di situ setiap hari.


Bilik itu nanti saya gambarkan akan jadi seperti bilik aktiviti untuk pelajar. Saya sudah mula menyimpan surat khabar dan tidak di jual seperti selalunya. Buku-buku lama sudah dimasukkan ke dalam kotak. tunggu masa untuk di bawa ke sekolah. Murid-murid yang lemah ini akan diajak untuk membuat buku skrap. Aktiviti membaca, saya akan sediakan buku nilam, menyanyi, dan lain-lain untuk tujuan meningkatkan prestasi mereka.


Dari segi kebajikan tumpuan akan lebih diberikan kepada pelajar miskin, penerima anugerah biasiswa dan pelajar yang memerlukan bantuan pembelajaran. Aktiviti peningkatan akademik sedang dirangka dengan kerjasama USIM, Kementerian Pelancongan dan Sepang Goldcoast. Ada banyak perancangan mungkin akan di buat satu persatu. Projek dengan USIM akan berjalan tidak lama lagi.


Apa yang menjadi hasrat Unit HEM adalah untuk memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa bahawa kemiskinan seharusnya menjadi pendorong untuk mereka berjaya dan bukannya menjadi alasan untuk gagal.

4 comments:

  1. Tahniah!Pn Bicara telah menjalankan amanah dengan begitu baik sekali.

    ReplyDelete
  2. HArapnya, setiap tindakan adalah hasil perbincangan pentadbir lain, ada sekolah yang bergaduh antara PK atas sebab keperluan masing-masing yang tidak diketahui oleh rakan sepentadbiran.

    ReplyDelete
  3. Guana program e-Disiplin?..program ni berkesan memantapkan lagi pengurusan disiplin sekolah dan telah dibuktikan berkesan secara psikologi kepada murid2 nakal apabila rekod kesalahan disiplin dan mata dimerit mereka dipaparkan...kalau nak tahu lebih lanjut...Dr James dah buat kajian pasal e-Disiplin

    ReplyDelete
  4. TQ rakan minda...sebelum dilaksanakan saya menyuarakan kepada pengetua dan juga penolong kanan dan semua program dan aktiviti telah dimasukkan ke dalam takwim sekolah. Hubungan baik sangat penting. Saya sering menegaskan kepada guru dan rakan bahawa apa jua yang unit HEM buat adalah harus fokus kepada pembelajaran murid.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda