deringan telefon hubby tatkala kami sedang menunggu solat asar petang ahad 17 Jan amat merisaukan kami berdua. Kak ani mengatakan ibu akan di bawa ke hospital kerana pengsan akibat hypo (gula terlalu rendah). Hubby ada urusan yang perlu di selesaikan dahulu sebelum cuti dan aku pula pagi isnin ada majlis watikah perlantikan pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah.
Telefon tidak pernah rengang dari kami pada malamnya. Pagi isnin 18 Jan jam 9.45 pagi tergerak hati untuk melihat phone yang tadinya ku tinggalkandi bilik kerana majlis watikah. Hubby sms menyatakan dia sedang dalam perjalanan ke Batu Gajah kerana ibunya sedang nazak di sana. Terus ku tekan punat telefon dan panggilan ku di sambut hubby. Dalam suaranya yang tenang ada keresahan, sambil bersetuju untuk pergi dahulu dan aku akan menyusul setelah anak2 di sekolah di ambil.
Mencari2 pengetua, telefon tak berjawab...lalu ku tinggalkan pesan dengan kedua2 PK dan kerani ku mohon untuk pulang bagi menziarahi ibu mertua di Hospital Batu Gajah. Terus menjemput anak2 dan kami bersiap ala kadar. Ku capai apa yang patut dan kami berlima terus bertolak ke Batu Gajah.
Dalam perjalanan hubby memaklumkan ibu dalam perjalanan ke ipoh untuk rawatan lanjut, so kami di minta terus ke rumah kak ani di Seri iskandar dan anaknya ada di rumah. Jam 5 hubby call semula ibu di bawa ke batu gajah kerana tiada lagi yang boleh di buat untuk menyelamatkan ibu.
Kami berangkat ke hospital untuk bersama-sma dengan semua di sana. Jam 6.30 kami sampai, bersalam dengan hubby yang ada di depan hospital menunggu ketibaan kami. Masuk dan bersalam dengan sebahagian ipar ku yang sedang resah menunggu di luar. Ku masuk menjenguk ibu dan duduk di sisinya lantas ku capai yasin di dalam beg dan mula membaca. Kejadian aneh berlaku apabila mata ibu terbeliak dan semacam buih keluar dari mulutnya..aku panik dan minta anak perempuan memanggil hubby. Ku dan kak ani basahkan kapas lap mulut ibu. Nafasnya turun naik dengan kencang. Ku berdoa dalam hati semuga semuanya selamat. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk ibu. Hubby membaca ayat2 suci di telinga ibu. Maghrib itu kami lama bertafakur, membaca yasin dan berzikir. Jam 11.00 malam nampak tekanan darah ibu agak stabil.
Besok paginya selasa 19 Jan kami pagi2 keluar membali sarapan untuk che na yang mengambil giliran untuk menunggu. Seharian itu tiada yang aneh melainkan nafasnya yang turun naik. Kami cuba melihat kaki, telinga...seperti yang di baca namun Allah tidak memperlihatkan tandanya kepada kami. Yasin terus dibacakan bergilir, kerana kami hanya boleh berada berdua sahaja di dalam wad ibu.
Selasa jam 9.10 malam che na menelefon dan memaklumkan ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Yang ada disisinya che na, Mastura dan che mas. Alhamdulillah ada ayah Rozi (jiran) yang banyak membantu menguruskan jenazah ibu siap di sembahyangkan sehingga jam 2.30 pagi. Kami sekeluarga bertolak pulang ke KB untuk dikebumikan jenazah ibu di sebelah kubur arwah ayah.
Masya Allah, ku lihat wajah ibu sangat cantik, manis, senyum dan sangat berbeza di waktu hidupnya. Maha suci Allah begitu berseri wajahnya bertemu Allah. Emak saudara hubby umi berkata itulah wajah orang yang sentiasa taat dengan suami. Pengamatan ku pun begitu. Semenjak ku menjadi menantunya tidak pernah ku dengar suaranya yang meninggi. Bercakap dengan lembut dan rendah nada suara. Tidak pernah sekalipun aku mendengar perkataan yang tidak baik keluar dari mulutnya. Hidupnya dipenuhi dengan mendengar kumpulan ceramah agama, mengaji Al Quran dan bangun solat sunat di waktu malam.
Biarpun aku menantu waktu di awal perkahwinan dulu dengan anak2 kecil selalunya jarang membantunya di dapur. Tapi tidak pernah ibu memperlihatkan reaksi membenci. Senyum sentiasa menguntum dibibirnya. Kulitnya yang kuning langsat begitu berseri2 tanpa solekan.
Itulah mertua yang terhebat pernah ku miliki. Sewaktu hayatnya sentiasa memuliakan orang lain. Ingatannya yang cukup kuat sebelum lumpuh, beliau sentiasa mengingati tarikh2 hari lahir cucunya, anak2nya, anak saudaranya atau mana2 jiran rapat yang sebaya dengan anak2nya. Malahan salsilah raja2 melayu juga diingatinya.
Ya Allah alangkah bertuahnya jika ku dapat mengalami sesuatu yang baik seperti itu. Ya Allah semuga Dikau cucuri rahmat ke atas rohnya dan semuga hasanah berkekalan hingga ke akhirat.
Kau pergi.....jua...di mana akhirnya kita juga akan menyusul itu pasti.
inalillah... semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya
ReplyDeleteInnalilah....semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat Ilahi. Salam takziah
ReplyDeleteInnalillah...,sekalung fatihah buat ibu.
ReplyDeleteSetiap yang hidup pasti akan merasai mati. Takziah buat anda sekeluarga.
ReplyDelete