Perhimpunan pagi ini bermula Pengukuhan SQ murid. Program ini akan berjalan sebulan sekali dan akan diisi dengan bacaan Yasin bagi murid islam dan pendekatan keagamaan bagi murid berbangsa india dan cina. Kesedaran guru harus ditingkatkan untuk sentiasa merujuk takwim dan lain-lain maklumat dalam buku pengurusan.
Selesai bacaan yasin, meninjau perjalanan persediaan majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah yang akan berlangsung pada 18 jan (isnin) minggu hadapan. Terima kasih kepada Pn. Noor Liza guru pengawas yang berusaha memastikan semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua pengawas, guru disiplin dan pegawai perhubungan sekolah yang bakal dilantik. Harapan sekolah komitmen dan tanggungjawab yang tinggi akan dapat membantu mengurangkan salahlaku murid bertujuan untuk meningkatkan fokus mereka kepada pembelajaran.
Jam 9.15 Pn Intan datang menjemput untuk bersama-sama ke rumah pelajar pendidikan khas yang telah dibincangkan pada selasa lepas bersama En. Rafi penyelaras pendidikan khas. Aduan dari guru pelajar tersebut murung, tidak mahu makan, lemah dan tidak bersemangat atau ceria di sekolah. Berat badan juga semakin susut. Masalah kritikal ialah wang bantuan untuk murid telah disalahguna oleh penjaganya dan akaunnya kosong. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk berkunjung ke rumah murid tersebut bagi mendapat gambaran masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dan memastikan kebajikan murid istimewa ini di jaga.
Tiba di perkarangan rumah, didapati pelajar tersebut bukanlah sebenarnya susah sangat. Beliau anak bongsu dan ada harta peninggalan ayah berbentuk ladang kelapa sawit yang tanahnya bersekali dengan rumah. Ladang masih ada hasil dan dimasukkan terus ke akaun pelajar tersebut. Itu adalah wasiat ayahnya untuk masa depan anaknya yang merupakan anak istimewa. Namun ibunya tidak tinggal bersama di rumah peninggalan arwah, sebaliknya di rumah juga milik ibunya yang tinggal bersama dengan anaknya yang lain (sudah bersuami). Sekarang pelajar tersebut kononnya dijaga oleh kakaknya ibu tunggal beranak lima di rumah arwah ayah. Kakaknya tidak bekerja dan sara hidup mengharapkan hasil ladang milik adik, bantuan anak2 dan pelajar tersebut. Kakaknya masih kuat untuk bekerja dan melihat kepada susuk tubuh dan raut wajah saya jangkakan mungkin berumur pertengahan 30 an.
Dari cerita kakaknya yang konon menjaga, semua keluarga lain berebutkan wang bantuan dan hasil ladang adik bongsunya itu. Untuk pengesahan kami mengunjungi ibu mereka yang tinggal berdekatan dalam jarak lebih kurang 1/2km.
Mendengar kedua-dua cerita ibu dan anak tersebut saya merasakan seperti terlibat dalam lakonan cerekarama. Segala-galanya sangat real. Keruntuhan institusi keluarga sudah mula merebak ke kampung. Anak tidak lagi mengenang jasa ibu bapa, menganiaya dan membenci ibu kerana wang dan mahu hidup senang tanpa bekerja. Terharu melihat ibu yang sudah hilang penglihatan akibat kencing manis mengesat air mata yang tumpah. Walaupun ibu tua tersebut cuba menyembunyikannya dari pandangan kami dengan senyum dan gelak sepanjang bercerita mengenai anak istimewanya.
Tadinya anak perempuannya juga cuba meraih simpati dengan bercerita sambil mengalirkan air mata. Baris-baris ayat yang keluar dari mulut si anak kami padankan kemudiannya dari awal cerita hingga akhir ada unsur-unsur kenyataan yang bercanggah. Di tambah pula memburuk2kan ibu dan adik beradik lain. Bila berjumpa si ibu, tiada kata caci untuk anak yang tetap dipanggil anak dari darah dagingnya malahan kesian melihat nasib anak yang tiada suami.
Anak istimewa ini pernah mengadu beliau terpaksa melakukan semua kerja rumah. Dan hari ini sahih aduan tersebut apabila kakaknya tanpa disedari membahasakan adiknya sebagai bibik mengejutkan saya. Lebih mengejutkan kakaknya membawa ke klinik swasta dan mengambil pil kuruskan badan yang turut diambil olehnya. Runtun hati saya mendengarnya...Patutla budak tu tak mahu makan dan sentiasa lemah. kami kemudianya sebelum pulang bertegas duit pelajar tidak boleh disalahguna dan pengeluaran akan hanya boleh di buat jika ada tandatangan guru.
Bait-bait lagu yang harus kita hayati bersama...
Ayah dan ibu...ayah dan ibu itulah permulaan kami...melihat bulan dan matahari...
kasih nya ibu membawa ke syurga, kasih nya ayah berkorban nyawa....
kasihnya saudara masa berada....
Cerita benar ini...setiap hari mula dikhabarkan di dalam media...sayangi anak2 kita dan hargai mereka semasa kecil atau dewasa. Belailah dan sentuhlah anak2 kita dengan sentuhan kasih dan sayang bukannya dengan herdikan kononnya untuk mengajar menjadi baik.
Kehidupan ibarat roda...jika kita mendidik dengan kasih sayang dan belaian kasihnya akan di bawa ke akhir hayat...insyaAllah.
ingatkan dan ajaklah anak2 kita dan anak2 di sekolah untuk mengenal hakikat insan tua....
Begitulah kehidupan dunia, banyak kisah sedih dan tak kurang juga kisah gembira. Pandai-pandailah membawa diri di dunia yang fana ini.
ReplyDelete