Paparan

Search This Blog

Saturday, January 30, 2010

Masjid Abu Bakar, Raub.

Jam 1.30 pagi dari Nilai perjalanan di lebuh raya utara selatan dan karak lancar dan lengang. Jika tadinya hubby kata on the way back home sangat jem kerana sambutan thaipusam.

Kami minggu ni balik KB lagi kerana ma masuk hospital dah 3 hari. Oleh kerana cuti rehat dah tinggal 3 hari (4 hari dah ambil masa mak mertua meninggal) jadi kena balik hujung minggu. Reserve cuti for something emergency.

Sinngah di Petronas D paya serai karak. Perut bukan main lagi berpesta. Baru teringat siang tadi makan jam 4 nasi kerabu, hantar baju saya dan hubby dobi utk gosok, kemas rumah dan tidur jap untuk save energy jam 9 sambil tunggu hubby balik.

Saya memang dah layan tidur, hubby tak tahan ngantuk kami tidur kat masjid Abu Bakar, Raub. Subuh terjaga. Saya dan anak perempuan semua cuti. Hubby dan dua anak lelaki keluar solat. Tenangnya pagi di sini. Alangkah indahnya jika dapat ada sebuah bungalow di tepi masjid. Itu impian yang belum tertunai.

5 comments:

  1. Itulah masjid yang menjadi tempat singgahan kami selama 2 tahun berulang alik ketika belajar dulu. Walau bagaimanapun Nana amat bersyukur kerana kini Nana diberi kesempatan mendiami teratak di tepi masjid di kampung nana di Gong Kepas, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Di Kuala Tganu,JH tak sedar perayaan Thaipusam kerana orang Hindu boleh dibilang dengan jari sahaja.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah impian tu akan jadi kenyataan

    ReplyDelete
  4. ajehe dulu tinggal didepan masjid, kini jauh sedikit. Takper, pahala dapat lebih

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...beruntung yang dah dapat tunai impian...

    amin mudah2an akan termakbul satu hari...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda