Paparan

Search This Blog

Tuesday, January 26, 2010

Kaya dan Ternama

Saya telah mengetahui sebahagian sekolah yang akan dianugerahkan sebagai SBT apabila berjumpa dengan Puan Alainal Hasani pengetua Smk (p) Sri Aman semasa Kongress antarabangsa keberkesanan dan penambahbaikan sekolah awal bulan lalu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memilih sekolahnya sebagai sekolah praktikum semasa mengikuti NPQH pada tahun 2007. Katanya kunjungan praktikum 3 minggu itu turut diambil kira dalam pemarkahan untuk SBT. Saya mengucapkan tahniah kerana dalam sejarah pendidikan negara beliau sangat bertuah. Bertuah kerana di penghujung usia perkhidmatannya sekolah yang dipimpin telah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara, Sekolah Kluster dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Tuah beliau saya yakin turut diiringi dengan usaha bersama penolong kanan, guru, murid dan ibu bapa.
Tahniah kepada 19 sekolah yang lain kerana turut dianugerahkan SBT. Sebahagiannya adalah juga merupakan sekolah kluster. Saya tiada masalah dengan penghargaan yang diberikan oleh KPM kepada usaha, kecemerlangan dan pengantarabangsaan sekolah tersebut. Malahan saya turut berbangga dengan kecemerlangan yang diraih oleh 20 buah sekolah SBT. Saya percaya ada lagi 30 buah sekolah yang akan turut dianugerahkan dan menjadi impian lebih 9000 sekolah yang lain dalam negara. Saya juga turut mengharapkan agar semua sekolah akan turut cemerlang dan membuat penambahbaikan.
Semalam membaca star online yang dientrikan oleh blog Sekolah muzaffar Shah. Membaca petikan TPM "SBT bukan sekolah elit" membuatkan hati saya sayu. Hari ini pulang dari sekolah seperti biasa jam 4.15 petang (nak g bank tapi tak sempat..sampai dah tutup...sekolah jauh..). Jemput anak di sekolah dan tiba di rumah jam 6.00 petang.
Akhbar di meja dicapai dan berita di muka hadapan berita harian tidak mengejutkan saya kerana telah mengetahui sebahagiannya daripada Pn Alainal, dan keseluruhannya dari star online. Membelek muka surat 4 dan membaca ganjaran dan insentif yang diterima oleh SBT. Semasa open Day NKRA saya telah melihat semua perkara mengenai new deal dan SBT. Namun tidak sesayu hari ini.
Saya pun hairan mengapa jiwa saya menjadi begitu sensitif. Apa yang saya pilukan? kenapa air mata saya berjuraian turun dengan lajunya....kenapa saya begitu sedih? tangisan ini bukan tangisan kegembiraan tetapi ratapan hiba kesedihan yang amat menusuk jiwa dan kalbu? Jika TPM ada didepan saya ingin saya melutut dan menyatakan kesedihan hati ini. Jika Dato Noor Rezan ada di sisi, ingin saya mencium tangannya dan mengadu akan hibanya hati. Dan jika saya dapat bersua muka dengan KPPM ingin saya suarakan isi hati saya yang sangat sayu.
Biar apapun saya akan terus berusaha untuk membangunkan kecemerlangan anak didik. Biar pun terpaksa menghabiskan semua wang keraian untuk memastikan kecemerlangan ini. Saya bekerja bukan kerana ganjaran tapi dengan hati yang ikhlas demi anak bangsa dan kemajuan negara. Pengumuman insentif yang begitu besar untuk sikaya menjadikan simiskin begitu hiba...
Jika semuanya melihat dengan berlapang dada dan terbuka alangkah bertuahnya....

3 comments:

  1. Menurut Hukum markovnikov (kimia organik) yang kaya bertambah kaya yang miskin makin miskin

    ReplyDelete
  2. Kesian sekolah harian biasa, melihat anugerah SBT seperti melihat bulan di langit. Tahniah Pn. Bicara kerana begitu komited dalam tugas yang diamanahkan.

    ReplyDelete
  3. Semuanya seakan-akan sistem peramid, dulu, angkat GC DG2, lps tu bawa jd pentadbir, habis semuanya diangkut sebilangan kecl manusia, skrg SBP angkat jadi kluster terus naik kelangit ketujuh jadi SBT. Saya suka ragbi, hadiah ada 3, Cup, Bowl dan Plate. Semua merasa tanpa bias. Bak kata orang lain tahun la.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda