Paparan

Search This Blog

Sunday, January 31, 2010

kalu la dio isle...moleknyo

Perjalanan dari Raub diteruskan selepas suboh. Jam lebih kurang 8 pagi berada di sekitar rekreasi Sg Yu. Mata si zammil terus terbuka luas bila mendengar sg Yu. "Abah boleh berhenti ke? " Hubby bersetuju untuk singgah. Dah lama kami tak balik malam. Selalunya kami balik KB siang dan sampai di sekitar Sg Yu lebih kurang jam 5-6 petang. Tak boleh berhenti takut Pak Belang (satu masa kami singgah lebih kurang masa tu 5 lebih, jumpa driver lori dia yang cakap ada pak belang...since hari tu kami tak berani singgah jika hari dah agak gelap).

Nampaknya rekreasi tu dah di upgrade, kemudahan agak baik. Tapi sayangnya tiada penjagaan...sampah bertaburan. ironinya air sungai jernih mengalir dan boleh dapat bekalan percuma namun di tandas tiada air. Kami kena angkut air dari sungai untuk gunakan tandas. "Abah amil rasa nak mandi la..." Sejuk sampai ke tulang rasanya dingin air tu..."sejuk mil" aku cuba membantah. "ala boleh la...dah lama amil tak mandi kat sg yu". dia cuba memujuk. "Boleh la sekejap je" hubby memberi lampau hijau. "ye..." amil bersorak gembira. Abang dan kakaknya bising je mulut tak bagi dia mandi. Tanpa menhiraukan ejekan kakak dan abang amil terus turun berlari menuju sungai. Perlahan2 dia menjejakkan kaki ke gigi air. sejuk katanya. dah masuk satu badan, sejuk dah mula hilang. Aku memerhati dari atas, mandi la dia sorang...kesian...yang lain dah besar...susah nak buka baju kat tempat public.

Lepas tu kami singgah makan pagi di Gua Musang. Wow...satu pinggan RM7. Anak2 suka makan dua lauk..belum masuk air lagi. Kalah KL, kene sembelih pagi2. kalu KL ayam, ikan masin dan sayur + air baru RM5.

Sampai kat hospital lebih kurang jam 2. Kat Hospital KB ok la masih boleh melawat. Hampir jam 3 baru guard datang. Kak ani dan Zamani juga balik dan datang melawat. Bad, adik ku ada di hospital. Kami memujuk ma untuk membenarkan Dr membuat Hemodialisys. Dalam karung beg air kencing ku lihat bercampur darah. Dr cakap mak susah sikit. Tak nak terima penerangan Dr. Zamani cuba pujuk dan beri rasional kenapa harus buat dylisis. Semasa sesi temubual zamani dengan ma ku lihat dia cukup confident dan banyak ilmu walau pun baru sebulan housemanship. Itu kelebihan belajar di Pakistan, pembelajaran di sana lebih kepada manual. Bakal Dr dah jumpa banyak kes semasa belajar menyebabkan mereka lebih mahir. Anak kita di sini banyak belajar teori. sbb tu macam kekok sikit dan banyak tak tau. Zamani kata ramai Dr dan anak2 Dr kat KB adalah lepasan Pakistan. Dia akan cuba telefon kawannya untuk lihat keadaan ma.

Sebelah katil ma, ada seorang ibu tua (cina). Ku lihat anak2 mereka begitu mesra dengan ma (ma memang mulutnya banyak). Ma kata anak makcik Miss Wong tu kerja kat KWSP, orang besar kat KL. Baik sungguh...katanya. Memang sepetang ku bersama ma...mereka sangat mesra...offer keropok..bersembang dengan menantu makcik tu tentang kerja...orang2 yang berurusan dengan mereka (menantunya tukang jahit orang2 besar). Ipar Wong puji katanya "kakak ipar saya sangat baik". Dia menceritakan bagaimana baiknya wong apabila membantu seorang pengawal keselamatan melayu yang mempunyai anak 9 orang. Cerita kebaikanWong bersambung apabila balik ke rumah. Ipar ku pula menceritakan abangnya yang juga kerja kat MAS sangat rajin membantu staffnya yang susah. Sampaikan bila dia mati semua wangnya habis digunakan untuk membantu orang susah. yang tinggal hanya duit KWSP sahaja yang juga turut digunakan oleh adiknya meneruskan khidmat mereka membantu orang susah. Di sebelah katil ibu wong ada makcik (melayu) tua yang anaknya tak dapat jaga kerana baru dapat cucu. Wong dengan rendah hati pujuk dan suap makcik tu makan. Malahan bibiknya turut ringan tulang bantu ma dan makcik sebelah.

Di kelate...memang perbezaan ras agak tidak ketara. cina dan melayu boleh hidup bagai satu keluarga tanpa prejudis. Tapi di sekolah ku...pelajar langsung taknak duduk semeja dengan kaum lain. bercakap bahasa melayu pun tak nak...pening ku fikirkan nak lansungkan 1Malaysia.

Ma kata moleknya...kalu dio isle...

1 comment:

  1. Mudahan Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda