Paparan

Search This Blog

Saturday, January 9, 2010

Dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Bagan Lalang dulunya perkampungan nelayan, kemudiannya dimajukan untuk dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancungan bagi koridor pantai selatan selangor. Visi kerajaan negeri selangor maju 2007 telah membuka banyak peluang pelaburan kepada pelabur asing. Era selangor maju telah merubah Bagan Lalang kepada Sepang Goldcoast dengan tarikan baru pelancongan bertaraf lebih lima bintang. Fasa pertama ialah Resort Golden Palm Tree...resort house di dalam laut yang berbentuk pokok kelapa sawit.

Masyarakat setempat harus mengambil peluang untuk memajukan diri dengan menguasai bahasa kedua, memahami budaya, berkeyakinan untuk berkomunikasi dan bijak mengambil peluang dari kemajuan yang di bawa ke sepang atau bagan lalang.

Perancangan pembangunan murid yang dirancang diharapkan agar dapat menyediakan murid yang bersopan santun, mengamalkan kekemasan diri, menghargai budaya dan keunikan bangsa sendiri serta menghargai alam sekeliling.

Hari ini saya menghadiri majlis penyampaian sumbangan peralatan persekolahan kepada 200 orang murid termasuk 50 orang murid sekolah saya. 3 buah lagi sekolah adalah dua sekolah rendah berdekatan dan Smk Sg Pelek.

Berpeluang berbicara dengan pengurus resort Mr Bill memberi ruang untuk mengadakan private-school partnership bagi tujuan pembangunan kapasiti murid. Kebetulan saya memang merancang untuk menganjurkan kerja2 amal sekolah-komuniti, saya dapati ada unit alam sekitar di bawah Sepang Goldcoast yang boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran murid. Cakap2 dengan Mr Bill...dia bertanya "what's your student inspiration"...try to explain...then dia pun cakap dulu pun saya tak tau nak jadi apa...

Jika saya memimpin sekolah ini, pasti banyak lagi yang akan saya syorkan untuk tujuan pembelajaran murid. Namun saya harus sedar untuk tidak terlalu ghairah..bimbang niat yang baik di salah tafsir..mungkin menggugat mana2 individu lain. Walau pun my boss very supportive but i should consider many factor...take it easy lady....your are to ambitious...nanti tak terkejar cikgu2 kat belakang....

4 comments:

  1. good tie. u memang have many good idea n tekun berusaha. teruskan kecemerlangan anda

    ReplyDelete
  2. Gunakan tenaga dan fikiran di jalan yang betul. Yang penting Tuhan tahu apa niat dan tujuan kita. InsyaAllah berjaya.

    ReplyDelete
  3. Betul tu! setiap perlakuan kerja mesti berhati-hati kerana terdapat juga guru2 yang busuk hati.

    ReplyDelete
  4. Thats why...harap dapat kerjasama semua guru untuk tujuan pembelajaran murid demi masa hadapan mereka dan negara...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda