Paparan

Search This Blog

Friday, January 1, 2010

Panas...panas...2009 menjelma 2010

Era 2009 nampaknya berakhir dengan berita hebat mengenai negeri cik siti wan kembang (that's why lady's dia ramai 'kembang' dan come lote..hi..hi kalu kita tak masuk bakul naik lif tak da sapa nak angkat). Berita isteri gelap sultan kelantan yang dikisahkan tidak direstui. Juga denda yang dikenakan kerana pembalakan haram berjumlah RM800j (Berita harian).

Diberitakan juga this is the first time ever denda yang sebanyak itu dikenakan. Juga kisah yang menimbulkan hairan juga ialah tentang muforakah terhadap sepasang suami isteri yang khabarnya mendapat tentangan hebat dari bapa si isteri. Walaupun dilihat sebagai kisah peribadi namun isu ini juga menerjah benak pemikiran normal manusia mengapa harus si bapa menentang perkahwinan tersebut? adakah ada isu lain yang tersirat hanya mereka yang mengetahunya.

Menyoroti sepanjang tahun edisi berita yang hangat di pasaran, institusi kesultanan kelantan dan hawa politik di negari kelahiran ambo ini telah melonjak jualan akhbar, menjadi tajuk2 bualan di kedai kopi, cerita2 di blog dan sehinggakan masa di solo pun ditanyakan khabar kepada saya kesahihan ceritanya (masa tu tengah hangat di akhbar) dan ada rusuhan di kedutaan Malaysia di Jakarta, nasib berada di Solo bukan di jakarta) Pada masa itu, berita di TV sana juga menyiarkan isu tersebut dengan hangatnya.

Tertarik dengan analisis Karim Raslan mengenai orang kelate " warga kelate terkenal bengkeng sebagaimana rakyat Corsica, dan berpuak-puak serta amat meyakini kemampuan sendiri laksana orang Texas" (Karim Raslan penulis buku Ceritalah 3: Impian Malaysia yang tertunda....buku yang baik untuk dibaca bagi mereka yang mempunyai pemikiran positif)

Kita tinggalkan 2009 dengan kisah suka dan duka...2010 menjelma dengan satu keputusan yang patut di bantah oleh semua umat yang mengaku dirinya islam. Jika anda yang ada blog inilah masanya untuk anda menyatakan suara hati dan berjihad ke jalan Allah. Untuk berjihad jika tidak mampu berperang, menegurlah. Kita insan kerdil tentu tidak ada kuasa untuk menegur. Jadi cara terbaik ialah menulis di blog, facebook atau myspace atau send email to anyone menyataka yang kita juga tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Menggunakan nama Allah hanya untuk umat islam sahaja dan tidak boleh digunakan di gereja (Datuk Harusanni, BH). Penggunaannya jelas dan sahih akan mengelirukan umat islam terutamanya anak2 kita yang masih mencari pedoman hidup.

Semoga kita tidak akan menjadi seperti di indonesia, gereja di panggil rumah Allah...jadi di mana bezanya masjid juga dipanggil rumah Allah. Berhati2 dan berilah pengajaran kepada anak2 dan ibu2 yang suka menonton drama indonesia yang kita lihat kononnya bunyi dan nampak macam ke arah keislaman...tetapi awas cuba lihat dan perati betul2...

Ya...dan kenaikan harga gula..kita dah terima berita dari the star last night...elok la kurangkan manis dalam masakan dan tambah manis dalam senyuman patut jadi moto harian kita. And tomorrow will be out about price makanan di kantin sekolah. Patut sangat kerajaan band...di sekolah saya mengalahkan restoran kat bagan lalang harganya...pengusaha kantin degil...

3 comments:

  1. Bila harga gula naik- kurangkan gula
    beras naik - kurangkan makan nasi(darah tinggi)
    gandum naik- jangan makan roti canai
    minyak naik -gunakan pengangkutan awam
    * walaupun semua barang akan naik, tetapi ianya terendah jika dibandingkan dengan negara2 lain dan apa yang penting? (tidak membebankan rakyat)

    ReplyDelete
  2. Semalam berita gadis dirogol dalam kereta, ada ramai orang melihat tetapi tiada yang menolong. Marilah kita semua jaga keluarga masing-masing kerana masyarakat sudah takut untuk menegakkan kebenaran

    ReplyDelete
  3. rupanya masyarakat kita dah menjadi hati kering tidak lagi ada ihsan dalam diri. kita kena didik anak2 kita untuk kembali kepada manusia ynag sebenarnya menjadi insan yang ihsan.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda