Paparan

Search This Blog

Monday, February 1, 2010

Bercakap bukan dari hati tetapi dari minda

Bukan mudah untuk memimpin institusi pendidikan. Kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah telah diakui oleh pengkaji dan ahli akademik di dalam dan luar negara.

Ramai berpendapat kehendak negara bagi menghasilkan sumber manusia yang berilmu pengetahuan dan mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja merupakan salah satu cabaran kepada sekolah. Tambahan pula masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah sebagai pusat transformasi anak-anak mereka agar apabila keluar daripada sekolah dapat berkerja dan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Ibu bapa juga turut memberi tekanan kepada sekolah yang mengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik agar dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta di dalam bidang pengajian yang menjadi minat dan tumpuan ramai.

Bertitik tolak dari situ, pemimpin sekolah hari ini tidak berupaya memimpin sekolah dengan hanya berlandaskan nasib, try and error, copy cat, firasat atau main magik. Tiba masanya pemimpin sekolah hari ini wajib berilmu pengetahuan secara formal dan mempunyai pengalaman yang sewajarnya. Berilmu dan kemudian diberi peluang memimpin akan menjadikan pemimpin sekolah lebih wibawa dan bijaksana dalam menerajui perubahan dan membawa kecemerlangan kepada sekolah.

Era new deal pengetua dan NKRA amat bertepatan untuk memberi ruang dan peluang kepada lepasan Sarjana Kepengetuaan untuk menerajui kepemimpinan pendidikan di sekolah di Malaysia. Misi dan visi mantan KPPM Datuk Shukor apabila mencadangkan NPQH dan Srjana Kepengetuaan jika diteruskan oleh Kementerian sebenarnya akan dapat melahirkan pemimpin sekolah yang berilmu pengetahuan, kemahiran, sikap yang mengutamakan prestasi tinggi dan bijaksana dalam memimpin sekolah. Sepuluh tahun yang lalu dan hasilnya hari ini pemimpin sekolah di dalam era baru NKRA.

Cantiknya jika pengetua dan guru besar yang mempunyai Sarjana Kepengetuaan dan NPQH yang ditemuramah oleh media apa resepi kecemerlang sekolah berprestasi tinggi hari ini, mereka akan bercakap tentang peluang dan cabaran dan pelan pembangunan sekolah yang dirangka untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Pengetua dan guru besar juga akan membicarakan tentang amalan-amalan kepimpinannya yang memberi fokus kepada pembelajaran murid. Dan pengetua dan guru besar juga akan bercakap bagaimana corak pengurusan sumber manusianya yang berbentuk organik dan berasaskan kepemimpinan distributif yang membangunkan kepimpinan guru dan murid-murid di sekolah.

Jika pengetua dan guru besar kita bercakap berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sudah tentu sekolah yang kita tonjolkan sebagai model ke peringkat antarabangsa tidak akan memalukan negara dengan hanya bercakap mengenai perkara yang remeh temeh dan tidak akademik. Malahan pengetua dan guru besar akan turut sama membentangkan amalan-amalan kepemimpinannya yang terbaik, kajian penambahbaikan dan keberkesanan yang di buat atau kajian tindakan yang mereka jalankan dipentas seminar, kolokium ataupun kongress di dalam dan luar negara.

Namun apa yang dinyatakan oleh gurubesar sekolah berprestasi tinggi di dalam temuramah dengan akhbar tempohari adalah sebaliknya.

Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid ada berkata "Bercakap dari minda bukan dari hati" (semasa sesi sharing your thought waktu tea time di kongress SESI tempohari).

3 comments:

  1. kesannya kpd graduan npqh dan ipk....
    Pentadbir terlalu jauh dari staf ...
    Menyuruh bukan membantu....
    mengecop sana sini....
    tidak menjadi role model...
    itulah dia..

    ReplyDelete
  2. jika graduan npqh dan ipk begitu rupa...mereka sebenarnya sombong dan bongkak dengan ilmu yang ada dan hanyalah sedikit..

    jadilah seperti padi makin menunduk makin berisi...lihat lah orang2 yang berjaya...mereka sangat merendah diri...

    pakwar juga selalu coate "untk jadi pemimpin yang hebat, anda perlu jadi pengikut yang hebat"..

    pemimpin yang hebat perlu multiply dan melahirkan lebih ramai pemimpin hebat seperti dirinya...

    itu la agaknya nonnpqh dan nonipk berbulu tengok...

    ReplyDelete
  3. Selalunya orang yang kurang "cerdik" bergelagat "sombong" dengan apa yang ada pada diri mereka.Sebagai insan yang "cerdik" perlulah berkelakuan yang terbaik untuk diri dan amanah yang dipikulnya, kerana Allah tidak akan mempersoalakan apa yang dilakukan/tidak dilakukan oleh orang lain tentang amanah yang diberi kepada mereka, sebaliknya Allah akan menghitung setiap nikmat, peluang dan amanah yang yang dipertanggungjawabkan kepada kita.Oleh itu bagi mereka yang berilmu, beramallah secara yang terbaik dengan ilmu masing-masing. Jagan kita berputus asa dengan sikap orang lain.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda