Paparan

Search This Blog

Monday, February 22, 2010

Guru Terlatih Sukan Harus disegerakan...

Alhamdulillah...ini yang saya selalu perjuangkan apabila mengikuti pengajian, mesyuarat atau pun berjumpa dengan mana-mana pegawai. Jika negara ingin melahirkan jaguh sukan ianya harus bermula di sekolah. Sudah tiba masanya guru yang terlatih mengajar sukan dan mata pelajaran PJK di sekolah termasuk aktiviti permainan dan kokurikulum.

Jika KPM bersedia untuk menambah bilangan guru terlatih dalam bidang sains sukan ini akan meningkatkan pencapaian sukan dan permainan di peringkat sekolah. Pada masa hadapan kita akan dapat melihat anak-anak bermain di padang dengan gembira menggunakan teknik dan kaedah yang betul. Tiada lagi rungutan anak-anak yang tidak mahu ke padang jika cikgu hanya beri sebiji bola dan dilepaskan bermain apa saja yang murid suka.

Teringat sewaktu mecadangkan perkara ini semasa mengikuti pengajian di IAB telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan guru lelaki yang memang sudah mahir dalam bidang sukan. Saya tidak mengatakan tidak mahu menjadi guru PJK atau permainan tetapi seharusnya sudah tiba masanya KPM melatih guru yang terbaik untuk mengajar PJK, sukan dan permainan.

Oleh kerana sifat manusia yang suka menentang dan tidak berfikiran terbuka menerima idea menjadikan sukan semakin mundur dan tidak diminati oleh pelajar dan ibu bapa. Ibu bapa akan marah jika anak hadir aktiviti kokurikulum petang tanpa aktiviti yang bermanfaat kerana guru tidak dapat melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Bukan cikgu tidak mahu buat tetapi mereka tidak ada kemahiran untuk menyusun dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian sewaktu aktiviti kokurikulum.

Saya ada berkata dengan cikgu Najib guru PJK dan SU sukan yang baru lulusan sains sukan "Terima kasih kerana u datang. akak sangat gembira pelajar di padang bermain mengikut kaedah yang betul dan semuanya lengkap berpakaian PJK tidak seperti tahun lepas padang sunyi. Kita kuatkuasakan pemakaian baju PJK pun tiada sambutan. Jika ada pelajar yang nak sangat main mereka ada di padang dan main bola sepak dengan memakai seragam sekolah. Itu bukan sekolah nampak seperti tiada kaedah pengajaran dan pembelajaran sukan yang betul."

Saya percaya jika lebih ramai guru berkemahiran dalam bidang masing-masing hasrat KPM bagi mendidik anak-anak berasaskan FPK pasti akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Maju lah sukan untuk semua pelajar....

4 comments:

  1. Jika belum sampai diperingkat akar umbi(sekolah), maka sukar untuk dipercayai adakah KPM begitu serius ambil cakna atau sekadar cakap politik sahaja.

    ReplyDelete
  2. Tunggu dan lihat...kot cadangan tinggal angan-angan!

    ReplyDelete
  3. Sukan untuk kesihatan patut menjadi tema pendidikan , sukan untuk prestasi tinggi dimulakan sejak kemas atau pasti

    ReplyDelete
  4. Kita harapkan KPM serius dan bukan kerana nak populis....

    itulah sepatutnya jika sudah bermula dari sekolah dan diamalkan sepanjang hayat tiada yang kena penyakit jantung pada umur yang muda..

    ReplyDelete

Kongsi minda anda