Tahniah kepada Dr. Hj Zahri Aziz atas perlantikan sebagai Pengarah BPG.
Tahniah dan Selamat Datang kepada En. Sulaiman Wak Pengarah JPN selangor.
Hari sukantara berjalan dengan lancar. Pagi-pagi lagi En. Isa PK Kokurikulum dan En. Najib SU Sukan bersedia dengan bersama-sama pegawai teknikalnya di padang. Crew koko bertambah tahun ni bila ada ramai guru pelatih lelaki yang boleh membantu. Saya lihat mereka komited berada di padang membuat garisan / trek dan juga lapangan yang lain. Saya harap guru-guru baru akan lebih dedikasi dan meneruskan komitmen walau di mana pun mereka bertugas.
Kepimpinan BPG yang baru Dr. Hj Zahri Aziz (sebelum 26 jan 2010 adalah pengarah JPN Selangor) diharapkan agar dapat meningkatkan martabat dan keprofesionalisme guru-guru baru yang akan berkhidmat kepada rakyat. Wawasan Dr. Zahri dari pengamatan saya sangat mementingkan aspek pembelajaran murid dan pengajaran guru yang berkesan.
Menyoroti kembali sewaktu beliau hadir ke sekolah akhir tahun 2009 bagi mempengerusikan Mesyuarat Kurikulum negeri. Wibawa beliau sangat jelas. Beliau sangat mementingkan P&P yang berkesan. Dan ada poster mengenainya. Selepas meronda kelas, saya masih ingat kata-katanya "Ti jika cikgu duduk mengajar tanpa alasan, panggil je...perbuatan duduk mengajar jelas tidak berkesan"
Saya mengangguk faham.....(pengetua ada mesyuarat dan telah sempat menyambut rombongan JPN pada paginya).
Kini, kepimpinan JPN Selangor yang baru En. Sulaiman Wak (sebelum ini Pengarah Wilayah ). Saya pernah berjumpa beliau semasa menguruskan penyertaan bagi seminar kepengetuaan di IPK awal tahun 2009. Sebelum di Wilayah, En. Sulaiman merupakan salah seorang pegawai di KPM.
Kami warga pendidik negeri selangor mengalu-alukan kehadiran En. Sulaiman Wak sebagai Pengarah yang baru. Semuga kehadiran beliau akan meningkatkan kecemerlangan sekolah-sekolah di negeri selangor. Saya mohon En. Sulaiman agar memberikan perhatian kepada sekolah-sekolah di luar bandar. Kami juga ada wawasan dan cita-cita untuk membangunkan kecemerlangan anak bangsa. Namun kami berjuang dalam serba kekurangan dan kedaifan. Lihat kami dengan mata hati dan penuh keprihatinan demi kemajuan anak bangsa dan negara.
Pemimpin silih berganti...bak kata Tuan PPD Sepang, Tn Hj Rahman Ngit "Kita tidak boleh bergantung kepada mana2 pemimpin. Jika kita berada di sekolah. Selama ini ada pengetua tempat kita bergnatung dan menunjukkan kuasa. Jika pengetua tak ada ha baru kita tau. Jangan sebab kita kroni kita selamat. Jadi kena adil, tunjukkan kepimpinan yang sama rata dan tidak menindas orang lain"
Walau pun di mana kita berada, di bawah kepimpinan siapa pun sikap saling menghormati, komunikasi dan faham bidang tugas masing-masing amat penting untuk diamalkan.
"1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
kat kementerian pun pemimpin bertukar juga. Dr Khair dah jd TKPPM. Dijangka Datin Asariah KPPM baru selepas dato Alimudin bersara sekiranya Dato Norezan tidak sambung kontrak
ReplyDeleteRektor Ins. Pend. Guru Malaysia tu bukan Dato la. Dato tolak kot jawatan tu
ReplyDeleteahah...Dato' tak sanggup lagi nak uruskan manusia...
ReplyDeletehe's always said.."in this age...very hard to manage human being...manage an ideas is more manageable and more suitable for me"
Dr. Hj Khair...sesuai la tu beliau di situ menjaga kepemimpinan pengetua dan profesionalisme guru...jadi pengarah BPG tu transit je...
sama la dengan Pengarah baru kita...singgah kat JPN transit jugak agaknya...
Pengalaman lepas mendapati, ramai guru yang duduk masa pnp dapat prestasi melintang
ReplyDelete