Paparan

Search This Blog

Thursday, February 11, 2010

Nenek ke tu?

Minggu ni rasa sangat cepat berlalu. Hari ni sepatutnya ada mesyuarat perlantikan JK 3K. Sebahagian jemputan ahli mesyuarat adalah agensi kerajaan dan swasta seperti
1. Majlis Perbandaran Sepang,
2. Pejabat Kesihatan Daerah Sepang,
3. Jabatan Haiwan,
4. Jabatan Bomba dan Penyelamat,
5. Pegawai Perhubungan sekolah
6. TNB
7. Wakil Bank
8. Wakil Sepang Goldcoast
9. Ketua Kampung
10. Pengerusi Taman.

Sehingga semalam, tiada yang memberi jawapan untuk hadir. Minta staf follow up kehadiran. Ada yang kata tak terima surat, boss tak ada, sibuk ada audit dan tak jawab telefon. Yang respon hanyalah Pejabat Kesihatan dan Jabatan Bomba serta pegawai perhubungan sekolah. Surat telah dihantar dua minggu yang lalu. Mungkin sekarang tak boleh claim jadi mereka akan pilih yang betul-betul perlu sahaja untuk keluar. Namun respon pejabat kesihatan amat baik. So boss kata tak cukup korum...tangguhkan mesyuarat ke lain tarikh. Minta staff maklumkan semula msyuarat ditangguhkan.

Memang kepala pun berdenyut dari semalam lagi. Tekak pun dah perit...simptom nak demam pun dah terasa...pagi tadi ronda sekejap je. Terima dua kunjungan ibu bapa hal disiplin anak mereka. Badan dah mula tak sedap. Ingat nak turun kantin...selera pun tak da..tengok dalam bilik pengetua ada ramai tamu..ibu bapa mungkin...tak pa la biar pengetua uruskan..nanti tanya perkembangannya untuk tindakan.

Dok kat meja cuba siapkan perancangan strategik kurikulum...tiba2 dengar En. Azman PK memarahi pelajar kat depan biliknya (sebelah bilik saya). bagus la...PK dah bangun...lega rasanya...jika semua dah fokus kepada satu matlamat semua kerja akan jadi lebih mudah...

untuk membangunkan dan memanusiakan manusia agar jadi insan yang ihsan kita tak boleh remote controll atau jadi pemimpin yang dok dalam akuarium.

Mohon balik awal dgn pengetua...awal tak awal pun dah jam 2.00. Ambil vit C 1000mg dan telan ubat... tido...jam 5...g ambik anak ...anak2 muka pun dah gelap hari2 kawat...dan ambil acara...dari kakak sampai si zammil semuanya lontar peluru...kalu badan besar cikgu ingat kuat lontar kut...Si Nani bukan main seronok bercerita dapat naib johan..jam 8.00 antar g tusyen...hubby outstation so kena la jemput balik...

Tadi syikin adik call tanya khabar...agaknya dia buat loudspeaker...dari corong phone dengar anaknya Sofea tanya nenek ke tu?..suara yang serak mak long ni dah jadi macam nenek sayang oi...

2 comments:

Kongsi minda anda