Cadangan Pegawai A tersebut sangat baik untuk dipertimbangkan dan relevan untuk mengekang penyalahgunaan wang biasiswa dan KWAMP sama ada oleh pelajar atau ibu bapa.
KPM harus mengkaji sejauhmana wang biasiswa dan KWAMP digunakan sebaiknya untuk meringankan ibu bapa menyediakan peralatan dan keperluan sekolah anak-anak mereka.
Di sekolah setiap awal tahun ibu bapa akan muncul dan mendesak agar anak-anak mendapatkan borang biasiswa dan KWAMP daripada guru. Ada ibu bapa yang datang ke sekolah mengingatkan dengan nada yang tidak sedap di dengar setiap tahun harus pastikan anaknya mendapat biasiswa.
Biasiswa adalah merupakan anugerah kepada pelajar yang tidak berkemampuan dan berpotensi untuk cemerlang dalam pembelajaran. KWAMP adalah bantuan untuk pelajar miskin yang hanya boleh di pohon oleh murid tingkatan 1 sahaja atau bagi kes kecemasan boleh di mohon oleh pelajar di tingkatan lain jika terbukti hilang tempat pergantungan dan putus bantuan kewangan daripada ibubapa . Bagi kes kecemasan KWAMP harus di mohon setiap tahun. Sedangkan biasiswa hanya mohon sekali sahaja dan akan berterusan diterima selagi murid bersekolah. Kecuali jika pelajar ada masalah disiplin dan keputusan sangat mengecewakan boleh dinasihatkan untuk dihentikan pemberian biasiswa.
Pihak sekolah sering kali menerima aduan ibu bapa menyalahgunakan wang biasiswa dan KWAMP anak untuk perbelanjaan menguruskan hidup seharian keluarga mereka. Ada ibu bapa / penjaga yang bertukar phone baru atau motor baru hasil biasiswa anak.
Ada ibu bapa / penjaga tidak mahu bekerja dan mengharapkan wang bantuan anak pendidikan khas yang lebih lumayan berbanding bantuan aliran perdana.
Silap percaturan untuk melahirkan negara kebajikan dengan mengeluarkan dana yang banyak bagi tujuan pemberian bantuan menjadikan ramai ibu bapa / penjaga yang malas bekerja dan menjadikan anak-anak mereka yang bersekolah sebagai sumber pendapatan. Jika masalah ini tidak dibendung dan dibiarkan berlarutan, anak-anak mereka juga apabila dewasa tidak mustahil melakukan perkara yang sama dan sentiasa menganga mulut mengarapkan ada yang sudi menyuap.
Gejala malas berusaha ini akan menjadi bahana dan perosak kepada produktiviti dan kemajuan negara. Di sekolah mereka malas untuk belajar, malas nak terlibat dalam aktiviti ko, malas membantu guru dan segala-galanya malas dan tidak ada matlamat hidup dan perjuangan.
Tidak dapat dibayangkan apa akan jadi kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan. Segalanya-galanya menunjukkan ke arah kehancuran.
Jika melayu masih terus lupa...tiada siapa yang akan menyedarkan kita..malahan mereka akan bersorak gembira biar kita terus leka dan lupa agar satu hari nanti anak-anak kita tiada yang layak jadi pemimpin.
Ekonomi memang kita tidak kuasai senarai 40 jutawan negara hanya beberapa orang sahaja melayu yang kaya, pemimpin dan pegawai melayu kita rasuah dan rakus mengejar kuasa dan harta sehingga menghapuskan kaum sendiri, anak-anak kita tidak berpelajaran dan rosak akhlak, tidak perlu membunuh untuk menghapuskan mereka bak kata ustaz tendang saja pun dah tergolek......
Segala-galanya hancur tiada lagi yang boleh kita harapkan dan hanya berserah serta berdoa kepada Allah agar diselamatkan bumi ini dari dijajah sekali lagi...
JANGAN MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI...
Hairan! sekarang ini ramai pelajar sekolah menengah mempunyai handset
ReplyDelete