Paparan

Search This Blog

Saturday, February 20, 2010

Yang jauh didekatkan, Yang erat dirapatkan




Sewaktu usia kita di zaman kanak-kanak dulu keakraban hubungan kekeluargaan memang amat terasa. Sewaktu kecil kita merasakan seperti setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan kenduri.

Apa tidaknya apabila pulang dari sekolah beramai-ramai berlumba basikal bertanding siapa yang cepat sampai. Bila dah sampai ambil nasi sepinggan sorang dan makan ramai-ramai kat atas 'gere' bawah pokok pauh....tepi baroh...fuh memang lalu sangat lah...

Rasanya seharian tak ada waktu tido...mungkin tak ada kamus tido siang hari dulu....bila petang mak-mak dan kakak-kakak sepupu bawak keluar betik, pauh, jambu, mache, dan apa sahaja yang boleh di cicah colek...make ramai-ramai dan berebut-rebut...kesian hok kena 'koyok' (kupas) tak sempat nak make...
bila dah berhijrah balik KB kg ma, hubungan dengan keluarga sebelah ayah mula agak renggang. Kesempatan berjumpa bila Hari Raya dan kenduri, atau ada kematian. Keluarga sebelah ma memang agak rapat dari dulu...tapi sekarang je bila semua dah keluar belajar, kemudian bekerja di KL dan serata semenanjung hubungan tu mula renggang.

Hari ini kami sekeluarga dan adik beradik di jemput kenduri kahwin anak mak sepupu (sepupu ma) Che Ji. Masa kecil dulu rasanya macam kakak kita....kat rumah Che Ji la kami tengok tv seharian, makan dan kadang-kadang tak balik tertido....(tv kat rumah dah rosak, u bayangkan 7 beradik berebut channel mana tak rosak, tapi sekarang setiap bilik ada tv dan tak ada siapa pun nak tengok tv...satu tv jugak yang dok krumun tengok sebab ada astro....).

Mak we Som mak Che Ji dan Che Yah, kira mak saudara ma tu ada kilang kopi...tapi bila suaminya kahwin lain...mak we som dok rumah jual nasi berlauk...dulu-dulu saya la yang bantu rebus ikan... Che Yah dah kerja kat MARA, tak da sapa nak bantu dia....nasi berlauk mak we som memang tersohor la kat pasir pekan tu...resepi dia saya gunakan buat gulai ike ayo lo ni....lepas tu mak we som buka kedai runcit...jadi tak sempat nak buat nasi berlauk lagi...

Che Ji dan Che Yah ni kira lawa...adik beradik perempuan semuanya lawa...kulit putih kuning rambut ikal...tak tinggi tak rendah...kira cun la...masa tu suami Che Ji jadi pegawai polis di KB dan mungkin setiap hari dari KB ke tumpat atau Rantau Panjang atau Pasir Mas itu sahaja jalannya...jatuh hati. Suaminya orang Rembau..kira keluarga bangsawan la kat situ...so bila dah kahwin...dan suaminya dah naik pangkat mak pun dah tiada tak berkesempatan mungkin balik kampung.

Che Yah bila dah kahwin dgn ayah hassan engineer kat kilang di Klang...menetap di Klang. Masa kat UKM dulu rumah che yah yang jadi persinggahan bila cuti. Seronoknya bila mereka bercuti saya pun tumpang sekaki. Tapi tak seronoknya bila balik kampung beg bertambah...moyang hantar segala apa yang ada kat kampung tu di kirim nak bagi cucunya merasa....

Bila saya dah habis belajar, bekerja dan menetap di selangor...ada juga jemput bila rumah terbuka dan saya mengunjunginya bila time raya atau rindu nak jumpa...walau pun lama tak jumpa bila dah jumpa macam kami tak pernah pisah sebenarnya...

Hari ni, walau pun lama jugak tak jumpa since adik kahwin dua tahun lalu...tapi kenduri hari ini mendekatkan kembali yang dah jauh....dengan che yah kami selalu berhubung....melalui telefon..saja sembang-sembang tanya khabar..tapi dengan che ji ni segan sikit....

Apa pun hari ni tetap gembira....dan meriah kendurinya lauk pun sedap2...yang special ada 'tape pulut berlaici' air tangan che ji...

3 comments:

  1. Beruntunglah mereka yang menjalikan silaturrahim sesama saudara. Keberkatan umur akan terserlah jika silaturahim diutamakan.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya gembira apabila balik kampung sekali sekala. Ambe dah tak ada suasana balik kampung sekarang.

    ReplyDelete
  3. ya la JH macamna nak balik kg dah dok kampung...

    Masa balik kampung hari tu...pagi-pagi saya dan hubby jalan-jalan cari makan pagi...

    kat wakaf bharu kami singgah satu restoran dulunya warung buruk dah berubah wajah jadi cantik dan bersih hiasan dalamannya.

    Saya order nasi kerabu dan air teh...saya memang suka teh kat kampung dua cawan pun boleh habis, hubby pulak nasi berlauk.

    Kami mula makan dan komen citarasanya dah berubah..dulu warung buruk rasanya lagi sedap...

    dalam pada tu terpandang sepasang suami isteri. Si isteri jadikan kain sebahyang sebagai tudung dan suami kain pelikat dan kopiah. Saya fikir mereka berdua baru balik dari masjid...

    saya cuit hubby..."bah...indahnya kalau tua kita pun dapat lakukan begitu" hubby senyum dan angguk mengiyakan...amin..

    ReplyDelete

Kongsi minda anda