Paparan

Search This Blog

Friday, February 19, 2010

Buka mulut terbarai otak

Apabila seseorang itu berbicara tidak kira dalam bentuk apa medianya akan memperlihatkan kematangan dan kecerdikan mereka. Berbicara,bertutur,mempersembahkan idea, berhujah, berbahas atau berkongsi idea jika tidak dilapik dengan ilmu, iman, pengalaman, kemahiran dan etika akan menyebabkan banyak pihak keliru, termanggu, menggaru kepala, pelik, heran dan mungkin salah tafsir.

yang jelasnya apabila kita buka mulut ianya menggambarkan pemikiran kita, apa ada dalam hati kita dan pendirian kita terhadap sesuatu perkara.

Pendirian, pendapat, pemahaman dan idea setiap dari kita berbeza. Perbezaan ini disebabkan latar belakang kehidupan, taraf pendidikan, taraf ekonomi, pengalaman dan bidang kerja.

Oleh itu, tidak mengapa jika salah pendapat, pendirian atau pemahaman kerana itu semua akan melengkapkan pembentukan dan pembangunan seseuatu ilmu atau topik perbincangan.

Jadi walau pun buka mulut otak terbarai dan memperlihatkan tahap intelligent anda...tak apa itu adalah normal...

Howard Garder dalam bukunya " 5 minds for the future" menjelaskan pemikiran kita harus dibahagikan kepada lima iaitu minda disiplin, minda sintesis, minda mencipta, minda menghargai dan minda etika. Oleh kerana mereka mengasingkan ilmu dengan agama maka tidak ada minda yang menjurus kepada agama.Bagi kita orang islam kita telah percaya ilmu yang diturunkan oleh Allah melalui Al Quran kepada Rasululullah berkurun yang lalu telah membincangkan tentang kelima-lima minda tersebut malahan lebih lagi seperti minda politik, minda perundangan, minda kemasyarakatan, minda kekeluargaan dan banyak lagi.

Walau pun kita membaca buku-buku hasil tulisan mereka, (kerana orang kita jaranng mengkaji dan menulis) namun kita harus merujuk kembali kepada Al Quran agar tidak tersasar.

1 comment:

  1. Sebenarnya ajaran Al Quran dan Sunah Rasulullah sudah cukup untuk kita teladani jika kita ingin berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia malah berjaya di akhirat. Bagi mereka yang meragui kesempurnaan Al Quran dan sunah Rasul, mereka adalah golongan yang terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Jadi berfikirlah dan jangan jadi golongan yang rugi.....

    ReplyDelete

Kongsi minda anda