Dewan Kuliah yang selesa, walaupun agak suam-suam mungkin kerana penjimatan elektrik dan cara penyampaian Pengarah Institut Integriti Malaysia En. Mohammad Diah Hj Wahari yang bersahaja tetapi menarik menghilangkan rasa mengantuk apabila mendengar topik yang agak berat ini.
Kenapa saya katakan berat? Integriti ini jika diterjemahkan secara mudah ialah cakap serupa bikin. Ianya berkaitan dengan kikhlasan, kebenaran, amanah, tanggungjawab dan pelaksanaan secara jujur dan ikhlas. Ianya bersabit dengan hati, iman dan taqwa.
Objektif seminar ini adalah untuk menjadikan pentadbir sebagai duta untuk menyampaikan dan membimbing anak-anak di sekolah agar apabila keluar ke dalam masyarakat akan menjadi seorang rakyat yang penuh dengan sifat integriti.
Fuh..besar cabaran tu. Di dalam sistem kita dah ada Pendidikan Sivik, Pengetahuan Moral dan Pendidikan Agama Islam. Kita juga telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berbentuk keagamaan bagi mendidik hati anak-anak di sekolah. Itu tidak termasuk aktiviti dan program B&K dan pengukuhan akhlak.
Namun begitu, sejauh manakah ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat diterap dan diamalkan oleh semua pelajar. Apa indikator sebagai kayu pengukur anak-anak telah mengamalkannya dengan baik. Apa instrumen yang boleh digunakan untuk menilai kejujuran dan keikhlasan setiap hati kita dalam apabila bekerja?.
Ironinya makin kita inginkan setiap dari kita bekerja dengan penuh integriti namun semakin ramai pula yang terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral, pecah amanah, menerima rasuah, mencuri tulang, atau tidak beretika.
Begitu halnya dengan anak-anak kita di sekolah, makin kita berusaha keras untuk menangani gejala sosial fenomena membuktikan ianya semakin merebak dan bernanah.
Di sekolah apa yang kita boleh buat hanyalah menasihati, membimbing dan membuat pemulihan. Apabila mereka pulang ke rumah dan bergaul dengan rakan atau jiran mereka, nilai yang diperoleh mungkin berbeza daripada apa yang diterapkan di sekolah.
Amalan yang mudah setiap hari dingatkan makan buang dalam tong sampah. Oleh kerana sudah biasa makan dan minum buang saja di merata tempat di rumah mereka begitu juga yang dibuat di sekolah. Hari ini pertama kali dalam sejarah perkhidmatan saya sukan dilaksanakan pada hari persekolahan. Tapi selalunya jika sukan anak-anak akan menikmati cuti bagi tahun ini tidak begitu.
guru biasa selalu mengatakan kepemimpinan sekolah cakap tak serupa bikin. suruh guru mengajar bersungguh tetapi dirinya tak nak mengajar dengan pelbagai alasan. kalau mengajarpun subjek sivik, seni dan yang mudah-mudah
ReplyDeletesemalam terbaca, kita 5 jam sehari mengajar hal dunia tetapi kita hidup untuk diuji. belajar tidak boleh menguasai subjek , kita buat kelas tambahan, tapi masa zohor kita tidak adakah subjek solat zohor di surau sedangkan masa makan pun kita sediakan waktunya
ReplyDeletesaya setuju...menjadi impian saya untuk melihat murid-murid bersolat zohor berjemaah..
ReplyDeletemungkin satu hari jika saya dilantik memimpin sekolah itu yang saya dahulukan...pernah menyuarakannya..
satu visi. satu matlamat tapi mungkin cara pendekatan berbeza...
wallahuallam