Paparan

Search This Blog

Saturday, February 13, 2010

Saya kerja bukan dok cop duit...

Ibu bapa yang datang berjumpa (selalunya kes disiplin dan kebajikan) terdiri dari pelbagai latar belakang taraf ekonomi dan pendidikan. Oleh itu, bercakap dengan mereka pun harus guna pelbagai pendekatan.

Jika ibu bapa dari golongan ses rendah dan pendidikan rendah mereka lebih emosi dan membela anak. Bila datang suara dah meninggi. Ada bapa yang datang menuduh sekolah membuang masa mereka...sedangkan mereka tak sedar....silap didikan mereka telah membuang banyak masa orang lain. "Saya kerja cikgu...bukan duduk goyang kaki cop duit"...saya

senyum...."encik....semua orang bekerja kat sini tak ada siapa pun yang duduk makan angin, kita kena selesaikan masalah anak encik ni dulu" saya membalas dengan lembut. "Ah..tak guna buat semua perjanjian ni cikgu...budak tu akan buat lagi" bapa tu meningkah balik dengan kasar. "Beginilah encik kami pihak sekolah bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, dalam masa yang sama kita juga membimbing anak encik untuk tujuan pemulihan dan menyedarkan kesilapan yang telah mereka buat...mudah2 an mereka insaf dan kembali untuk belajar"

Saya panggil anaknya masuk. Sebelum pelajar menandatangani perjanjian berkelakuan baik..saya tanya balik kesalahan yang pelajar buat, adakah dia ada cita-cita dan apa harapan dia pada masa hadapan. Mungkin dalam masa saya menyoal anaknya dia sedar yang tadinya dia bercakap kasar. Tak ada satu patah perkataan pun yang kasar dan menghina anak dia keluar dari mulut saya. Apa yang saya cakap adalah untuk memberi keinsafan dan harapan agar anaknya jadi anak yang berguna kepada ibu bapa dan masyarakat.

Akhirnya perjanjian ditandatangani dan sebelum keluar bapa tersebut minta maaf atas kekasaran bahasa yang telah diucapkan. Saya senyum dan jemput bapa tu datang lagi ke sekolah bila-bila masa demi masa depan anaknya.

"Kak...bapa tu tak marah akak ke" kerani tanya saya. "tak da" saya jawab ringkas. "Kak....dulu dia maki hamun Hem sebelum ni..." kerani balas lagi. "Mungkin dia stress kut masa tu" saya balas lagi. "Kak dulu masa HEM lama siap kena ludah lagi....terjerit-jerit ibu bapa marah HEM".

Saya ambil kata-kata kerani sebagai ingatan.....

3 comments:

  1. Suatu pendekatan yang berhemah. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. mungkin latihan dua tahun kepengetuaan ada manfaatnya...

    atau juga faktor lanjutusia yang menjadikan kita lebih tenang...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda