Paparan

Search This Blog

Monday, February 15, 2010

Maghi kito pakat caro...

Kemajuan dan kemodenan negara tidak bergerak seiring dengan ketamaddunan pemikiran dan peradaban manusia. Para artis melenting dan melatah apabila wardina soffiyah memberi komen artis tanah air tidak layak dijadikan idola kerana tidak berpelajaran dan rendah martabat pemikiran dan tata susila.

Kemajuan teknologi dan perkembangan sistem pendidikan peringkat tinggi bertaraf dunia tidak memberi manfaat kepada golongan artis untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang yang menjadi periuk nasi mereka. Golongan artis sepatutnya mengambil teguran ini secara positif. Artis yang berilmu akan menjadikan mereka lebih kreatif, berdaya maju dan mempunyai personaliti yang boleh menjadi ikutan khalayak terutamanya anak-anak sekolah.


Gaya hidup artis yang terlampau bebas, pakaian yang menjolok mata dan terlibat dengan dadah menjadikan anak-anak sekolah kita merasakan itu lah gaya hidup yang glamour dan perlu menjadi ikutan. Nilai di sekolah dan nilai dunia realiti kini berbeza. Cabaran guru-guru mendidik menjadi lebih sukar dan penuh onak duri.


Hari anak-anak perempuan di sekolah kita boleh berbisik dengan rakannya..."Ah..apa susah asalkan lelaki". Anak-anak perempuan kita tidak lagi segan silu mengikut lelaki balik ke rumah dan mencuba perlakuan yang di pertontonkan semasa bersama. Apabila perut dah mula memboyot ...hilang pertimbangan anak di buang di merata dalam semak, longkang, dihanyutkan ke sungai, lubang tandas, dan yang paling ngeri dikerat 16 atau dibakar dalam tong sampah.

Hari ini pemimpin masyarakat, ahli akademik, di kedai kopi bercakap mengenai gejala yang menjadi kudis masyarakat. Virus berzina dan membuang bayi sudah menjadi wabak yang semakin hari semakin bernanah dalam masyarakat islam melayu di kampung-kampung hari ini.

Jika menyoroti luahan rasa di dalam akhbar anak-anak perempuan kita bercerita tentang rasa gundah gulana kerana bersekedudukan dengan teman lelaki dan rata-ratanya mereka berpendidikan tinggi dan beragama.

Tergerak hati membuka radio dan mencari siaran yang ada, Allah menggerakkan hati menekan punat siaran Kelantan FM. Berkumandang Ustaz berdakwah mengenai keberkatan harta dan rezeki yang diperolehi. Apabila tiba sesi soal jawab pemanggil bertanya mengenai kisah ibu malang yang membuang dan membakar bayi di negeri kita yang dicintai. Dalam masa yang sama kami melintasi papan tanda Tok Guru yang ingin melahirkan masyarakat Kelantan Generasi Al Quran. Berita bakar bayi ini telah mencemarkan kehebatan dan usaha tok guru untuk membasmi gejala sosial, dadah dan keruntuhan keluarga yang tertinggi.

Saya amat bersetuju dengan kupasan ustaz yang tidak dihebahkan nama oleh DJ bertugas. Ustaz berpendapat bahawa ibu bapa hari ini hanya ingin kan anak-anak mereka berugama tetapi tidak menjadikan ugama itu dekat dan lekat dihati anak-anak mereka. Puncanya ibu bapa sendiri tidak menitik beratkan amalan solat dan perintah Allah yang lain. Sudah tahu agama mencukupi dan menyerahkan kepada sekolah untuk mengajar agama. Sedangkan waktu asar, maghrib, isyak dan subuh anak-anak di rumah bersama ibu bapa. Jika di tanya separuh dari anak-anak tidak mengerjakan solat dan ibu bapa tahu anak mereka tak solat.

Ustaz menambah pula, anak-anak yang dikandung secara zina itu tidak berdosa. Apabila membuang dan kemudian membunuh bayi di akhirat kelak anak-anak akan bertanya kepada Allah mengapa mereka di bunuh. Dan di Akhirat nanti anak tersebut akan mendakwa ibu mereka atas tuduhan membunuh. Bukan hanya ibu yang didakwa tetapi lelaki atau lelaki-lelaki yang telah bersama mengandungkannya dalam rahim ibu itu. Dan membunuh adalah satu dosa besar. Ibu dan lelaki telah terlibat dua dosa besar berzina dan membunuh.

Berfikir mengenainya rasa ngeri. Alangkah azabnya siksa orang yang melakukan dosa besar di akhirat. Dan barangkali di dunia ALLAH sudah hukum orang yang berdosa ini.

Gejala sosial ini bibit awalnya boleh kelihatan di usia anak-anak kita di sekolah. Ini lah yang berlegar di benak pemikiran yang mengganggu tidur malam setiap hari. Kes anak-anak sekolah berzina dan terlibat dengan gejala sosial harus ditangani dengan berhati-hati. Salah percaturan sekolah dipersalahkan ambil tahu hal dalam kain pelajar. Pihak JPN kata hal-hal di luar sekolah bukan lagi tanggungjawab sekolah. Itu tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

Namun naluri guru, ibu dan umat islam tetap nak mengajak semua yang bernama islam di seluruh negara maghi kito pakat 'ccaro...kita mungkin ada anak-anak perempuan, adik perempuan, anak sedara perempuan, dan mungkin cucu-cucu perempuan yang kita harapkan tidak akan terjebak dan selisih malaikat 44...

3 comments:

  1. Nampaknya undang2 yg dipakai sekarang tidak berapa berkesan dalam menangani gejala sosial. Boleh tak kalau dicuba pakai undang2 Islam utk melihat keberkesanan dalam menangani wabak berkenaan.

    ReplyDelete
  2. jika pemerintah yakin dengan ajaran dan hukum tuhan...berpandukan quran dan sunnah pasti segala gejala sosial, rasuah dan pelbagai kesalahan jenayah akan dapat ditangani dengan baik...bayangkan jika berzina direjam dan disaksikan oleh khalayak..pasti anak-anak perempuan kita akan gerun usahkan nak berzina ...mendekati zina pun sudah seram.

    namun kerana kita lebih takutkan manusia dari Allah..maka hukum yang sepatutnya tidak dapat kita laksanakan sebaiknya...wallahuallam.

    ReplyDelete
  3. sedih, takut, bimbang dan bermacam perasaan becampur gaur di dalam dada. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak2 bukan sahaja ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda