Paparan

Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah kerana masih dapat menikmati nyawa yang dianugerah Allah hingga saat ini. Berakhirnya asar petang tadi menandakan sudah bertambah umur setahun lagi. Suami mengingatkan untuk mengajak anak2 membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Selepas maghrib mengaji quran bersama2.

Ya Allah ...mudah2an tahun ini engkau murahkan rezeki kami, panjangkan umur kami agar dapat beribadat kepada mu, lepaskanlah kami dari bebanan hutang, matikan kami dalam iman, lapangkan kubur kami, mudahkan titian sirat kami dan tempatkan bersama orang2 yang Soleh.

Ya Allah jadikan kami ibu bapa yang tidak menyusahkan anak2 kami. Jadikanlah anak2 kami ..anak2 yag menenangkan jiwa kami dan anak2 soleh yang mendoakan kami bila sudah tiada lagi.

Ya Allah pertemukan jodoh anak2 kami dengan orang soleh. Jadikanlah kami insan yang memberikan manfaat kepada umat mu, agamamu dan makhluk mu..

Amin ya rabbal alamin.

3 comments:

Kongsi minda anda