Paparan

Search This Blog

Tuesday, December 15, 2009

Mari membaca

Tadi kat pejabat di minta tt surat claim kaunselor. Kena la semak dulu betul ke tuntutan. Dok belek2 surat tu terbaca satu surat mesyuarat yang baru dihadiri minggu ini.

Suratnya berkenaan dengan latihan dalaman yang diadakan di sekolah akan diganti dengan pembacaan buku. Menurut surat tersebut hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri KSU telah memutuskan agar latihan guru di sekolah akan digantikan dengan pembacaan buku. Sebuah buku bersamaan dengan satu hari. Masih wajib tujuh hari.

Oleh itu untuk tahun 2010 semua guru diwajibkan untuk membaca 7 buah buku bersamaan dengan 7 hari kursus. Bagaimana bentuk pelaksanaan mungkin dibincangkan di dalam mesyuarat agaknya. Kalau ckgu dikehendaki menyediakan sinopsis dan dibentangkan agaknya berapa lama masa digunakan untuk menghabiskan guru seramai 100 orang (andaian) bagi sesebuah sekolah.

Bergantung kepada kebijaksanaan pengetua dan PKP untuk menyusun jadual tersebut. Apa yang pasti tak ada lagi LADAP dan boleh membaca di rumah. Persoalannya nak ke cikgu2 baca dan buat sinopsis buku? tunggu dan lihat...

3 comments:

  1. Nampak niat memang cantik... Tapi buku jenis apa yang perlu dibaca ya..

    ReplyDelete
  2. tiada ladap maknanya tiada pitis.

    ReplyDelete
  3. Kursus yang dijalankan di sekolah umpama pahat dan penukul sahaja.Sekolah yang menjalankan kursus di sekolah tahun 2010 akan lebih bermanfaat kerana tentunya kursus dijalankan untuk memenuhi kehendak dan keperluan sebenar guru.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda