Paparan

Search This Blog

Monday, December 7, 2009

Apa nak di kata

Pagi ni se awal jam 6.55 pagi keluar untuk menghadiri mesyuarat pengurusan HEM di HICT, Klang Parade. On the way jemput Kak Min PK HEM SMK Sg. Rawang yang telah berjanji nak jadi teman bualan dalam perjalanan ke sana. Oleh kerana dah survey semalam tak da le gundah gulana kut tak jumpa tempat mesyuarat.

Kami sampai tepat jam 8.00 pagi mengikut surat jemputan. Kami adalah zon A dari daerah Sepang, Kuala langat, Kelang dan Petaling Perdana. Besok dan lusa untuk zon B dan Zon C bagi seluruh sekolah negeri selangor.

Melihat kepada slot dalam tentatif program pengisian adalah sama dengan kursus yang telah dihadiri di Pangkor sebelum cuti yang lepas. Penceramahnya sudah tentu yang sama mengikut bidang pengurusan HEM dan juga slaidnya juga sama. Cuma yang bezanya kali pwpoint dibukukan tapi bahan yang sama juga. Alasannya juga adalah budget yang perlu dihabiskan.

Tapi dari taklimat yang diberi 50% peruntukan kebajikan untuk tahun hadapan akan dikurangkan termasuk peruntukan untuk asrama harian. Kemungkinan KWAMP, bantuan pakaian seragam, Skim baucer tusyen akan dihentikan, sementara RIMUP akan ditukar nama dan diletak di bawah Koko.

Mesyuarat dan kursus untuk tahun hadapan juga akan dikurangkan dan mungkin tiada langsung...
Kewangan negara memang mendesak ..berdoa sajalah ekonomi akan pulih...namun siapa punya kuasa untuk memulihkan ekonomi negara??? Jika politik semakin goyah...pelabur semakin lari keluar penjanaan pendapatan makin berkurangan...pengangguran kan bertambah...ramai ibu bapa yang tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan...dan bantuan kebajikan di sekolah sudah tiada...

tiba masanya ibu bapa perlu mengajar anak2 untuk kembali merasa kesukaran hidup yang sebenar. Jika mereka susah tentu akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. Jika ibu bapa perlu membayar semula semua perbelanjaan sekolah mereka pasti mendidik anak2 untuk lebih menghargai setiap aspek pembelajaran di sekolah.

Apo nok kito kato?????

3 comments:

  1. Itulah kesan kepada salah tadbir urus negara dengan baik, akhirnya rakyat marhaen menjadi mangsa. Tahun depan sudah tentu ibu-bapa akan marah lagi cikgu kerana kutip banyak duit daripada anak-anak mereka-APO NAK DIKATO?

    ReplyDelete
  2. marilah kita semua mulakan dengan mengayuh basikal utk kurangkan pembaziran tenaga...

    ReplyDelete
  3. Seharusnya memang nak berjimat tapi dalam keadaan hari ni semua barang makin mahal..

    kedai baju sekolah pun masih sepi...

    dalam suasana sekarang kena lebih berhati2 perompak pun bermaharajalela...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda