Ada lirik lagu "Duit2 dimana kau duit", juga "aku nak kahwin tapi duit tak ada". Besar penangan duit ni.Ada pemceramah yang berceramah untuk pelajar sekolah menggunakan singkatan duit bagi menarik minat pelajar mendengar.Katanya untuk cemerlang perlu ada duit iaitu:
D - Doa
U - Usaha
i - Istiqamah
T - Tekun
Anak2 digula2kan dengan duit. Pelajar sekolah hari ini sibuk bekerja nak duit, sampai hilang matlamat sebenar.Ari ni habis SPM besok pergi pejabat sekolah nak minta sijil berhenti sbb nak mohon kerja. Pelajar2 universiti juga buat parttime nak cari duit lebih. Ekskutif, doktor, guru dan pelbagai pegawai sama ada yang baru yang baru sign kontrak kerja atau pun dah senior buat direct selling atau online bussiness atau insurans sebab digula2kan dengan duit dan kereta mewah.
Kerana duit manusia jadi tamak. Kerana duit manusia tak bersyukur dengan apa yang ada. Kerana duit pegawai dan eksekutif makan rasuah. Kerana duit ahli politik bertelagah berebut projek. Kerana duit bangunan runtuh sana-sini sebab nak untung lebih. Bini dah tuntut hadiah harijadi intan berlian, kereta mewah dan percutian luar negeri five star. Anak2 nak ada kereta sendiri, gaya hebat dan belajar di universiti dikenali.
Kerana duit kes demi kes digali dari dulu berkajang2 senarai kes dihakimi. Kerana duit banyak pegawai kerajaan dan eksekutif kena bersara awal, masuk kadang besi berpisah anak bini.
Kerana duit dah ramai peminta sedekah jalanan. Kerana duit pendatang asing tak muat pusat tahanan. Kerana duit banyak kedai dah jadi milik luaran. Singgahlah kat chow kit atau Nilai 3..atau pun pasar wakaf che yeh banyak kedai dah dimiliki warga asing. Duit dijana oleh siapa?
YES (Year end sale) ...datangkan duit kepada orang asing. Ibu2 ayah2 usah sibuk sangat cari duit anak2 di rumah juga harus di tilik. Jangan sampai lupa kepada PEMILIK. Nak kisahkan duit memang tah habis.
Amanah tu untuk orang yang kerjanya tak libatkan duit...Anda kerja di mana? jika banyak kira duit ..jaga2 usah anda pun terpalit...
No comments:
Post a Comment
Kongsi minda anda