Paparan

Search This Blog

Tuesday, December 15, 2009

Sudah terantuk baru terngadah

Hari ini pemimpin kerajaan sudah mula bercakap cerita yang sebenarnya. Tidak guna menyembunyikan kesengsaraan yang dihadapi negara akibat penguncupan ekonomi.

Bercerita dengan orang kampung tentang kerajaan kebajikan. Memberi sebanyak mungkin bantuan tidak mengajar rakyat untuk berdikari dan melepaskan diri dari kemelut kegawatan ekonomi. Apa yang rakyat mahu ialah kerajaan menyatakan duduk perkara yang sebenarnya dan bagaimana caranya kita bersama-sama untuk menangani masalah ekonomi secara bersama. Namun bercakap benar bimbang sokongan akan beralih arah.

Timbalan Menteri Kewangan kedua didapati berkata semasa seminar economic outlook last tuesday " semenjak sedekad yang lalu ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang stagnating.Kita sebenarnya sudah hilang daya saing untuk kekal sebagai peneraju ekonomi utama dunia di dalam beberapa sektor yang dahulunyya kita terajui. Pelaburan asing juga semakin merosot".

Hal ini demikian kerana kita sememangnya sudah hilang persaingan jika dibandingkan dengan negara serantau. Pelabur asing sudah mula beralih ke Thailand, Indonesia, Vietnam dan China semenjak sedekad yang lalu.

Bank Dunia telah memberi amaran kepada Malaysia akan hal ini. Negara walaupun menyumbang kepada eksport produk berteknologi tinggi tetapi itu tidak menggambarkan suatu inovasi danteknologi yang dihasilkan negara kerana kita hanya terlibat dari segi pemasangan dan bukan penciptaan.

Malaysia disarankan untuk melahirkan graduan yang berkemahiran teknologi tinggi, mengurangkan rasuah, membawa rakyat keluar dari zon selesa (sedar diri), dan masalah utama ialah pegawai kerajaan adalah juga ahli politik yang hanya berfikir untuk jangka pendek bagi meraih undi dan bukannya aspek jangka panjang bagi kepentingan ekonomi negara.

(dipetik dari The Edge 7 Dis 2009, oleh Anna Taing)

2 comments:

Kongsi minda anda