Apakah yang membezakan antara sesebuah sekolah dalam negara kita? Banyak ibu bapa berkata pencapaian akademik yang membezakan antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Ada pula guru berkata pelajar yang pandai dan tak pandai membezakan antara sekolah A dan sekolah B. Pihak KPM mengatakan yang membezakan antara sekolah2 ialah kemenjadian murid yang diukurberdasarkan pencapaian akdemik, kokurikulum dan ketrampilan serta kepemimpinan murid.
Memang banyak cabaran yang perlu dihadapi jika berada di sekolah yang kurang mencapai. Banyak suara-suara mula mengorek kelemahan demi kelemahan. Ada ibu bapa berkata cikgu2 tak pandai mengajar. Ada guru2 mendengus murid2 tak minat nak belajar. Pihak KPM mengatakan pengetua tak berperanan.
Memang menderita jiwa dan raga jika kita tak boleh buat apa2 dan hanya mampu melihat dan berdoa akan ada pihak yang sedar untuk berubah bergerak ke arah budaya kerja cemerlang dan berusaha membantu murid untuk cemerlang.
lagi menderita jika dikata murid2 jahat...dan cikgu tak tau nak ajar murid jadi baik....
yg sedihnya, hari ini guru bi disalahkan krn result pmr teruk d sekolah
ReplyDeletesekolah saya result BI ramai yg dapat B menyebabkan ramai tak dapat 9A. Tunggulah buka sekolah nanti sudah tentu telinga dan kepala guru BI akan berasap. he..,he..,
ReplyDeleteresult sekolah saya pun merosot...boss juga kata gitu...wait la till ramai yg datang nak melawat...
ReplyDelete