Paparan

Search This Blog

Monday, December 7, 2009

Cafe Desa

Detik yang amat menenangkan bagi ku adalah dini hari selepas hujan. Ah..alangkah indahnya pagi ini...walaupun tiada kicau burung menyambut ku sebaik dibukakan tingkap dan pintu koridor bilik namun hati cukup tenang setenang dini hari ini. Alhamdulillah...masih ada hari ini untuk ku. Mudah2an Ya Allah dapat ku manfaatkan hari ini dengan perkara-perkara yang baik. Amin.

Anak2 dan abang sayang sudah dikejutkan untuk solat subuh...biasa la hari minggu sudah tersemat di minda adalah hari untuk rehat. Sebaik menunaikan tanggungjawab masing-masing...selimut di tarik.

Ku turun ke dapur...menu apa pagi ni. Semalam sudah nasi lemak. Nasi goreng thai lah...si zammil tu pasti gemar nasi goreng cina + telur goreng + ayam goreng kunyit (potong kecil)+ keropok. Cafe Desa pasti memuaskan selera penghuninya..

Hari ni ada kenduri kahwin anak Tuan Rahman (PPD Sepang) dan cikgu Hamizah yang buat praktikal di sekolah ku. " Bah...ari ni teman mama g kenduri boleh ke?" cuba mengajak suami yang memang ku tahu tak berapa gemar pergi kenduri...memang dah tahu apa jawapannya...."ajak la Kak in". Kak in memang anak yang sporting ke mana ku ajak pasti dia rela hati. Kali ni Muaz pun tumpang sekaki. Anak bujang ku ini dah mula menarik perhatian si gadis...pening la nanti mama...jangan jadi playboy dah le...

Tadi ku minta izin suami untuk ke kelang selepas kenduri. Nak tinjau tempat mesyuarat yang perlu di hadiri awal pagi besok. Memang dah lama sangat tak mengunjugi mak cik di Kelang. Ambil kesempatan untuk menjenguk beliau dan suami yang dah pencen beberapa tahun yang lalu. Dulunya masa ku belajar di UKM di rumah makcik tempat ku berkunjung bila ada saja lapang atau cuti. Jika pulang dari kampung beg ku pasti akan bertambah satu lagi. Satu beg penuh di isi moyang dengan pelbagai barangan untuk cucunya...termasuk budu. Pernah budu tu pecah...apa lagi satu teksi bau budu...nasib le...

Hari ini ...ada ramai anak saudara..sepupu yang belajar di sini..namun mungkin generasi yang berbeza mereka tak akan datang jika tidak bersama ibu atau bapa mereka...tak apa la...dulu lain sekarang lain....

3 comments:

  1. ambo make nasi dage hari ini, lauk ikan aya dgn telur rebus.

    ReplyDelete
  2. tak de nak g shopping...

    nanti esok balik pulak mak ada apptment dgn hosp. KB...

    kalu de cari budu raja...tapi kat mana di jual??

    kena tanya nik...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda