Paparan

Search This Blog

Thursday, December 10, 2009

Cristalize...

Perjalanan ke kb alhamdulillah mulanya dalam kelajuan yang santai. Dari Nilai Jam 1.00 tgh singgah di Raub luangkan masa solat dan makan. Singgah di Gua Musang anak2 nak ke tandas dan Kuala Krai untuk makan malam. Si zammil kalau tak diisi perutnya pening le...macam2. Kami balik berempat beranak. Kak in tinggal kat rumah sebab ada tiusyen boleh le jaga abah..

Sampai kat Pasir pekan jam 9.00 malam. Kepala dah berdenyut...cari ubat le..tertinggal la pulak.
Besoknya 9/12 (rabu) selepas beli nasi pagi, bawa ma jumpa Dr untuk apptment bagi persediaan operation mata. Bila ma kata nak operation mata...alhamdulillah dah lama memujuk dan berdoa sehingga dua tahun baru sekarang dia ada keberanian nak buatnya...agaknya mata langsung dah tak nampak dan asyik jatuh je...

Bila jumpa Dr. puas nak jelaskan yang operation tak dapat dijalankan kerana ma masih ada masalah jantung yang agak lemah. Dalam diri ma memang tak percayakan Dr..kalau cerita pasal hospital mesti yang negatif je..tak ada yang cerita gembira...atau sembuh...selesai dah jam 3.30 ptg adoi..kepala lagi kuat berdenyut..rasa loya dan nak muntah tapi tahankan diri...nak singgah cari ubat dah tak larat nak tempuh jem...

Hari ni 10/12 bawa ma untuk jumpa Pakar mata. "Ma ari ni kito g awal sikit deh...kut buleh balik awal"...awal tak awal jam 9.00 gak baru sampai...urusan mata lagi banyak stepnya..bila dah dapat jumpa Dr mata...baca report dari pakar perubatan...dah sah Dr tak berani nak buat operation mata mak....tapi Dr refer jugak kat pakar bius untuk lihat he's opinion...so bawak mak naik tingkat 1 anes clinic....Hospital KB masih guna kertas ..rasanya dah tiba masa gunakan sistem ICT untuk rekodkan maklumat pesakit supaya proses dan urusan lebih cepat....dan tidak mengelirukan pesakit dan keluarga...

Jawapan Dr Bius sama...kena ikut nasihat Pakar perubatan....kena stabilkan jantung, paras gula dan tekanan darah tinggi mak baru boleh set semula date untuk operation...selesai jam 3.00 petang...kepala dah nak pecah...rasa nak korek biji mata...balik antar mak...beri mak makan dan ajak anak keluar cari ubat...alhamdulillah lega kepala...

tapi ....orang yang makin tua...dah cristalize..apa kita cakap pun susah nak diterima....Mudah2an Allah permudahkan urusan pembedahan mak..kesian langsung dah tak nampak...jiwa pun mudah tersentuh.....

kita yang masih muda ni kena hargai kesihatan....jangan sampai kena kencing manis....

3 comments:

  1. Ingatlah iklan burung murai .... kita bantulah sekadar termampu...

    ReplyDelete
  2. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dengan baik. Kesihatan diri adalah amanah Allah S.W.T untuk dijaga.

    ReplyDelete
  3. mak saya pun camtu dulu tie. bila dah tak nampak baru nak wat operation. Alhamdulilah sekarang dah ok dan dapat melihat dengan terang selepas masukkan kanta dalam mata

    ReplyDelete

Kongsi minda anda