Paparan

Search This Blog

Monday, December 14, 2009

Suratan Takdir

Menyoroti kisah pengantin tiga jam amat memilukan. Hasrat untuk membina impian di dalam istana cinta tidak kesampaian. Melihat kepada keadaan kereta yang remuk redam tidak hairanlah isi daging mangsa berkecai. Khabarnya mengejar solat jumaat, tapi ajal maut yang menghambat. Jika umur masih panjang tentunya reda solat jumaat di mana pun, kerana di Malaysia memang kaya dengan masjid. Namun itu lah dikatakan ajal sudah tiba. Membawa kereta hanyalah penyebab kepada kematian.

Alfatihah untuk semua mangsa dan Innalillah untuk keluarga si mati dan pengantin perempuan. Setiap musibah ajal maut adalah ketentuan Allah dan iktibar untuk yang hidup.

Ke mana nak di kejar dengan membawa kereta dengan laju...jika cepat sampai pun bezanya 15-20 minit saja dengan orang lain. Dalam perjalanan pulang ke nilai...seram melihat kereta yang dipandu kaum lelaki. Tanpa mengira selekoh maut atau mendaki bukit...sikap tidak sabar dilihat hampir membawa musibah. Bawa dengan kelajuan 100 ke 120 dikira cukup laju untuk jalan kampung...tapi mereka lagi laju..potong jangan tak potong...tambahan pula tengok orang pompuan bawak..lagi mereka perleceh...tak macho la kalu mengekor pompuan...

terjun le luncai...

6 comments:

  1. ..sedang mempelajari nilai berhemah di jalan raya setelah 2 tahun asyik mengejar masa untuk bersama isteri di kampung

    ReplyDelete
  2. setiap hari sekolah terpaksa melalui roller coaster ladang tuan ming yang amat menyeksakan dengan sikap pemandu memotong dengan bahaya

    ReplyDelete
  3. suka duduk disebelah isteri yang sedang memandu

    ReplyDelete
  4. Nana masa balik bercuti hari Jumaat lalu, terserempak juga dengan satu kemalangan maut yang melibatkan seorang kaum lelaki. Yang pasti motosikal besarnya remuk teruk dan jasadnya terbaring kaku bersama jeket kulit merah di atas Lebuh raya Timur - Barat. Lama juga baru ambulan sampai. Maklumlah kemalangan berlaku di kawasan terpencil berhampiran Hentian Rehat Terowong Timur- Barat.

    ReplyDelete
  5. bila kita beringat ..kita harap orang lain pun sama...namun kadang-kadang kita leka...mas tu la musibah mungkin berlaku..

    ReplyDelete
  6. saya adalah sepupu kepada mangsa kemalangan ini,punca kemalangan bukan kelajuan kerana pemandu ini sangat berhemah tetapi disebabkan angin lintang dari kawasan sawah.Alhamdulilah semua jenazah mangsa dalam keadaan baik.Rata-rata kematian berpunca dari kecederaan dalaman.Walaubagaimanapun terima kasih atas simpati anda.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda