Paparan

Search This Blog

Tuesday, December 29, 2009

Ramalan adakah jadi kenyataan?

Rata-rata akhbar minggu ini memaparkan peristiwa yang hebat atau suka duka sepanjang tahun 2009. Bagi makalah yang berbentuk ekonomi menganalisis dasar, pakej, situasi dan data2 ekonomi sepanjang tahun 2009 dan ramalan tahun 2010.

Akhbar ekonomi mingguan yang sering menjadi tatapan ialah The Edge. Dengan jumlah lebaran dan kolum khas yang lebih banyak membacanya menjadi anda ingin jadi seorang ahli perniagaan. Sememangnya darah perniagaan memang sentiasa menggelegak dalam diri ...wait till it burst out one day..maybe pencen time...

Secara analisisnya saya dapati beberapa isu yang diketengahkan membincangkan tentang pemulihan yang sudah dirasai dengan pakej rangsangan yang telah dihamburkan oleh dunia yang berjumlah ratusan billion.

Suku tahun akhir ini kebanyakan negara asia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ramai ahli perniagaan, pengurus, ahli politik meramalkan ekonomi akan mula berkembang dengan rancak dan kenaikan gaji yang tidak berganjak akan berlaku peningkatan.

Kerancakan pembangunan ekonomi asia jelas kelihatan sekarang dan diramalkan akan terus berkembang sehingga for the next 50 years. Ramalan ini telahpun ditulis oleh Kishore Mahbubani dalam bukunya yang bertajuk "Can Asians Think" (masih dalam proses nak habis baca....baca skip2).

Alhamdulillah...namun semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pakar ekonomi, ahli polotik dan rakyat dalam membantu negara keluar sepenuhnya daripada kegawatan ekonomi.

4 comments:

  1. Antara barangan yang tidak disangka-sangka menjadi hit seperti lampin pakai buang. Apa ye keperluan dlm masa 3-5 tahun akan datang

    ReplyDelete
  2. Ramalan kenaikan harga gula akhirnya menjadi kenyataan menjelang masuknya tahun 2010.Tahniah rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Dalam siri Al Kuliah petang tadi menyebut: mempercayai "ramalan" boleh rosak akhidah dan tertolak segala amalan kebajikan yg telah dilakukan. Sama-samalah kita bermuhasabah.

    ReplyDelete
  4. Tahun baru hijrah dan kalender mat salleh ni jatuh pada jumaat elok kita lebihkan amalan dan isi dengan melihat program seperti alQuliyah. Tajuk yang sangat releven utk ditonton oleh semua umat islam.

    tapi sedihnya ramai juga yang mengaku islam ke pesta tarian, arak, pesta seks dan maksiat di malam jumaat yang sepatutnya diisi dengan ibadat...

    sama2 kita mengajak anak2 kita untuk kembali ke jalan yang satu

    ReplyDelete

Kongsi minda anda