Paparan

Search This Blog

Friday, December 18, 2009

NKRA - BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA


Bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Piramyd telah berlangsung Open Day bagi NKRA. Open day ini telah berjalan selama dua hari iaitu pada 17 Dis untuk Badan Kerajaan dan 18 Dis bagi NGO dan swasta. Semalam saya telah menggantikan pengetua ke satu sesi perjumpaan bersama Pengarah JPNS di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pengarah telah memperjelaskan mengenai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2010 dan juga NKRA. Berkunjung ke Hari Terbuka NKRA kita akan lihat perbezaannya first impression bukan lagi macam pameran pejabat kerajaan biasa...nampak lebih eksklusif dan well organized.

Pada April 2009 yang lalu, PM telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan yang membawa kepada pembentukan NKRA untuk memandu, melaksanakan dan menghasilkan kejayaannya. Enam bidang NKRA telah diberi fokus iaitu :

1. Memudahkan akses kepada pendidikan
2. Mempertingkatkan kualiti sistem pengangkutan awam kota
3. Membasmi rasuah
4. Mengurangkan kadar jenayah
5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
6. Mempertingkatkan hidup keluarga berpendapatan rendah

Sub - NKRA bagi bidang pendidikan ialah

i. Pra sekolah
ii. Literacy and numeracy screaning (LINUS)
iii. Mengenalpasti 100 buah sekolah berprestasi tinggi
iv. New Deal Pegetua / Guru Besar (AKUJANJI)

Fokus bagi pendidikan ialah Keupayaan dan kualiti pendidikan untuk semua. Bagi memastikan kejayaan bidang pendidikan KPM akan mengutamakan kualiti kepemimpinan pengetua dan kualiti guru.

Akujanji Pengetua/GB untuk memastikan pencapaian akademik meningkat dan bergerak ke arah sekolah berprestasi tinggi. Jika berjaya akan di beri ganjaran. Sebaliknya pengetua/GB akan diberi bimbingan oleh IAB dan jika masih tidak perform akan dipindahkan ke Kementerian/JPN/PPD. Sementara guru yang tidak perform akan dibimbing oleh IPG.

Sekolah akan diratekan kepada sekolah Amanah (Trust School), Sekolah Berprestasi tinggi dan masih meneruskan sekolah Kluster dan sekolah harapan negara. Rating sekolah akan berdasarkan kepada 30 % skpm dan 70% pencapaian akademik dengan mengutamakan SPM diikuti PMR.

Menurut Datuk Ideris Jalal seramai 250 orang telah terlibat dalam ke enam2 makmal yang terdiri dari the best intelligent person di dalam bidang masing-masing. Pendidikan telah diketuai oleh TKP Operasi iaitu Dato' Noor Rezan Bapoo.

Maklumat mengenai NKRA ini akan disebarkan kepada orang awam dan pengetua/GB di sekolah pada akhir febuari. Workshop hari ini adalah untuk mendapat maklum balas mengenai aspek2 yang telah dibentangkan oleh setiap bidang dan kementerian.

Memetik kata2 pengarah JPN Selangor "Saya berharap pengetua/GB tidak akan bersikap skeptikel atau sinis dalam menerima transformasi ini, kita semua harus bersikap positif dan berusaha untuk mencapai KPI yang telah disasarkan". Sementara itu, Datuk Seri Ideris Jalal petang tadi sebagai berkata "Kita sering melihat dengan sedihnya setiap pintu yang tertutup, sedangkan ada pintu yang terbuka dan mempunyai banyak peluang untuk kita berubah dan bergerak ke arah sesuatu yanglebih baik, mari lah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikannya"

Namun kita selalunya lambat bertindak dan sukar untuk mengintai peluang malahan merungut serta mencari setiap kelemahan yang ada.

2 comments:

  1. nampaknya sistem persekolahan masih lagi berorientasikan akademik atau peperiksaan. Jika sesebuah sekolah itu cemerlang dari segi akademik maka segala aspek lain akan turut dilihat baik juga. Jika sesebuah sekolah mundur akademik maka kejayaan dalam bidang lain (koko, sukan, iklim dll) akan dipandang sebelah mata.

    ReplyDelete
  2. Kecemerlangan akademik wajib menjadi keutamaan. Hal ini kerana kita mahu anak2 kita menyumbang kepada ekonomi negara dan dapat meningkatkan taraf hidup. Jika anak2 kita tidak cemerlang orang lain akan mengisi setiap bidang kerjaya yang ada dalam negara.
    Satu hari nanti jangan terkejut jika kita hanya menang sorak kampung tergadai...
    Kokurikulum, sukan dan sahsiah tetap menjadi tumpuan KPM dan akan diutamakan tahun 2010. Sukan akan dipergiatkan semula secara school base.
    Berusahalah untuk mendapat taraf sekolah prestasi tinggi ganjaran bukan hanya untuk pengetua tetapi juga guru2...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda