Paparan

Search This Blog

Saturday, December 24, 2011

Mission complete

Kerja- kerja akhir memantapkan kualti menerbitkan buku memang memenatkan. Semenjak julai lagi memberi fokus sepenuhnya, di samping tugasan lain yang sentiasa datang memenuhkan kotak surat. Dalam dua minggu ini, bila keluar bangunan pejabat malam dah sunyi betul...hanya ada kereta atau motor petugas teknikal dan pengawal keselamatan. Agaknya...Ada yang dah diulit mimpi, atau bersenang lenang di atas sofa yang empuk sambil jari jemari menekan punat tv memilih saluran yang digemari.

Semalam, timbalan sebagai Pengerusi telah mengesahkan semua kandungan yang telah diteliti setiap ayat frasa. Akhirnya...dimuktamadkan...Alhamdulillah. Hemmmm....nikmatnya,....rasanya pagi ni bangun dengan minda yang cukup lapang dan tenang. Semua kerja yang berat dah selesai....dan journey sepanjang tahun ni dah tamat semakan dengan mission yang dah complete.....

Cuma Ada satu lagi....adikku dah merajuk agaknya....tangguhkan pertunangan ke tahun depan....agaknya dik kakakmu ni belum sedar sepenuhnya tanggungjawab dia besar menggantikan ma........

Saturday, December 17, 2011

OMBAK RINDU

Hari ini balik agak awal, lepas solat maghrib terus jalan laju menuju alamanda yang hanya lebih kurang lima minit berjalan kaki (agaknya kot tak pernah kira). Sengaja tak bawa kereta hari ini. Sekarang musim anak cuti ada la driver....berangan jadi mem... bila ain dah masuk kolej yang akan bermula minggu hadapan, hmmmm merasa la terkial-kial cari parking.

Tiket ain dah beli beberapa hari yang lalu bila dia datang jemput balik kerja. Kami bertiga..sengaja pilih waktu tayangan dah ke hujung tak nak bersesak. Dengar cerita...publisiti memang hebat. Masuk lobi TGV..poster pelakon utama dipaparkan..ada yang berkesempatan ambil gambar dengan hero filem...cantik maya pakai tudung...

Memang betul apa yang dikhabarkan...hari ini sesiapa pun boleh datang dengan gembira bersama keluarga untuk melihat filem yang mereka suka. Zaman panggung wayang tempat imej yang tidak baik sudah dibersihkan oleh ibu bapa dan anak-anak yang datang untuk sama-sama berhibur. Ada juga nenek bertongkat dengan anak dara mereka. Golongan wanita yang sebaya saya juga ramai datang dengan rakan-rakan sekerja mereka, dan tidak kurang juga remaja ...dan pasangan. Sekarang jika ada pengunjung berbaju kurung bukan lagi sesuatu yang luar biasa.

Ombak rindu memang melekat di jiwa, di mata, di hati....dan meruntun perasaan. Gandingan Maya dan Aaron memang menjadi dan sangat berkesan di hati penonton. Lisa dengan watak ego, angkuh dan kasar juga harus dipuji, di samping pelakon pembantu yang lain juga berjaya menjiwai watak dengan baik.

Melihat fenomena kejayaan filem hari ini, membuka minda bahawa industri kreatif seni perfileman, teknologi perfileman, grafik, rekaan fesyen, penulisan atau seni kreatif juga semakin berkembang. Kejayaan pengarah menggarap cerita, ketelitian penyuntingan, pemilihan setting yang cantik, menarik dan sesuai dengan jalan cerita di sokong dengan kreativiti pelakon yang menjayakan watak menjadikan sesebuah filem itu berjaya dan dapat menarik minat penonton. Saya percaya pasti ada yang ingin ulang tonton filem ini, jika tidak ke panggung mungkin langgan Astro first.

Penghasilan filem banyak mencipta ruang dan peluang kerjaya di masa hadapan. Tidak perlu ke luar negara untuk mendapat setting yang cantik dan menarik. Filem juga boleh mempromosi industri pelancongan negara seperti yang dilakukan oleh Korea. Filem ini berjaya mencari tempat yang cantik dan saya fikir ..ladang cameron akan ramai dikunjungi selepas ini...dan ke Langkawi untuk mencari di mana rumah atau resort tersebut....atau ke bendang padi yang dikelilingi bukit....sangat perfect..sama seperti buku novel tersebut yang sudah diulang cetak. Universiti juga boleh menjadikan filem sebagai bahan pembelajaran pelajar untuk dibuat kajian bagi mencipta teknologi perfileman yang lebih baik. Pelajar mungkin boleh mejadi pelatih kepada mana-mana produser untuk melahirkan projek pelengkap kursus mereka dalam semua industri yang berkaitan perfileman.

Penulisan kreatif juga boleh berkembang satu hari nanti. Guru BM dan Sastera boleh menghidupkan pembelajaran murid dengan memulakan penulisan jurnal sebagai projek PBS murid. Mata pelajaran sastera harus dihidupkan dan diajar mengenai penulisan kreatif ini. Anak-anak hari ini amat mengagumi penulis novel remaja. Jika sekolah dapat menarik murid untuk membaca dan menulis dengan gaya bahasa yang betul kita akan melahirkan lebih ramai ahli sastera dan penulis yang baik. Begitu juga bidang seni kreatif dan reka cipta yang lain seperti muzik, pereka fesyen, pereka grafik, teknologi berasaskan pengkomputeran, teknologi komunikasi, pereka bentuk model kereta, rumah, hiasan dalam dan lain-lain lagi seharusnya di beri tumpuan kerana industri kreatif ini yang semakin berkembang dan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa. Pasaran indsutri kreatif semakin berkembang dan nilai jualan tahunan juga melonjak tinggi. Begitu juga dengan kelas fotografi yang mengajar murid membuat filem pendek...pasti banyak yang boleh dipelajari oleh murid....dan menyeronokkan..

Jika anak-anak kita memasuki bidang industri kreatif ini, mereka tidak perlu bekerja dengan orang lain tetapi mencipta kerja dan memberi peluang kerja. Berhubungan itu, Pendidikan Asas Vokasional dan Kolej Vokasional harus dikembangkan dan ditawarkan oleh bukan hanya kerajaan tetapi juga sektor swasta secara meluas. Promosilah vokasional sebagai satu lagi aliran pembelajaran yang menjadi pilihan 70% daripada murid sekolah dan pelajar menceburinya, demi untuk membawa negara sebagai negara maju berpandapatan tinggi.

"murid yang cerdik akan melahirkan lebih ramai pekerja dan jawatan, tetapi murid yang pandai hanya mencipta satu kerja dan satu jawatan sahaja" petikan kata-kata Pengarah BPTV...


Sunday, December 11, 2011

PIBG PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH

Konvensyen PIBG yang berlangsung selama tiga hari dari 9 - 11 Disember 2011 di Genting Highland ditutup oleh YB Datuk Wee pada pagi tadi. Tuntutan PIBG agar kerajaan memperuntukkan dana khas dan diadakan konvensyen kepada lebih ramai perwakilan PIBG di setiap negeri diambil perhatian oleh YB dan turut disaksikan oleh KPPM yang baru dua hari menyambung perkhidmatannya yang tamat pada 8 Disember yang lalu.

Rata-rata PIBG menganggap bahawa tugas mereka amat penting membantu sekolah terutamanya untuk mendapatkan dana. Namun, perkongsian amalan terbaik yang dibentangkan oleh PIBG SK Ulu Lubai harus dicontohi oleh semua perwakilan PIBG daru seluruh negera. PIBG SK Ulu Lubai kebanyakannya adalah petani dan pendidikan mereka adalah pada tahap yang rendah. Namun kita semua harus mengagumi pemikiran mereka lebih maju berbanding ibu bapa yang ada dibandar. Wang bukan fokus utama dalam membantu memajukan sekolah. Sumbangan tenaga dan perhatian terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka diutamakan. SK Ulu Lubai terletak ditengah hutan belantara, namun mereka lebih maju dari segi IT kerana mengadakan jaringan dengan Universiti Bristol dan baru memenangi US$20, ooo dan baru kembali dari China kerana membentangkan amalan terbaik perkongsian komuniti dalam memajukan sekolah anjuran UNESCO.

Perwakilan PIBG di bandar-bandar besar seharusnya malu dengan SK Ulu Lubai. Selama dua hari dalam kedinginan suhu di Genting Highland dihangatkan dengan ketidakpuasan hati perwakilan PIBG yang sering mencari alasan terdapat pelbagai kekurangan di sekolah, mengadu sekolah terlalu bergantung dengan dana yang mereka cari, menceritakan hubungan dengan sekolah yang tidak harmoni, prasarana yang tidak memuaskan hati dan bermacam lagi permasalahan yang semuanya jika di lihat itulah peranan PIBG sebenarnya. Terdapat juga perwakilan yang secara lantang dan tidak menghormati Pengarah KPM dan moderator yang merupakan orang yang dihormati di KPM dengan kata-kata kasar yang mengikut emosi. Ada juga yang mengaitkan sehingga kepada menteri. Jika inilah watak yang ditunjukkan oleh YDP PIBG, kita boleh bayangkan bagaimana mesyuarat PIBG di sekolah. Jika Pengarah dan Menteri pun mereka tak hormati apa lagi pengetua dan guru besar di sekolah.

Nampaknya, betul seperti yang mereka inginkan untuk membuat transformasi kepada PIBG, iaitu membuat anjakan minda kepada pemikiran kelas ketiga kepada minda kelas pertama. Bantuan PIBG bukan wang semata-mata, tetapi tenaga, idea dan pemikiran memajukan sekolah itu yang lebih penting. Jika ada ibu bapa yang pandai berdikir boleh membantu pasukan dikir sekolah, jika panda menjahit boleh membantu kelas jahitan anak-anak, jika pandai motivasi boleh memberikan motivasi kepada anak-anak dan jika mahir dalam sukan boleh membantu menjadi jurulatih. Apatah jika ada ibu bapa yang menjadi anggota tentera atau polis mereka boleh mambantu dari segi membentuk disiplin murid. Budaya hentam menghentam ni masih berleluasa dalam masyarakat Malaysia. tidak kira medan politik, kedai kopi atau mesyuarat PIBG. selagi pemikiran perwakilan PIBG masih mundur, tidak terbuka, tidak mahu membaca dan hanya berada di bawah tempurung kawasan sekitar kampung mereka selagi itu apa yang di buat oleh kementerian semuanya buruk dan tidak ada yang baik.

Menyedari akan hakikat ini, konvensyen di masa hadapan harus menjadikan sejarah persidangan tahun ini yang ceritanya hampir sama dengan yang berlangsung pada tahun lepas juga harus dikaji format dan pengendaliannya. Kementerian harus menyediakan saluran khusus kepada PIBG menyatakan aduan dan pandangan supaya mereka tidak mengumpul dendam setahun untuk diluahkan selama dua hari semasa konvensyen.

Namun tidak dinafikan ada pandangan positif dalam kalangan PIBG. Apa yang lebih bermanfaat ialah jika perwakilan turut mengutarakan cadangan yang membina supaya kementerian dapat mengambil perhatian dan bukan menghentam dengan cara yang kasar dan tidak beradab. saya terfikir itulah watak dan peribadi rakyat Malaysia sebenarnya dan menjadi cabaran yang amat besar kepada guru, pengetua dan guru besar untuk mendidik anak-anak mereka jika itu perangai bapa-bapa mereka.

Sunday, November 27, 2011

HIJRAH

Assalamualaikum dan salam hijrah...

Hari ini permulaan hijrah tahun baru. Malam ini perlu buat refleksi mengenai azam yang telah dibuat awal tahun sudah. Apakah sudah tertunai semuanya atau masih ada yang perlu di bawa ke tahun ini. seperti yang dilakukan oleh semua organisasi pendidikan, seperti bahagian, jpn, ppd dan sekolah iaitu menilai semula SKT tahun semasa adakah sudah tercapai KPInya atau perlu di bawa ke tahun hadapan.

Sama seperti menilai amalan kita, semua pihak perlu jujur dalam menetapkan pencapaian yang telah dicapai, adakah 100%, 80% atau hanya 50%. bagaimana menentukan peratusan pencapaian tersebut? adakah secara agak-agak atau berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

Pendidikan melibatkan masa depan manusia, kehidupan manusia, maju mundurnya manusia atau ketamadunan manusia. Pembohongan akan memudaratkan jiwa-jiwa dan masa depan manusia. Pendidikan ialah satu proses transformasi manusia, daripada tidak mengetahui kepada tahu, daripada tidak mahir kepada mahir, daripada gugup kepada yakin, dan daripada kurang ajar kepada lebih di ajar...

Tahun baru ini mari lah kita sama-sama berhijrah dan berazam untuk lebih memberikan tumpuan kepada pencapaian pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Sama-sama merancang dan berfikir untuk berterusan berusaha meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran di samping mempamerkan akhlak mulia oleh murid tidak kira apa latar belakang murid, di mana mereka berada atau anak siapa mereka. Lihat lah kepada murid itu sendiri, bagaimana tahap penguasaan pembelajaran mereka dan usah dilihat perbezaan warna kulit. jauhi sentimen sama ada di sekolah SK, SJKC, SJKT, SM, SMPC atau sekolah antarabangsa sekali pun. Tingkatkan azam untuk memastikan kita sebagai guru dan pihak penggubal dasar melihat kepada kepentingan semua murid. Murid yang menguasai ilmu, kemahiran dan berakhlak mulia akan dapat memberikan manfaat kepada semua bangsa, agama dan negara.

Murid yang akhlaknya baik pasti akan baik kepada semua orang, walau pun akademiknya tidak cemerlang, namun dengan akhlak dan kemahiran yang ada mereka boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik. Bina lah SKT tahun hadapan dengan penuh azam dan cita-cita untuk melihat pencapaian cemerlang dalam sistem pendidikan yang memberi fokus kepada kecemerlangan insan-insan di sekolah khususnya murid agar memiliki ilmu yang bermanfaat, kemahiran yang membina dan ahklak yang terpuji. Mainlah peranan masing-masing dengan lebih cemerlang. Usaha kita semua akan dipermudahkan oleh Allah dan Tuhan yang maha mengasihi dan sukakan kecemerlangan sekiranya kita semua ikhlas bekerja kerana Allah.

Tahun baru ini juga, marilah kita berazam untuk meningkatkan peranan, prestasi, usaha dan fokus terhadap tugas masing-masing tidak kira di bahagian, jpn, ppd ataupun di sekolah. Usaha kerajaan melalui Skim saraan baru perkhidmatan awam ini adalah untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. Pencapaian individu adalah berdasarkan pencapaian KPI yang ditetapkan pada awal tahun ini untuk dilaksanakan pada tahun hadapan. KPI harus boleh diukur, relevan, ada jangka masa, spesifik dan boleh dicapai.

Tahun baru ini juga, wahai guru-guru marilah kita sama-sama berazam untuk lebih mesra dan menyayangi murid. Sentuhlah hati mereka dengan penuh empati, didik lah dengan penuh kasih sayang, jeritan dan herdikan tidak akan menjadikan mereka lebih berakhlak...malahan akan menjadikan mereka lebih memberontak. Lihatlah sisi murid, jangan terlalu rigid, dan berilah peluang mereka meneroka setiap pembelajaran itu dengan penuh seronok dan berfikir. Gunakanlah semua bahan, kemudahan yang ada di sekolah dengan semaksima mungkin. Manfaatkan makmal komputer, makmal sains, bilik-bilik khas dan bengkel semaksima mungkin. sepatutnya kita maju ke hadapan dan bukannya mundur kebelakang, teknologi yang telah dibekalkan ke sekolah harus digunakan sepenuhnya untuk menyokong pembelajaran yang lebih autentik. jangan dibiarkan lacd, makmal dan peralatan rosak kerana tidak digunakan. jangan takut untuk menggunakan makmal kepada semua murid, gunakan kredibiliti sebagai guru untuk mengawal murid semasa di dalam makmal atau pun bengkel. berusahalah bersunggh-sungguh untuk mengajar, mendidik dan memupuk pembelajaran murid setimpal dengan gaji, elaun dan saraan yang diterima, kerana skim baru ini akan memberikan gaji, elaun dan saraan yang lebih baik kepada guru dan penjawat awam yang lain.

Salam maal hijrah dan selamat menetapkan azam baru (KPI) untuk dicapai pada tahun hadapan.



Sunday, November 13, 2011

GURU KERJA 9 JAM...PEGAWAI DG KERJA 24 JAM...

Kerja 9 jam bukan sesuatu yang pelik dan luar biasa bagi guru dan pegawai di KPM. Tidak seperti pihak pengurusan setiap pegawai ada PT yang membuat kerja surat menyurat, menaip minit, dan lain-lain kerja perkeranian, tapi guru dan pegawai DG semuanya dilakukan sendiri.

Boleh ke PT membuat kerja perkeranian sepenuhnya? Budaya kerja perlu diubah. Kerani atau PT yang ingin berkhidmat dalam KPM perlu cekap dan memahami konteks pendidikan. Pegawai-pegawai pengurusan juga perlu faham dasar-dasar pendidikan sepenuhnya dan faham konteks pendidikan.

PT harus sedar siapa boss mereka dan siap pegawai atasan mereka. jika mereka berada di sekolah guru dan pengetua adalah pegawai atasan mereka dan bukannya cc. begitu juga di KPM, KSU dan KPPM adalah pegawai atasan mereka termasuk TKSU dan TKPPM mengikut hirarki kedudukan adalah pegawai atasan mereka.

Jika di bahagian, pegawai dan ke atas sehingga ke Pengarah adalah pegawai atasan mereka dan bukannya hanya CC dan Ketua pentadbiran. Kami amat bersyukur jika ada PT yang dapat mendraf surat, menaip minit, menyusun dan menyediakan bahan untuk persediaan mesyuarat yang berlangsung tanpa miss setiap hari. Namun malas nak layan, dan tak mahu konflik dalam hubungan minta buat satu memo tempah makanan pun dengan suara yang agak jengkil tak boleh buat banyak kerja, banyak surat nak hantar, dan macam-macam lagi. Tapi nanti jap lagi tengok asyik dok sembang gelak besar-besar....

tugas PT yang nampak, buat gaji, buat claim, susun surat, hantar surat...itu pun yang boleh siap dalam dua tiga minit ambik masa seharian.

Kenapa boleh jadi begitu? Adakah kepimpinan atas yang tidak cekap dan tidah tahu menguruskan pegawai dan staff atau pegawai yang syok sendiri buat kerja dan tidak optimumkan staff?

Dari pemerhatian selama 17 tahun di sekolah dan hampir dua tahun di bahagian kemungkinan kerana perkara-perkara berikut:

i. Staff tidak faham fungsi dan skop bidang tugas masing-masing yang berfungsi untuk membantu pegawai di sekolah atau di bahagian;

ii. staff tidak mencukupi bagi setiap pegawai. contoh di sektor kami ada 4 staff yang berfungsi untuk semua pegawai hanya dua. 1 staff berprestasi rendah yang disimpan tak tau apa sebabnya, mungkin kebajikan namun tak sesuai berada di sektor dasar jika perlu letakkan di tempat yang sesuai dengan keupayaannya dan satu lagi hanya membuat kerja-kerja unit tertentu dna tidak mahu membantu unit lain. yang betul-betul berfungsi hanya sorang untuk 10 pegawai bayangkan...

iii. staff tidak memahami dasar-dasar pendidikan yang menyukarkan mereka untuk membantu membuat memo dan minit mesyuarat.

iv. staf berkira waktu kerja dan tidak boleh lewat waktu balik walau seminit...jika ditahan pasti membebel-bebel dan balik ikut tepat waktu mengalahkan boss...

JPA perlu melihat keseluruhan staff dan pegawai bukan hanya melihat satu sudut guru dan pegawai sahaja. Tugas guru bawak balik rumah pegawai DG pun sama kena bawak balik rumah. minit kena siap dalam 3 hari dan diedarkan dalam tempoh tujuh hari. mesyuarat hampir setiap hari, jika hadir mesyuarat kena buat minit curai...jika ada tindakan perlu buat dengan segera. itu belum masuk maklum balas yang perlu segera dalam masa dua jam, menyediakan kertas dasar, kertas makluman, memorandum, menganailis dasar, membuat pindaan akta, meneliti kertas dasar dari bahagian lain, meneliti memorandum yang dihantar ke pejabat menteri dan KPPM dan mengurusetiakan 5 mesyuarat high level yang dipengerusikan oleh KSU dan KPPM dan JWG.

Kadang-kadang fikir tak tidur, datang sabtu ahad pun kerja tak boleh nak siap...tambahan pula...jika ada hal yang mendesak dan perlu sediakan bahan pembentangan, menyediakan maklumat dan pelbagai lagi bagi isu-isu dasar pendidikan kerja hakiki perlu tinggalkan dulu dan beri tumpuan kepada arahan daripada KPPM dan Menteri atau Timbalan Menteri.

JPA jika betul-betul nak kerajaan cekap bukan melaksanakan lean government tapi menstruktur semula fungsi setiap bahagian dan sektor. staf yang dibekalkan harus berfungsi dengan cekap dan berkesan serta bukan setakat untuk mencari jalan penyelesaian, cipta jawatan dan anggap masalah selesai. staff harus disedarkan tidak kira mereka kerja di mana-mana kementerian bukan hanya KSU sahaja boss mereka tetapi juga KPPM dan pegawai DG yang lain.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Di kuantan 11 pasangan dinikahkan pada tarikh bersejarah ini. Hari yang baik, jumaat segala penghulu hari.

Hari ini juga hari jadi saya..dah lama berfikir nak bercuti dan muhasabah diri.

rileks, refresh dan rethink selama hidup ini apakah yang sudah disumbangkan, berapa banyak amalan dah cukup ke pelaburan akhirat untuk membeli banglo di syurga, adakah sudah berperanan sebagai ibu yang dapat mendidik anak-anak sebagai penerus waris yang solehah dan soleh, atau sudah cukup ke persiapan diri menuju hari tua.

tapi yang dok angan-angan ada beberapa yang tak dapat buat...niat baik insyaAllah dimakbulkan jika tidak hari ini, besok, lusa atau bila-bila masa yang diizinkan Allah suatu hari nanti.

Biasa la di Dasar, EPRD jika tak energetik tak boleh tahan lama kerja di sini...balik jam 1 pagi biasa dan balik sambung lagi tidur 1 jam saja...sampai boss atasan puas hati dan siap sepenuhnya dibentang, capai keputusan dan sebagainya. Tapi bila selesai kita akan rasa puas hati...dan esok datang lagi...semuanya cukup mencabar dan perlu segera dan pantas.

Semalam dapat satu kerja dan hantar pagi ini. Habis la cuti-cuti Malaysia, malam tadi dah siapkan separuh dengan rakan sepejabat sampai jam 10.00 dan balik sambung, pagi tadi emel ke pejabat TPM.

Anyway terima kasih yang hantar sms ucap selamat hari jadi...pengetua lama pun hantar juga...bagus betul macam tu pemimpin sentiasa ingat anak buah...


Polemik PPSMI

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah mencipta satu polemik yang amat meresahkan bukan hanya kepada para ibu bapa, murid, guru, pemimpin masyarakat, pejuang bahasa malahan juga pihak di kementerian pelajaran.

Tiada salahnya dalam pelaksanaan PPSMI. Cuma yang menjadi punca kepada permasalahan ini ialah kesediaan guru dan logistik dalam melaksanakannya. Apa yang bagusnya PPSMI ini dilaksanakan, bukan hanya guru sains dan matematik yang berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, malahan guru lain juga berusaha sama.

Cuma para ibu bapa agak ekstrim apabila mula menghantar anak-anak ke tadika yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris sehingga ada yang anak-anak mereka hanya tahu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sahaja dan tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu.

Fenomena bangga untuk bertutur dalam bahasa Inggeris ini terus berlanjutan apabila, negara Malaysia mula menggalakkan strategi pengantarabangsaan dalam hampir ke semua sektor awam.
Ekstrimnya, bukan hanya berkolaborasi dengan negara luar malahan langsung tidak mahu bertutur dalam bahasa Malaysia. Mesyuarat, perbincangan, forum, seminar dan kenvensyen rata-rata pegawai awam mengendalikannya dalam bahasa Inggeris.

Dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan itu bagus kerana melihat kepada kepentingan masa hadapn rakyat. Namun rakyat kita pula yang menjadi ekstrim kononnya untuk internalize pengantarabangsaan dan penguasaan bahasa Inggeris sehingga melupakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan rasmi dalam sebarang urusan.

Natijahnya...hari ini ibu bapa yang 5% di sekolah rendah dan 9% di sekolah menengah menuntut anaknya berterusan diajar dalam bahasa Inggeris.

Teringat dulu-dulu, pak cik-pak cik saya di kampung yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Ada pak cik yang boleh bertutur bahasa Cina, Tamil, urdhu dan bahasa Inggeris. tak ada pulak hilang penguasaan bahasa Melayu. seharian tak de pulak dengar pak cik bertutur bahasa-bahasa tersebut selain loghat kelate.....tapi bila ke kedai tauke membeli beliau akan bertutur dalam bahasa Cina, tengok filem hindi...pak cik akan translate untuk kami cerita tersebut...begitu juga cerita Tamil (sebab kelate masa tu tak jumpa bangsa India melainkan di estet).

Polemik PPSMI ini sebenarnya adalah sikap ekstrimisasi sesetengah pihak yang hanya memikirkan diri mereka sendiri dan bukan nasib dan masa depan anak-anak kita di kampung dan masa depan negara. Perlu ada gerakan untuk membuat kajian tracking untuk melihat kesan kohort PPSMI kepada kerjaya mereka. Adakah mereka yang lebih ramai memasuki bidang sains dan teknologi seperti yang dihasratkan semasa PPSMI diperkenalkan atau kohort tersebut yang paling ramai tidak memilih bidang sains dan teknologi kerana ramai yang gagal dalam sains dan matematik dalam SPM.

Cabaran kerajaan, pendidikan dan negara hari ini adalah untuk memajukan pemikiran rakyat. Memajukan pemikiran rakyat sering dilafazkan dalam ikrar perkhidmatan awam setiap bulan. Adakah pemikiran kita semakin maju atau semakin mundur ke belakang...atau semakin mejadi barbarian...orang yang tidak bertamaddun dan tidak dapat menerima kepelbagaian adat resam, budaya, agama masyarakat pelbagai kaum.

Bila mereka ekstrim dan tidak bertamaddun ..macam-macam akan komplen, tak boleh azan kuat-kuat, tak boleh sembelih tempat awam dan sekolah, tak boleh itu..ak boleh ini kononnya tak 1Malaysia. tapi yang peliknya karaoke kuat-kuat, sambut perayaan sampai jem seluruh negara dengan sampah dan sebagainya tiada siapa yang komplen. Dan kita tak pernah komplen besar-besar kat surat khabar. Sebab kita tak komplen kut ...itu pasal mereka naik tocang...kita dok sembang kedai kopi je..hentak-hentak meja..sapa nak dengar.

Teringat apabila berbicara bersama Prof. Dr. Sidek Baba sementera menunggu mesyuarat bersidang....saya fikir amat sukar untuk mencapai tahap pemikiran setanding beliau.

Jadi...apa seterusnya? galakkanlah anak-anak kita mengausai pelbagai bahasa tiada salahnya. Menguasai bahasa dengan bertutur dalam kehidupan seharian dan boleh dipelajari. Anak perempuan saya belajar bahasa mandarin, anak lelaki belajar bahasa jepun dan sorang perempuan asyik belajar bahasa korea melalui movie. Tiada salahnya. kerana jika kita menguasai pelbagai bahasa dengan baik bahasa Melayu akan dapat ditingkatkan dengan menterjemahkan hasil penulisan melalui pelbagai bahasa yang kita kuasai. Jika tidak kita hanya boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu. amat merugikan ilmu dan idea kita tidak dapat diketengahkan. anak-anak kita hanya berlegar dalam negara dan tidak dapat keluar dan bersaing dengan pekerja dengan negara asing. umum tahu bahasa antarabangsa adalah bahasa Inggeris, Cina, Arab dan Perancis...dan boleh tambah satu lagi bahasa Melayu. Di China ada Universiti yang menawarkan bahasa Melayu dan mereka dapat bertutur dengan fasih malahan memberi nama melayu unutk setiap pelajarnya dalam fakulti tersebut.

Kita macam mana?...marilah sama-sama memajukan pemikiran rakyat dengan menguasai pelbagai bahasa..

Cuba la berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur mana yang lebih kuat orang berkaraoke atau bunyi bang...rasanya bang tak kedengaran kecuali yang dok di dalam birai masjid sahaja. Malaysia ni negara apa? Apa agama rasmi mengikut perlembagaan?.....






Saturday, August 27, 2011

Menjelang Raya...

Menjelang raya kami sekeluarga masih berada di perantauan. Adik-adik sudah balik ke kampung bersama keluarga masing-masing untuk beraya bersama mertua mereka. Izani masih ada dan akan balik pada hari "buat ketupat". Menyebut tentang ketupat....kini baru terasa rugi tau makan aje dan tak tahu nak buat ketupat. pabila semua orang tua dan nenek dak tiada tak dapat merasa lagi ketupat lemak dengan air nesan...

Kami sengaja tak balik awal...jika balik pun hati akan hiba...masuk ke rumah sunyi sepi...
sepanjang arwah dalam jagaan ku...setiap kali makan arwah akan duduk di satu kerusi yang sama...terasa seperti mak ada di situ...becok bertanya hidangan apa buka puasa hari ini...kerana mata dah tak berapa nampak kesan kencing manis...

Hari ini...kak in pun dah balik...kami bersama bersesak dalam komuter untuk cari baju raya...dah last minute rasanya...tapi itulah...tak ada semangat nak raya...
segala-galanya terasa sangat berbeza...suasana tidak semeriah dulu...tidak ada keterujaan lagi nak balik kampung....jika ada rasa nak balik sebab nak jenguk kubur dan jumpa ibu dan bapa saudara yang masih ada...

itu lah...menjelang raya...menjelang usia yang dah semakin ke pertengahan abad....bila yang tua dah tiada...kita yang sebenarnya menjadi orang tua....

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Jalan Reko, SMK BBST, SMK Pantai Sepang Putra dan NPQH...keakraban semasa bersama tetap dalam ingatan...

Friday, August 19, 2011

MALAM LAILATUL QADAR

Malam lailatul qadar menjadi impian bagi setiap umat Islam yang beribadat di bulan Ramdhan yang mulia dan baraqah ini.

Teringat je waktu kecil-kecil dahulu meredah kesunyian malam balik dari terawih yang jalannya hanya berlampukan cahaya bulan. Masa tu masih tinggal di kampung yang berada ditengah-tengah kepulauan bendang padi.

Sambil berjalan mulut kami adik beradik dan sepupu riuh berceloteh mengenai malam lalilatul qadar yang diajar oleh ustaz di sekolah sambil mata mendongak ke langit mencari makna malam lalilatul qadar. Ah...indahnya suasana malam-malam bulan baraqah...

Kini, langit malam di KL tiada bintang. Dalam umur yang hampir setengah abad umur berlalu, malam lailatul qadar di cari di ruang segi bilik hotel ditengah bandaraya. walau pun malam tiada aktiviti mesyuarat, namun cara orang kosmopolitan KL mencari malam lailatul qadar disulami dengan muzik rock yang bingit. KL sentiasa hidup dan tak pernah tidur...

Perlu ada kesedaran...bulan baraqah usahla kejar sangat duniawi....tangguhkan dahulu mesyuarat di luar...beri ruang kepada mencari rahmat Allah yang akan di bawa bekal ke hari pembalasan nanti...

Namun....saya yang menurut perintah....perlu adaptasi untuk mencari malam lailatu qadar...

Sunday, August 7, 2011

MELAYU KELANTAN SUB-ETNIK PENDUDUK PALING ASAS DI SEMENANJUNG

Dapatan kajian sekumpulan penyelidik USM yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60, 000 tahun yang lalu. Kajian seumpama ini seharusnya mendapat perhatian semua rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

Jika benar begitu, kajian-kajian mengenai etnik Melayu Kelantan harus diketengahkan dari segi amalan hidup, survival dan ciri-ciri sikap orang Melayu Kelantan. Secara pemerhatian jika dilihat hari ini di pusat-pusat pengajian tinggi, penjawat awam, di sektor swasta dalam dan luar negeri masyarakat Melayu Kelantan mempelopori banyak bidang, jawatan dan kedudukan.

Hal ini jika dapat dibuktikan, orang Melayu sebenarnya rajin, berjiwa besar, suka menjelajah, kuat beragama, bersemangat tinggi, semangat kenegaraan dan kenegeriaan yang tinggi menjaga adat dan tatasusila...seperti ciri-ciri orang Melayu Kelantan. Apa yang sebenarnya ditulis oleh Inggeris adalah bahawa Melayu malas, tidak mahu berusaha, lembab dan pelbagai lagi sikap negatif semenjak zaman penjajah dan dibawa ke hari ini hanyalah sebenarnya dakyah atau perang psikologi untuk melunturkan semangat pejuang mempertahankan tanah air dari dijajah rakyat asing.

Maka hari ini, dengan kajian tersebut terbukti orang Melayu yang asalnya sangat rajin, pandai berniaga, sentiasa mencati peluang untuk memajukan diri dan kuat bekerja....lihat warga Melayu Kelantan yang ada di luar mencari rezeki sama ada di laur negeri Kelantan atau di Luar Negara.

Jadi ...anak-anak Melayu....mulai hari ini gantikan kata-kata positif Melayu rajin, kuat bekerja, bersemangat waja, pandai berniaga, semangat kekitaan yang tinggi dan cintakan tanah air yang padu....terapkan dalam anak-anak kita di rumah dan di sekolah...sentiasa memberi semangat dan bersemangat untuk melihat bangsa kita tetap teguh di bumi bertuah ini...


kerana jika kita lemah dan percaya dengan dakyah yang orang luar tanamkan...bumi ini satu hari akan menjadi milik orang lain...dan kita menagih di bumi sendiri...nauzubillah...

Selamat Berpuasa dan Pulang lah Ke kampung halaman menjenguk ibu bapa yang sudah tua...ingatlah apa juadah yang mereka jamah untuk berbuka dan bersahur...adakah sama lazat dan penuh meja seperti kita...sepatutnya di bulan barakah ini...kita bawa ibu bapa yang tua di kampung untuk tinggal bersama untuk berpuasa dan beribadah bersama....

Jika kita tiada lagi ibu bapa...sanak saudara tanah laman masih ada di kampung pulang lah,,,,kerana jika kita lupa asal usul kita kita sebenarnya buta sejarah dan membiarkan tanah halaman dan kampung kita akhirnya tergadai kepada orang lain...dan kita lebih berbangga beralamatkan kampung halaman di bandar-bandar besar di kota metropolitan...

Pulang lah...ada jiwa yang menanti...atau ada pusara yang menunggu untuk diziarahi..


Monday, July 18, 2011

Semangat Malaysia Boleh

wow....hujung minggu ini sangat sibuk sebab terpaksa balik kampung bila bapak sepupu meninggal dunia (sebelah arwah mak), bergegas balik hari sabtu untuk hadir kenduri sepupu sebelah ayah yang bersanding di pihak lelaki di Manjalara, malamnya melawat emak saudara suami yang tidak sihat jatuh bilik air dan Ahad hantar kak in balik politeknik di Ipoh......

...malam ahad on the way balik rumah mata dah tak boleh bukak....suami yang mengomel mengantuk aku tak hiraukan....macam mana nak ganti bukak mata pun tak boleh...

hui...memang letih....hari sabtu dari manjalara nak balik seluruh KL jem...berpusing cari jalan semua jem.....akhirnya tembus ikut bukit jalil dan patah balik menuju ke Shah Alam...

Aku perhatikan rata-rata orang yang menuju ke stadium berbaju merah...emak...ayah..datuk...nenek...anak kecil pun berbaju merah....mereka di mana ni di UK ke?

Sampai rumah anak terus berlari menekan punat remote tv....perlawanan dah hampir separuh....Malaysia menjaringkan 3 gol....wow hebat boleh sumbat gawang lawan yang terkenal handalan....di kaca tv seluruh stadium berbaju merah....mana biru?

dari segi sokongan Malaysia dah kalah....tapi pasukan harimau Malaya tetap berjuang......mana jati diri negara bangsa cintakan tanah air dalam diri warga Malaysia yang berbaju merah...

Ahhh....ada yang berkata pakai merah tak semestinya hilang semangat patriot...tapi anda menunjukkan demikian..ini bukan perlawanan di England atau Kelab di Eropah...kenapa sokong pihak lawan....seumpama anak-anak anda berlawan bolasepak di sekolah...apa perasaan anak anda jika anda menyokong pihak lawan...tentunya kecil hati....saya percaya pasti terdetik di hati pemain kenapa berada di bumi sendiri pun tak dapat sokongan....

mereka semua ni rakyat mana? rakyat British ke? atau saki baki warisan penjajah? atau...jiwa yang sentiasa di jajah..tidak bangga berada di Malaysia tapi nak duduk di Malaysia....

Kalau pun anda minat sangat pasukan lawan...jangan la sampai maruah negara tergadai...

Siri jelajah ada lagi 21 Julai nanti...sedar la sikit anda tu rakyat MALAYSIA !

Sunday, June 12, 2011

Gelombang Merah Warriors..

Tahniah kepada Datuk Anuar Musa yang telah berusaha meningkatkan kembali kegemilangan bola sepak tanahair khususnya negeri serambi mekah, Kelantan. Aura merah dengan nama yang komersial dan memberangsangkan The Red Warrior, telah menjadikan pasukan Kelantan satu fenomena apabila berlaku satu-satu perlawanan.

Kegirangan anak lelaki ku Zammil dan Muaz bersama dengan pakcik serta rakan-rakannya sewaktu bertolak ke stadium petang semalam dikongsi bersama lebih puluhan ribu penyokong pasukan Red Warriors yang turun bersemangan turun dari Kelantan dan seluruh pelusuk tanah air. Warna merah yang memenuhi hampir 3/4 daripada stadium dan gema semangat juang penyokong Red Warriors menggambarkan semangat kesukanan bolasepak yang tinggi dalam darah anak-anak Kelantan. Semangat ini lahir dari rasa kepunyaan (self of belonging) dan cintakan tanahair negari Kelantan yang ditonjolkan salah satunya melalui bolasepak.

Pasukan Red Warriors seharusnya menyuntik semangat puluhan ribu sokongan anak kelantan ini ke dalam permainan yang perlu ditonjolkan malam tadi. Namun sayang mungkin ketangkasan dan semangat juang pasukan gawang lebih kuat menyebabkan piala yang diharap dijulang dan diarak pulang ke negeri Kijang ini hanya akan singgah di Terengganu terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, sayang sekali setiap kali perlawanan berlangsung ada di antara penyokong yang tidak dapat atau sengaja tidak menunaikan solat dari asar, maghrib dan hingga ke isyak. Saya percaya jika semua penyokong Red Warriors menunaikan solat berjemaah di perkarangan stadium Bukit Jalil setiap kali perlawanan ianya akan menjadi satu lagi fenomena yang cukup menarik setiap kali berlaku perlawanan bola sepak. Mudah-mudahan ada yang melihat perkara ini secara serius dan memulakan dalam perlawanan bola sepak akan datang...insya Allah...

Hidup Red Warriors...

Friday, May 13, 2011

Prinsip Kerja X-PLUS

Kepimpinan sebenar ditonjolkan oleh sikap keikhlasan atau jujur, amanah, sidiqque dan fathanah...dan ciri-ciri kepimpinan itu diperlihat dan diterjemahkan melalui tindakan.

Prinsip kerja X-PLUS yang dijenamakan oleh KPPM perlu diamalkan secara berterusan dan diserapkan dalam budaya kerja. Berpeluang bekerja di bawah kepimpinan beliau saya percaya sekiranya diberi peluang dalam tempoh yang lebih lama, legasi kecemerlangan KPM akan dapat ditingkat, dimantap serta diperteguhkan secara berterusan.

X - ialah excellent yakni setiap kerja harus mengutamakan kecemerlangan diri dan organisasi.

P - ialah pengetahuan merupakan janaan utama yang menjadi asas sebelum bertindak membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian, dan pengetahuan harus sentiasa ditingkatkan melalui pembelajaran secara berterusan atau pembelajaran sepanjang hayat dunia pekerjaan.

L - ialah latihan yang berterusan untuk memastikan setiap pegawai dan guru mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang selari dengan perkembangan dunia khususnya pendidikan di peringkat global yang harus disesuaikan dengan konteks negara. Oleh yang demikian, kursus-kursus latihan dan perkembangan pembangunan staf yang dilaksana di setiap peringkat KPM dari bahagian, JPN, PPD hingga lah ke sekolah harus dipastikan berkesan dan memenuhi keperluan pembelajaran mengikut bidang kerja profesional masing-masing. Value management harus diterapkan dalam setiap pengedalian kursus latihan, iaitu mementingkan impak dan keberkesanan latiha bagi meningkatkan kapasiti pegawai dan guru agar kesan akhirnya kepada kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

U - ialah usaha yang bersungguh-sungguh, kerana setiap kerja yang dilakukan secara bersungguh dan berfokus akan memberikan hasil dan impak yang berkesan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini hendaklah mengutamakan untuk meningkatkan kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

S - ialah kerja sepasukan, dengan menggunakan analogi pasukan bola sepak sebagai penggerak kepada budaya kerja berpasukan yang dilihat harus bermain secara semangat kerjasama yang tinggi. Pemain individu sehebat manapun tidak akan berjaya menjaringkan gol jika tidak berkerjasama dengan rakan sepasukan yang lain. Begitu juga dalam setiap rantai jentera KPM, kerjasama individu secara erat harus digembeling secara bersepadu dari peringkat bahagian hingga kepada guru di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap pelaksanaan dasar pendidikan negara berkesan dan memberi impak kepada kejayaan murid di dalam bilik darjah.

Kerja yang berfokus dengan menerapkan prinsip kerja X-PLUS dicetuskan sewaktu semua pihak mempunyai momentum ke arah kecemerlangan yang dirangsang oleh NKRA dan GTP.

Dari bilik mesyuarat hingga ke sembang santai di meja makan jelas mempamerkan keseriusan KPPM untuk memastikan di bawah kepimpinan beliau lonjakan kecemerlangan KPM akan dipastikan dilaksanakan secara berstrategi, berkesan dan sistemik. Kerendahan hati ditonjolkan dengan ucapan maaf setiap kali bertegas tentang setiap perkara sewaktu mengendalikan mesyuarat pihak dan diucapkan lagi sewaktu sembang santai secara eksklusif sewaktu 'lunch talk' ....

"maaf la kalau saya sentiasa marah...tapi awak semua fast leaner dan dapat buat apa saja yang saya minta dengan cepat dan menepati apa yang saya mahu....." adalah satu penghargaan yang cukup tinggi kepada pegawai....

saya mencelah " marah sayang...macam ayah marahkan anak-anaknya..." disambut gelak oleh semua ....

Sunday, May 8, 2011

Ibu engkaulah ratu hatiku...

Bagi yang masih ada ibu, berbahagialah anda kerana ada insan keramat yang kasihkan anda. Tapi bagi yang ibunya sudah pulang mengadap Allah...kasih kita harus terus berpanjangan dengan menjadikan amalan sebagai sedekah kepada ibu dan bapa, selain mensedeqahkan bacaan Al Quran dan zikir.

Allah menggerakkan hati saya untuk berkongsi dengan rakan minda mengenai terjemahan ayat Al Quran yang kebetulan di baca selepas solat asar petang tadi. Allah yang maha mengatur segalanya...bacaan saya tiba pada surah Al-Ahqaaf juz 26.

Tiba pada ayat ke 15, hati tiba-tiba menjadi sayu.....sayu kerana ayat tersebut bercerita mengenai kewajiban berbuat baik kepada ibu bapa....saya tulis balik terjemahan tersebut berbunyi seperti berikut.....Bismillahirahmanirrahim...

Surah 15, Al-Ahqaaf

" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya yang telah mengandungnya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh mencerai susunya ialah dalam masa 30 puluh bulan. Setelah ia besar ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 puluh tahun berdoalah ia dengan berkata: "wahai tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepada ibu bapa ku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepada Mu).

dan ayat 16, Surah Al-Ahqaaf pula berbunyi....

" Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat terpuji seperti itu) ialah orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.

sementara peringatan Allah bagi ayat 17, surah Al-Ahqaaf...

" Dan (sebaliknya amatlah derhaka) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! patutkah kamu menjanjikan kepada ku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)" Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar" Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanya cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!

dan ayat ke 18, surah Al-Ahqaaf Allah menceritakan balasannya...

"Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.

(Mushaf Tajwid: Berserta Terjemahan ke Dalam Bahasa Malaysia, Terjemahan oleh Sheikh Abdullah Basmeih, percetakan Darulfikir)

Jika semua ibu bapa mendidik anak amanah Allah dengan berpandukan Al Quran dah Hadis, nescaya dugaan Allah mendapat anak derhaka akan terhindar....

Mohon ampun dan maaflah serta berbuat baiklah kepada ibu bapa sementara mereka atau kita masih ada nyawa di badan.

Selamat Hari ibu...untuk insan yang dipilih oleh Allah menjadi ibu (meminjam kata-kata Dr Faridah Abu Hassan, Pengarah EPRD).

Wednesday, May 4, 2011

Beban Tugas Guru

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memberi tafsiran "guru" ertinya seseorang yang :

a) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan; atau
b) menyedia atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,

dan termasuklah guru besar atau pengetua;

Secara tersuratnya, tugas utama guru ialah mengajar dan menyediakak bahan-bahan pembelajaran termasuk memeriksa hasil pembelajaran murid.

Bagaimana dengan tugas kokurikulum dan persatuan juga kerja-kerja lain yang dilihat sebagai amat membebankan guru?

Jangan kita lupa, pendidikan kepada anak bangsa ini didasari Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN inilah yang merupakan nafas kerja guru yang sebenarnya. FPN inilah roh kepada guru yang akan menghidupkan jiwa pembelajaran anak-anak bangsa secara berterusan tanpa mengenal jemu dan lelah.

Semangat FPN inilah yang akan menggerakkan guru untuk mengenal dan memperkembangkan pelbagai potensi anak-anak secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.....

Nah....FPN iniah yang sebenarnya merupakan trek dan panduan bagi kerja-kerja seorang guru. Jika disenaraikan ke semua tugas mendidik guru yang ada dalam FPN ini memang lah lebih banyak berbanding hanya dua sahaja jika dilihat mengikut Akta Pendidikan.

Tugas mendidik ini bukan mudah...untuk menjadikan manusia sebagai insan yang dicungkil potensinya yang bukan hanya cerdik akalnya, tetapi luhur hatinya, juga tangkas fizikalnya dan teguh iman dan aqidahnya. Belum pun habis disenaraikan semua tugas mendidik guru kerja guru sudah cukup banyak dari pagi berada di padang jasmani hingga ke malam di tikar sejadah berqiamullai.

Hanya guru yang benar-benar menjiwai tugasnya sahaja akan gembira dengan kerja-kerja mendidik anak-anak ini. Pasti guru-guru yang berjiwa murni dan luhur sahaja yang akan ceria berlapang dada menerima muridnya seadanya yang mempunyai pelbagai potensi sama ada lembam atau pun pintar.

Mendidik insan tidak sama dengan menghasilkan produk di kilang...atau mengurus manusia di pejabat....usah dibandingkan waktu kerja di pejabat dengan waktu kerja di sekolah.....kerana matlamat kedua-duanya sangat jauh berbeza....

Jangan putus asa teruskan usaha murni guru.....

Tuesday, May 3, 2011

SKT sebagai Pengukur Prestasi


Mulai tahun 2011, prestasi pegawai kerajaan diukur berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). SKT pegawai ini dibina berdasarkan kepada bidang tugas dan fungsi organisasi masing-masing. Daripada Fungsi dan bidang tugas bahagian diperincikan menjadi SKT Sektor, dan diperhalusi lagi untuk mendapatkan SKT Unit. Individu di dalam unit akan diberikan SKT atau bidang tugas masing-masing. Di dalam SKT akan ditetapkan KPI individu yang perlu dicapai pada tahun semasa.

Oleh sebab, kerajaan masih mementingkan kekananan berbanding prestasi dalam menentukan kenaikan pangkat maka kebanyakan organisasi kerajaan mempunyai ketua yang dilantik kerana senioriti. Terdapat juga ketua unit, sektor malahan bahagian tidak mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang sepatutnya. Ketua tidak tahu membuat pengagihan tugas dan menentukan tugas mengikut kepakaran seseorang pegawai. Oleh yang demikian, ujudlah seperti yang dikatakan oleh Persidangan Haluan Kerja Pendidikan sebagai kompetensi yang terbiar.

Apakah yang dimaksudkan dengan kompetensi terbiar? Kompetensi terbiar merupakan kepakaran dan pengetahuan seseorang pegawai tidak digunakan secara optimum oleh organisasi bagi mencapai misi dan visi organisasi. Sebagai contoh, pegawai yang dilatih sebagai Pemimpin Pendidikan dan diberikan biasiswa oleh kerajaan untuk mengikuti pengajian sijil, diploma dan sarjana kepengetuaan atau kepimpinan pendidikan tidak ditempatkan ke jawatan sebagai pemimpin sama ada di sekolah, PPD, JPN atau pun Bahagian.

Malahan ramai yang masih skeptikal dengan pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu. Sikap merasakan diri lebih pakar kerana sudah lama dan berpengalaman melaksanakan sesuatu kerja amat merugikan organisasi. Hal ini adalah kerana jika anda mendakwa diri anda sudah pakar dan berpengetahuan luas dalam kerja yang anda lakukan ini bererti anda menutup kepada ruang penambahbaikan dan penerokaan ilmu baru. Anda tidak bersedia untuk mendengar buah fikiran rakan sejawat dan idea yang bernas diterima oleh pegawai atasan akan dianggap sebagai satu ancaman kepada kedudukan anda.

Organisasi akan rugi jika ramai yang bekerja secara silo dan menutup kepada kepelbagaian school of tought. Lagi amat merugikan jika sentiasa memandang rendah kepada orang atau organisasi lain, kerana ini akan menyebabkan mata anda buta untuk melihat kelebihan orang lain dan enggan membuat pembaharuan. Sikap ini akan menyebabkan anda menjadi bongkak, bercakap dengan pegawai senior dari bahagian lain dengan nada yang tinggi dan tidak tahu menghormati orang lain. And yet you are dianggap sebagai pakar rujuk dan orang yang cemerlang. Thats very..very bad...

Adakah menggunakan SKT semata-mata boleh mengukur prestasi seseorang pegawai? Kita perlu ada mekanisme lain sebagai tambahan untuk mengukur keesahan prestasi pegawai ini. Saya percaya ramai yang bersetuju untuk memasukkan aspek softskill sebagai salah satu aspek pengukuran selain daripada pengetahuan, kepakaran dan mencapai KPI SKT.

There is always room for improvement......


Monday, May 2, 2011

Video politik rosakkan pemikiran anak bangsa

Dah lama tak update facebook...hari ini sunyi anak-anak outing...suami pulak teman muaz cari baju ragbi sampai the curve ...badan penat baru balik dari kampung tak nak join dok rumah je lah.

Terkejut melihat video serangan politik yang diposkan oleh bekas anak murid di FB yang diambil dari blogger yang kononnya untuk mencegah kemungkaran.

Sebagai rakyat biasa, saya melihat seolah-olah kerajaan memberi kebenaran secara eksklusif kepada blogger tersebut untuk menayangkan aksi seks ghairah xxx yang dapat ditonton di setiap rumah atau individu di Malaysia dan di dunia.

Sebagai pendidik, Saya hanya risaukan anak-anak kita yang masih hingusan. di FB mereka sentiasa update status setiap masa tanpa miss. Anak-anak bukan hanya update FB melalui komputer di rumah tetapi terus boleh dari phone mereka yang rata-rata dah ada FB.

Jika selama ini kita sering berpesan kepada anak-anak agar tidak layari laman XXX, kini tak perlu lagi kerana sudah boleh tonton di FB.

Ini amat mendukacitakan.

Saya menentang sekeras-kerasnya penayangan terbuka ini demi menjaga akhlak dan minda anak-anak rakyat di bumi Malaysia ini.

Kerajaan harus mengambil tindakan untuk mennyekat penyebaran video tersebut dengan segera sebelum lebih ramai yang menyimpan dan menontonnya.

Jangan jadi haru biru...marahkan nyamuk habis kelambu dibakar....marahkan pembangkang habis segala peraturan dan undang-undang dilanggar sehingga memperdagangkan maruah orang lain.

Ini kah yang kita nak tunjuk dan ajar kepada anak-anak...pemimpin masa depan negara...inikah kepimpinan melalui teladan????????

Saya pegawai kerajaan tentunya akan terus berkhidmat dalam kerajaan dan menyokong kerajaan yang memerintah. Namun tindakan penyebaran video lucah ini secara berleluasa tidak harus dibenarkan oleh kerajaan untuk ditayangkan kepada anak-anak kita dan menjadi ikutan. Bimbnag bila nak marah guna jalan penyelesaian mudah dengan cara mengaibkan rakan, saudara, atau adik beradik.

itu tidak wajar.....tolong hentikan!!!!!!!!!!!!

Acu dengar ambo nok ghoyak nih...

Sunday, April 24, 2011

A Doctor In The House

Buku setebal 843 muka surat nukilan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir wajib menjadi bacaan setiap individu yang mengaku dirinya rakyat Malaysia. Buku yang dilancarkan sehari sebelum Tsunami di Jepun ini dapat ku miliki pada 11 Mac 2011 semasa berkursus Analisis Dasar Awam di Intan, Bukit Kiara. Untungnya kedai buku di Intan sanggup menerima tempahan dan mendapatkannya untuk pegawai yang sedang berkursus untuk memilikinya.

Membaca buku ini seolah-olah di bawa bersama mengembara bersama kehidupan Tun daripada kecil sehingga beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Setiap penceritaan di sokong dengan fakta sejarah yang saya kira ramai dari kita yang tidak mengetahui sejarah negara seditil itu.

Jika anda tidak minat membaca buku sejarah, saya sarankan anda baca buku ini kerana ianya bukan seperti buku sejarah yang lain. Buku ini kisah kehidupan sebenar sorang rakyat Malaysia yang hidup dalam zaman-zaman penjajahan British, zaman penjajahan Jepun, Zaman Merdeka, Zaman 13 Mei dan zaman abad ke 21.

Ruginya tak berkesempatan untuk ke Pesta Buku semalam, jika tidak boleh dapat tandatangan Tun. Saranan Tun agar korporat membuka perpustakaan perlu di sokong, jika tidak pun sumbanglah bahan-bahan bacaan, artikel,jurnal dan buku-buku mengenai penambahbaikan sekolah, pedagogi dan sebagainya kepada perpustakaan di sekolah agar guru-guru membuat bacaan tambahan dan tidak bergantung kepada ilmu yang telah dipelajari semasa membuat ijazah pertama atau kursus perguruan lama dulu.

Ilmu perguruan sentiasa berubah dengan cepat. Strategi pengajaran dan pembelajaran murid juga turut berubah mengikut keperluan pembelajaran murid semasa. jika guru tidak membuat pembacaan dan membuat penyelidikan kendiri ilmu-ilmu terkini itu yang menyebabkan guru ketinggalan dan mengajar murid menggunakan kaedah dan strategi yang sudah lapuk serta tidak mampu menarik perhatian murid. Jangan sampai ilmu murid mengatasi ilmu yang ada pada guru dan murid lebih advance dari segala segi dari guru....

Jangan jemu untuk menimba ilmu baru dan Selamat membaca....

Tuesday, March 22, 2011

Jom Masuk U

Dua hari lagi keputusan SPM bakal keluar. Anak-anak kita yang ambik SPM dah tak senang duduk. Ibu bapa lagi gundah gulana. Tambahan pula kekeliruan kemasukan ke U pada september. Ramai ibu bapa fikir masuk U bulan september.Jadi ramai la berduyun-duyun pergi dengar taklimat pengajian di IPTS yang buat promosi pengajian.

Tak terkecuali la kami yang baru pertama kali ada anak yang dok tunggu result SPM. Walau pun dah tahun, kemasukan untuk fresh SPM seperti biasa bulan jun tapi dek kerana wave...atau gelombang kekeliruan tu banyak kita pun sama join. Bukan apa sekurang-kurangnya boleh explore the best school untuk anak.

Bercakap tentang school....banyak IPTS yang terbaik masih mengekalkan penggunaan school...tapi sayangnya....kita di KPM macam segan nak guna school....bunyi macam lekeh kut itu yang nak tukar jadi kolej....pada bagi yang arif school means pelajar akan diajar dengan lebih fokus kepada pembelajaran.

Ahad lepas..join taklimat oleh PJCAD yang terkenal dengan kursus interior designer....sekarang kolej ni INTI Universiti dah ambil alih. Taklimat dari foundernya sounds very convincing....tengok hasilan murid yang attached to the needs of industries very very impressed....

its a challanged to my daughter because for sure no malays interest to enroll...nampak ada malays a few yang attended ..itupun risik-risik dari Sekolah Bintang Utara....dan Sri Aman...
Bukan apa...takut she will not survive alone...but she already registered for mandarin class...last two weeks...preparation for a third language...

i've always told my kids...jobs today involved with economy...involved with business...you have to equip yourself with skills, knowledge and embeded excellent attitude....talking about skills...
its not just creative...but must be creative economy...apply creative thinking problem solvings...and for sure have to built higher level of confident with communication skill....

we have to understand...thats what the needs of industries...if we cannot raise our flag...our skills and apply know how to do the job....we will not survive in the future demand job market...

Minggu yang sebelumnya sempat menghadiri promosi yang dibuat oleh MARA di PWTC. Penceramah dari Jobs Street juga mengesahkan perkara yang sama. Ramai our graduate don't have the quality yang indsutries nak....penampilan tak meyakinkan....kemahiran komunikasi yang lemah....tiada kemahiran berfikiran kreatif untuk menyelesai masalah....thas why ramai yang tak dapat masuk pasaran kerja...

Pasaran kerja hari ini...you can never expect untuk masuk gomen lagi...atau dok office....nowadays....every job involve dengan ekonomi....bentuk kerja berasaskan komisyen..kontrak...dan berasaskan kemahiran komunikasi yang tinggi....kena buang pemikiran dalam anak-anak kita nak kerja dengan gomen kerana...gomen pun nak kecikkan kementeriannya....makin besar kementerian makin ramai orang dan makin tak cekap....
Sekarang kena tanamkan anak-anak kena belajar untuk dapat pengetahuan, kemahiran dan bagimana nak memasarkan diri dan produk mereka...samada dalam bentuk perkhidmatan atau barangan....

Berbalik kepada kisah anak saya ni...dia memang interest to study in interior design....cuma yang bimbangnya kalu apply upu sure ke dapat course yang dipilih?...macam mana nak pastikan anak kita dapat?....ada last echibition jom masuk U kat the mines...nanti kena tanya about that...adiknya yang form four minat accounting...now she's worried nak choose..which one....financial accounting or management accounting...bagus la kalau dia dah tahu apa yang dia suka dan minat nak develope diri...

tapi yang mak cik dok risau ni...anok jate ...ni....releks selambe dok...jo....



Sunday, March 6, 2011

Muafakat Penduduk

Semenjak kebelakangan ini aktiviti persatuan penduduk banyak yang tak diikuti. Kumpulan Bacaan yasin sebulan sekali juga dah banyak bulan aku miss.

Pagi ini ada mesyuarat agung persatuan penduduk. Mesti kena punya la...."lama tak nampak cikgu...." ayat-ayat itu mesti menyambut kehadiran ku dalam kelompok kumpulan wanita maupun suami-suaminya. Kali ni mesyuarat ada pemilihan Pengerusi dan AJK persatuan. Juga undi untuk menentukan persetujuan bagi mengadakan kawalan keselamatan.

Ramai juga yang hadir ...tapi biasalah muka-muka sama yang ramai....yang lain tu mungkin ada urusannya sendiri....

Bila berjumpa begini banyak cerita-cerita mengenai jiran. Ada juga dengar jiran belakang rumah kena masuk perompak tap dek sibuk menguruskan orang tua tak sempat nak menjenguk mereka.

Berani juga ibu-ibu zaman kini.....jiran saya kat belakang rumah ....si ibu yang nekad membuka ikatan dan menyusup laluan rahsia yang dia sahaja tau untuk meminta bantuan jiran. Masa tu perompak ada dalam bilik leka menggeledah barang. dek kerana saiz badannya kecik perompak indon tu tak perasan. sedar-sedar dah kecoh kat rumah sebelah siibu ni dah terjun dari bumbung balkoni masuk halaman rumah jiran....wow memang supperbb berani betul......

perompak sekarang memang berani....teringat je saya jerkah perompak jam 4 pagi yang tengah dok kusyuk mengetuk nak start kereta adik ....bergema satu taman...tapi mereka selamba dekkk je...tengok kat saya yang menjerit dari balkoni bilik....masuk kereta dan berlalu naik kereta bawa slow macam tak de apa2.....itula penangan kalu make up kereta...jadi tarikan pencuri...

tapi yang tak bestnya dah jadi modal hubby lak..."ha tu la ma...abah tak nak renovate rumah....."....hu...hu.....hu......

Saturday, March 5, 2011

Aku Pasrah....

Setelah ma kembali ke Rahmatullah...kami adik beradik masih tidak tenang kerana dalam masa yang sama ayah juga dalam keadaan kritikal. Desakan ayah untuk mengambilnya membawa ke sini adalah panggilan Allah sebenarnya.

Hari Jumaat 25 Februari 2011 genap 40 hari ma meninggal dunia. Kami adik beradik merancang untuk membuat tahlil di rumah G pada hari sabtu agar saudara mara dapat hadir bersama.

Besoknya 26 Februari sabtu...kami beramai-ramai tahlil dalam keadaan sederhana. Lauk ku tempah dengan saudara yang mengusahakan katering di semarak...dan kami masak nasi saja. Adik Ipar ku Ida masak puding sebagai pencuci mulut. Jam 6 petang adik ku Izani mengkhabarkan ayah dipindahkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri...virus dah mula menyerang otaknya..dan jantung....malam lepas tahlil kami adik beradik bergerak ke hospital....

Malam isnin Muaz ada tiusyen dan juga kelas di sekolah. " Bah...lepas ambil Muaz boleh g sepital tengok ayoh deh...? aku menelefon suami yang masih dalam perjalanan pulang meminta izin untuk melawat ayah.

Kesian adikku Izani yang jaga ayah di ICU....Hospital Putrajaya...kali ini aku bukanlah anak yang baik kerana tidak dapat menjaga ayah sepenuhnya seperti mana aku jaga ma...ada cerita sebenarnya ....tetapi terlalu pedih untuk diluahkan...biarlah ia terus sebati dalam jiwa....hilang ditelan masa....insyaallah...

Dari jauh ku lihat adik Mizi (G) dan Izani sedang berbual-bual dengan bapa pesakit ku kira yang sama-sama menunggu di luar pintu utama hospital...suami ku memberi salam....
rupanya pakcik tu sama menunggu anaknya di wad sebelum ni...Kami minta izin untuk naik ke ICU di tingkat 1.

Ayah....kenapa setelah 30 tahun datang untuk tinggal bersama kami untuk dijaga dihospital dan sekarang koma tidak sedarkan diri....sama seperti ma...berada di katil no 13 yang sama dan cara rawatan menggunakan bantuan pernafasan yang sama. Beep....beep...beep...bunyi semua mesin di dalam bilik itu menjadikan anggota ku lemah...air mata ku bercucuran....kenapa harus ku lalui saat-saat ini sekali lagi....bacaan Al quran ku tersekat-sekat.... suami ku memeluk bahuku untuk meredakan kesedihan....

Jam sudah menunjukkan 1 pagi..."Bah...kalau jadi apa2 ko ayoh...raso mace tok sir balik jah...."
aku meluahkan apa yang terbuku di hati...."Bakponyo.....balik la....sudah urus pengkebumian...kita balik la...." suami cuba memujuk...."tak tahu la...rasonyo tok sanggup nok hadapi....tok tahu ggapo hok nok jjadi kalu balik"

Kring....kring...kring....aku dikejutkan dengan panggilan telefon...jam menunjukkan 2.45 pagi....tak sampai satu jam mata terlelap...kenapasi zani ni telefon...ada apa dengan ayah...aku menelefon semula panggilan yang tak sempat ku sambut tadi.."Kak ayoh takdok doh kak...." Izani menangis teresak-esak aku tahu jiwanya memang sensitif...walau pun ayah jauh tapi dia dan ayah sentiasa dekat...dia anak dan adik yang baik....

Aku dan suami bergegas ke hospital...di sana adik beradik berlainan mak dah ada...mereka memang kebetulannya dah sampai pada hari ahad.

Allah yang maha menentukan segalanya.....ayah dimandikan di masjid dan bilik yang sama...di bawa dengan van jenazah yang sama dan dipandu oleh pemandu yang sama membawa jenazah ma balik ke kelantan. Apa lagi yang Allah nak tunjukkan supaya kita manusia berfikir....di kubur...semua saudara mara datang bersalaman dengan kami adik-beradik seolah-olah....ayah selama ini sehidup semati dengan ma....banyak cerita dan tafsiran yang dibuat oleh sedara mara...yang amat mengguris hati dan tak dapat lagi ku dengar....dari jauh ku lihat keluarga yang dua minggu dulu ibu tiriku....menyendiri dalam kelompok keluarga mereka....

"Emmm..la..Allah wi kelik ayoh mu..." tapi untuk dua minggu....setelah bekas isterinya membuangnya kerana sakit..dan anak-anaknya tidak mahu menjaganya kerana kerenahnya kala menanggung sakit....

adakah itu ada maknanya Ya Allah.....

Tuesday, February 15, 2011

Ya Allah .....jika itu kehendak mu aku redha..

Waktu berlalu begitu pantas sekali. Masih terasa derita kehidupan di zaman kanak-kanak di kampung dulu. Panggilan telefon dari ayah yang kini berada di selising menjadikan semua filem kehidupan semakin jelas.

Semua filem derita ingin ku buang jauh-jauh dan tak mahu diingati lagi. Namun makin di cuba...makin ia datang. Jika arwah ibu masih ada dia yang sering memperangat segala cerita lama.

Beberapa hari yang lalu...deringan telefon sentiasa berbunyi. Adik-adik, kakak lain ibu, dan sepupu menelefon. "Ayoh mu teruk ni ho....."..suara sepupu ku Abe Di cemas dihujung talian..."bakpo pulok.." aku bertanya kehairanan.....

Rupanya ayah dibuang keluarga isterinya...anak-anak pun tak kisah....aku pun pelik...anaknya ramai yang berjaya ustazah yang sulong dan suaminya mudim (pengetua) sekolah agama, ada enginer...jururawat...polis....takkan sorang pun tak boleh jaga ayah sakit...isterinya pun ada....

Bukan nak mengungkit tapi dulunya masa anaknya yang sulong nak g belajar ke Mesir kami adik beradik yang tanggung duit belajar....setiap kali balik Malaysia...kami yang kena sponsor tiket kapal terbang...anak-anaknya yang lain pun begitu....aku yang paling susah hati setiap kali tawaran universiti keluar kerana aku yang kena keluar duit....nak tanggung adik-adik kita lagi....

Ayah jika datang jumpa kami kat KL ni hanyalah urusan anak-anak sebelah sana.....tak pernah datang kerana rindukan kami...sebagaimana kami setiap kali balik kampung rindukan seorang ayah...dan tidak pernah lupa menjenguknya yang masa tu hidup mewah dengan isterinya...

Allah yang maha mengetahui segala....ujian Allah untuk ayah dan juga untuk kami adik beradik. Adik ku Izani sekarang ada di kampung untuk ambil ayah bawa ke sini....walaupun ayah tak pernah bersusah kerana nak besarkan kami...tak pe lah...biar kami bersusah selagi ayah ada nyawa....ayah pun mungkin tak lama....kencing manisnya makin teruk...sebelah kaki dah dipotong....

Jika itu yang Allah takdirkan untuk kami....Ya Allah kami redha...Ya Allah....apa yang kami minta buanglah segala kudis yang ada dalam hati kami agar kami dapat jaga ayah dengan baik...agar tiada rasa dendam dalam hati kami...agar tiada rasa benci dalam hati kami....

Ya Allah aku pasti engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang....pasti ada balasan untuk anak-anak dan isterinya....masa mewah disayang waktu susah dan sakit di buang dibenci......

Saturday, February 12, 2011

Peria 'Katok

Sapo2 hok ado ubat daroh tinggi buleh la pakat cerito. Sejak kehilangan bonda ni daroh tinggi ni nampoknyo tok sir hile. So mace2 la ubat dan petuo hok saing-saing bagi

1. Cari perio kkatok wat ule.
2. Blend buoh kkudu buat jus.
3. Rendam asam keping dengan air panas lepas tu minum...
4. Cari buah tunjuk langit
5. cari kopi tunjuk langit....
6. Cari belimbing buloh wat ule...

gapo lagi...setakat ni seremo tu tok juppo lagi sbb tok g cari lagi..keno ubat sepital jugok dulu.

Teringat jah masa dok sepital Putrajayo jago arwah ma disember tahun lalu. Ado mok cik sebelah katil ma tu pun lebih kure penyakit serupo ma kena dialisis lepas tu masuk daroh. Bilo masuk daroh ko mokcik tu kena gantung kat stand. Bilo tibo time melawat cucunyo ado la soghe maghi dale umur 7 tahun ggitu...

Aku dok sebeloh perati jah kerenah cucunya...teringat jah anok-anok aku maso kecik dulu....4 oghe ni sohge jah tak dok masaaloh jago soghe.

"Mak.....mak.....tu apa yang tergantung tu." tanya cucunya kepada siibu ingin tahu...."tu darah sayang nenek tak sihat" balas ibunya "oooo...nenek sakit darah tinggi ye..."...balas cucunya...."mana sayang tau" tanya maknya...."tu darah tu dok tinggi".......

Thursday, February 10, 2011

Perutusan Tahun Baru YAB Menteri Pelajaran

Tersentuh hati mendengar perutusan YAB Menteri Pelajaran pagi ni. Rasanya warga KPM yang memenuhi dewan Planery PICC juga merasakan perkara yang sama. Bila mesyuarat pada petangnya KPPM juga menyatakan sms dari guru-guru masuk bertalu2 mengucapkan betapa ucapan YAB Menteri menyentuh hati mereka.

Bila bercakap dari hati......ia akan sampai ke hati...

Perutusan dimulakan dengan menyuntik harapan segar kepada guru-guru baru untuk memulakan khidmat murni mendidik anak bangsa dengan penuh keihlasan, dedikasi dan bertanggungjawab.

Perutusan yang sarat dengan penghargaan kepada jasa guru di luar bandar yang berdepan dengan pelbagai cabaran namun sentisas gigih berusaha untuk memastikan semua muridnya boleh berjaya ini mendapat tepukan gemuruh dari semua warga KPM yang dapat hadir.

Intipati ucapan hari ini ialah hasrat KPM untuk memastikan tanggungjawab melaksanakan agenda pendidikan berkualiti dan pendidikan bertaraf dunia dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya, berasaskan kepada kepercayaan semua murid boleh berjaya.

Wednesday, February 9, 2011

Anak kecil main api.....

Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri....

Hanya dua baris lagu warisan yang dapat ku ingati. Ya la faham la tu...itu tandanya usia dan bergerak ke penghujung....Lagu ini sering menjadi lagu tema waktu kem yang disertai di zaman sekolah dulu semasa di tingkatan empat dan lima pada tahun 85/86. Pada masa itu bersekolah di SMK Ketereh, Kelantan. Jika sekarang sama dengan kem jatidiri. Kem anjuran Birotatanegara inilah yang benar-benar membentuk jatidiri.

Walaupun kem ini sering didakwa membawa agenda melayu namun kem ini berjaya menerap rasa cinta anak-anak sekolah kepada negara. Ingin berjaya dan cemerlang untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Kem ini lah yang menjadikan sayang kepada ibu bapa semakin bermakna dan mendalam. Kem ini juga menjadikan iman kita lebih teguh. juga kem ini menjadikan kita redha dengan kepelbagaian bangsa lain dan kita melayu juga perlu berjaya.

Dulunya pelbagai tempat dijadikan kem dan puncaknya jika dapat ke kem di Kuantan menjadi satu kebangggaan termasuklah aku.

Hari ini.....anak-anak di sekolah ingin berjaya untuk siapa? Adakah guru-guru di dalam kelas bertanya kepada murid kenapa mereka ingin berjaya? atau hanya mengharapkan guru kaunseling untuk buat sesi agar dapat bertanya? atau adakah hanya mengharapkan guru sivik yang mengajar kenegaraan untuk bertanya?....

atau ramai anak-anak di sekolah tidak kisah lagi untuk cemerlang dan berjaya?...alangkah ruginya kita dan negara kita....malangnya kita dan agama kita...

Tak perlu jawab apa-apa....untuk berubah semua individu perlu berubah. Untuk menjadikan anak-anak kita mempunyai rasa cintakan akidah dan negara juga bermula dari kita semua sama ada sebagai guru...setiap guru dan bukan seorang guru....setiap ibu bapa....setiap rakyat....setiap pemimpin...

Belek helaian demi helaian....berita diakhbar membawa khabar yang sedih...jarang sekali khabar gembira...berita sensasi semuanya khabar musibah, khabar derita..khabar membawa padah....apa puncanya? kenapa begitu?...jika anak hisap dadah salahkan ibu bapa..tapi jika ibu bapa hisap dan jual dadah...nak salahkan sapa tokki la pulok..gamaknya kalau dulu hanya satu lapisan keturunan dipersalahkan....tak lama lagi 7 keturunan pun turut diungkit bongkar siapa salah penyebab kepincangan keluarga.

Jika itu gambaran generasi kita sekarang.....jika ikut falsafah Pak Hamka untuk melihat generasi akan datang lihatlah muda mudi kita masa kini....adakah negara kita akan hancur di landa gempa, tenggelam dek banjir tsunami atau lenyap ditelan tanah ditenggelamkan ke dasar bumi. Bala datang bukan untuk sorang yang buat salah tapi untuk semua...kerana menjadi wajib menegur anak, rakan, taulan untuk mengajak berbuat amalan suruhan Allah dan Rasul.

Hubungan sejenis jadi biasa, arak dan dadah jadi makanan dan minuman harian, anak dan bapa tiada haramnya....makan yang nampak sedap semua telan....ibu tiada lagi silu ....anak-anak haru biru tanpa bimbingan...guru-guru diharap jadi teladan mula hilang pedoman....datuk nenek jadi harapan lupa daratan..

siapa lagi nak diharap.....pemimpin kita kah? Allah jua maha mengatur segala....

Tuesday, February 8, 2011

Kasut Bola Nike dan 1M1S


"Ma g Mizi jap boleh tak" Muaz bersuara sebaik saja masuk ke kereta tatkala aku menjemputnya dari kelas tiusyen malam tadi. Muaz tahun ni SPM dan ku kenal sangat perangainya yang tak berapa demand berbanding adiknya si Zammil.

" kenapa?" aku soal pendek sebenarnya malas betul aku nak g peak hour ni Mizi kedai sukan ala2 Al ihsan tu kat 9 Avenue Nilai memang sesak jam 8.30 malam time orang Nilai keluar makan. Kelas muaz dan nani mula jam 6.30 hingga 8.30 mlm ada break solat katanya.

"Nak beli kasut bola la ma esok ada pemilihan" balasnya mengharap. " Ala pakai je snickers tu baru pemilihan....nanti kalu dah terpilih boleh le beli" balas ku. "Boleh la ma tak best la pakai kasut biasa....."

Itu la anak-anak ku...si Zammil pun sama since galak main bola ni dah berpasang kasut bola...aku tengok harga pun gerun.

Petang ni balik awal sikit. Jam 6 dah sampai kat transit yang berada tepi sekolah zammil. Zammil kata ada taekwando...tapi kenapa dok main bola pulak....

Hasrat YAB menteri pelajaran nak tengok sukan meriah kat sekolah rasanya tercapai. Petang-petang ramai anak-anak main bola. Satu padang tu penuh dok berebut bola ramai-ramai. Kesian yang budak kecik-kecik dan yang tak suka berebut bola....tak dapat la nak tendang bola. Dalam puluhan murid tu kelihatan sorang cikgu berlari-lari anak macam referee....

1M1S bukan sahaja sukan untuk semua dan untuk mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah tapi juga sukan untuk prestasi. Cikgu sebagai jurulatih harus ajar murid aspek kemahiran yang seharusnya dimiliki untuk menjadi pemain bola. Jika di ajar secara beramai-ramai dan beratur dalam barisan panjang rasanya setiap murid berpeluang menyepak bola atau menyumbat bola ke gol jika itu kemahiran yang diajar.....tambahan pula jika guru sebagai jurulatih dibayar elaun.....ajar la cikgu ya...

Thursday, February 3, 2011

Penghargaan untuk semua yang berbuat baik untuk ma...

17 Januari 2011 (Isnin) jam 12.45 tengahari ma yang dikasihi telah kembali kepada Allah. Alhamdulillah orang yang baik dan ramah seperti ma, Allah anugerahkan kepadanya pertolongan dari semua pihak tanpa disangka-sangka.

Aku menelefon Pok Nor di kg untuk bantu uruskan kubur ma di Pasir Pekan. "Kalu aku takdok tane la kat kubor che' nga tok we. Kalu maghi kubor aku boleh la g kubor che' nga tokwe jugok" kata-kata ma segera datang dalam ingatan ku. Lama benar dah tak g kubor che dan tok we. Che itulah satu-satunya mak ma yang dah meninggal waktu ma kecil lagi. Tok we Ali adalah tok ma yang bela ma sejak dari kecil lagi bersama tok Tijah.

Jenazah ma di bawa dengan van jenazah MAS dan diuruskan oleh muslimat Kota Warisan yang sangat baik hati. Alhamdulillah solat jenazah dan tahlil dapat disempurnakan selepas solat maghrib oleh kariah Kota warisan yang memenuhi masjidnya. Ya Allah pemurahnya orang-orang Kota Warisan yang hadir memenuhi masjid untuk menunaikan solat maghrib. Mereka membantu mengusung jenazah ke van untuk segera bertolak ke Pasir Pekan Kelantan. Pemandu van dan copilotnya sangat bermurah hati untuk memandu dengan cermat sepanjang jalan menuju Kota Bharu. Kami adik beradik sebanyak 7 buah kereta konvoi di belakang van jenazah.

Alhamdulillah jam 4.45 pagi kami sampai di depan rumah. Adik beradik ma dan sedara mara sudah memenuhi rumah yang telah siap dikemas oleh CikLah (isteri Pok Nor). Tok Su Zah ada bersama untuk membantu menguruskan jenazah di rumah. CikMah sediakan makan pagi, tikar dan air mawar untuk di siram nanti. Tok Su Zah buka bahagian muka ma untuk di kucup oleh adik beradik ma dan anak sedara ma. Ya Allah ku lihat ma sangat tenang dan cantik sekali....

Pagi 18 Januari 2011 (Selasa) jenazah ma diusung ke Masjid Kg Surau Pasir Pekan untuk disolatkan jenazah. Ramai juga pagi-pagi suboh ni...anak-anak Tahfiz pun ada bersama. Alhamdulillah.....sesudah itu diusung ke tanah perkuboran yang hanya beberapa ela sahaja dari masjid. Lampu siap telah dipasang oleh Pok Ghon (Pak Harun) tukang jaga dan penggali kubor. Ya Allah kubor ma macam diukur-ukur....cantik dan sempurna jenazah ma diletakkan di liang lahad....adik-adik dan anak sedara ma bergilir-gilir menurunkan tanah ke dalam kubor. Alhamdulillah Pak Imam dan diikuti ustaz Tahfiz yang datang kemudiannya mengetuai bacaan doa dan zikir untuk ma. "sepanje omor aku 84 tahun ni...baghu duo oghe hok tane lepas suboh"...Pok Ghon bercerita dan mengucap syukor kepada Allah dan arwah yang sangat baik dengan orang kampung. Alhamdulillah....

Selesai urusan pengkebumian ada beberapa urusan yang perlu kami adik beradik selesai dan teruskan...:

1. Tahlil ... di mana nak buat di rumah atau di masjid? atas permintaan imam masjid kami adakah satu malam di masjid. Seterusnya 2 malam berikutnya kami buat di rumah. Ya Allah sampai ke tangga sedara mara datang untuk tahlil....dan yang seterusnya kami akan buat bergilir-gilir di rumah jie, Adik Izani di Masjid Kota Warisan dan di rumah aku.
2. Hutang....kami perlu cari sedara mara atau sahabat atau sesiapa sahaja yang ma ada hutang...Alhamdulillah ada yang sudi untuk memberitahu dan kami segerakan membayar hutang ma...ma juga ada mencatat hutang-hutang yang diingatinya lama dulu masa kami hidup susah. Adik ju kata ma baru saja minta dituliskan hutangnya mana yang diingati. Ya Allah... jika ada lagi harap ada hamba Allah yang datang untuk menuntut hutangnya supaya tidak tergantung amalan ma.
3. Puasa....Kami minta bantuan ustaz pondok di Tumpat untuk kira berapa yang perlu kami bayar fidyahnya. Alhamdulillah kami serahkan wang kepada ustaz untuk diuruskan mengikut perkiraan dari ma akil baligh sehingga ke akhir hayat ma.
4. Hubungan silaturrahim dan kekeluargaan....ramai yang datang kami adik beradik khususnya aku tidak kenal sedara mara ma. "mu ni mano kenal woghih..."adik ku Izani sering merungut..."mano nok kenal....dia balik 'u' pon dok ghumah jah" mak cik yoh menambah....itu memang aku akui....jarang sekali aku bertandang ke rumah sedara kecuali rumah mak dan bapak sedara. bukan sombong tapi aku memang jenis yang suka dok rumah dan bantu ma kat kedai makan. Kesian ma dialah mak dan dia jugak ayah....bela anak 7 orang dan 5 lelaki bukan lah senang waktu najis dadah dan ubat batuk menyerang anak-anak sekolah di kampung kami. Alhamdulillah ma jaga kami dengan baik dan penuh tanggungjawab.....tak de pulak yang nak dibuangnya walau pun ramai yang minta nak jadikan adik-adik sebagai anak angkat. Kini aku dah jadi orang tua....kena la ziarah waris-waris ma jika balik kampung....kerana itu yang menggembirakannya waktu arwah hidup dulu...
5. Doa dan amalan untuk ma.....itu yang perlu diteruskan...mengaji Al Quran, sedeqah, doa dan zikir untuk ma...mudah-mudahan Allah tempatkan ma bersama orang-orang soleh.

Alhamdulillah....jazakallahu khairan kathira kepada semua sedara mara, sahabat handai dan kenalan kami adik beradik yang begitu bermurah hati mengorbankan masa, tenaga, sedeqah wang ringgit, usaha dan doa untuk ma. Ya Allah engkau kurniakanlah keberkatan kepada semuanya...amin.