Paparan

Search This Blog

Friday, April 24, 2009

Ragam manusia

Dalam kehidupan ni ada pelbagai jenis ragam dan tingkah laku manusia. Allah menjadikan kita pelbagai agar memberikan manfaat, pengajaran, dan panduan kepada manusia yang lain. Ada juga manusia yang tidak kesah dengan kesengsaraan orang lain dan tidak peka atau buat-buat tidak tahu. Kita sebagai guru akan sering berhadapan dengan pelajar. Pelbagai jenis dan latar belakang pelajar. Ada yang miskin, golongan hartawan, cerdas atau pun lembam. Mengajarlah dengan mata hati dan selamilah perasaan dan jiwa anak-anak didik kita. lihatlah kedalam mata mereka betapa mereka memerlukan kita untuk membimbing, menunjuk ajar, mendidik agar mendapat ilmu dan menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan negara. Lihatlah satu persatu ke dalam diri mereka kerana ada yang begitu sengsara untuk memahami apa yang kita ajar dan tidak sampai kepada akal dan fikiran mereka.

1 comment:

  1. cuba lihat ragam dalam kelas kita, tiada siapa yg sama, macam mana bila kita jd guru , kita jadikan mereka sama, uh uh uh

    ReplyDelete

Kongsi minda anda